Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA SANG PENYAMAR HATI
Bab 2 : Adakah Kita Ditakdirkan Bertemu

BAB 2 : ADAKAH KITA DITAKDIRKAN BERTEMU

“STESEN KLCC…STESEN SETERUSNYA STESEN AMPANG PARK”

Dengan semangat waja aku melangkah keluar dari gerabak keretapi LRT. Hati yang bergetar masih mampu ku selindungi dengan sekuntun senyuman yang menghiasi bibirku ini. Ku gagahkan langkah kaki ini menuju ke eskalator. Fikiranku tika ini berselirat dengan seribu satu macam persoalan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Ya Allah, berilah hambamu ini kekuatan untuk menempuhi temuduga yang bakal berlangsung sebentar lagi. Moga-moga aku akan berjaya, amin.” Bibir ini tidak berhenti-henti dari berdoa dan memohon kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkan perjalanan temudugaku nanti. Setelah hampir 10 minit berjalan akhirnya tiba jua aku di bangunan Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng. Teguh Bina Sdn Bhd terletak di tingkat 7. Aku menjejakkan kaki ke dalam lif dan segera menekan butang menuju ke tingkat 7. Ada 3 orang perempuan dan seorang lelaki di dalam lif itu dan kelihatannya mereka juga memegang fail seperti aku. Hmm nampaknya inilah bakal-bakal pesaing aku untuk temuduga yang bakal ku hadiri sebentar sahaja lagi. Semua nampak hebat-hebat belaka dari segi penampilan dan personalitinya jika dibandingkan dengan diriku yang serba sederhana. Aku mula kecut perut. Di mindaku mula membayangkan perkara yang bukan-bukan.

“TING..”

Ku biarkan mereka melepasi aku dahulu kemudian baru aku melangkah keluar dari lif. Dengan lafaz bismillah aku melangkah ke dalam TEGUH BINA SDN BHD dan terus menuju ke arah kaunter receptionist.

“Semua datang untuk interview kan? Sila ambil borang, isikan kemudian hantar semula kepada saya,” lembut tutur seorang gadis cantik yang manis sekali berbaju kurung corak paisley. Kagum aku seketika melihatkan kelincahan gadis tersebut mengedarkan borang-borang kepada calon-calon dan dalam masa yang sama dia masih sempat untuk menjawab panggilan telefon! Semangatku kian bercambah lantas borang yang sudah berada di dalam genggaman ku isikan dengan kadar segera. Dan semestinya aku lah orang pertama yang siap mengisi kerana bila ku angkat kepala, calon-calon yang lain masih lagi terkial-kial.

“Tapi kalau aku hantar dulu borang ni, sudah pasti aku akan menjadi orang pertama yang akan ditemuduga. Baik aku tunggu diorang hantar dulu.” Mujur terdetik sebuah idea yang bernas di kala terdesak seperti ini. Maka dengan taraf lakonan semi professional aku berpura-pura bagaikan borangku belum siap di isi. Akhirnya setelah pasti semua sudah menghantar borang masing-masing, barulah aku bangun dan menghulurkan borangku pada gadis cantik tadi.

“Baiklah saya nak hantar borang-borang saudara saudari sekalian ke dalam. Jadi sila tunggu sebentar kerana kejap lagi nama-nama saudara saudari sekalian akan dipanggil seorang demi seorang.” Kata-kata yang penuh teratur dan tertib yang lahir dari bibirnya mempersonakan sekalian yang berada di ruangan lobi TEGUH BINA SDN BHD ini. Tertib dan sopannya staf di sini menggambarkan bahawa pihak pengurusan atasannya berjaya menyemaikan nilai-nilai murni di dalam organisasi ini. Hati ini semakin tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada insan-insan terpilih yang tegar berbakti demi kelangsungan syarikat ini.

SEMENTARA ITU DI DALAM BILIK TIMBALAN CEO…

“Anakanda, you have to concentrate on this matter. Don’t let your argument with your mummy affect your focus. Today you have a big task. I want you to reperesent me as CEO in our board meeting today. You have to be responsible my son,” tegas tapi bermakna kata-kata dari Tengku Azman sambil merenung wajah bakal pewaris Teguh Bina Sdn. Bhd. itu.

“I know daddy but…,”

“No more excuse my son. I want you to get well prepared because soon I’ll handover my company to you so I don’t want to hear any excuses, you got me?”

“Ok daddy I’ll try my best,” akhirnya Tengku Aidil mengalah. Sekali Tengku Azman sudah bertitah maknanya kata-kata itu adalah muktamad dan tidak mampu untuk disangkal lagi.

“TUK..TUK..TUK..”

“Masuk.”

“Tengku, ini dia senarai borang permohonan calon-calon bagi jawatan Admin Executive.” dengan sopan Linda menghulurkan borang-borang tersebut kepada Tengku Aidil.

“Ok daddy keluar dahulu. Don’t forget our board meeting this evening ya.” Sempat lagi Tengku Azman memberikan peringatan terakhir sebelum dia melangkah keluar dari situ. Kerisauan mula bertapak di hati. Mampukah I mengendalikan mesyuarat lembaga petang ini? Bukan senang hendak menangani karenah sepuluh orang ahli lembaga yang berlainan pendapat dan buah fikiran.

