Ipoh, Perak
12.25 malam. Selalunya kalau tiada gangguan, Jamil sudah
hampir ke Selangor waktu ini. Namun, dek kerana terlalu banyak berhenti di
R&R perjalanannya jadi lambat. Kay pula tidak tidur walaupun sudah tengah
malam.
“Jamil,
awak pernah ada girlfriend?”, Kay memecah
kesunyian malam.
“Ada.
Kenapa?”, dia teringatkan Rini dan Nafiz.
“Saya
pun. Tapi dia dah kahwin dengan orang lain. Sekarang ayah pun kahwin lagi.
Ah..bosannya.”, dia terfikir apa yang sedang dibuat ayah di Butterworth.
Jamil pula teringat kisahnya dengan
Rini. Memang langit tak selalunya cerah, hubungannya dengan Rini sejak di
Universiti Pendidikan Sultan Idris berakhir apabila ayahnya menerima pinangan
dua pupunya yang baru pulang dari Jepun. Alasannya Jamil hanya bekerja sebagai
guru, manakala dua pupu Rini jurutera. Masakan graduan negara matahari terbit
itu dapat disamakan dengan anak kampung sepertinya. Setahun dia membawa diri ke
Miri selepas postingsebelum
ditukarkan dengan bantuan orang dalam ke Kedah. Di sana, siapa sangka daerah Sungai Petani itu menemukannya
semula dengan Azrini Muhamad Tajudin. Rini yang dilihat mendukung bayi keluar
daripada kereta Honda City semasa majlis hari guru. Luluh hatinya. Berkecai
terbang bersama angin dari bendang yang bertiup kencang pagi itu. Sejak itu, dia
mengajar hatinya jangan menaruh harapan lagi pada isteri orang. Azam itu tidak
lama, Rini kemudian bercerita kepadanya tentang suaminya panas baran. Petang
tadi, kemuncak dia membantu Rini membuat laporan polis dan menghantar wanita
itu pulang ke Perak.
“Tak
cukup cantik ke saya ni? Hah, Jamil. Awak rasa saya cantik ke buruk? Jawab
cepat.”, tanpa menunggu jawapan Jamil, Kay mendorong wajahnya ke arah Jamil.
Tak malu betul perempuan ni, Jamil menarik nafas panjang.
Kay sudah duduk kembali.
“Cantiklah...eh
kalau saya terbabas langgar devider
tadi macam mana? Hah? Baju raya mak pun saya tak bagi lagi tau.”, Kay puas
hati, tersenyum sahaja sebelum bertukar kelat.
“Kakak
saya lagi cantik. Tapi, suami dia tetap tinggalkan dia. Kenapa Jamil. Kenapa
Haikal tinggalkan saya. Saya salah ke?”, dia menangis lagi seperti petang tadi.
Jamil serba tidak kena. Dia tidak
tahu memujuk wanita menangis. Paling-paling jika Rini menangis, dia tahu
berhenti sendiri. Namun, Kay bukan Rini. Jalan terowong ditempuh. Dalam
balam-balam lampu terowong, dia hanya mampu berdoa agar Kay berhenti menangis.
Kalau Kay itu Atira adiknya, dapat juga dia meminjamkan bahu.
Kay melihat terowong yang panjang.
Sekosong pandangannya di hadapan, begitu jugalah hatinya sejak ibunya meninggal
dua tahun lepas. Ibunya yang menerimanya sepenuh hati. Menerima sikap buruknya
walaupun dia tidak sehebat dan sebaik kakaknya. Haikal hadir mengubat lukanya
namun meracunnya kini dengan berita pertunangan dengan gadis lain. Begitu juga
apabila kakaknya pulang ke rumah selepas bercerai dengan suaminya. Ayah pula
meminta persetujuan berkahwin dengan setiausaha yang sudah menjanda lima tahun.
Dia kusut. Sangat kusut.
