Home Novel Thriller/Aksi Dia Yang Tersakiti
Dia Yang Tersakiti
Isyaf Lemon
22/8/2020 20:27:24
27,225
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4
"Ok, saya nak Coffee Macadamia sepotong" kata Carissa.

"Baik. Itu sahaja?" tanya cashier tu lagi.


Serentak Carissa dan Carlin menggeleng. Cashier tersebut menyambung kerjanya untuk jumlahkan semua pesanan pelanggannya setelah melihat respon dari dua pelanggannya.


"Jumlah semua RM54.60" kata cashier tersebut.


Setelah mendengar, Carlin segera mengeluarkan sekeping wang RM100 dan membayarnya. Setelah selesai membayar, Carissa dan Carlin bergerak ke arah meja couple yang kosong dan duduk di situ.


"Bang, abang rasa kan, siapa pembunuh mak? Kenapa adik rasa orang yang bunuh mak tu bukan perompak? Sebab barang-barang kat dapur teratur tak macam baru lepas kena rompak. Seolah-olah orang yang bunuh mak memang berniat nak bunuh mak" kata Carissa.

"Abang pun tak tahu adik. Kita serahkan sahaja pada pihak polis yang menyiasat kes tersebut" jawab Carlin tidak mahu menyambung isu maknya, kerana dirinya juga terkilan dengan pemergian maknya secara tiba-tiba.


Tiba-tiba telefon Carissa berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Faeeq, rakan baiknya. Dia pun terus menjawab panggilan tersebut.


"Uit Rissa" kata Faeeq.

"Yow. Kenapa call?" tanya Carissa.

"Takde, aku nak tanya kau sedih lagi ke pasal mak kau tu? Kalau belum sepenuhnya, aku nak ajak kau keluar malam ni. Aku belanja. Nak tak?"

"Boleh je. Aku dah ok sikit tapi emosi aku belum stabil sepenuhnya lagi"

"Ok. Malam ni aku ambil kau tepat pukul 10. Jangan lambat"

"Ye, ok. Bye.

"Bye" kata Faeeq lalu menekan butang merah pada skrin telefonnya untuk mengakhirkan perbualan tersebut,


"Sapa tu?" tanya Carlin kepada Carissa setelah melihat Carissa selesai bercakap dengan telefon.

"Faeeq" jawab Carissa selamba.

"oooo" ujar Carlin kerana sudah mengetahui hubungan persahabatan adiknya dengan Si Faeeq tersebut.


Pesanan yang dipesan oleh mereka tiba semasa Carissa sedang bercakap dengan telefon. Sementara menunggu, Carlin menjamah makanannya dan merasa kek Carissa terlebih dahulu.


"Lajunya kau makan" ujar Carissa.

"Mana tak lajunya, dari tadi kau cakap dengan telefon. Aku makan la dulu" jawab Faeeq selamba.


Carissa menjeling abangnya lalu menikmati makanannya.Setelah selesai menjamah makanan. Mereka berdua bergerak keluar dari CoffeeBucks lalu berjalan-jalan sekitar mall untuk mencari kedai bagi membeli barangan yang mereka cari.


"Ada apa-apa lagi tak?" tanya Carlin semasa baru keluar dari Victoria Secret menemani adiknya sambil mengerling jam yang hampir menunjukkan jam 8.

"Nak singgah McDonalds jap. Nak beli aiskrim. Teringin pula nak makan McDonalds" kata Carissa.

"Ok, jom" jawab Carlin lalu menukar haluan ke McDonalds. Carissa yang melihat hanya membuntuti abangnya.


Setibanya mereka di McDonalds, Carisa terus menuju ke arah kaunter aiskrim.


"Hi! Welcome to McDonalds!" ujar pelayan yang bertugas untuk menyambut kedatangan pelanggan. Carissa hanya membalas dengan senyuman.

"Saya nak McFlurry Green Tea satu" kata Carissa.


Pelayan yang mendengar hanya mengangguk dan senyum ke arah Carissa.


"Ada apa-apa lagi tak?" tanya pelayan tersebut.

"Mmm...bagi dekat saya McFlurry Oreo satu" kata Carissa baru teringatkan kewujudan abangnya yang menemaninya itu.


Selesai membayar, Carissa menunggu pelayan tersebut menyiapkan aiskrimnya. Tiga minit kemudian, aiskrimnya siap. Dia bergegas ke arah abangnya dan menghulurkan McFlurry Oreo di tangannya kepada abangnya. Carlin mengambil aiskrim tersebut tanpa banyak kata. Dia terus menyuapkan aiskrim ke dalam mulutnya. Mereka pun berjalan ke arah ruangan parking kereta. Apabila menjumpai BMW milik papanya, mereka berdua terus meloloskan badan ke dalam kereta tersebut.


TEPAT jam 10 malam, Carissa bergegas ke arah kereta Porsche 918 Spyder berwarna perak milik Faeeq. 


Setelah Carissa meloloskan diri ke dalam kereta tersebut, Faeeq terus memecut laju ke kawasan gelap.


"Kita kat mana weh?" tanya Carissa.

"Kau ambik ni" kata Faeeq sambil menghulurkan pistol dan pisau ke Carissa tanpa menjawab persoalan yang ditujukan Carissa kepadanya.

"Aku yakin kau perlukan ni" kata Faeeq lagi.Sekali lagi tidak menjawab soalan yang ditujukan oleh Carissa kepadanya.


Apabila Carissa keluar dari kereta, kelihatan ramai orang diikat seolah diculik.


"Apa kita nak buat dekat sini weh?" tanya Carissa.

“Buat apa? Buat ni” kata Faeeq sambil mengacu pistol ke salah seorang budak-budak yang diikat dihadapannya, lalu mmebunuhnya.

“FAEEQ!” teriak Carissa. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Isyaf Lemon