BAB 11 : MAJLIS LELONGAN AMAL
Hiruk-pikuk di lobi hospital itu langsung tidak menjejaskan
fokusku. Telefon bimbit tidak lepas dari genggaman tanganku sejak dari tadi. Gambar-gambar
aku dan Tengku Aidil semasa di Taman Tema Genting Highlands tempohari menjadi
santapan mataku. Gambarku di dalam bas sewaktu Tengku Aidil melabuhkan
tangannya ke bahuku paling mengusik hati kecil itu. Masih terasa kehangatan
tangannya sehingga kini walaupun sudah dua hari aku tidak ketemu dengannya. Ku
akui sesungguhnya terasa pintu bahagia mula menyapa di dalam jiwa di saat aku
bersama-sama dengannya. Jauh di sudut hati aku mula merindui kelibat jejaka
itu; caranya merenungku, usikannya dan juga tabiatnya yang suka mencuit
hidungku. Lamunan panjangku di kejutkan dengan deringan telefon bimbitku yang
menjerit secara tiba-tiba. Tertera nama‘Tengku Aidil’ di skrin telefon. Macam tahu-tahu sahaja hati ini sedang
merindu! Dengan perasaan girang segera ku tekan punat telefon bimbitku.
“Assalamualaikum Tengku. Ada apa hal-hal yang mustahak ke?”
“Waalaikumsalam. Tak ada apa-apa yg penting, cuma nak
bagitahu yang I rindukan you. You pun rindukan I, kan?” Dush!! Macam tahu-tahu sahaja mamat ni.
“Eh, tolong sikit. Mana ada? Saya ni kan perempuan gangster,
rindu-merindu ni tak ada tertulis dalam kamus hidup saya.”
“Oh..Gangsterlah sangat? Tak pandai merindulah kononnya?
Habis tu kenapa dari tadi I tengok you asyik belek gambar-gambar kita masa kat
Genting tempohari?” Hah?! Terkejut bukan kepalang bila aku mendengar kata-kata
Tengku Aidil itu. Bingkas aku bangun dari kerusi. Rupa-rupanya Tengku Aidil
sudah terpacul di sisiku! Bila masa pula dia sampai ke sini? Yang pasti dia tetap
kelihatan kacak lagi tampan walaupun sekadar mengenakan kemeja dan berseluar
jeans sahaja. Naluri kewanitaanku mula menjentik rasa. Wahai sang hati,
tolonglah jangan menzalimi tuanmu sendiri!
Tengku Aidil menggamitku.“Dah, jom ikut I.”
“Ke mana?” soalku sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Good question. I dah bagi you cuti dua hari sebab you dah
menjalankan tugas dengan cemerlang tempohari. Cuti sudah tamat. Hari ini jadi
ada tugasan baru yang menanti you. Kita
akan ke majlis lelongan amal bagi mengutip dana untuk mangsa-mangsa banjir. I
yakin mesti you boleh menyesuaikan diri di sana nanti.” Gulp! Dia nak ajak aku ke Majlis lelongan amal? Biar betul?
Oh, hampir terlupa pula, bagaimana aku hendak pergi ke majlis lelongan amal itu
dengan hanya berpakaian kasual sebegini? Aku hanya mengenakan blouse fishtail labuh
yang menutupi punggung digandingkan dengan seluar jeans.
“Tapi baju saya…”
Tengku Aidil segera mencelah.“Jangan risau Ira, I pun pakai kasual juga, lagipun ini
bukannya majlis formal. Ini cuma majlis sosial biasa. You jangan risau, kali
ini I akan pastikan Netty takkan kenakan you macam tempohari.” Risau? Rasanya Netty yang perlu rasa risau, bukannya aku!
Aku mengenyitkan mata.“Tengku jangan bimbang. Saya tak takut pun malah seronok dan
tertunggu-tunggu apa pula rancangan terkini tunang Tengku nanti.”