“Kay,
tuhan masih sayang awak. Jangan tanya kenapa.”, akhirnya Jamil hanya mampu menuturkan
ayat yang sama dia tuturkan kepada Rini.
Baju T yang masih ada di atas
dashboard kereta dihulur kepada Kay. Malam pun larut sementara Jamil berperang
dengan perasaannya sendiri ditemani suara tangis Kay dan lagu raya yang
sayup-sayup masuk ke telinga. Selang beberapa minit, Jamil tidak mendengar
bunyi suara Kay menangis. Perlahan-lahan ekor matanya ke kiri, ingin melihat
gadis itu. Benar. Kay sudah tertidur sambil tangan kanannya masih menggenggam
baju T Jamil. Jamil meningkatkan suhu penghawa dingin. Meraup wajahnya sekali
dan meneruskan pemanduan. Kali ini, dia betul-betul tidak mahu berfikir tentang
Rini atau si Kerria yang baru ditemuinya ini.
Seri Kembangan, Selangor
Jamil
berhenti sebentar di kawasan rehat dan rawat. Niat hatinya hendak ke tandas
membuang air. Selesai urusan di tandas, dia terlihat pau yang masih panas dan
teringat akan Kay. Perempuan itu kuat makan. Sekejap lagi, dia bangun, pasti
minta makanan. Keretanya yang ditinggalkan berkunci di kawasan parkir
berhampiran kawasan parkir bas dihampiri. Sampai di pintu kereta, dia pelik
apabila keretanya tidak berkunci. Jamil pantas membuka pintu kereta dan Kay
sudah tidak ditempat tidurnya. Dia sudah menghilang. Beg sandang dan beg tangan
Kay di tempat duduk belakang masih ditempatnya. Mana perempuan ni pergi, Jamil mula panik. Pau panas dalam
bungkusan kertas diletak pada dashboard. Dalam kerisauan, Jamil mula meninjau kiri dan
kanan. Seketika dia bertanya kepada pemandu bas yang berdekatan. .
“Dia
keluar baru tadi. Freehair kan
bang?”, pemandu bas dalam awal 20 an itu menjawab.
“Kemana
ya? Awak nampak arah mana dia pergi?”, Jamil kecewa apabila pemandu bas itu
menggeleng.
Dengan berbekalkan gerak hati, Jamil
masuk semula ke kawasan kompleks. Mungkin dia pergi ke tandas juga. Sampai di
hadapan pintu masuk tandas wanita, dia meninjau-ninjau ke dalam kalau-kalau ada
kelibat Kay. Seorang gadis yang melewatinya melihat aneh. Jamil tidak peduli
lagi. Kalau wanita itu hilang, dan keluarganya membuat laporan polis, dia akan
terkena teruk. Walaupun dia hanya mangsa dalam kes ini.
“Cari
siapa encik?”, dari belakang, seorang wanita menyapanya.
Jamil tersentak melihat wanita
tukang pembersih itu menegurnya. Wanita itu berada dalam lingkungan usia lewat
40an.
“Saya
cari Kay. Isteri saya.”, dalam gugupnya, dia membuat olah yang Kay ialah
isterinya. Wanita tua itu mengagguk-angguk.
“Nak
makcik panggilkan. Apa namanya tadi? Kay?”, Jamil mengangguk sekali sambil
mengucap terima kasih dalam hati.
“Jamil.”,
sebelum makcik itu sempat masuk ke dalam, Jamil terdengar suara yang dicarinya
sejak tadi.
Jantungnya hampir luluh saat melihat
perempuan yang dicarinya itu sudah di hadapan mata. Makcik tukang pembersih
juga terpana. Dia melihat Jamil yang membisu dan wanita cantik dengan rambut
diikat bun dihadapannya. Mungkin inilah
isterinya, desis hati wanita tua itu.
“Jamil,
awak cari saya ke?”, kali ini Jamil berhenti terpana.
