Bab 24
“Get up...get up!”
Suara kasar seorang lelaki mengejutkanku. Dengan mata yang masih berat aku cuba
mengenal pasti gerangan lelaki yang terasa begitu dekat dengan wajahku. Alangkah
terkejutnya aku sebaik saja aku membuka mata, wajah seseorang betul-betul berada hanya sejengkal jauh dari wajahku. Dalam keadaan yang cemas, aku terus bangun dari pembaringan.
“Auch sakitnya!”
Lelaki itu memegang batang hidungnya.
“Saya minta maaf.”
Pintaku. Kerana aku tergesa-gesa bangun dari pembaringan tadi, kepalaku
terhantuk dengan hidungnya.
Lelaki itu mengesat
darah yang keluar dari lubang hidungnya. Aku menghulurkan tisu tapi tidak
disambutnya. Darah di hidung di kesatnya dengan belakang tangan.
“Kau ni memang
suka menyusahkan orang kan?” Marahnya. Dijelingnya aku.
“Tapi kepala saya
sakit jugak apa. Saya tak sengaja lah Encik. Siapa suruh Encik duduk
dekat-dekat dengan muka saya. ” Jawabku sambil memegang kepalaku. Geram kerana tiba-tiba dijeling pula.
“Aku nak kejutkan
kau. Tidur macam orang tak sedar diri. Tahu tak dah pukul berapa sekarang ni. Dah
pagi, aku nak balik.” Balasnya. Encik Izzaz yang duduk di atas kerusi yang terletak di
sisi katil.
Aku memandang
sekeliling. Baru tersedar yang aku mungkin sedang berada di hospital. Benar tekaanku.
“Kenapa Encik bawa saya ke sini? Dah pagi?” Soalku bagaikan baru tersedar dari simptom
hilang ingatan pula.
Aku memandang lelaki
yang sedang duduk itu. Soalanku tadi dibiarkan sepi. Aku melihat dia bagaikan
sedang melakukan senaman ringan dengan menggerak-gerakkan tangannya.
“Encik bersenam ke?”
Soalku tiba-tiba. Saja nak tahu aje. Terasa pelik melihat kelakuan yang aneh di
mataku.
Dia menoleh ke
arahku. Matanya tajam menjelingku. “Senaman? Did you call this as an excercise?” Dia tergelak sinis.
Aku masih diam. Masih
tidak faham dengan perkataan-perkataan yang bernada berbisa yang keluar dari
mulut lelaki itu.
“Tangan aku sakit
sebab angkat kau malam tadi tau. Berat macam badak. Kau pengsan malam tadi. Kau tak ingat dah ke?”
Walau sakit hati
mendengar nada yang tidak enak itu, mindaku masih cuba mengimbas apa yang
berlaku malam tadi. Selepas kemalangan tu, aku pengsan. Aah lah..aku pengsan
dan lelaki ni yang sambut aku ketika itu! Aku mengetap bibirku sambil mataku
memandangnya.
“Sekarang dah ingat
semua? Bangun! Dah pagi ni aku nak balik. Lagi cepat settle kes accident malam
tadi, lagi bagus.”
Aku perlahan-lahan
turun dari katil. Mataku mencari beg tanganku.
“Atas almari tu.”
Kasar bunyi suara itu.
Aku sempat
menjelingnya. Kenapa lah dengan lelaki ni, dari malam tadi asyik nak
marah-marah aje. Aku tahu lah aku yang langgar kereta mahal dia, karang aku gantilah. Bukan
aku lari pun. Ish...lelaki jenis macam ni menyusahkan. Senang cerita, semua
lelaki macam tu. Hatiku rasa jengkel.
Aku capai beg di atas
almari. Kini tercari-cari pula kasutku. Mana pulak kasut aku ni? “Ni kasut kau.”
Mr. Lion King menyepak kasutku yang berada di bawah kerusi yang diduduknya. Aku
mengetap bibir, menahan geram. Aku memandang wajahnya. Mr. Lion King tu dengan
muka selamba mengangakat kedua-dua belah keningnya. Kedua-dua belah tangannya
memeluk tubuh. Berlagak sungguh! Ingat kau hensem ke? Kutukku di dalam hati.
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh
betul!” Mulut jahatnya memberi arahan.
