Home Novel Thriller/Aksi Dia Yang Tersakiti
Dia Yang Tersakiti
Isyaf Lemon
22/8/2020 20:27:24
27,232
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2

                     " Maaaaaaaaak! " teriak Carissa setelah melihat sekujur tubuh yang terlantar dan berlumuran darah itu maknya.


Carissa segera mengambil telefon dan mendail nombor kecemasan.


10 minit kemudian, ambulans tiba bersama polis.


Carissa tidak lupa untuk menelefon papanya dan abangnya dan menceritakan hal ini kepada mereka berdua. Baginya , mereka berdua perlu tahu. Carissa cuba mengawal paniknya , kerana dia tahu kepanikan yang dialami olehnya tidak membawa kebaikan walaupun dia baru sahaja melihat maknya yang terlantar di lantai dapur dan penuh dengan darah di tubuh ibunya.


Tanpa menghiraukan bilangan orang. di sekelilingnya, Carissa menangis semahu-mahunya. Air mata itu sudah tidak mampu ditahan lagi oleh Carissa.


Dia pun mengikuti jururawat yang menolak maknya ke dalam ambulans dan terus masuk dalam ambulans lalu duduk di sisi maknya.


Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Malah, dia tidak sempat meminta maaf akan kejadian pagi tadi. Doanya semoga maknya baik-baik saja.


                      " Mak! Bangunlah jangan tinggal Rissa! Rissa nanti sunyi tanpa mak " menangis Carissa dalam ambulans tersebut.


                     " Mak! Rissa pakai baju sama warna dengan mak , nak minta maaf dekat mak. Rissa rindu nak gelak ketawa dengan mak macam semalam. Mak, janganlah tinggal Rissa. Bukalah mata! Janganlah tutup! Jangan tinggal Rissa " kata Rissa sambil menangis.


Jururawat wanita yang menemani Carissa tidak mampu berkata apa-apa kerana situasi yang dialami Carissa tidak pernah dialami oleh dirinya. Dia hanya mampu mengusap belakang Carissa bagi memberikan semangat kepada Carissa.


Ambulans tersebut memecut laju ke bahagian kecemasan.


SETELAH setengah jam berada di ruangan menunggu bilik kecemasan, akhirnya kelibat doktor yang berkulit sawo matang memakai kemeja biru, berkot putih dam bertag nama, Syahril tersemat didanya kelihatan di ruangan menunggu bilik kecemasan tersebut.


Tanpa memikirkan wajah Dr.Syahril , Carissa terus bertanya keadaan maknya sambil berharap doktor tersebut akan mengatakan bahawa maknya masih hidup dan maknya hanya cedera ringan.


                      " Doktor, macam mana keadaan mak saya? " tanya Carissa.

                      " Kalau ibu cik dibawa ke hospital lebih awal, mungkin kami dapat selamatkan. Tapi ibu cik dibawa sejam setengah lambat. Dalam tempoh itu, bakteria merebak pada tikaman yang ada pada perut ibu cik. Penyebaran bakteria yang cepat menyebabkan ibu cik tidak dapat diselamatkan. Maafkan kami, kami dah cuba yang terbaik " terang Dr.Syahril panjang lebar.


Tanpa memikirkan pandangan doktor kepadanya, dia terus menangis dan terduduk di hadapan ruangan menunggu bilik kecemasan tersebut.


                   " Maaaaaaaaaaak! " teriak Carissa dengan kuat tidak dapat menerima kenyataan mak kesayangannya sudah tiada. 


SAFIY Carlin atau Carlin iaitu abang Carissa dan Tan Sri Hisham iaitu papa Carissa yang baru keluar dari lif ketika itu segera berlari ke arah Carissa apabila mendengar teriakan Carissa.


Papanya segera mengangkat Carissa bangun dan meletakkan Carissa di kerusi berdekatan.


                        " Pa, mak dah takde pa. Semua salah Rissa sebab lambat tahu ibu terbaring dekat dapur. Kalau Rissa masuk dapur awal sikit kan bagus, mak boleh diselamatkan. Rissa tak sempat pun minta maaf dekat mak, Pa......" tak sempat Carissa menghabiskan kata-katanya tangisan keluar lagi dan lagi menghalang Carissa bercakap.


Papa Carissa tidak mampu berkata apa-apa kerana dia juga terkilan dengan pemergian isteri tercintanya.


                     " Janganlah kata macam tu , Rissa. Lokasi mak terbaring tadi tersorok kan? Bukan Rissa tak cari, Rissa dah cari cuma tak perasan mak terbaring atas lantai dekat dapur. Jangan salahkan diri sendiri. Kita semua ada kesalahan sendiri. Abang pun salah jugak sebab masa Rissa telefon kata Rissa nak keluar tadi, abang dah on the way balik rumah tapi tiba-tiba ada hal kena buat. Ingat, nak settlekan hal tu cepat-cepat terus balik rumah . Tapi tiba-tiba adik telefon , adik kata adik nak balik dah , tu yang abang rasa lega sikit. Takpelah dik , benda dah jadi, tak boleh putar masa dah pun " kata Carlin memujuk adiknya sambil mengusap-usap belakang badan adiknya. Dia hanya mampu menahan air mata di hadapan adiknya walaupun dia sendiri mahu menangis teresak-esak sama seperti adiknya . Tapi dia tidak mahu adiknya menangis lebih teruk selepas melihat dirinya menangis sama.


Carissa tidak memberi balasan apa-apa sebaliknya terus menangis teresak-esak.


Papa Carissa baru perasan akan kehadiran doktor di situ. Dia tidak mampu berkata apa-apa tetapi hanya senyum kepada Doktor Syahril itu setelah melihat nametag doktor tersebut.


Doktor yang melihat keadaan keluarga itu turut sebak kerana perasaan kehilangan emak pernah dirasai oleh dirinya.


Abang Carissa yang juga baru menyedari kehadiran doktor tersebut terus berterima kasih kepada doktor tersebut kerana sudah berusaha untuk menyelamatkan nyawa maknya meskipun gagal.


                      " Terima kasih, doktor sebab dah cuba yang terbaik untuk selamatkan mak saya walaupun usaha doktor hanya sia-sia " kata Carlin sejurus selepas mengalirkan air mata lelakinya setelah tidak mampu mencuba untuk menahannya.


                       " Itu sebahagian dari tugas saya. Encik, minta ikut saya ke bilik saya untuk membincangkan tentang pengurusan jenazah isteri encik " kata Doktor Syahril sambil tersenyum bagi memberikan semangat kepada keluarga tersebut walaupun hatinya luluh kerana sebak dengan bala yang menimpa remaja seperti Carissa.


Carissa kehilangan mak kesayangannya pada umur 19 tahun manakala abangnya berumur 21 tahun. Masih muda untuk menerima hidup yang akan datang tanpa mak yang menemani mereka selama mereka hidup selepas ini..


                         " Mari " kata doktor tersebut lagi bagi mengajak papa Carissa ke biliknya.


Papa Carissa tidak menjawab sebaliknya hanya bangun dan berjalan membuntuti langkah Doktor Syahril ke biliknya.


                        " Silakan masuk " pelawa doktor tersebut.


Papa Carissa hanya mengikut tanpa membantah.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Isyaf Lemon