Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
229,035
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 4

Bengang muka Ezzat Iskandar. Merah menyala kerana dicabar oleh Iman Amani. Cerai??? Takutnya dengar perkataan cerai itu. Tak sangka minah nie akan minta cerai darinya. Aku nie dah salah orang dah ke apa ni?

“Cerai???”

“Ha, lah, ada ke saya sebut perkataan lain tadi?”

“Jangan harap..,” kata Ezzat Iskandar.

“Apa gunanya kita teruskan ikatan perkahwinan ini, ikatan tanpa cinta, tanpa kasih sayang tak akan ada maknanya. Awak benci saya, saya pun tak suka dengan awak. Jadi, apa guna kita teruskan. Cukuplah sekali kita menipu tuhan, saya tak nak kita terus menjadi penipu..,” jelas Iman Amani. Aku dah tak boleh nak tengok muka kau, kalau boleh mamah, dah lama aku telan kau hidup-hidup. Geram sangat!

“Hey, perempuan, aku kahwin dengan kau, sebab nak tengok kau merana, kau terseksa...,” kata-kata itu terhenti di situ apabila anak mata Iman Amani merenung anak mata Ezzat Iskandar.

Renungan mata itu menikam ke sukma.

“Iman, angah call. Dia cakap urgent!” jerit Asma dari dalam rumah. Iman Amani terus berlari masuk ke dalam rumah. Angah ada hal apa pula ni? Selesai memberi salam dan masing-masing bertanya khabar, baru lah Eija memulakan cerita. Rupanya Eija pun dah tahu.

“Badrol beritahu Angah lah, Along. Dia dah ceritakan semua tu kat Angah. Tak habis-habis lagi dendam Badrol kat along rupanya!” terang Eija membuatkan kaki Iman Amani mengigil saja. Angah dah tahu??

“Angah jangan cerita kat mak dengan ayah tau, ayah tu tak kuat lagi. Mak tak kisah sangat, sebab mak memang tak suka dekat si Ezzat tu,” pesan Iman Amani, yang penting ayah kan. Mak dah beri lampu hijau pun. Ayah saja yang tidak tahu menahu.

“Cerai saja lah Along, kalau dia tak nak lepaskan, buat permohonan kat mahkamah. Dah sah dia nak mainkan Along saja, dan dia sebenarnya berpakat dengan Badrol nak kenakan Along. Lagipun Along tak tidur kan dengan dia,” cadang Eija. Iman Amani tidak terkejut pun mendengarnya.

“Tak tidur pun, sebab malam tu Along dengar perbualan mereka berdua, jadi along cabut lari lah..,”

“Biar padan muka dia dan Badrol. Ingat kita ni orang kampung bodoh macam dia orang ke apa ke? Apa pun terjadi Angah tetap sokong Along!”

“Terima kasih, Angah. Biar Along selesaikan sendiri hal ni, jangan kecoh-kecoh lagi, takut ayah tak boleh terima pula nanti. Sudah lah baru kahwin tak sampai sebulan dah nak berpisah!” pesan Iman Amani sekali lagi.

“Tak ada jodoh tu along!”

“Betul tu, bukan jodoh along dengan Ezzat!”

Leganya. Angah pun dah tahu rupanya sebab si Badrol tu yang ceritakan kepada Angah. Ha ha ha. Badrol ingat ahli keluarga aku akan mengamuk, marah dan kecewa ke? Kita orang boleh terima lah semua ini. Benda dah nak jadi, redha saja lah.

Iman Amani meninjau di luar rumah, melihat Ezzat Iskandar masih setia menunggunya.

“Pergi lah balik, tak manis lah tunggu di hadapan rumah saya!” suara Iman Amani kembali tenang. Aku terima ujian ini dengan senang hati. Betul kata angah, Ezzat Iskandar bukan jodoh tu, jadi buat apa nak gaduh-gaduh kan. Anggap saja cinta tu sudah mati dan berakhir di sini.

Dia nie tak reti nak frust ke? Boleh senyum, hati pun senang. Wal hal aku sudah melukakan hati dia. Dia tak macam perempuan lain pun, yang akan menangis kerana putus cinta atau dipermainkan.

“Selagi kau tak ikut aku balik ke rumah aku, selagi itu lah aku tak akan berganjak dari rumah kau!” ugut Ezzat Iskandar sambil menghampiri Iman Amani. Dipegangnya ke dua belah tangan Iman Amani. Kau sengaja nak cabar kesabaran aku lah.

“Awak nak buat apa kat saya sebenarnya, sudah lah awak jual cinta saya, cagar kasih sayang saya, pastu lelong maruah dan harga diri saya? Awak nak apa lagi? Nak jual saya kat Badrol?” sindir Iman Amani membuatkan Ezzat Iskandar tersentak, terkejut. Kata-kata Iman Amani menampar ke dua belah mukanya dan membuatkan hatinya seperti ditikam dengan sembilu tajam.

“Iman....

“Cakap dekat Badrol, memang saya tak ada duit 50 ribu tu, tapi harga diri saya, maruah saya, cinta dan kasih sayang saya lebih tinggi nilainya dari duit 50 ribu yang dia berikan kat awak tu!” terus Iman Amani masuk ke dalam rumah semula. Lantak kau lah, aku nak buat apa kalau kau nak tunggu di depan rumah aku nih.