Dia mengucapkan terima kasih kepada
wanita tukang pembersih itu dan menarik lengan Kay ke kawasan permainan
kanak-kanak. Nafas Jamil turun naik berserta kemarahan yang cuba ditahannya.
Kay pula mengikut sahaja tanpa banyak bicara. Dia tahu Jamil sedang marah. Dia
tahu, dia tidak sepatutnya meninggalkan kereta Jamil begitu sahaja.
“Awak
pergi mana?”, Jamil bertanya perlahan tanpa menoleh wajah Kay.
Dia takut dia tidak dapat mengawal
rasa marah. Kemudian dia perasan dia masih belum melepaskan pegangannya pada
lengan Kay. Dia juga perasan wajah Kay bersih daripada mekap dan rambutnya
sudah rapi diikat simpul ban. Kay rasa bersalah dan berharap Jamil
memandangnya.
“Saya
pergi tandas.”, Jamil naik berang mendengar jawapan itu.
Pandangannya ditala menghadap Kay.
Wanita itu tidak kenal dia siapa. Wanita itu perlu tahu tanggungjawab. Wanita
itu perlu diajar supaya tidak bersikap acuh tak acuh terhadap orang lain. Pada
pandangannya waktu itu, Kay sudah menipunya.
“Bohong!
Awak bohong saya! Dari tadi saya dekat depan tandas tu tak nampak pun awak. Eh
kau nak apa? Kau sengaja nak menyusahkan aku? Hah!”, kali ini Jamil sudah
benar-benar hilang sabar.
Kay yang ditengking sebentar tadi
menundukkan wajah. Matanya bergenang, dan dia tidak mahu Jamil melihat
kelemahannya. Dia teringat doanya pada Allah lewat solat Isyaknya sebentar
tadi. Dia berdoa agar Allah menemukan dia dengan orang-orang yang akan
membawanya ke jalan syurga. Dia berdoa agar Allah mengubati rasa sakit dalam
hatinya. Dia berdoa agar Allah menyelamatkan Jamil daripada bala. Biar selamat
perjalanan pulangnya ke Batu Pahat. Dapatlah dia memberikan hadiah baju raya
kepada ibunya. Sebelum membalas kata-kata Jamil, dia menarik nafas sekali.
Mencari kekuatan lewat kudrat yang masih bersisa.
“Saya
pergi surau. Saya minta maaf saya menyusahkan awak.”, buat seketika pandangan
Jamil dan Kay bertaut.
Jamil dicuit rasa bersalah, manakala
Kay berdoa dalam hati agar Jamil memaafkannya. Akhirnya Jamil mengalah dan
mengalihkan pandangan. Kerutan pada wajahnya masih berbekas dan dengan perlahan
dia memusingkan badan dan berjalan perlahan. Kay masih tidak berkutik dan tidak
tahu apa yang harus dilakukannya. Dia yakin Jamil akan meninggalkannya di situ.
Dan dia spontan menggenggam telefon bimbit dalam poket jaket jean. Selepas ini
dia akan menghubungi kakaknya.
“Jomlah.
Nanti lambat pulak sampai.”
Dan kemudian, Jamil terus melangkah
meninggalkan Kay yang seakan-akan tidak percaya. Bibirnya merekah dengan
senyuman kecil. Sambil mengekori langkah Jamil, dia mengamati bentuk tubuh
lelaki itu dari belakang. Andai dia berdiri disebelah Jamil, dia hanya setinggi
bahu lelaki itu. Kemudian, dia teringat ayat Jamil di hadapan pintu masuk
tandas. Saya cari Kay. Isteri saya.
Di dalam kereta, Jamil masih diam
membisu. Jam sudah menunjukkan pukul 4.45 pagi. Sudah berejam Jamil membisu,
dan Kay pula tidak dapat melelapkan mata. Dia rasa tidak senang hati. Selagi
Jamil tidak memaafkannya, dia tidak dapat tidur.
BERSAMBUNG