SANDIWARA
CINTA (BAB 17) ENDING
Badrol
bawa cerita ini sampai ke kampung, mujur lah kita orang dah cakap awal-awal dekat
ayah dan mak, jadi ayah tak lah terkejut sangat. Geram dengan semua ini, Badrol
cuba langgar Iman Amani dengan keretanya, mujurlah Ezzat Iskandar sempat
menarik Iman Amani ke sebelahnya. Badrol yang membawa kereta dengan laju telah
melanggar pokok besar di seberang jalan. Badrol cedera parah, tetapi mereka
berdua juga yang bawa Badrol ke hospital.
“Badrol ni
lah yang penyebab abang boleh jumpa dengan Iman!” ujar Ezzat Iskandar ketika
berjalan keluar dari hospital. Malas nak tunggu Badrol, apabila seluruh
keluarganya datang.
“Kena ucap
terima kasih kat Badrol lah ni..,” perli Iman Amani. Entah kenapa hati Iman
sakit sangat bila sebut nama Badrol tu. Harap-harap Badrol insaf dan mendapat
pengajaran dari apa yang berlaku.
“Eleh,
abang bergurau saja lah. Itu pun nak marah ke?” mujur lah kami berdua selamat
dan tak ada-apa berlaku.
“Takdir
yang bawa abang kat Iman lah, bukan kerana Badrol tu,” tak suka lah kaitkan
Badrol dalam cerita kami.
“He he
he..,”
Tujuh Tahun Berlalu
Cepatnya
masa berlalu kan? Pejam celik, pejam celik, sudah lapan tahun kami berkahwin.
Anak pun dah ada tiga. Dua lelaki seorang perempuan. Anak-anak kami tentu lah
rapat dengan mama, sebab mama yang menjaganya. Ingatkan anak berderet-deret ni
boleh lah tinggal di rumah asing, rupanya lagi lah mama tak benarkan sebab tak
nak berpisah dengan cucu-cucunya. Kalau boleh
ke kampung pun, mama tak benarkan kita orang bawa anak-anak pulang, jadi kita
orang balik berdua saja. Ezzat Iskandar pula kerap balik seorang diri, aku kena
tinggal dengan anak-anak. Ezzat Iskandar kalau tak balik seminggu sekali ke
kampung, rasa macam tak lengkap pula hidupnya.
Hari ini
kami balik bersama dengan anak-anak, tetapi malam nanti, mama dan papa akan
datang bermalam di sini juga, Sebab kali ini aku yang bertegas dengan mama,
untuk bawa pulang anak-anak, sebab ayah pun rindu juga kat budak-budak ni.
“tak boleh
nak buat apa dah ayah, mama layan saya macam menantu dia, bukan macam anak dia.
Dia lebih sayangkan Iman dari adik beradik yang lain!” luah Ezzat Iskandar.
Hendak marah Iman Amani pun tak boleh, sebab mama akan membela Iman Amani. Jadi kena marah dalam hati saja lah.
“Cemburu
ke?” balas Iman Amani sambil membawa dulang berisi air.
“Kecil
hati lah, sebab Iman dah rampas kasih sayang mama kami nih!” jawab Ezzat
Iskandar. Dulu mama memang sayangkan adik perempuan kami, mungkin mama anggap
Iman tu penganti tempat adik, jadi kasih sayang mama hanya untuk Iman Amani
saja.
“He he
he...,” jawab Iman Amani semakin berseri-seri. Tuah aku kan? Dapat mak mentua
yang sporting habis macam itu.
“Sandiwara
cinta konon, tengok anak pun berderet-deret dah. Teruk lah along ni!” celah Eija
pula yang datang membawa kek pisang.
“Tu kena
tanya Abang Ezzat kau? Along tak bersalah dalam hal ni?” Betul kan? Dia yang tak nak mengaku ada hati
kat aku, sengaja cari pasal dengan aku adalah. Jawabnya dekat setahun juga lah
hidup kami tidak tentu arah.
“Jangan
lah ungkit lagu Sandiwara Cinta tu, abang sakit jiwa mendengarnya. Tapi ada
orang dekat-dekat nak lari dah dari abang kes sandiwara cinta nih..,” balas
Ezzat Iskandar pula.
“Dah, dah,
ayah tak suka lah. Kerana kau orang berdua ayah berapa kali keluar masuk
hospital,” sampuk ayah pula. Masing-masing hanya tersenyum saja.
Ezzat
Iskandar dan papa ikut ayah ke pekan. Mama dan mak pula entah apa yang
dibualkan. Tinggal kami berdua di atas beranda sambil menikmati angin petang
yang mendamaikan. Adik kami Ika dan kahwin empat tahun yang lepas. Dah ada anak
seorang pun. Angah saja yang tak kahwin lagi.
“Abang
Zarul pun tak kahwin lagi!” beritahu Eija. Tahu tentang itu. Kerap jugak jumpa
abang zarul di bandar, tetapi berbual biasa saja. Hendak tanya lebih lanjut tak
berani takut jawapan abang zarul boleh buat Iman Amani tidak tidur lena pula.
“Angah
pikat lah abang zarul, dia baik lah. Berjaya dan duit banyak tu!” cadang Iman
Amani. Hati aku hanya tertulis nama Ezzat Iskandar saja, walaupun satu ketika
dulu, dia pernah melukai dan menyakiti hati ku.
Abang Zarul petani moden yang berjaya. Dia ada ladang nenas yang beratus
ekar, ada ladang getah, tanah sawah berekar-ekar, ada kolam udang dan kolam
ikan keli.
“Along ni
ke situ pula!”
“mana tau
jodoh Angah dengan abang zarul!” lagi pun mak memang nak sangat abang zarul jadi
menantu dia. Sekarang tinggal angah saja yang tak kahwin lagi. Entah lah, soal
jodoh ni hanya ALLAH saja yang tahu.
“harap-harap
masin lah mulut along!”
“Hah?” terkejut
Iman Amani mendengar kata-kata adiknya. Eija mengulumkan senyuman.
Boleh tidur
semalam saja lah, sebab dah kena balik semula ke rumah mama dan papa. Tetapi
suami tak balik. Dia jadi anak lelaki ayah, kalau balik jumpa ayah, kena
tinggal banyak hari, baru boleh balik.
“Dah
terbalik ni, Ezzat pula jadi anak ayah!” gurau ayah. Ayah kan kalau orang cakap
Ezzat Iskandar tak baik, boleh marah dan tak cakap dengan semua orang. Marah sangat.
“Macam-macam
lah kau orang ni!” ujar mak sambil tersenyum saja. Puan Sri Nazimah, dia tak
kisah, asalkan Iman Amani dan cucu-cucunya balik bersamanya.
Apa pun
kami memang saling memahami dan saling mengerti. Cukuplah tu.
Dalam
hidup ini bukan semuanya boleh kita aturkan. Kita hanya menjalani kehidupan,
tetapi yang berhak adalah ALLAH.
------------------------------------------TAMAT..............................................................................