BAB 10 : SAHABAT SELAMANYA
Suasana kelihatannya amat tegang dan
panas di dalam suite mewah itu walhal hakikatnya penghawa dingin yang sedia
terpasang sejak tadi menghasilkan aroma kesejukan yang bisa menerobos hingga ke
tulang. Tengku Ainun merenung tajam ke arah Tengku Aidil yang sejak tadi
berdiri di tepi tingkap sambil membuang pandangan ke luar jendela. Geram benar
hatinya mengenangkan perangai anak sulungnya yang bertindak membelakangi mereka
dalam memilih pasangan hidupnya.
“Mummy tak sangka Aidil boleh buat
macam ni dekat mummy dan daddy. Apa kurangnya Tengku Natalia tu sampai Aidil
sanggup memilih perempuan yg entah dari mana datangnya, siapa ibu bapanya. Yang paling utama, setaraf ke kedudukannya dengan kita?” Mendengar bait-bait terakhir yg
keluar dari mulut bondanya menyebabkan Tengku Aidil terus berpaling dan segera
menangkis kata-kata bondanya.
“Mummy, tahu tak Aidil dah bosan dengar
benda yang sama. Sejak Aidil kecil lagi mummy terlalu mementingkan darjat dan
kedudukan. Aidil tak nampak apa-apa kekurangan pun bila berkawan dengan
golongan kebanyakan ni. Bonda tahu tak, bila Aidil dalam kesusahan, bukannya kawan-kawan dari
lingkungan setaraf kita ni yang akan menghulurkan bantuan, sebaliknya Fikri,
teman baik Aidil yg datang dari golongan kebanyakan sahaja yang sanggup
membantu.” Hujah Tengku Aidil itu nyata tidak
mampu meredakan kemarahan Tengku.
“Jangan nak samakan persahabatan dengan
percintaan, Aidil. Fikri mungkin ikhlas berkawan dengan Aidil kerana dia tidak
apa-apa agenda tapi siapa yang tahu apa agenda perempuan tu berkawan dengan
Aidil. Mummy yakin perempuan itu hanya mengejar duit Aidil sahaja.”
Tengku Aidil membentak.“Tidak mummy, tidak mungkin. Aidil
lebih mengenali Ira, dia bukan jenis begitu.” Tengku Ainun tampak tidak mahu
mengalah dengan kata-kata anakandanya.
“Aidil, mummy nak tanya sesuatu kat
Aidil. Berapa lama Aidil dah mengenali perempuan tu?” Tengku Aidil terdiam seketika.
“Aidil pun baru mengenali dia kan?
Aidil, dalam jangka waktu yang singkat, kita takkan dapat mengenali hati budi
seseorang itu apatah lagi kita nak menyelami apa yang tersirat di dalam fikiran
mereka. Sedangkan Aidil sendiri, anak mummy yang dah 25 tahun mummy besarkan
dengan penuh kasih sayang pun masih mummy tak dapat nak baca fikiran Aidil,
inikan pula perempuan tu yang baru bebeberapa hari Aidil kenal, mustahil Aidil
boleh memahami dan menyelami pemikiran dia?” Tengku Aidil terpana dek hujah dari
bondanya. Memang tidak dapat dinafikan kata-kata bondanya itu benar belaka
tetapi bondanya tidak faham akan situasi sebenar yang berlaku di antara dia dan
Ira. Mereka hanya berlakon sahaja dan yang pasti, dia sanggup berbuat apa-apa
sahaja asalkan dia dan Netty tidak akan berkahwin
Tengku Azman menyampuk.“Sayang, I tak pernah marah dan I tak
kisah dengan siapa pun anak kita nak berkawan. Anak kita ni bukannya
budak-budak kecil lagi, dah besar panjang dah pun. Terpulang kepadanya untuk
memilih yang terbaik buat dirinya.”
Tengku Ainun menggerutu.“Eloklah tu, sokonglah sangat anak tu.
Jangan sampai nanti bila dah berlaku sesuatu yang buruk, baru nak menyesal!” Terkedu seketika Tengku Azman apabila
mendengar kata-kata isterinya.
