" Rissa, mak dah kata jangan berkawan dengan orang macam tu, mak tak suka " kata Mak Timah kepada anaknya , Sarah Carissa.
" Mak, Rissa dah besar la, janganla buat Sarah macam ni " kata Carissa sambil menghentak kako ke ruangan atas. Carissa mengambil barang dan menuju ke pintu.
" Nak pergi mana tu, sayang? " tanya Mak Timah kepada Carissa.
" Nak keluar jap , ambil angin " jawab Carissa tidak memandang muka Mak Timah dan terus keluar menujuk ke arah Mini Cooper miliknya meninggalkan Mak Timah keseorangan di rumah.
Mak Timah hanya mampu merenung pergerakan Carissa dan melihat kereta Carissa memecut keluar dari perkarangan rumah.
" Nak , mak rasa mak perlukan kamu , sayang . Entah kenapa mak rasa tidak sedap hati . Bila kamu nak berubah sayang? Mak rindukan kamu yang dulu " ngomel Mak Timah sendirian.
Carissa memecut ke arah mall berdekatan dengan rumahnyabdan masuk ke dalam Coffeebucks kerana temannya sedang menunggu. Apabila melihat rakannya , Carissa mempercepatkan pergerakannya menuju ke arah meja yang diduduki oleh rakannya itu.
" Hai ! " jerit Carissa kepada dua temannya , Fatin Camila atau Mila dan Faaeq. Setelah menyapa rakannya, Carissa menuju ke kaunter dan membuat pesanan.
" Saya nak Green Latte satu " kata Carissa kepada wanita yang menjaga kaunter Coffeebucks dan memakai tag nama, Chloe tersebut. Sementara menunggu, Carissa mengeluarkan iphone miliknya dan membuka instagram. Tiba-tiba, telefonnya berdering . Carissa hanya melihat nama yang terpapar dengan sebelah mata dan tidak mengangkat telefon itu kerana dia masih merajuk dengan maknya. Setelah mengambil pesanannya , Carissa bergerak ke arah meja yang diduduki oleh dua rakannya itu.
" Weh Rissa, kau okay tak? Muka kau nampak pucat. Kau ada masalah ke? " tanya Mila kepada Carissa.
" Kalau ada masalah , kau cerita dekat kitorang. Mana tau kitorang boleh pukul , tumbuk orang yang buat kau tu. Sapa suruh cari pasal dengan kawan kitorang? Mendapat la " kata Faaeq pula.
Mila hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Faaeq tersebut.
Carissa hanya membalas dengan senyuman. Mana mungkin dia beritahu teman-temannya dia mempunyai masalah dengan ibunya.
Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Dia pun menelefon ibunya.
" Kejap eh. Aku nak call mak aku " kata Carissa kepada dua temannya itu. Faaeq dan Mila mengangguk serentak.
Carissa bangun dan bergerak ke meja di luar kedai Coffeebucks tersebut untuk mengambil angin menenangkan hati yang tidak sedap sambil menunggu ibunya mengangkat telefon.
Setelah ditelefon berulang kali, ibunya masih tidak mengangkat telefon. Dia pun berpatah balik ke arah temannya dan mengambil beg tangannya dan terus berlalu ke arah keretanya tanpa sempat Faaeq dan Mila bertanya kenapa Carissa kelam kabut keluar dari kedai Coffeebucks tersebut.
Setelah memasuki ke dalam kereta, Carissa terus memecut laju keretanya menuju ke rumahnya.
Setibanya Carissa di rumah, Carissa melihat ketiadaan kereta ayahnya di garaj rumahnya yang membuatkannya hairan.
" Harini hari Ahad, takkan papa kerja jugak " tanya Carissa dalam hati.
Carissa berlalu pergi ke dalam rumah setelah penat memikirkan mengenai papanya yang keluar rumah pada hari Ahad.
" Mungkin papa pergi office kot ada urusan ataupun keluar dengan kawan dia main hoki " ngomel Carissa lagi dalam hati.
Tanpa memikirkan apa-apa, Carissa ke kamarnya dan menukar pakaian lebih selesa untuk berada di rumah.
" Tadi, mak pakai baju warna purple kan? Aku nak pakai baju warna sama dengan mak lah . Baru sweet gitchew " kata Carissa dalam hati serta berhasrat ingin meminta maaf kepada maknya selepas apa yang jadi pagi tadi.
" Kenapa sunyi je ? Hari Ahad kan? Selalunya riuh je dengan suara abang dengan mak. Tapi harini macam kelam suasana rumah ni " ngomel Carissa dalam hati.
" Mak ooo mak ! " Carissa menyeru maknya sambil mencari-cari kelibat maknya.
" Mak ! " teriak Carissa beberapa kali namun tiada yang menyahut.
" Pelik. Selalunya panggil sekali dua dah ada yang menyahut, kenapa harini mak tak sahut? Mak tidur kot " monolog Carissa sambil berjalan ke arah kamar yang menempatkan maknya dan papanya , namun maknya tiada di kamar.
Carissa terus mencapai telefon mendail nombor papanya.
" Assalamualaikum, papa "
" Waalaikumsalam, ya sayang . Kenapa? "
" Mak ada dengan papa ke? Papa bawak mama keluar ke? Kenapa mak takde dekat rumah? " tanya Carissa bertubi-tubi.
" Taklah, sayang. Papa ada dekat office ni haa. Baru habis meeting dengan klien. Mak takde dekat rumah ke? Kemana mak kamu tu? "
" Mak pergi kedai kot , takpelah pa. Rissa letak fon dulu eh. Takut Rissa kacau papa kerja. Nanti kita dinner sama-sama "
" Okay. Bye. Assalamualaikum. Nanti jumpa mak , kasitahu papa " pesan papanya sebelum meletak telefon.
" Baik. Waalaikumsalam " kata Carissa lalu menekan butang merah pada skrin telefonnya itu.
Carissa memasuki biliknya dan mengemas kamarnya. Memandangkan dia baru habis exam semester, Carissa tidak mempunyai apa-apa tugas yang diberi oleh pensyarahnya kepadanya. Carissa menyusun bukunya dan mengemas biliknya.
Setelah setengah jam mengemas kamar, Carissa terfikir akan maknya.
" Kalau mak pergi kedai, mesti mak dah balik time macam ni " monolog Carissa dalam hati lalu bergerak keluar kamarnya dan mencari kelibat maknya.
" Mak oo mak! " teriak Carissa sambil melompat-lompat seperti budak-budak mencari mak.
Sebaik sahaja memasuki dapur, Carissa melihat sekujur tubuh terbaring di atas lantai dan berlumuran darah.