Tengku Aidil mendengus.“Excuse me, Netty tu belum rasmi lagi jadi tunang I . Dah,
jom kita pergi sekarang. Nanti terlepas pula acara lelong tu.” Tanpa banyak bicara aku pun terus mengikuti langkah Tengku
Aidil. Perjalanan untuk misi seterusnya diteruskan…
Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di perkarangan hotel itu
mata kami disajikan dengan pemandangan indah ruang legar lobi hotel yang sudah terhias
rapi. Aroma wangian bunga-bungaan segar yang digunakan sebagai tema hiasan oleh
pihak hotel memenuhi segenap ruangan hotel hinggakan aku terasa bagaikan berada
di dalam taman larangan. Mataku pejamkan. Aku mendepangkan tangan sambil
berpusing-pusing di bawah lampu chandelier. Oh, terasa bagai diriku ini seorang
tuan puteri yang sedang bermain-main di dalam taman larangan.
“Ira! Apa yang you buat ni? Semua orang tengoklah.” Mataku segera terbuka. Rupa-rupanya gelagat aku sebentar
tadi di perhatikan oleh staf-staf hotel dan juga para tetamu yang ada di lobi
hotel itu. Malunya aku bukan kepalang!
“Berangan lagilah tu! Dah, masa untuk berangan dah tamat.
Sekarang ni jom ikut I,” getus Tengku Aidil sambil melangkah dengan pantas menuju ke
bahagian belakang hotel. Dengan segera aku membontoti langkah Tengku Aidil. Akhirnya
kami tiba di sebuah taman kecil yang di hiasi indah dengan rona bunga-bungaan
segar yang harum mewangi. Terdapat sebuah pentas kecil yang di penuhi dengan
pelbagai barangan antik dan ku andaikan inilah agaknya barang-barang yang akan
di lelong sebentar sahaja lagi. Tengku Aidil terus menuju ke meja bernombor 13
yg berada di tengah-tengah dan di situ kelihatan Netty, Tengku Ainun dan Tengku
Maria sudah sedia menanti. Mereka bertiga terutamanya Netty kelihatan anggun
dengan pakaian, beg tangan dan kasut yang sedondon. Tengku Aidil bersalaman
dengan bondanya, kemudian dia memberi isyarat kepadaku supaya bersalaman dengan
mereka. Mereka bertiga memandangku dengan sinis sambil tersenyum sumbing. Mesti
mereka bertiga akan cuba untuk mengenakan aku sekali lagi jadi mulai sekarang
aku harus berhati-hati! Tangan yang ku hulurkan sekadar di pandang sepi oleh
mereka bertiga. Geramnya hati ini tidak terperi apabila diperlakukan sedemikian
rupa namun aku tetap memaniskan muka. Ada ubi ada batas, ada kesempatan nanti
boleh aku balas! Acara lelongan bermula dengan bidaan di buka untuk sebuah
tembikar cina seramik yang nampak mahal dan eksklusif. Aku tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya kepada acara yg sedang berlangsung. Apa
tidaknya, betapa sakitnya hati dan peritnya mata tatkala memandang adegan Netty
yang tergedik-gedik menggoda Tengku Aidil. Entah mengapa perasaan cemburu mula
bersarang di dalam hati ini walaupun aku sedar perasaan sebegini tidak patut
wujud dalam diriku. Telefon bimbit Tengku Aidil berdering tepat sekali pada
waktunya! Kesempatan ini di ambil oleh Tengku Aidil untuk beredar dari situ. Secara
tak langsung dia berjaya melepaskan diri dari cengkaman Netty namun aku pula
yang terpinga-pinga keseorangan di sini. Sampai hati Tengku Aidil meninggalkan
aku terkontang-kanting disini! Tengku Ainun, Tengku Maria dan Netty pula bertindak
memulaukan aku. Jangankan sepatah kata-kata, memandang ke arahku pun mereka
bertiga tidak betah! Aku mula gelisah, ku pusing ke kiri dan ke kanan namun
Tengku Aidil tidak kelihatan di mana-mana. Mana pula mamat ni pergi? Akhirnya
aku ternampak kelibat Tengku Aidil di belakang pentas sambil berbual-bual
dengan ayahandanya. Ini merupakan peluang yang baik bagiku! Tanpa berlengah
lagi aku terus berdiri dan melambai-lambai tanganku kepadanya.
“YA ITU DIA PENDERMA BARANGAN KITA YANG SETERUSNYA... DIPERSILAKAN
CIK ADIK MANIS YANG BERADA DI MEJA NO 13 UNTUK TAMPIL KE PENTAS.DI PERSILAKAN!”
Tepukan gemuruh bergema di setiap ruang penjuru taman itu.
