Home Novel Cinta Throwback
Throwback
BERUKA MAKINO
19/7/2015 04:44:19
2,968
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Pendahuluan

Pernahkah kau terfikir yang disepanjang hidup yang kau sudah lalui sebelum kau berkahwin dengannya, dia sebenarnya sudah muncul berdekatan dengan tempat kau berada. Mungkin dia pernah melintasi kau saat kau sedang berjalan di kaki lima kedai. Mungkin juga dia pernah menggunakan sesuatu yang pernah kau guna. Dia juga mungkin kenal rapat dengan seseorang yang kau kenal. Dia pernah tinggal di rumah sewa yang kau pernah tinggal waktu kau di tahun tiga dan empat universiti. Dia juga berada di belakang kau sewaktu kau menghantar abang kau ke Amsterdam di lapangan terbang, sedang merenung jadual penerbangan. Lebih ironi, dia ialah orang yang kau pernah keji sewaktu kau terpijak gula-gula getah di lantai tetapi kau tidak tahu. Mungkin juga dia penerima duit yang kau sedekahkan di rumah anak yatim. Dia jugalah yang menggunakan seluar jeans yang kau jual di bundle. Ada lagi! Dia pernah memphoto-boom gambar kau dan kawan-kawan sewaktu kau pergi mendaki bukit selepas tamat persekolahan.

Kau tidak tahu bukan?

Tetapi, aku tahu.

Sebab akulah pencipta kisah kau semua.

Tak percaya?

Hahaha.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.