AKU tahu , Aisy juga sepertiku terlalu kuat sangsi pada sesuatu perkara yang dirasakan mencurigakan. Kemeja baru ku , aku campakkan terus ke dalam bakul pakaian kotor . Sengaja aku menghiraukan soalan Aisy , membuatkan wanita berkulit kuning langsat itu mulai berpeluk tubuh .
" Abang ! Aisy tanya abang ni ? Aisy bukan soal dinding !" Sarkastik sekali Aisy kini . Matanya juga semakin membesar dengan dahi berkedut seribu . Aku berpaling ke belakang , aku tahu Aisy marah .
" Apa abang buat ini , untuk sayang juga ....Untuk menjaga keselamatan sayang ...." Aku kini telah pun berhenti menapak dan memegang bahu Aisy supaya menghadapku . Dagunya yang menunduk , aku dongakkan sedikit supaya aku bisa tenung matanya sedalam mungkin.
" Apa...Apa maksud sayang ? Apa yang abang dah buat ? Abang pukul siapa ? " Soalan bertalu bak peluru membuatkan aku mengenggam erat lagi bahunya . Aisy merenungku lagi ." Abang terpaksa, abang tiada jalan lain lagi ...."
Aisy meronta ingin melepaskan dirinya . " Abang , tapi kenapa ? Kena...pa sampai membunuh ? Abang ...Cukuplah bang ...Aisy, Aisy tak mahu kehilangan abang ....Please, honey stop that insane work ...." Kata- kata yang meluncur dari mulut Aisy agak mengecewa dan menyedihkan aku . Apa yang aku buat ini ! Bersebab ! Aku bukan saja- saja mahu menyerang apatah lagi mahu MEMBUNUH !
" Abang ....Hentikan lah .....Kalau abang masih sayangkan Aisy ...."
" Kerana sayangkan Aisy lah , abang terpaksa lakukan ini semua... Aisy ingat abang tak tahu bahawa selama ini Aisy di ekori ? " Perkataan DI EKORI aku tekankan dan aku pandangnya pula , tajam sekali . Aku tahu Aisy menggumam sesuatu .
" Mana abang tahu ?. Apa , abang selama ini ada upah seseorang ? Aisy..Aisy ...."
" Itu semua , sayang tak perlu tahu . Abang cuma mahu sayang tahu , apa yang abang lakukan ini kerana cinta dan kasih abang pada sayang .."
" Tapi ...."
" No excuses honey ...."
2013
*****************
2017( kini)
KALIBER 4.5 sedang aku usapi dengan sejenis kain lembut sebelum aku simpankan ia. Magazen telah juga aku isikan dengan ' bullet' berwarna tembaga.
Di sisiku terdapatnya ' binokular' yang sentiasa aku bawa bagi melihat sasaran terdahulu walau dari jauh . Setelah aku yakini senapang kesayangan aku tergilap keseluruhannya, aku sandarkan ia di tepi dinding sebelum aku capai senapang aku yang lain .
Sambil- sambil itu , aku sedut rokok Dunhill ku sedalamnya sebelum hembuskan bulatan asap . Terpejam mataku seketika saat asap menerawang ke dalam kornea mata . Pedih dan sedang menikmatinya .
Iphone 6s berdering nyaring . Aku mengebamkan puntung rokok di bibir lalu aku renung skrin . Ada mesej dari aplikasi Whatsapps ! Aku tarik puntung rokok yang tinggal ' seconit' dari bibir lebamku lalu aku tenyeh ke dalam ashtray .
Aku bukanlah kaki Whatsapp bagai oleh kerana itulah , aku dail nombor yang ingin aku hubungi . Dan kemudian aku tekapkan pada telinga kiriku sambil tanganku memeriksa pistol sekejap .
" Hello ! " Ucapan pertama yang keluar dari mulutku . " Ya, aku tahu ..." Jawabku acuh tak acuh pada si pemanggil . Magazen aku keluarkan lalu aku tiub- tiubkan ia takut dilekati habuk . Picunya pula sengaja aku main- mainkan .
" SOS CLUB 12 PM okay ..." Lantas aku tamatkan panggilan itu lalu telefon aku campakkan ke tepi . Aku melilaukan mataku pada susunan senapang senapan angin( Silencer) yang berbaris bak askar itu . Aku tarik salah- satunya lalu aku memerhatikannya dengan teliti .
" Huh ! Nampak gayanya kau aku pilih !" Aku koyakkan senyuman sebelum aku bersiaga .