“Encik ni datang
bulan ke?” Mulut jahat aku pula menyoal.
Bulat matanya
memandangku. Jarinya dituding tepat ke arahku. Namun ketawa seseorang yang
baru masuk ke dalam bilik wad membuatkan perbuatannya terhenti. Mata kami
berdua beralih kepada seorang lelaki yang memakai jubah putih.
“Betul kata Miss tu. Dia
ni memang datang bulan selalu. Sejak dari dulu lagi.” Kata doktor itu dengan
ketawa yang masih bersisa.
Encik Izzaz a.k.a Mr.
Lion King hanya buat buka meluat sambil tangannya memeluk tubuh apabila doktor
itu mengenakannya. Aku yang sedang terpingga-pingga turut tertanya-tanya apa
yang sedang doktor itu katakan? Dan adakah mereka berdua ada hubungan? Nampak macam
rapat.
“Saya Fairuz. Doktor Fairuz.
Miss macam mana rasa pagi ni? Kepala tu masih sakit lagi ke?” Ramah doktor muda
itu bertanya.
“Hah? Saya okay. Dah tak
sakit.” Balasku.
“Izzaz ada cakap
apa-apa ke pada awak? Jangan ambil hati sebab mulut dia memang jahat macam tu
dari dulu lagi.” Tambah doktor itu lagi sambil dia memeriksa keadaanku.
Aku sekadar
tersenyum. Muka Izzaz masam mencuka.
"How's her condition?" Mr. Lion King
kembali bersuara.
“Tak ada apa yang serius.
Dah boleh balik.”
“Good. Dah jom settle
kat balai.” Lelaki itu bangun.
Doktor Fairuz menepuk
bahu Izzaz. “Apa kau ni? Dengan perempuan cakap lah elok-elok. Cantik gila awek
ni kot.” Walau pun berbisik namun aku masih dapat dengar dengan jelas kata-kata doktor
itu.
“Kita breakfast dulu. Kau belanja Iz. Sebab kau
tau aku kena stay sepanjang malam tadi.” Doktor Fairuz mengadu.
“Bukan sebab aku kau kena stay sepanjang malam tadi, tapi sebab
perempuan clumsy ni.” Sinis dan pedih
kata-kata dia. Lelaki itu terus keluar dari bilik itu.
Doktor Fairuz kembali
memandangku. “Jangan ambil hati. Dia memang macam tu. Angin selalu, tapi
hatinya baik. Jom kita sarapan dulu.” Pelawa doktor itu.
Aku cuba menelefon
Norzie beberapa kali namun tidak dijawab. Hati aku semakin rasa tidak tenteram.
Dah pagi, tapi aku masih gagal untuk mendapatkan bagi wang hutang Akmal. Janganlah
apa-apa jadi pada Jie. Doaku di dalam hati.
Ketika aku sedang
memilih makanan di tempat makanan, aku rasakan yang Encik Izzaz dan Doktor
Fairuz bagaikan sedang bercakap tentang sesuatu yang serius dan sesekali mereka
berdua menoleh ke arahku. Aku menelan liur bila tersedar yang Mr. Lion King
sedang merenungku. Panahan matanya yang tajam itu mengerunkan! Rasa meremang
bulu romaku. Tapi aku buat-buat tidak nampak saja. Lambat-lambat aku
berpura-pura memilih makanan, supaya apabila aku kembali ke meja nanti, mereka berdua sudah selesai makan.
Tapi hampa. Mereka berdua
seakan-akan menungguku. Mahu tidak mahu dalam keadaan terpaksa, aku kembali lah
juga ke meja itu. Mr.Lion King merenung wajahku lama. Dalam. Macam tak pernah
nampak perempuan saja gayanya.
“Kenapa Encik tenung
saya macam tu? Jangan risau, saya akan bayar kerugian Encik tu.” Geram aku
dengan tindakan beraninya yang sesuka hati aje merenungku itu.