Aku pula hanya terpaku di meja sehinggalah pengacara majlis memanggilku buat
kali kedua. Kali ini ku gagahkan kaki melangkah ke atas pentas. Pengacara
majlis itu mula membuka bicara.
“Siapa nama cik adik manis ni?”
Dengan sedikit gugup, aku menjawab,“Saya..hmm..nama saya Safira.”
“Baiklah Cik Safira, apakah barangan yang Cik Safira nak
lelong pada hari ini?”
“Saya..sebenarnya saya…”
“Sebenarnya Cik Safira ni datang bersama saya dan hari ini dia
akan menolong saya melelong seekor patung kuda yang di perbuat daripada batu
jade yg bermutu tinggi.” Fuhh! Mujurlah Tengku Aidil muncul selaku hero penyelamat
buatku.
“Patung kuda? Apa saya nak cakap ni Tengku?” bisikku ke telinga
Tengku Aidil.
“Don’t worry. You buat macam selalu jurujual kat shopping complex
tu promosikan barangan mereka sampai ia terjual. Mudah je, anggaplah ini suatu ujian
untuk you.”
Tengku Aidil menghulurkan mikrofon kepadaku. Ku capai mikrofon itu dengan hati
yang gementar, ku hela nafas yang panjang, kemudian aku mula berbicara.
“Assalamualaikum dan selamat petang saya ucapkan kepada semua
para hadirin yg dihormati sekalian. Sebenarnya saya tak tahu nak cakap apa
dengan kalian semua.” Para tetamu mula berpandangan dan berbisik-bisik di antara
mereka. Di meja no 13, jelas kelihatan Tengku Ainun, Tengku Maria dan Netty
sedang galak mentertawakan aku. Tidak! Aku tidak akan membiarkan mereka
mentertawakan aku lagi! Serta-merta semangatku yang mula luntur menjelma
semula.
“Saya cuma ada satu benda sahaja yg nak saya katakan kepada
tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Tentu tuan-tuan dan
puan-puan biasa melihat hiasan patung kuda yang diperbuat dari kayu, bukan?
Kali ini saya bawakan patung kuda yang unik lagi eksklusif. Inilah dia patung
kuda yg diperbuat dari jade. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, ini
bukan sebarangan jade. Patung ini diperbuat dari jade yang bermutu tinggi dan
di import khas dari negara China.”
Tengku Aidil membisikkan sesuatu ke telingaku.“Jangan lebih-lebih pula you ni, sikit-sikit dah lah.” Aku hanya tersengih mendengar kata-kata Tengku Aidil itu.
“Jadi sekarang saya nak minta tuan pengerusi majlis untuk
mulakan bidaan. Mengikut calendar Cina tahun ini merupakan tahun kuda jadi
amatlah berbaloi untuk memiliki patung kuda jade ini. Ada siapa yg berminat?
Siapa cepat dia dapat, rugilah tuan-tuan dan puan-puan kalau tak dapat memiliki
barang yg unik lagi eksklusif ini.”. Tidak ku duga, patung kuda jade itu mendapat sambutan yang
begitu hangat. Berpusu-pusu orang membida harganya hinggalah akhirnya ia jatuh
ke tangan Tan Sri Lim Ah Weng, seorang tokoh konglomerat yang terkenal dan
disanjungi ramai.
Desiran lembut yang bergema di corong telinga ini membuatkan
aku terawang-rawangan sebentar.“Tahniah, Ira. Sekali lagi you lulus untuk ujian ini.” Jelingan tajam Tengku Ainun, Tengku Maria dan Netty
langsung tidak berbekas di hati ini. Yang paling penting sekali adalah untuk
pusingan ini aku menang lagi!
Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera di ruangan makan
yang sudah disediakan. Makanan yang terhidang nampak menarik lagi mengiurkan.
Serta-merta perutku berkeroncong rancak. Hajat di hati ingin sekali mengajak Tengku
Aidil menjamu selera bersama-sama namun apakan daya dia pula sedang sibuk berbual-bual
dengan ayahandanya. Nampaknya kelaparanlah aku dibuatnya jikalau aku
terus-menerus berharap kepadanya. Aku menebalkan muka. Dengan selamba aku
menuju ke meja buffet. Tanpa ku sedari, ada sepasang mata asyik merenungku
sejak dari tadi.