*****************
SOS CLUB dikunjungi deretan kereta . Ada yang mewah , sederhana tak kurang juga yang ' asal- boleh ' aja. Aku tersenyum dibalik ' bino' ku apabila melihat subjek di hadapan yang sedang berkepit dengan wanita GRO .
Dari cara jalan mereka yang agak terhoyong- hayang , aku yakini dah berteguk alkohol mereka berdua telah teguk . Aku bidik subjek utama kini .
" Shit ! " Carut ku bengang pabila GRO mabuk itu menghalangnya . Agak sukar untuk aku talakan arah senapang kini . " Hei , bodoh ketepi lah ! " Aku membebel seorang diri , sambil mata pula kejap buka , kejap tertutup sebelah .
TUCK ! Satu pisau rambo kini terpasak pada pokok berdekatanku . Agak nyaris juga tadi . Aku mendongak .
ZASS ! Sebatang anak panah pula melekat . Ada nota kecil yang tertanam sekali lalu aku tariknya kuat .
Sedang aku ralit membacanya, subjek kini telah pun memasuki ke dalam kereta mewahnya yang menjalar .
' STOP YOUR HUNTER ! IF YOU WANT, YOUR LIFE SAFE ! '
Kertas putih kecil tersebut , aku terus peronyokkan dengan tangan kiriku yang bersarung tangan hitam . " kau belum kenal siapa Aryan Park ! " Desisku lagi .
Sehingga aku hampir terlupa pada tugasku yang tergendala sebentar . Aku bidik semula , namun aku mendengus marah . Subjek telah tiada .
Iphone berdering kini . Aku tahu siapa si pemanggil . Mahu tak mahu , aku terpaksa jua menjawabnya.
" BODOH ! Bagaimana boleh terlepas ? Kau cuai Aryan ! Kau cuai ! Ah! Aku tak perlukan sebarang alasan ! Pastikan kau bawa kepalanya pada aku , SEKARANG ! "
Aku menggelengkan kepalaku . Kerana amaran si keparat itu , aku kehilangan subjek ! Aku mengitari sekeliling melalui celahan topeng ku .
" Shit ! " Aku menghentak penumbuk ke batang pokok berkenaan menyebabkan dedaunan kering gugur ke atas kepalaku .
Dan , dalam masa yang sama motor hitam berkuasa tinggi tersebut menekan minyaknya dan berdesup laju membelah malam .
********
" SAYANG! " Jeritanku telah menyedarku kini . Dengan pantas aku bangkit dari pembaringan lalu aku raup wajahku yang lencun dengan peluh .
" Mimpi itu lagi ? " Soal suara itu . " Ya, aku ....Aku dah tak mampu lagi untuk bertahan ! " Lalu aku meletakkan kakiku ke bawah , aku injakkan punggungku untuk bangun dari atas tilam tersebut .
Laci aku tarik , aku memilih antara beberapa botol jernih berisi tablet dan kapsul itu .
" Ubat- ubat itu takkan mampu hidupkan isteri kau kembali ! " Provok suara tatkala aku ingin menelan pil berbentuk tablet putih itu . " Tapi , apa lagi yang mampu aku lakukan ? " Aku bersoal - jawab kini . Pil berkenaan masih lagi berada di atas telapak tangan .
" Kau seharusnya buru mereka ! Kau seharusnya BUNUH mereka ! "
" Itu yang sedang aku lakukan kini ! "
" Kau silap Aryan ! Kau silap ! "
" Silap.?."
" Ya , mereka - mereka itu masih lagi berleluasa dan tiada dalam senarai mangsa-mangsa yang harus kau bunuh ! Dan antara mereka, yang kau masih lagi rapat ! "
" Maksud kau ? " Aku menyoal suara tanpa rupa itu lagi . Aku agak keliru kini . Kepalaku makin kuat denyutannya . Ya , aku masih lagi trauma akan ' HAL ' itu walau ia dah lama berlalu .
Aku ...Aku masih lagi merindui Aisy ! Dan masih lagi berharap agar mayat itu bukan Aisy !
" Kau seharusnya lebih peka ! Mereka- mereka ini ada di keliling kau , Aryan ! "
" Tapi , bagaimana untuk aku mengetahuinya ? "
Senyap !
" Kenapa kau senyap ? Hei ! Bersuaralah ! " Aku pandang kelilingku .
Gelap !
Sepi !