Bunyi deringan telefon membuatkan Carissa yang sedang nyenyak tidur merengus kasar.
"Haish makhluk mana pulak call aku waktu aku tidur ni?!"
Carissa sambung tidur dan hanya membiarkan telefon itu berdering.
1 minit telefonnya berdering, akhirnya telefon itu berhenti berdering.
"Lega !"
Carissa terus sambung tidurnya.
Setelah 10 minit Carissa menutup mata, telefonnya berdering lagi. Kali ini, Carissa mengambil keputusan untuk bangun dan jawab panggilan tersebut.
Carissa melihat skrin telefonnya, ternyata yang kacau dia dari tadi ialah Faeeq.
'Awal nyah mamat ni bangun, tak tidur malam ke haih' ngomel Carissa kemudian terus menjawab panggilan tersebut.
"Ha apa?" tanya Carissa dengan dingin.
"Amboi kau garang naw. Siapa yang buat Princess ni marah ni"
"Kau la haish. Pahal kacau aku time aku tido ni?"
"Lah, kalau aku tau aku kacau dari awal lagi" ujar Faeeq mengusik Carissa.
Carissa terus mematikan panggilan tersebut dan melabuhkan dirinya ke katil yang tadi menjadi tempat dia beradu dan dia silentkan telefonnya supaya tiada yang kacau tidurnya.
TIBA-TIBA pintu Carissa diketuk bertalu-talu.
"Haih, siapa pulak yang kacau aku tido ni" ujar Carissa sambil merengus kasar.
" SAPA? KENAPA? ADA APA? " teriak Carissa kerana malas bangun menuju ke pintu biliknya.
"kau tido ke kambing. Ni kawan kau cari ni" jawab Carlin dari luar bilik. Tahulah dia kalau pintu tidak dikuak bermakna Carissa sedang nyenyak tidur dan malas hendak menjenguk sesiapa yang datang ke biliknya.
"Siapa?" tanya Carissa sambil mengambil cardigannya dan menuju ke pintu untuk mendapatkan rakannya yang datang.
"Faeeq" jawab Carlin pendek apabila melihat susuk tubuh Carissa lalu di ruang tamu aras 2.
Carissa menuruni tangga dengan hati-hati dan keluar ke bahagian taman di luar rumahnya yang menjadi ruang lepaknya dan abangnya bersama rakan masing-masing.
"Ape kau nak?" tanya Carissa dingin atas sebab perasaan marahnya kerana insiden pagi tadi.
"Marah naw sis, santai la gurau je halah"
"Gurau tak gurau, kau kacau aku tido" jeling Carissa.
"Ha yelah, ni aku nak bagitau yang aku nak ajak kau buat mission malam ni"
"Mission apa?"
"Aku nak bunuh orang yang kacau adik aku"
"Hamboi kau, bunuh terus. Kasi mental dulu ah"
"Maleh, aku nak bantai dia terus"
Carissa tidak menjawab sebaliknya hanya mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.
"Okeh deal. Malam ni pukul 10 aku ambil kau" ujar Faeeq.
Carissa masuk rumah dalam keadaan bengang.
'Aku tak kata pun aku nak, apahal dia kata deal. Haih' omel Carissa.
Dia terus menuju ke dapur setelah berasa lapar.
"Bik, masa apa harini?"
"Nasi tomato, cik puan"
"Nice" balas Carissa sambil mengangkat ibu jari ke arah bibiknya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Baby, you tak makan lagi kan? I ada bawak makanan ni i masak khas untuk u" ujar Puan Sofea dengan nada gedik.
"Aku sibuk, blah" balas Tan Sri dingin.
"Sekarang kan waktu lunch, makan la dulu baby" ujar Puan Sofea lagi.
"Dah kau pahal. Nanti pandai-pandai la aku makan" balas Tan Sri dingin.
"Busy pun jangan la skip makan. Nanti u sakit macam mana?" tanya Puan Sofea dengan nada gedik.
"Lah? Aku sakit apa kaitan dengan kau?" tanya Tan Sri pula.
Tiba-tiba, pintu pejabatnya dikuak dan muncul kedua anaknya dengan bekal mangkuk tingkat yang dimintanya.
"Pa!" jerit Carissa manja sambil berlari ke arah bapanya dan peluk bapanya.
Setelah memeluk papanya, Carissa memandang Puan Sofea dengan aneh.
"Sapa ni pa?" giliran Carlin bertanya.
"Oh, i bakal mak tiri both of you" ujar Puan Sofea tidak memberi peluang kepada Tan Sri bercakap dengan senyuman bengis.
'Tunggulah aku masuk keluarga kau, aku pecah belahkan keluarga kau' omel Puan Sofea.
"Takdak makna" jawab Tan Sri sambil menjeling Puan Sofea.
"Dahla papa nak makan, cafeteria jom. Seabut duduk sini dengan puntianak tak cukup attention ni" ujar Tan Sri.