Aku tergamam apabila
tiba-tiba saja tangan lelaki itu menyelak rambut yang menutupi wajahku. Aku menepis
tangannya. “Apa ni Encik! Encik jangan macam-macam ya. Encik jangan nak buat
suka hati ya! Saya ada maruah tau. Saya masih mampu nak bayar kerosakan kereta
Encik tu. Apa Encik ingat dengan duit, dengan kekayaan Encik ada tu boleh buat
sesuka hati kat saya. Saya boleh mengadu kat polis tau, Encik ambil kesempatan
kat saya. Ingat saya lemah ke, ni nampak penumbuk ni...” Panjang lebar aku
memarahinya.
Hatiku semakin geram
melihat senyuman yang terbit dari bibirnya. “Encik ni gila ke apa? Sekejap garang,
sekejap elok..”
“Ishhh....” Aku semakin
pelik apabila lelaki itu mengisyaratkan aku supaya diam. Aku memandang Doktor
Fairuz yang turut tersengih-sengih ketika itu.
“Sah dua-dua gila.” Kataku
sambil bangun dari kerusi.
“Encik nak selesai
kan tidak hal kita? Saya serius ni. Encik jangan cabar kesabaran saya.” Kataku
kali ini berbau ugutan.
Mr. Lion King
tiba-tiba ketawa. Matanya tiba-tiba berkaca. “Kenapa lah aku tak sedar Fai yang
dia sebenarnya ada betul-betul depan mata aku. Kemalangan ni satu keajaiban! Dia
sebiji macam mama.” Si Pemilik Cayennes gelak macam orang gila.
“I guarantee she can do it Iz. She will help you.”
Suara Doktor Fairuz menambah.
“She totally like Umi. Her face, her words and her
temper.” Izzaz tidak lepas dari merenung wajahku.
Aku dah malas nak
layan. Aku terus berpusing dan mahu segera beredar. Kalau lelaki itu nak ganti
rugi pandai-pandailah dia cari aku. Aku bukan murah yang sesuka hati dia nak
marah tinggi suara bagai depan aku, nak pegang aku. Aku tak ada
masa nak layan topik yang mereka berdua sedang bincangkan itu yang aku tak tahu
pucuk pangkal ceritanya. Mengarut! Sengaja ambil kesempatan! Lelaki tak guna!
Aku masih ada banyak
benda lagi yang nak difikirkan. Hari ini merupakan hari penting untuk aku. Aku
harus kuat untuk berjumpa dengan Along yang tidak pernah aku rancang untuk
terlibat di dalam hidupku.
Aku tersentak bila
aku terasa bahuku dipegang dari belakang. Aku berpusing. Lantas tangan
lelaki yang sedang memegang bahu itu aku pegang dan aku pusingkan ke belakang
badannya. Baru dia rasa, sesuka hati pegang aku kan.
“Sakit lah.” Dia mengerang.
“Rasa kan. Suka hati
aje nak pegang orang.” Kataku.
“Ini aje ke yang mampu
awak buat? Tak sakit pun. But nice try.”
Aku terkejut apabila mendengar lelaki tu tiba-tiba ketawa.
Entah bagaimana aku
sendiri tidak sedar bila, Encik Izzaz tu pusingkan badannya dan aku pula yang terkunci di dalam pelukannya! Bulat mataku memandang wajahnya. Tapi dia
bagaikan mengejek aku sinis.
“Lepaskan saya!”
Bentakku cuba untuk melepaskan diri.
Doktor Fairuz bangun
dari kerusi. “Err....suami isteri gaduh biasalah. Hahaha....” Katanya apabila
ada beberapa orang yang sedang makan di kafeteria itu turut memerhatikan adegan
yang sedang berlaku.
“Lepas...” Ujarku
sambil mengetap bibir.
“Aku akan lepas tapi
kau kena janji kena dengar cakap aku.”
“Siapa kau nak beri
arahan?” Aku meninggi suara. Habis geram dah!
Mr. Lion King masih
mempamerkan wajah selamba. Muka minta penyepak. “Pemilik Cayennes S Hybrid
berharga RM 745,00.00 ribu ringgit.”
Aku menelan liur. Namun
mataku masih menjeling wajah itu.
“Kalau iya pun kau nak
ganti rugi, lepas kan aku boleh? Kau siapa nak pegang dan peluk aku? Kita kenal
pun tak sampai 24 jam.” Bentakku lagi.
“Kan aku kata tadi kau
kena janji dulu.” Masih tidak mahu mengalah.