“Sayang, I cuma suarakan isi hati I je.
Tapi Aidil, apa yang mummy cakap tu betul. Aidil kena betul-betul mengenali Ira
tu dulu sebelum Aidil menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan dia.”
Tengku Ainun bertempik.“Sudah! Mummy tak peduli, Aidil mesti
berkahwin dengan Tengku Natalia juga. Mummy takkan terima perempuan lain
sebagai menantu mummy, faham? Keputusan mummy muktamad!”
Tengku Aidil bingkas menjawab
kata-kata ibunya.
“Baik, kita semua dah dengar keputusan
mummy, sekarang dengar pula keputusan Aidil. Walau apapun yang terjadi, Aidil
takkan berkahwin dengan Tengku Natalia. Kalau mummy berkeras juga, Aidil akan
bawa Ira ke luar negara dan kami akan berkahwin di sana.” Merah padam muka Tengku Ainun
mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh anakandanya. Tengku Azman pula hanya
mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat isteri dan anaknya. Dia
sendiri tidak tahu bagaimana hendak meleraikan pertelingkahan di antara mereka
berdua. Tiba-tiba Tengku Azman mendapat satu idea.
“Sabar…cuba bawa bertenang. Daddy dah ada
cara bagaimana nak menangani permasalahan ini.” Ternyata kata-kata Tengku Azman itu
memberi impak yang besar kerana kedua-dua mereka terus terdiam.
“Apa kata kita bagi peluang kepada Ira
untuk membuktikan yang dia memang ikhlas dan layak untuk menjadi sebahagian
dari ahli keluarga kita.” Berkerut dahi Tengku Ainun dan Tengku
Amir.
“Maksud daddy?” soal Tengku Amir.
“Begini. Kalau Ira tu betul-betul
ikhlas nak memiliki cinta Aidil, mesti dia sanggup buat apa sahaja untuk Aidil
kan? Daddy nak Aidil bawa dia menyelami dunia dan cara kita sebagai golongan
kerabat ni. Dia mesti belajar bagaimana nak bergaul dengan golongan kerabat dan
mesti belajar bagaimana nak menghadiri majlis-majlis sosial. Kalau dia lulus
ujian ini, daddy dan mummy tiada halangan atas perhubungan kamu berdua tapi
kalau dia gagal, anakanda mesti berkahwin dengan Tengku Natalia. Bagaimana,
anakanda setuju?”
Tengku Ainun menggeleng-gelengkan
kepalanya.“Mummy tak setuju!”
Tengku Azman memeluk bahu isterinya
dengan mesra.“Sayang, kita beri peluang kepada
mereka dahulu untuk membuktikan samada cinta mereka tulus atau tidak. Tidak
adil sekiranya kita memutuskan perhubungan di antara mereka tanpa ada sebarang
alasan yang kukuh. Tak salah rasanya kita beri peluang kepada mereka, kan?” Tengku Ainun melepaskan sebuah
keluhan yang berat. Nampaknya kali ini dia terpaksa mengikuti cadangan
suaminya. Kemudian dengan riak perlahan dia hanya mengganggukkan kepalanya.
“Thank you daddy, I’m really appreciate it.” Tengku Aidil merangkul ayahandanya
dengan erat. Kemudian Tengku Aidil meminta izin untuk beredar dari situ. Tengku
Ainun hanya memerhatikan kelibat anaknya berlalu dengan ekor matanya. Sebaik
sahaja kelibat Tengku Aidil tidak kelihatan, terus sahaja Tengku Azman menjadi
sasarannya.
“Darling, kenapa you buat perjanjian macam
itu dengan anak kita? Kalau nanti betul-betul perempuan tu berjaya mengatasi
semua ujian tu, macamana? I tak sanggup bermenantukan perempuan tak tentu hala
macam tu.” Tengku Azman hanya tersenyum lebar
mendengar kata-kata isterinya.
“Sayang, you jangan risau. I yakin Ira
takkan berjaya menjadi sebahagian dari ahli keluarga kita. You dah tengok
sendiri tadi gelagat dia kan? I don’t think so she will make it.”
