" Kau jangan banyak cakap eh. Kau tu fikir aku tak tahu ke? " tengking Tan Sri Hisham.
Carissa dan abangnya , Carlin hanya diam membatu apabila mendengar ayah mereka menengking ibu tiri mereka.
" Ayah ni kenapa ? Kenapa nak marah-marah mama? " tanya Nafisa , anak tiri Tan Sri Hisham merangkap kakak tiri Carissa.
" Eh, kau jangan nak biadab eh. Tak cukup dengan anak aku kau jadikan hamba, jangan harap aku nak berbelas kasihan. Kau sentuh anak aku lebih-lebih, jadikan dia macam tak ada harga dalam rumah ni. Eh kau ingat eh, kau tu aku kutip jadi bini sebab kesian kau merempat dekat office aku je , tak banyak pun. Macam takde rumah aku tengok asyik menempel dekat office aku , sebabtu aku kasi rumah. Ni dah lebih ni." kata Tan Sri Hisham dengan geram.
" Kau jangan harap aku akan bagi satu sen pun harta aku dekat kau. Nafkah aku dekat kau masih berjalan tapi ada had" sambung Tan Sri Hisham dan berlalu ke kamar tidurnya begitu sahaja.
Mereka yang berada di tempat kejadian hanya mampu senyap dan tidak dapat berkata apa-apa kerana memahami Tan Sri Hisham sangat marah dengan Salima, ibu tiri Carissa.