“Dari manalah agaknya Tengku Aidil berjumpa dengan bidadari
dunia macam you ni? Dahlah cantik, serba boleh pula tu. Menyanyi boleh,
mengacara pun boleh, sampai I tertanya-tanya pula, apa agaknya perkara yang you
tak boleh buat?”
Tengku Amir rupanya!! Dia sengaja merapatkan dirinya denganku. Dengan lirikan
mata yang menggoda, tidak sukar bagiku untuk menebak bahawa dia sedang cuba
untuk mencairkan naluri kewanitaanku. Nampaknya kau dah salah orang, Tengku
Amir. Aku bukannya perempuan murahan yang bisa di goda oleh sebarangan lelaki!
“Safira…or boleh tak I panggil you Ira je? Janganlah takut dengan I.
I janji takkan mengapa-apakan you. Sebenarnya sejak pertama kali kita
bertentangan mata, I memang kagum dengan gadis macam you ni. Berani, berdikari,
tabah namun dalam masa yang sama masih kekal cantik menawan. Terus-terang I
katakan, inilah pertama kali I berjumpa dengan gadis macam you. Memang lain
daripada yg lain.” Pujian Tengku Amir itu bagaikan angin bayu yang bertiup
lalu sahaja bagiku. Aku langsung tidak termakan dengan kata-kata pujian yang di
lemparkan terhadapku. Entah mengapa kuat firasatku mengatakan yang kata-kata Tengku
Amir itu hanya sekadar ingin memancing perhatianku sahaja dan bukanlah ikhlas
datang dari dalam sanubarinya. Tengku Aidil terkesan seketika apabila dia
terpandang ke arahku dan sepupunya. Riak kurang senang jelas sekali terpancar
di wajahnya.
“Tapi jangan ingat I tak tahu siapa diri you yang sebenarnya.
I bukannya bodoh!” Tersentak aku seketika. Nah, belang sebenar Tengku Amir
sudah mula terserlah. Aku mula berasa gusar. Dadaku mula berdegup kencang. Adakah
rancangan kami sudah mula di hidu olehnya?
“You ni mesti student kan, terdesak, tak cukup duit untuk
membayar yuran pengajian jadi bila Tengku Aidil muncul dalam hidup you, tentu
sekali you tak akan lepaskan peluang ini untuk mengikis duit dia kan?” Aku berasa lega. Nyata sekali Tengku Amir tidak tahu-menahu
tentang rancangan di antara aku dan Tengku Aidil. Tidak kisahlah jika dia nak
melabel aku sebagai perempuan pisau cukur atau apa sekalipun, janji rancangan aku
dan Tengku Aidil masih tersimpan utuh.
“Sekarang ni you bagitahu I, berapa banyak duit Tengku Aidil
yang dah di laburkan untuk you? Untuk gadis secantik you, I boleh beri lebih lagi
dari apa yang you dah dapat dari Tengku Aidil.” Amboi! Lancangnya mulut! Apa dia ingat aku ini barang
dagangan yang bisa di jual beli dengan wang ringgit semata-mata? Memang dasar
anak orang kaya yang tak sedar diri! Sengaja
ku renung dalam-dalam matanya yang bundar kecoklatan itu sehingga tidak tentu
hala dia dibuatnya.
“Untuk pengetahuan Tengku Amir yang saya hormati, saya sedia
menerima tawaran itu tapi dengan satu syarat. Saya nak amaun yang sama seperti
yang saya dapat selama ini dari Tengku Aidil tapi nilainya mestilah sepuluh
kali ganda dari yang saya perolehi sekarang, boleh tak? Setakat ini saya dah
dapat sebiji kereta BWW 3 series, wang tunai sebanyak RM 500,000 dan sebuah
servis apartment bernilai RM 1.2. Sanggupkah Tengku Amir beri saya nilai sepuluh
kali ganda dari kesemua harta benda yang saya dah miliki setakat ini?” Terbeliak biji mata Tengku Amir. Tanpa berkata apa-apa aku
terus berjalan meninggalkan dia keseorangan dalam keadaan terpinga-pinga. Pasti
dia menyangkakan yang aku ini memang perempuan simpanan Tengku Aidil! Padan
muka! Puas hati aku bila dapat mengenakan jejaka kaya yang berlagak seperti
Tengku Amir itu. Tanpa ku duga Tengku Aidil datang menghampiriku dari belakang.