“Tengku,macamana? Tengku sendiri ke nak interview calon-calon ni atau Encik Razali yg akan mengendalikannya?”

“Tengku, Tengku dengar tak?” Nada suara Linda yang agak kuat buat kali kedua terus menyedarkan Tengku Aidil dari lamunan.

“Oops sori Linda, I tak perasan tadi. Just ask Mr Razali to handle this matter but make sure you inform Encik Razali we need to hire people for this position as soon as possible. Lagi cantik kalau hari ini diorang sudah boleh mula berkerja lagi bagus. ” Linda terkedu seketika. Mana mungkin secepat itu pengambilan pekerja dapat dilaksanakan. Ikut sesedap rasa sahaja bos aku ini. Langsung tidak masuk dek akal permintaannya itu. Namun semua kata-kata itu hanya kemas tersimpan di dalam sanubarinya sahaja. Sebagai seorang staf biasa dia sedar akan kuasanya yang terhad setakat mengiyakan sahaja apa jua permintaan pelik dari bosnya.

“Ok Tengku. Saya keluar dulu.”

Tengku Aidil hanya memerhatikan Linda berlalu keluar dari bilik itu dengan pandangan yang kosong. Fikirannya benar-benar buntu memikirkan tentang mesyuarat lembaga pengarah yang terpaksa dihadirinya petang nanti. Sesekali bayangan perempuan gangster di kedai buku tadi menjelma di dalam ingatannya. Wajahnya yang putih bersih dan kulitnya yang mulus bisa mencairkan hati mana-mana lelaki di dalam dunia ini. Eh, mengapa pula balik-balik bayangan perempuan gangter itu yang muncul di fikiran ini? Kebuntuan yang melanda di pemikiran menyebabkan Tengku Aidil mencari alternatif bagi meredakan kekusutan yang kian bersarang. Ya, barangkali secawan coklat panas bisa meredakan hatinya yang sedang rawan itu. Tengku Aidil bingkas bangun dan menuju ke pintu. Kakinya terus melangkah ke lif, haluannya sudah tentu ke Cafe yg terletak di tingkat bawah.

Kelibat si cantik manis yang melenggang-lenggok berjalan dengan penuh gaya ku tatap dengan penuh minat. Dia tiba di hadapan kami dengan wajah yang ceria. Perkhabaran apakah agaknya yang bakal diwar-warkan olehnya?

“Perhatian semua. Saya dah dapat arahan untuk memulakan sessi interview. Cuma saya nak maklumkan selesai interview nanti, semua calon jangan balik dahulu, tunggu dalam bilik mesyuarat kerana keputusan untuk temuduga akan diumumkan hari ini juga. Jadi saya nak panggil calon pertama, Cik Safira Rania bt Nordin. Silakan ikut saya.”

Pulak! Rasanya aku orang terakhir yang hantar borang, macamana nama aku boleh naik ni? Jantungku mula berdegup kencang, serasa peluh jantan mula berguguran dari penjuru dahiku, ku ketap bibir kemas-kemas dan ku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian ku gagahkan kaki menuruti langkah gadis manis itu. Saat ini aku hanya mampu berserah dan pasrah dengan apa-apa sahaja yang akan terjadi selepas ini. Akhirnya gadis tersebut berhenti di hadapan sebuah bilik yang terletak berhadapan dengan bilik mesyuarat. Dia mengarahkan aku supaya masuk ke dalam bilik tersebut. Dimulakan dengan lafaz bismillah, segera terlintas di mindaku tips pertama menghadiri temuduga: sila ketuk pintu sebelum masuk.

“TOK! TOK! TOK!”

“MASUK.”

Kelihatan seorang lelaki pertengahan umur, berkaca mata, berkemeja warna cerah dan bertali leher warna biru gelap. Mukanya nampak serius sambil membelek-belek fail di hadapannya, resume ku barangkali. Tips kedua interview : jangan duduk selagi belum disuruh. Hampir seminit rasanya aku terpaku di hadapannya bagaikan patung monumen, barulah dia mengangkat muka dan memandang ke arah ku dengan pandangan yang pelik.

“Kenapa kamu berdiri lagi? Duduklah, kan ada kerusi tu.” Mukadimah yang agak keras terlontar dari bibir Encik Razali. Tajam renungannya terhadapku namun aku sedar ini semua hanyalah perang psikologi seorang penemuduga yang sekadar ingin menguji keberanian calon-calonnya.

“Terima kasih Tuan.” Kataku ringkas tapi penuh bermakna. Maka bermulalah sessi temuduga dalam keadaan yang serba santai dan selesa. Tidak ku sangka Encik Razali yg tadi nampak begitu serius rupa-rupanya seorang yang kelakar dan peramah. Aku dapat menjawab setiap soalan yang di utarakan dengan baik dan memuaskan. Encik Razali juga nampak berpuas hati dengan segala jawapan dan pandangan yang ku kemukakan. Nampak gaya memang cerah peluang untuk aku menjawat jawatan ini. Hmm entah-entah aku sahaja yang perasan berlebihan. Di mataku mungkin tampak seperti jawatan ini sudah berada di dalam genggaman tapi siapa tahu seandainya ada calon-calon lain yang lebih berkaliber dari diri ini. Mudah-mudahan adalah rezeki aku untuk bekerja di sini.

