Dua hari kemudian…
Aku memberhentikan keretaku
di hadapan sebuah kafe yang terletak di Shah Alam. Semalam mekanik yang membaiki keretaku ada telefon dan memberitahuku yang keretaku sudah siap dibaiki. Ketika aku tiba di sana semalam,
tuan punya kedai terus menghulurkan kunci kereta kepadaku. Katanya bil kerosakan
keretaku sudah dibayar. Berulang kali aku bertanya kepadanya adakah dia tersilap
orang, tetapi katanya seseorang telah membayarkan bil tersebut untukku. Tanpa perlu meneka
lagi aku sudah dapat mengagak siapa orangnya, Encik Izzaz Rayqal lah.
Aku keluar dari kereta.
Aku memandang jam di tanganku. Pukul 5.30 petang. Aku tak terlambat atau tak tercepat.
Tepat pada masanya aku tiba di tempat yang diminta Mr. Lion King
seperti yang diarahkannya melalui telefon pagi tadi. Aku masih ingat ketika aku
sedang sibuk dengan kerja-kerja menukang di studio, telefon bimbitku berdering.
Banyak kali ianya berdering tapi aku biarkan saja. Kerana tugasan yang diberikan
Aaron untuk pelanggan kali ini due datenya
singkat. Jadi aku perlu fokus agar projek ini dapat
disiapkan dalam waktu yang telah dijanjikan.
Namun deringan itu
terus mengganggu konsenterasiku. Sejak dua hari yang lalu Firqin tidak berputus
asa untuk menghubungiku walau pun aku tidak menjawab panggilannya. Aku rimas. Sudahnya
aku biarkan saja. Aku terus fokus kepada kerjaku.
“Kesian orang yang call tu. Call banyak kali you tak layan pun. Jawablah Maya. Agaknya ada
yang penting sangat tu.” Aaron yang baru muncul di muka pintu menyarankan aku
supaya menjawab panggilan tersebut.
“Nantilah. I banyak
kerja. Nanti tak dapat siap, you yang susah.” Kataku pula.
Aaron menghampiriku. Telefon
bimbitku di atas meja tulis dicapainya. Berkerut dahinya apabila menatap skrin
telefon bimbitku. “Mr. Lion King? Siapa ni Maya?”
Aku terus berpaling
memandang Aaron. Aku mengetap bibir. Alamak Mr. Lion King ke yang call aku
sejak tadi. Matilah aku. Mesti dia mengamuk punya aku tak angkat panggilannya. Aku
teringat pesanan berbentuk amarannya beberapa hari yang lalu iaitu aku kena
angkat panggilannya tidak lebih tiga kali bunyi tut tut. “Habislah aku.”
Omelku.
Aku mencapai telefon
itu dari Aaron. Aku keluar dari studio dan bergerak ke balkoni. “Dia call lagi!
Aduhai dah lebih 15 missed call
rupanya. Masak aku ni. Janganlah dia sembur aku pulak. Bismillah.”
Aku menekan punat
hijau. “Asalammualaikum.” Ucapku lembut.
“Waalaikumusalam. Kau
buat apa? Tidur ke? Kenapa tak jawab call
aku?” Serius suara itu membuatkan aku menelan liur.
“Saya dalam studio
tadi. Saya buat kerja menukang. Tu yang tak dengar telefon berbunyi. Saya minta
maaf sebab memang saya tak dengar.” Bohongku. Berbohong untuk selamatkan diri.
“Kau sibuk lagi ke
sekarang ni? Aku nak jumpa kau.” Kata lelaki di sebelah sana.
“Hah? Nak jumpa saya?
Ada apa Encik nak jumpa saya?’ Soalku bertubi-tubi.
“Aku nak ajak kau dating kat KLCC lepas tu tengok wayang.”
Lelaki itu ketawa.
Aku pelik. Kenapa mood
Mr. Lion King berubah tiba-tiba. Tadi bukan main serius suaranya.
“Err..saya sibuk
Encik. Encik jangan main-main pulak nak ajak saya keluar.” Balasku.