Sikap Iman Amani ke atas Ezzat Iskandar memang berbeza, dulu memang hubungan mereka rapat, sebab bercinta kan? Tetapi sekarang Iman Amani menjauhkan dirinya dari Ezzat Iskandar sehinggakan Tan Sri Hisham pun sedar akan perkara ini. Dulu happy memanjang, sekarang nampak macam Iman Amani tidak suka saja. Banyak projek yang diuruskan oleh mereka berdua, sudah ditolak oleh Iman Amani. Pergi asing-asing, tak perlu pergi bersama.

“Iman, teman saya makan nak tengah hari nie? Puan Sri nak ajak awak makan sekali lah!” beritahu Tan Sri Hisham apabila selesai mesyuarat. Apa nak jawab nih? Tak tolak atau ikut saja. Kalau tolak, itu bos lah. Kalau pergi, macam menyusahkan hati saja.

“Saya ada hal lah, Tan Sri!” beritahu Iman Amani. Terpaksa. Pergi pun tak boleh, tak pergi pun tak boleh.

“Kejap saja lah. Isteri saya tu nak sangat jumpa dengan awak!” tegas Tan Sri Hisham.

“Okey lah!” terpaksa dia mengalah. Susah sebab bos. Kalau bukan bos memang tak pergi lah.

“Awak pergi dengan Ezzat yer ke rumah saya tengah hari ni..,” kata Tan Sri Hisham. Makan di rumah? Kalau kat rumah, ini kan kali pertama Iman Amani akan pergi ke rumahnya. Jadi, Iman Amani mana tahu rumah kami di mana. Suruh lah budak kepala batu tu bawa Iman Amani. Apa susah kan?

“Apa???” hendak pergi dengan Ezzat Iskandar? Tak ada orang lain ke?

“Pergilah, ini arahan bos awak!” tegas suara Tan Sri Hisham membuatkan lidah Iman Amani kelu.

Pergi dengan kereta masing-masing, apa kes aku nak naik keretanya sekali. Aku ikut kereta dia dari belakang lah, lagi mudah kan? Sampai di banglo Tan Sri Hisham, Puan Sri Nazimah menyambutnya dengan penuh senyuman. Siap kenal kan kepada abang-abang dan kakak ipar Ezzat Iskandar begitu juga cucu-cucunya.

“Ayah dah sihat?” tanya Puan Sri Nazimah.

“Alhamdulillah, ayah dah sihat, Puan Sri!” jawab Iman Amani. Rasa terharu dengan layanan ahli keluarga Tan Sri Hisham ke atas dirinya.

“Jemputlah makan, mak cik masak sendiri nih!” pelawa Puan Sri Nazimah sambil mencedukkan nasi ke dalam pinggannya.

“Terima kasih, Puan Sri!” ucap Iman Amani sambil mengambil pinggannya. Sudah lah duduk di tengah-tengah antara Puan Sri Nazimah dan Ezzat Iskandar.

“Tak payah lah panggil Puan Sri tu, saya bukan bos Iman pun!” balas Puan Sri Nazimah.

Makan tengah hari sambil berbual panjang, tengok jam sudah pukul 2.00 petang. Solat jemaah sekali, baru lah boleh balik.

“Ini untuk Iman!” kata Puan Sri Nazimah sambil menghulurkan beg kertas. Dalam tu ada baju sepasang bersama kain tudung. Ada beg tangan dan kasut. Banyaknya!”

“Puan Sri..” kata Iman Amani, mahu menolaknya.

“Ambil lah. Mak cik suka sangat kat iman, kalau boleh mak cik nak ajak iman tinggal dengan kami lah!” hah, parah dah tu. Ada apa lah kat saya nie, Puan Sri.

“Terima kasih, Puan Sri!” jawab Iman Amani. Kena lah Puan Sri Nazimah baik sangat.

“Iman, kita balik ke ofis bersama-sama, tumpang kereta Ezzat. Kereta awak, tinggal saja di rumah saya, nanti bila-bila saya suruh drebar hantarkan kat ofis!” ujar Tan Sri Hisham pula. Lerr, kenapa lah, Tan Sri Hisham suka buat saya macam ini. Suka buat kejutan yang pelik-pelik. Mereka berdua saling berpandangan.

“Tak mengapa, Tan Sri. Saya balik dengan kereta saya sendiri,” tolak Iman Amani.

“Ikut arahan saya, Iman!” sekali lagi kena marah dengan bos. Mangkuk ayun ini pula di hadapan keluarganya baik nak mampus, tak berani nak melawan atau nak bantah. Cuba bersuara sikit!

“Ezzat ada kerja, papa!”

“hantar lah papa dengan Iman kat ofis, lepas tu kau pergi lah buat kerja kau!” marah Tan Sri Hisham.

“Iman duduk belakang dengan saya, biar Ezzat jadi drebar!” kata Tan Sri Hisham lagi.

“Tapi, Tan Sri...,”

“Naik saja lah, jangan buat masa saya, boleh tak?” bisik Ezzat Iskandar.

“Kalau Ezzat buli awak, awak cakap dengan saya, tahu lah saya nak ajar dia macam mana..,”ujar Tan Sri Hisham.

Tak ada apa-apa lah Tan Sri, saya boleh selesaikan masalah saya sendiri.

“Awak bergaduh dengan dia ke?” tanya Tan Sri Hisham dalam kereta. Aduh, soalan panas nie. Aircond tak pasang ke? Panas sungguh lah.

“Tak lah, Tan Sri!”

“Tengok awak dah tak bercakap dengan dia, tak nak kerjasama dengan dia, atau dia dah melukakan hati awak?” teka Tan Sri Hisham mengena sekali.

Susah jadi perempuan, bila hati sudah terluka, dia sudah tidak pandai untuk berlakon atau berpura-pura lagi.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.