BIDIKAN aku sekali lagi mengena . Magazen peluru yang telah kosong , aku muntahkan keluar lalu aku masukkan yang baru . Aku ketatkan punggung pistol dengan mengetuknya sedikit . Tiada sedikit pun bunyi yang keluar , namun dari kelajuan muntahan peluru aku teramat yakin ianya telah jauh terbenam dalam serebrum lelaki VVIP itu .
Subjek terbaru kini dalam pemerhatian mataku . Dato Ramlee yang sedang ralit menyembang dengan rakan- rakan niaganya.Tak sedikit pun mengetahui nyawanya bakal aku hapuskan tak lama lagi .
Nun, sayup dari atas bangunan yang mendepani bangunan terkenal tersebut aku yang ditemani ' silencer gun' sedang mengira detik untuk melancarkan serangan .
" Kau bersembanglah sepuas- puasnya Ramlee ! Tak lama lagi kau bakal tahu nasib kau ! "
Seorang lelaki yang segak dalam k0t hitamnya mendepani mereka semua . Dan memilih Dato' Ramlee untuk membisikkan sesuatu .Dari senyuman lebar kini perlahan- lahan berubah watak .
" Dato Aiman mati kena tembak ! " Laungan seseorang di muka pintu telah meributkan suasana yang tadinya aman . Kelihatan semuanya pakat berlari keluar dari bangunan tersebut .
Mataku kini telah pejam sebelah , membidik sasaran seterusnya .Jari kini telah tersiaga di picunya . Senyuman senget aku koyakkan pabila lelaki itu rebah lalu menyembah bumi .
" Argh ! " Teriakan demi teriakan kian berlanjutan . Suasana kini bertukar ribut . Ada yang meluru dan mengerumuni mayat kaku Dato Ramlee , Ceo KMR HOLDINGS .
Tiada bunyi tembakan langsung . Ada yang liar perhati sekeliling mahu mencari si pembunuh ! Namun, sayangnya tiada kelihatan .
Siren polis nyaring berdendang kini . Perhimpunan yang bakal berlangsung tak lama lagi terpaksa di tunda tarikhnya, memandangkan dua orang terpenting kini telah menjadi mayat !
Aku berpaling semula sebelum memulai langkah . Senyuman sinis aku tebarkan .
Langkah terhenti sambil saling mendepani antara satu sama lain . Mataku yang berada di balik topeng merenung tajam lelaki berpakaian casual berkenaan .
Tanpa pamitan , lelaki itu terus menyerangku . Aku yang telah bersiaga hanya menerima' kunjungan' nya itu .
" Hiyargh ! " Aku melompat lalu menghadiahkannya tendangan kali ketiga . Lelaki misteri tersebut tertunduk , lalu cuba menangkap kakiku . Aku juga tak sebodoh seperti di jangkakan . Aku jauhkan kakiku dari gapaian tangannya. Aku sauk dagunya sekali . Langsung terhunjam , terdorong ke belakang lalu terduduk atas lantai rooftop .
" Baik kau menyerah ! Kami dah mengepung kau ! "
Amaran itu bukan ancaman buat aku yang terus berpeluk tubuh . Tangan kiri meraba pinggang , klik terbuka punatnya lalu aku tarikkan keluar pisau lalu aku lemparkan ke arahnya .
**********
AKU Arryan Park Min Ho Abdullah . Umur aku bakal menginjak ke 30 tahun , tahun ini . Aku memegang jawatan terpenting dalam syarikat kecil- kecilan ku . Ya, tugasku berat dan complicated .
Aku menggantikan jawatan papaku , Dato Min Ho sebagai Chief Executive Officer di MINHO HOLDINGS . Kenapa Min Ho ? Aku berasal dari Korea . Papaku berhijrah dan mengahwini mamaku , Datin Su .
Kerana itulah wajahku berbeza dari orang sini . Aku anak kacuk . Aku pewaris tunggal papa dan mama . Adikku dah tiada , meninggal di Korea semasa konfrontasi .
" Sayang .....Sayang dah siap ke ? " Soal satu suara yang cuba mendapatkannya kini . Aisy isteriku yang tercinta. Hampir 5 bulan menikahinya . Kami kenal semasa kami belajar sama di Oxford , agak berliku juga perhubungan ini . Tetapi , alhamdulillah akhiri juga di pelaminan .
" Sudah sayangku ...." Aku menekapkan bibirku lama di bibirnya . Setelah itu , Aisy terus memakaikan aku tali leher . Aku mengambil kesempatan itu , dengan merenung wajah biasa tapi ayu itu lama sekali .
" Abang ...." Tegurnya gementar pabila di perhatikan sebegitu rupa . Aku tersenyum nakal sambil mencuit dagunya . Aku terlalu menyayanginya dan aku tak tahu bagaimana bisa aku hidup tanpanya di sisi . Aisy hartaku paling sempurna selain mama papaku .