Tengku Ainun tersenyum lebar.“You ni memang genius lah darling. Ni yang
buat I bertambah sayang kat you ni.” Usikan Tengku Ainun itu disambut
dengan hilai tawa Tengku Azman yang memecah keheningan suite mewah itu.
Tengku Aidil berlalu keluar dari Hotel
Theme Park Resort itu. Cuaca yang sejuk dan berkabus langsung tidak menghalang
kakinya untuk terus melangkah. Dalam kesamaran dia terlihat sesusuk tubuh yang
amat di kenalinya. Langkah kakinya semakin laju di atur menuju ke arah susuk
tubuh itu.
“You buat apa kat sini?”
Serta-merta aku berpaling. Tengku Aidil sudah berada betul-betul di
sebelahku.
“Tak ada apa-apa. Saja nak merasai
kabus malam di Genting Highlands. Belum tentu lagi lepas ini saya berpeluang
untuk sampai ke sini lagi,” ungkapku jujur sambil membuang
pandangan jauh ke bukit-bukau yang diselubungi oleh kabus.
“Hmm..kalau you nak, hari-hari pun I
boleh bawa you datang ke sini.” Sengaja aku mendiamkan diri. Makin
dilayan makin menjadi-jadi pula usikannya nanti. Suasana sepi seketika, hanya
kedengaran deruan angin malam yang berhembus sepoi-sepoi bahasa. Sepasang mata
yang tajam merenungku sejak dari tadi tepat menikam ke sukmaku ini. Wahai sang
hati, janganlah dikau terbabas lagi!
“Tengku, saya nak tanya sikit, boleh?”
“Nak tanya banyak pun boleh. I sudi
menjawabnya. Nak tanya berkenaan apa?” Soal Tengku Aidil.
Aku menelan air liur.“Saya cuma nak tahu, apa perasaan
Tengku bila dilahirkan dan dibesarkan sebagai golongan kerabat diraja yang
kaya-raya, mewah dan apa sahaja yg di hajati boleh didapati dengan sekelip
mata?” Berkerut dahi Tengku Aidil apabila
mendengar persoalan yang aku bangkitkan itu. Mungkin tidak terlintas di
fikirannya yang aku akan bertanya soalan sebegini.
“Hmm…Rasa seperti I lah manusia yg paling
beruntung dan bertuah di dalam dunia ini. Tetapi itu dahulu. Hakikatnya walaupun
I hidup di dalam kemewahan tetapi jiwa I rasa kesepian dan kekosongan.” Ku tidak menyangka akan menerima
jawapan sebegini darinya. Namun kata-kata yang terungkap dari bibir Tengku
Aidil itu tampak jujur dan ikhlas dari hati sanubarinya. Aku cuba untuk
menyelami isi hatinya.
“Peliknya. Saya nampak hidup Tengku
cukup lengkap serba-serbi; dahlah kaya, kacak pula tu, mesti ramai perempuan di
luar sana yang sudi untuk mengubat kekosongan di hati Tengku.” Tengku Aidil tertawa kecil. Kata-kataku
itu berjaya menggeletek perasaannya.
“Kacak ke I ni? Hahahaha…Ira, memang I akui ramai wanita yang
cuba untuk memasuki ruang hati I ni tapi semuanya tak berjaya. I memang
menanti-nantikan siapakah perempuan yang akan berjaya mengetuk pintu hati I. Memang
I sentiasa menunggu hari di mana gadis idaman I akan muncul. Apa kata kalau you
cuba untuk mengisi kekosongan hati I ni? Itu pun kalau you sudilah. Ada berani?”
Aku menyerigai.“Pucuk di cita, ulam mendatang, Tengku.
Saya sedia mengisi kekosongan hati Tengku tu cuma masalahnya, dah lama saya
mencari-cari kunci pintu hati Tengku tu tapi hingga kini saya tak ketemu lagi.” Serentak dengan itu berderai ketawa
kami berdua.
“I gembira bila bersama dengan you,
Ira. You sentiasa ada idea lucu yang boleh menceriakan hati I,” luah Tengku Aidil sambil merenung
wajahku dalam-dalam.