“Memanglah aku
main-main ! Kau ingat aku nak ajak kau dating
ke? Memang tak mungkin lah. Aku nak jumpa kau sebab nak bincang pasal
perjanjian kita tu lah. Kontrak dan syarat-syarat aku dah siapkan. Aku nak kita
jumpa petang ni pukul 5.30. Lagi satu sekali lagi kau panggil aku Encik, aku
jentik kau nanti.” Macam biasalah suaranya sinis macam sebelum ni.
“Tapi saya sibuk.”
Aku memberikan alasan.
“Aku pun sibuk. Aku ada
perkerja seramai 656 orang di 12 cawangan seluruh Malaysia dan juga di Timur
Tengah sana. Aku kena fikirkan duit berjuta-juta setiap hari tapi aku dapat
jugak luangkan masa untuk jumpa kau. Kau ingat aku nak jumpa kau suka-suka ke kalau
tak penting? Aku ni lagi super sibuk tau.” Bebelnya.
“Emm...awak nak
menunjuk dengan saya ke apa ni? Saya tak tanya pun pasal 656 orang pekerja di
12 cawangan di seluruh dunia?” Balasku sengaja nak balas mulut jahatnya itu. Geram.
Macam murai tercabut ekor, membebelnya kalahkan orang perempuan.
“Menjawab! Menjawab!.
Suka hati aku lah. Aku nak ada 12 cawangan ke apa. Semua itu usaha arwah baba aku dan aku. Jadi aku patut bangga dengan pencapaian kami.”
Aku rasa kalau aku
ada depan dia sekarang ni aku dah boleh bayangkan yang biji matanya dah tajam
menikam wajahku. Tangannya pula sudah mencekak pinggangnya. Sikap sombong, garang dan
angkuhnya tu meluatkan.
“Ya Izzaz. Saya tak
menjawab. Okaylah. Kita jumpa petang nanti. Ada apa-apa yang saya perlu bawa ke
nanti?” Aku berlembut. Lelaki ini lagi aku menjawab, lagi aku bercakap kasar
sikit dia lagi menjadi-jadi. Biarlah dia aje nak menang. Tak faham aku perangai
dia ni lah. Memanjang nak garang.
“Tak payah. Kau bawak
diri aje. Em.. ni kereta kau macam mana?” Soalnya.
“Kereta saya dah
ambil semalam. Terima kasih sebab bayar bil untuk saya. Nanti saya ganti duit
awak balik ya.”
“Tak payah lah. Kepala
kau sakit lagi ke?” Soalnya lagi.
Berkerut dahiku
mendengar soalannya itu. Kenapa dia ni ambil berat pasal aku pula? Mungkin sekadar
nak ambil tahu aje kot. Aku membuat andaian.
Aaron muncul di
belakangku. “Sayang...I keluar dulu nak jumpa wakil Golden Summit Group. Don’t worry, I tak akan suruh you jumpa
lelaki tu.”
Aku senyum. Mujur Aaron
memahami yang aku dan CEO Golden Summit tidak sehaluan. Aku menceritakan
tentang perselisihan antara aku dan Taufiq kepadanya. Mujur Aaron yang baik
hati itu memahami. “Thanks, Aaron. I see you
later.” Ujarku sebelum Aaron beredar.
Aku kembali
meletakkan telefon pintar ke telinga. “Hello Iz. Sorry. Emm..apa you tanya
tadi? Oh! Kepala saya alhamdulillah dah okay. Dah tak sakit.”
Lelaki di sana diam. Agak
lama. “Hello....Iz...” Panggilku.
Terdengar deheman
lelaki itu. “Err.... err... siapa tadi tu? Boyfriend
kau ke?” Soalan yang pelik lagi dikemukankannya. Personaliti lelaki ni memang
pelik macam ni ke? Aduh! Muka dah hensem tapi perangai macam ni rupanya. Sombong,
angkuh, sinis ditambah yang baru pelik. Lengkap!
“Suami saya.”
Jawabku.
“Hah! Kau dah kahwin?
Kau ni biar betul?” Terjerit Mr. Lion King tu dibuatku.
Aku ketawa. Aku menutup
mulutku. Baru aku usik sikit, dah terkejut beruk macam tu. Hari tu bukan main
lagi dia kutuk aku terkejut beruk, dia tak sedar ke sekarang siapa beruk tu
sebenarnya?