DALAM PADA ITU DI TINGKAT BAWAH

Leka Tengku Aidil memerhatikan lautan manusia yang mundar-mandir di hadapan Home Cafe itu sambil menghirup secawan air coklat panas yang masih berbaki separuh di dalam cawan. Sudah hampir dua jam Tengku Aidil menghabiskan masanya di sini namun belum ada tanda-tanda dia mahu beredar. Pemilik Home Cafe, Puan Rita memang sudah sedia maklum akan tabiat Tengku Aidil. Jikalau kelibat Tengku Aidil terlihat sahaja di situ maka itu petandanya kekusutan dan kebuntuan sudah menyelubungi dirinya. Dua cawan air coklat panas tidak pernah gagal melunaskan tugasnya sebagai penawar terbaik buat Tengku Aidil di kala begini.

“TRIT..TRIT..TRIT..TRIT..”

Berkerut seketika wajah Tengku Aidil apabila melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya. Apa lagi yang orang tua ini mahukan agaknya?

“Hello. Ada apa Encik Razali?”

“Hello Tengku. Saya nak maklumkan yang interview sudah selesai.”

“Jadi kalau dah selesai, apa masalahnya? Apa kaitannya semua ni dengan I? Takkanlah benda remeh-temeh macam ini pun you nak kena report dengan I?” Tersentak seketika Encik Razali apabila kata-kata sadis itu meluncur laju dari mulut Tengku Aidil tanpa sebarang tapisan.

“Maaflah kalau saya menganggu cuma saya nak maklumkan pada Tengku yang kami telah memilih Cik Safira Rania bt Nordin bagi mengisi kekosongan jawatan Admin Executive itu dan dia boleh mula kerja bila-bila masa sahaja seperti yang di arahkan.”

“Baguslah kalau macam itu. Eh, nanti dulu Encik Razali. Cuba ulang semula nama calon tadi tu?” Tengku Aidil mula berasa gusar. Dia masih menyimpan sedikit harapan agar nama yang berkumandang sebentar tadi hanyalah khayalannya semata-mata. Memang tak tercapai dek akal sama sekali seandainya perempuan gangster tadi adalah pekerja baru di syarikatnya!

“CIK SAFIRA RANIA BINTI NORDIN.”

TUT. Talian segera dimatikan. Tengku Aidil tidak punya banyak pilihan di kala ini. Nampaknya sudah tertulis di dalam suratan takdir bahawa dia terpaksa mendepani perempuan gangster itu sekali lagi dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Tengku Aidil pasrah sekiranya pertemuan kedua mereka ini bisa mencetuskan perang dunia keempat!

Semakin lama kesejukan semakin mencengkam di seluruh pelusuk tubuhku. Walaupun badanku di saluti dengan blazer tetapi kesejukan dari penghawa dingin di bilik mesyuarat ini benar-benar membuatkan badanku menggeletar kesejukan. Ku lihat orang lain juga nampak kurang selesa namun apakan daya, kami terpaksa menunggu di sini untuk mendengar keputusan penting dalam hidup kami. Hari ini lah akan menentukan titik permulaan langkah untuk menggapai impian dalam hidup ku. Kesejukan ini makin menerobos hingga terasa sampai ke tulang sum-sum. Aku harus keluar sebentar dari sini untuk meneutralkan suhu badanku semula. Aku pun berjalan menuju ke pintu lantas ku tolak pintu itu. Ia agak ketat, mungkin ia pun dah sejuk beku macam aku juga agaknya.Ku cuba sekali lagi, kali ini dengan menggunakan kekuatan seluruh kudrat tenagaku.

“BANG!!!!”

“ADOI!!!! Sakitlah…..Tak reti buka pintu pelan-pelan ke!!!”

Alamak!! Macam pernah aku dengar sahaja suara itu namun di mana, ya?

“Cik Safira Rania binti Nordin!! You again!! Kenapa you suka sangat hempas pintu kat I ni?” jerkah Tengku Aidil sambil menjegilkan matanya yg galak tu.

“Issh kenapalah aku asyik terserempak dgn mamat pintu ni? Jangan-jangan kau ekori aku dari belakang ya? Eleh kalau nak mengorat cakap jelah terus terang.” Selamba badak sahaja aku menghamburkan ayat itu kepadanya. Namun kali ini tampak yang amarahnya tidak mampu untuk dibendung lagi. Wajah Tengku Aidil yang putih bersih itu bertukar menjadi merah padam. Tajam renungannya bagaikan mahu di telannya aku hidup-hidup!! Nampaknya hari ini memang akan menjadi hari yang paling malang dalam sejarah hidupku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.