“Tengku, itulah gunanya kawan. Insya
Allah saya akan sentiasa ada bila Tengku perlukan saya. Bila Tengku rasa sedih,
perlukan sesorang untuk meluahkan perasaan, saya sudi menjadi pendengar
setianya.” Aku sendiri tidak menyangka ayat-ayat
jiwang sebegitu boleh terluncur keluar dari bibir ini.
“Terima kasih, Ira. Terima kasih kerana
sudi menjadi pendengar setia I. So Ira, kita ni kawan kan?” ucap Tengku Aidil sambil menghulurkan
jari kelingkingnya. Aku juga menghulurkan jari kelingkingku dan jari kami
berdua berpautan. Tautan mata kami tertancap seketika. Terlenaku seketika di
dalam dakapan asmara.
“Ira! Dekat sini rupanya awak! Puas
saya cari di hotel tadi. Ingatkan dah sesat tadi. Oh, Tengku pun ada kat sini
juga.” Kemunculan Linda secara tiba-tiba
benar-benar memeranjatkan kami dan dengan segera tautan jari kelingking di
antara kami terus terlerai.
“Hari pun dah lewat malam ni. Ira,
Linda, baliklah ke bilik masing-masing. Esok kita dah nak bertolak pulang ke
Kuala Lumpur. Kita jumpa esok pagi .” Tengku Aidil berlalu pergi dari situ
dengan tergesa-gesa. Linda pula hanya tersengih-sengih memandangku.
“Amboi, hebat sekarang ni ya? Dating
tengah-tengah malam kat Genting Highlands lagi,” usik Linda sambil menampar lenganku.
“Mana ada dating, kitorang terserempak
jelah tadi.” Percubaanku untuk berdalih tampak
sia-sia kerana jelas terukir riak kurang percaya di wajah Linda.
“Sudah-sudahlah Cik Ira ku sayang, tak
payahlah nak cover line. Saya dah skodeng korang berdua sejak dari tadi lagi.” Aku mencubit lengan Linda lantas dia
menjerit kecil.
“Sakitlah!”
“Tulah, lain kali jangan nak
pandai-pandai ya. Kan dah kene cubit. Dahlah, jom kita balik ke bilik, esok
lewat pula nanti,” ujarku sambil menarik tangan Linda.
Kemudian kami berjalan beriringan menuju ke hotel.
______________________________________________________________________________
“Tak guna punya perempuan! Tak berjaya
juga rancangan dinda nak malukan dia!” teriak Netty sambil melontar handbag
di atas katil yg serba mewah lagi empuk itu. Tengku Amir yang menurutinya dari
belakang sejak tadi hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat
adindanya.
“Dinda, bawak bertenang dinda. Jangan
marah-marah macam ini. Dinda terlalu ikutkan perasaan sangat. Sepatutnya dinda
jangan terburu-buru nak kenakan perempuan tu.”
“Oh, sekarang ni kanda pula nak
menyebelahi perempuan tak guna tu. Kenapa, kanda pun dah jatuh hati pada
perempuan tu? Ishh tak fahamlah dinda kenapa semua lelaki harus jatuh cinta
pada perempuan yang low class macam tu,” jerkah Netty sambil bercekak
pinggang.
Sambil tersenyum Tengku Amir menjawab,
“Kanda
bukan jatuh hati pada dia cuma kanda dah ada satu rancangan yang hebat untuk
mengenakan dia. Macam ni...”
Tengku Amir membisikkan sesuatu ke
telinga adindanya. Berkerut wajah Netty pada mulanya namun akhirnya sebuah
senyuman yang lebar terukir di bibirnya.
“Tak sangka dinda, kanda ini memang bijak!
Macam manalah dinda boleh tak terfikir idea hebat sebegini.” Puji Netty sambil melemparkan senyuman
manis kepada Tengku Amir.
“Mestilah, inikan Tengku Amir, lelaki yang
paling bijak di atas muka bumi ini. Kita tengoklah siapa yang kena nanti.” Kata-kata Tengku Amir itu disambut
dengan deraian ketawa mereka berdua yang memecah keheningan banglo mewah yang
tersergam indah di atas bukit itu.