“Kenapa?” tanya Faeeq.
“Kenapa kau bunuh dia?” tanya Carissa kembali.
“Entah, cara ni ja dapat hilangkan stress aku” kata Faeeq.
“Kau tak nak cuba?” tanya Faeeq.
“Aku takut” kata Carissa.
“Alah tak perlu takut, aku ada” kata Faeeq.
Carissa pun mencuba membunuh salah seorang daripada mereka yang diikat itu. Setelah membunuh, dia merasakan beban yang dihadapi olehnya menjadi ringan. Betul kata Faeeq.
“Amacam?” tanya Faeeq kepada Carissa.
Carissa tidak menjawab sebaliknya hanya mengukirkan senyuman nipis.
CARLIN bergerak ke dapur setelah mandi dan bersiap sedia ke tempat pekerjaan untuk bersarapan bersama keluarganya.
“Morning, pa” kata Carlin setelah melihat papanya sedang menunggunya dan Carissa untuk sarapan bersama-sama. Setiap kali waktu makan, papa akan menunggu kesemua ahli di meja makan dan makan bersama-sama.
“Morning, Car. Mana Rissa?” tanya papa kepadanya.
“Nanti dia turun kot. Tadi Car dah ketuk pintu bilik dia”
“Dia tidur ke? Kang dia tak turun sampai ke sudah”
“Tadi Car dah call dia”
Tengah khusyuk borak tentang Carissa, tiba-tiba Carissa menarik kerusi dan duduk di hadapan Carlin.
“Morning” kata Carissa sambil tersenyum lebar.
“Morning” balas Carlin dan papanya serentak.
“Semalam balik pukul berapa?” tanya Carlin. Sangkaan Carlin, Carissa pergi berseronok bersama rakan-rakannya sebab dia boleh lihat keseronokan di mata Carissa. Lega hati Carlin melihat adiknya sudah kembali seperti biasa.
“Tak ingat la bang. Tak tengok pun jam. Tapi yang Rissa ingat, dah lewat malam masa tu” kata Carissa sambil menjamah makanan yang diberikan oleh bibik kepadanya.
Carlin tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum.
“Lepas ni jangan selalu buat. Risau papa. Bahaya perempuan keluar malam-malam macam tu. Kalau nak keluar jugak, bawa bodyguard mak sekali” kata papanya.
“Baik,pa” jawab Carissa.
“Selamat datang, tuan. Selamat pagi” kata David, penyambut tetamu syarikatnya yang berbangsa Cina itu.
Tan Sri Hisham tidak menjawab sebaliknya hanya senyum lalu terus bergerak ke arah lif untuk ke biliknya.
“Harini ada apa, ziq?” tanya Tan Sri kepada pembantu peribadinya. Dia sememangnya tidak suka sekiranya pembantu peribadinya seorang wanita.
“Harini Tan Sri ada satu meeting je. Meeting Conference pukul 3 petang nanti di Sasa Company” kata Haziq.
“Oh sebelum saya lupa. Ada seorang wanita nak sangat jumpa Tan Sri sehinggakan kami dijerkah”kata Haziq lagi.
“Kenapa tak panggil security ja?”
“Dah, Tan Sri. Dia marah security juga”
“Takpe, nanti saya urus”
“Baik, Tan Sri”
“Terima kasih” kata Tan Sri lalu terus bergerak ke dalam biliknya.
Apabila dia masuk ke dalam pejabatnya, dia melihat susuk tubuh wanita yang pernah dia cintai suatu ketika dahulu. Wanita itu pergi meninggalkannya kerana seorang lelaki yang jauh lebih kaya daripada dirinya suatu tika dahulu dan merupakan musuhnya yang paling ketat.
Melihat wanita itu, dia teringat akan tajuk surat khabar. Surat khabar Harian Metro yang dibaca olehnya minggu lepas.
“SYARIKAT DATO’ MALIK YANG MENGALAMI
KRISIS KEWANGAN, MEMBUAT KEPUTUSAN
UNTUK MENGGULUNG TIKAR”
Tan Sri tersenyum sinis.
‘Dia datang sebab kekasih dia dah bankrup la tu’ ngomel hati Tan Sri Hisham.
Selepas sedar dari lamunan, Tan Sri Hisham berlalu ke tempat duduknya dan memandang sinis ke arah wanita tersebut.
“Ya? Ada apa yang boleh saya bantu? Sampai tengking habis pekerja saya” tanya Tan Sri selamba.
Selepas 2 minit suasana diam, Tan Sri bersuara lagi.
“Cepat sikit cakap. Lepas tu boleh beredar. Saya sibuk” kata Tan Sri.
“Alah you ni. Bagila I spent time dengan you dulu. Isteri you kan dah takde?” kata wanita itu manja.
“Macam mana you tahu isteri I dah takde?” tanya Tan Sri dengan wajah bengang.
“Dah viral kot. Isteri Tan Sri Hisham, chairman syarikat kedua terbesar di Malaysia disahkan meninggal dunia di Hospital Negeri semalam” kata wanita itu selamba.
“Ok. Dah habis cakap kan? Tanak keluar?” jawab Tan Sri dingin.
Wanita itu merengus kasar.
“Oh by the way, isteri I takde pun tak bermakna you boleh dapat tempat you balik yang dulu dalam hati I. Tempat you dah hilang dalam lautan sana. Pergi kutip sendiri. Hanya ada isteri I je sekarang” kata Tan Sri lagi.
“Haish, kau tunggu kau” kata wanita itu kasar sambil keluar dari bilik Tan Sri dengan menghentak kaki.
Tan Sri mengangkat bahu dan menggeleng melihat telatah wanita yang tidak pernah tua tersebut.