“Awak rasa?” Aku
sengaja tarik tali.
“Mana aku tahu. Aku tak
ada masa nak main Jumanji, teka silang kata atau teka-teki dengan kau lah.
Betul ke tidak ni?” Bebelnya lagi.
“Tadi tu Aaron, dia
bos saya. Saya belum kahwin lagi lah. Kenapa awak nak tahu sangat yang saya ni
dah kahwin ke belum?”
“Saja. Kau ingat kau
artis aku nak ambil tahu. Memang tak lah. Aku Izzaz Rayqal yang perlu berfikir
tentang duit masuk berjuta-juta, tentang bisnes sana sini. Aku ada taste aku
jugak tau. Kau ingat aku minat dengan kau ke, kau bukan taste aku pun. Lagipun...aku pakai baju mahal-mahal...” Apa yang mamat ni bebelkan ni? Tajamnya lidah
dia.
Aku terus memotong
percakapannya. Bingit telinga aku dengar bebelannya. “Kejap, kejap Iz....Oh iya
ke? Baguslah kalau macam tu sebab awak pun bukan taste saya. Okay lah Iz. Saya ada banyak kerja lagi ni nak kena
siapkan. Boleh saya letak telefon sekarang? Petang nanti kita jumpa ya?” Aku masih
lagi berintonasi manis.
“Emm...iya lah. Nanti
aku whatapps alamat tempat nak jumpa tu. Bye!” Pap! Terus dimatikan
telefonnya.
Aku menggeleng. Melepaskan
keluhan. “Mulai hari ni aku kena menghadap Mr. Lion King ni hari-hari. Aku kena
banyak kan makan vitamin ‘sabar’ kalau ada jual kat farmasi.”Bebelku sendiri.
Di hadapan The Potluck cafe, 5.32 petang
Aku menolak pintu
masuk cafe itu. Di satu sudut aku ternampak Encik Izzaz sedang menghirup
minuman panasnya. Hari ini Mr. Lion King memakai sehelai t-shirt berwarna oren
dan seluar khaki berwarna coklat.
“Baju dia pakai ni
sesuai dengan ‘title’ Mr. Lion King yang aku bagi dia tu. Warna baju dengan
seluar pun dah sama dengan warna bulu singa. Sesuai sangat.” Kutukku ketika aku
melangkah menghampirinya.
Aku memberi salam
sebelum duduk di hadapannya. Dia menjawab salamku sambil matanya memandang
wajahku. Agak lama kami diam. Aik,
kenapa lelaki in diam pulak hari ni? Agak kekok keadaan kami ketika itu. Aku segera mencapai menu untuk membuat pesanan.
Selesai aku membuat pesanan, aku kembali memandang wajahnya.
Tapi diam dia tu sekejap aje.“Jangan order yang berat-berat. Makan tu kawal,
badan tu jaga sikit. Aku tak nak ada adik gemuk pulak karang.” Izzaz tiba-tiba
mengataku. Amboi! Mulut dia memang tak ada insuran kan. Geramnya aku!
“Saya nak makan apa
pun suka hati saya lah. Saya tak lunch
tadi. Nanti saya bayar sendiri apa yang saya makan ni okay. Ni awak tak kerja
ke hari ni Iz?” Soalku sekadar pembuka bicara.
Lelaki itu mencebik. “Kenapa tiba-tiba kau
tanya?” Balasnya.
“Tak adalah. Sebab awak
pakai baju biasa. Saya saja tanya.”
“Aku kerja. Apa tak
boleh ke aku pakai baju t-shirt pergi kerja? Aku bos. Suka hati aku lah nak
pakai apa saja pun.” Amboi berlagaknya.
Aku menggaris
senyuman. “Boleh. Tak ada salahnya. Awak kan Bos.” Perkataan bos tu aku tekankan.
Dia mencapai sekeping
roti lalu disuapkan ke dalam mulutnya. “Ni aku nak tanya dah berapa lama kau
jadi anak angkat?” Soalannya yang tiba-tiba itu membuatkan aku terkedu.
“Hah?”