Aku tak ingin dan tak rela kehilangannya . " Ok , dah siap . Makin lama makin hensem Encik Husband i ni ...." Puji Aisy lalu merangkul lenganku dan kami menapak beriringan menuju ke pintu untuk keluar dan turun ke bawah . Sudah tentu , mama papa dah tunggu !
************
DUSH ! Tumbukan di beri , aku berpaling dengan pantas jika tak, sudah tentu mukaku pecah berdarah . Aku cuba menyerangnya dari sisi namun lelaki bertopi cap jenama NIKE itu mengelak .
Aku cuba lakukan front kick ! Berjaya ! Lelaki misteri itu terdorong ke belakang manakala pisaunya turut terlepas langsung ke kakiku . Aku tersenyum kemenangan . Aku membongkok dengan pantas pisau tersebut kini berada di genggaman aku .
Aku meluru ke arahnya, lelaki yang terhegeh- hegeh membangunkan tubuhnya itu terus aku tikam perutnya, aku rodok ke dalam lagi .Darah memancut lalu terkena kemeja putih ku . Lelaki itu langsung rebah ke bahuku . Aku tolak kepalanya dan terus terjelepok ke lantai parkir .
Aku tidak terus berlalu , aku pandang mayat kaku itu . Aku pandang atas , mahu lihat jika ada cctv . Kelihatannya tiada . Aku buka bonet keretaku lalu aku tunduk kedalamnya, bersepah, namun aku terusan mencari barang itu .
Aku angkat tubuh kaku tersebut laku aku bawanya ke tepi . Aku cuba dudukkannya walau agak payah kerana lembik . Plastik sampah hitam yang aku jumpa di bonet terus aku serkup ke atas kepalanya. Aku sambung pula dari kakinya . Aku ikat bungkusan gergasi tersebut ketat .
Pisau , kemeja berdarahku aku tanggalkan lalu aku simpankan ia ke dalam bonet semula. Aku mulai melangkah , biarlah mayat itu di situ . Itu akibat mengejutkan harimau yang sedang tidur .
Aku tahu lelaki itulah yang selalu mengekori isteriku . Ada informer yang selalu update padaku . Aku teringin mahu tahu atas arahan siapa ! Apa kaitan isteriku itu dengannya ?
Rasa curiga mulai melewati kalbuku kini .Jam di pergelangan tangan aku pandang lama . Sudah lewat kini , tentu Aisy dalam kerisauan sekarang .
Aku mencapai baju spare sebelum bonet ditutup semula. Setelah keadaan diri telah diperkemaskan aku menapak ke arah pintu masuk . Seat belt aku kenakan, enjin aku panaskan , gear aku terus masuk lalu pedal aku tekankan .
Dari balik jendela , aku nampak ada seseorang dalam keadaan yang mencurigakan .Lelaki yang lengkap berpakaian korporat tersebut cuba menyentuh bungkusan tersebut , memandangkan kereta Fiat Punto itu miliknya.Aku hanya tersenyum lalu berderas dan terus menembusi lubang gerbang parkir bangunan itu .
" Sayang , jangan risau ya . Abang dah pun musnahkan musuh sayang itu ! "
************
KERETA polis kini bertapak di kawasan parkir . Pita kuning bertulis INI KAWASAN POLIS merentangi lebih dari separuh kawasan parkir berkenaan . Lelaki berpakaian korporat menjadi saksi utama kini . Berkumat- kamit mulutnya berbicara dengan beberapa petugas di situ . Adakalanya tangannya juga terangkat- angkat .
******************
AKU serongkan keretaku lalu roda keretaku empat bersaudara kini bergeser dengan lantai halaman rumah agam milik Dato' Min Ho. Lampu kereta terus aku padamkan .Lampu bulat kini bernyala terang , tanda Aisy telah bangun .
" Abang , kenapa lewat ? " Cuak juga muka isteriku kini . Aku yang sedang menanggalkan kasut hanya tersenyum .Briefcase laju sahaja Aisy capainya . " Abang banyak kerja sayang " Aku berkata sambil menyentuh dan mengusap lembut rambut panjangnya itu .
" Bau apa ni abang ? " Aisy terus menghidu tubuh ku . Aku pula cuak kini . Apakah bau darah tadi masih lagi tidak hilang ? Sedangkan hampir sebotol lebih haruman De Xandra Man aku semburkan semasa dalam kereta tadi .
" Abang .....?" Soalnya berkerut dahi . Wajah curiga kian terserlah . Aisy mengenaliku . Aku terus tertunduk kini . " Apa yang telah terjadi ni bang ? Siapa yang menyerang abang ? Masuk bang ...."