Home Novel Seram/Misteri DAMPING CINTA
DAMPING CINTA
Pemburu Malam
8/11/2017 13:58:08
42,490
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 20

     " JAHANAM kau syaitan !! ," laung Tok Bomoh Anjang menambahkan lagi damar kemenyan lantas, kedua telapak tangannya ditekap separas dada sambil mulutnya berkumat - kamit membaca mantera.

     " Asalmu hina, khadam ku pertugaskan kau , baliklah kau ke lembah kotor kau ! Baliklah ! " Telapak tangan yang masih didalam keadaan tekap antara satu sama lain , kini berpusing dimana jemari kanan ke arah atas, dan jemari kiri ke bawah .

       Peluh yang kian memercik mengalir ke kelopak matanya yang masih lagi terpejam.Rafena menyeringai penuh bangga.Hanya sedikit kecuaian dia akhirnya terlepas dari dalam botol kurungannya itu .

       Amran juga tak kurang siap - siaganya .Kain balutan merah yang dililit di dahi kini teregang lurus .Hanya menanti saat untuk melibas tubuh makhluk durjana itu .Mulutnya juga tiada henti dari melafazkan mantera.

       Pak Tua dan Rafael duduk membelakangi antara satu sama lain .Keris pusaka tegak berdiri di atas tanah dengan sendirinya.Rafael kini semakin lancar bacaan ayat - ayat ruqyahnya .Berkat kesabarannya selama ini .Dia telah jauh berubah .Air wuduk senantiasa menemaninya kini.

        Mereka berdua kini dikelilingi pelbagai rupa makhluk jelmaan syaitan yang direjam .Dan ini termasuklah , Maria yang akhirnya tertewas pada kekuatan Tok Bomoh Anjang .Maria kini mengganas .

        " Ha....Ha....Ha....!!," hilaian Maria menyelubungi sepi malam itu.Lepas satu, satu ayat ruqyah bermain di mulut Pak Tua tatkala angin menderu memukul tubuhnya dari arah utara." Allahuakbar !," laungnya pabila sepatah dahan kini terjunam terus ke bahunya.

       " Pak Tua! " Teriak Rafael terpaksa bertahan tatkala serangan demi serangan membantainya seorang ." Jangan hiraukan Pak Tua nak ....Bertahan ! Bertahan! ," laungnya yang terbaring .Darah pekat mengalir dari luka di bahunya membasahi tanah .

       Manakala Amran dan Tok Bomoh pula menyerang Rafena yang semakin menggila ." Puaka siallll!!!," laung Amran terdorong ke belakang tatkala Rafena akhirnya berjaya menyerangnya dengan libasan rambut ikal mayangnya itu .

      " Allah ! ," keluh Amran pabila tulang belakangnya ngilu kesan hentakan kuat di batang pokok ketapang itu .Tok Bomoh Anjang pula semakin menguatkan manteranya.

       Rafena menyeringai dan sesekali mengilai sambil mengelilingi Tok Bomoh Anjang." Kau khadam yang hina ! Aku perintahkan kau kembali pada aku ! ," arahnya dengan lantang .Gemaan suara mereka bersahut- sahutan dalam belantara tebal lagi sunyi itu.

       " Hahaha ! Orang tua yang bodoh ! Kau ingat aku senang- senang nak serahkan diri aku pada kau kembali ? Hahahaha...Hi......Hi.....," soal Rafena bersama hilaian panjang .

       " Kau khadam yang hina ! Kembali pada aku ! Kau khadam yang hina ! Kembali pada aku !" Berkumat- kamit mulut Tok Bomoh Anjang .Golok kecil ditarik keluar dari dalam ikatan kain merah pada pinggangnya.

        " HaHaHa..." Hilaiannya makin lantang pabila Amran yang cuba menyerangnya kini lagi sekali terhentak belakang badannya pada batang pokok berkenaan.

         " Allah ! " Laung Pak Tua lalu rebah lagi sekali .Dia yang sememangnya tercedera tidak mempunyai kekuatan lagi .Darah merah semakin menyeruak.

         " Jahanam kau setan!!! " Laung Rafael meluru ke arah jelmaan Maria." Rafael jangan !! Ingat Allah ! Rafael ! Ingat Allah !! Hanya Allah yang mampu membanteras kejahatan....Arghh..

          Matanya kian kabur.Perlahan- lahan lafaz syahadah di suarakan sebelum matanya benar - benar terpadam.

           " Allahuakbar!!!! " Laung Rafael menjunamkan keris itu tepat di belakang leher jelmaan Maria.Dia yang sengaja bersembunyi dari serangan tadi mempunyai taktik tersendiri.

           " Argh ! Argh....! " Maria dikelilingi asap, tubuhnya terbakar .Pada hujung keris pusaka itu telah Rafael saluti serbuk garam bukit dan air wuduk.

            " Kau khadam yang hina! Kembalilah pada aku !! !! " laung Tok.Bomoh Anjang seraya membaling golok kecil itu ke arah Rafena.

            " Argh....!!" Laung Rafena kepanasan.

             " Allah ! " laung Amran di belakang jelmaan Rafena.Golok milik Tok Bomoh Anjang kini terpacak di dada kirinya.

            " Tok...! " kepala Pak Tua itu di pangku.Tiada lagi nadi , nafasnya dan denyutan jantung ." Innalillahiwainnarajiun..." Perlahan-lahan telapak tangan Rafael menyapu mata Pak Tua yang tak mampu tertutup itu.

             Rafael melingas kiri dan kanannya .Jeritan lantang itu bagai cukup dia kenali.Adakah itu Rafena ?? Kekasihnya ,?? 

              Tok Bomoh Anjang hanya mampu tersenyum melihat keadaan Amran yang kaku itu.Didalam botol kecil itu pula, Rafena telah dia perangkap kembali.   

               Tanpa berpaling lagi dia terus menapak ke arah kawasan yang menghala ke sebuah bukit.






Tamat


  


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.