Aku melepaskan satu
nafas berat. “Baiklah aku janji.”
“Betul ni?”
Serkapnya.
“Janji.”
Bila saja dia
meleraikan tangannya dari tubuhku, sepantas kilat aku menyepak kaki kanannya. “Itu janji aku untuk
kau. Bye.” Izzaz memegang dan mengusap-usap lututnya.
"Sakitlah. Aku akan saman kau nanti. Kau tak kenal siapa aku lagi." Lelaki itu mengugutku.
"Saya kenal, awak tu ada wayar putus kat dalam kepala." Jawabku selamba.
Aku melangkah pergi
namun pergelangan tanganku segera disambar lelaki itu. Cengkaman tangannya
yang kuat membuatkan aku mengerang kesakitan.
“Kau nak apa?” Aku
cuba melepaskan diri.
Doktor Fairuz cuba
meleraikan persengketaan kami. “Tak elok gaduh kat sini. Orang ramai tengok ni.”
Encik Izzaz memandang
sekilas rakannya itu sebelum dia mengheret tanganku untuk mengikutinya. Aku semakin
takut dengan keadaan ini. Adakah lelaki ini pesakit yang baru terlepas dari
hospital mental? Kata-kata dan perbuatannya kasar. Aku benci. Aku tak suka.
“Lepas lah. Kau ni
gila ke apa?” Teriakku tetapi lelaki itu hanya buat tidak tahu.
“Kau yang gila. Ni hospital
yang kau jerit-jerit tu kenapa.” Balas lelaki itu.
Lelaki itu membawa
aku ke keretanya dan memaksa aku masuk ke dalam keretanya.
“Tak nak lah. Lepas. Kau
nak bawak aku ke mana? Saya jerit nanti.”
“Jeritlah. Nanti aku
kata kau jagi gila lepas langgar kereta aku. Nak ke balai polis lah. Aku nak
dakwa kau. Pertama sebab langgar kereta aku dan yang kedua kau sepak aku tadi.”
Matanya tajam menikam wajahku. Dia menutup pintu kereta di tempat duduk
penumpang depan sebelum dia masuk ke tempat duduk pemandu.
“Yang kau menangis ni
kenapa?” Soalnya.
Aku takut. Aku tak
kenal siapa lelaki di sebelah ketika itu. Apa yang akan dilakukan terhadapku? Dengan siapa
harus aku minta tolong ketika itu. Tangisanku semakin kuat dan bertambah
teresak-esak.
“Saya merayu tolong
jangan apa-apa kan saya.” Rayuku.
“Kenapa kau nak takut
sangat ni? Aku tak akan apa-apa kan kau lah. Relaks sudah.” Suara Izzaz tidak sesinis
dan setegang tadi.
“Saya akan bayar
ganti rugi Encik tu. Saya mohon Encik tolong jangan apa-apa kan saya. Saya tahu
kereta Encik ni mahal tapi saya janji akan bayar semua kos kerosakan kereta tu.”
“Itu aje ke?”
Soalnya.
Aku memberanikan diri
memandang wajahnya yang nampak merah ketika itu. “Saya minta maaf sepak awak
tadi.”
“Siapa nama kau?”
Izzaz serius menyoalku.
“Err...Maya. Maya
Ariana.” Jawabku teragak-agak.
Dia mengadapkan wajahnya ke arahku. “Maya
Ariana, kau dengar sini baik-baik. Aku Izzaz tak akan tuntut satu sen duit pun
ganti rugi dari kau. Aku cuma nak kau ganti dengan benda lain.”
“Benda apa maksud
awak ni?” Aku berfikir negatif. Perasaan panik mula menguasai diri.
“Kau dengar dulu
boleh tak. Jangan panik dan menggelabah boleh!”
“Okay....sorry aku
tinggi suara kat kau. Aku nak tawarkan sesuatu yang bagus untuk kau. Kau tak
perlu bayar ganti rugi kereta ni, aku nak minta kau satu aje.” Sambungnya.
“Mintak apa?” Soalku
teragak-agak.
Agak lama Izzaz diam
bagaikan fikir sesuatu sebelum matanya tepat memanah mataku. “Aku nak kau
menyamar jadi adik aku!”
“Hah?” Aku benar-benar terkejut.