Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
219,241
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 13

SANDIWARA CINTA (BAB 13)

“Hai, kenapa ni? Buat apa sampai kena patuk ular pulak?” bising Zarul yang datang bersama-sama Eija dan Ika. Ezzat Iskandar keluar solat katanya, sebaik saja nampak mereka bertiga. Sekarang, tinggal mereka berdua saja, kerana Eija dan Ika keluar membeli barang keperluan Iman Amani. Iman Amani meminta tolong kepada adiknya. Dia lebih selesa dari menyuruh Ezzat Iskandar membeli untuknya.

“Sebab banyak buat salah kut!” ucap Iman Amani. Sejak aku berkahwin dengan Ezzat Iskandar, macam-macam perkara buruk berlaku dalam kehidupan kami. Ayah dah banyak kali masuk hospital, Ika pula kemalangan, sekarang aku pula kena patuk ular. Mujur, cepat datang ke hospital dan mudah pula mendapat penawar untuk bisa ular tadi, kalau tidak memang tak boleh tengok muka Zarul lagi lah jawabnya.

“Kalau tahu salah, cepat-cepat perbetulkan kesalahan tersebut. Semua orang biasa buat salah dan kesilapan lah, Iman. Tetapi yang penting adalah mahu mengaku kesilapan dan membetulkan kesalahan tersebut,” tegur Zarul. Kita ni hanya manusia biasa saja yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kita hanya manusia biasa, yang alpa dan kadang-kadang leka dengan arus kehidupan.

“Iman mintak maaf kerana melukakan hati abang, mungkin kerana Iman pernah melukakan hati dan perasaan abang, maka Iman diberi pengajaran seperti ini,” ucap Iman Amani luhur. Tiga bulan berkahwin, aku memang membawa diri, kerana hati yang terluka. Tetapi aku perempuan, isteri pula, tetap berdosa.

“Kenapa cakap macam tu? Abang tak pernah ambil hati lah. Hakikat sebenarnya Iman tidak diciptakan untuk abang. Kita tidak ada jodoh, walaupun setinggi mana pun kasih sayang abang untuk Iman, tetapi kita tidak dijodohkan bersama oleh ALLAH. Itu kenyataannya. Jodoh Iman dengan Ezzat, kenapa tak menghargainya?” soal Zarul. Eika menceritakan segalanya kepadanya tadi. Mula awalnya dia sudah dapat menghidu tentang perkara ini, tetapi siapalah dia untuk menyoal hal yang berlaku antara Iman Amani dan Ezzat Iskandar.

“Ezzat sudah mahu berubah kan? Beri dia sekali lagi peluang, boleh tak?” pinta Zarul. Nampak sangat Ezzat Iskandar sedang berusaha ke arah itu. Jadi, berilah dia peluang.

“Selama ini Iman hanya bermimpi indah, hakikatnya bukan lah seperti apa yang kita harapkan...,”

“Hey, tak baik mengeluh lah. Berdosa tu, macam tak redha saja ni? Abang sentiasa doakan semuga Iman dan Ezzat bahagia sehingga ke akhir hayat!” luah Zarul. Aku memang menyintainya sejak dari dulu sehingga ke saat ini, tetapi sudah tertulis jodoh antara kami tiada. Dan aku bukan lelaki yang mahu mengambil kesempatan atas kepincangan antara mereka berdua. Doa ku, semuga kasih antara mereka bersatu semula!

Betul kata Zarul tu, jodoh ku mungkin sudah tertulis dengan Ezzat Iskandar, walaupun cinta ku tidak dihargai. Tapi sejak akhir-akhir ini , Ezzat Iskandar sudah banyak berubah, sudah semakin mengambil berat terhadapku. Betul ke dia sudah mahu berubah.

“Abang call ayah tadi, cakap kita nak kena balik ke rumah, sebab abang ada hal!” beritahu Ezzat Iskandar sebaik saja masuk ke dalam bilik.

“Apa kata ayah?”

“Okey, Cuma dia hairan sebab tengok kita balik secara tiba-tiba!” Ayah tak boleh terkejut, nanti dia suka fikir yang bukan-bukan, wal hal bukan ada apa-apa pun. Contohnya macam Ika kemalangan tempoh hari, Ika tu hanya patah kaki saja tetapi ayah dah fikir perkara yang tak sepatutnya.

“Nak keluar lah dari sini, boring. Asyik tidur saja!” kaki bengkak dan nampak kehitaman di tempat yang ular patuk tadi. Kesan gigi ular pun masih ada kelihatan.

“Tinggal lah kat sini dulu, nanti sihat, kita balik lah!” ucap Ezzat Iskandar. Cemas juga tadi apabila melihat Iman Amani pengsan sebaik saja sampai ke hospital.

“Terima kasih kerana selamatkan Iman, budi awak hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya,” ucap Iman Amani. Ezzat Iskandar menyentuh dahi Iman Amani dengan lembut, lalu mengusap rambut isterinya.

“Iman isteri abang lah, jadi memang sudah menjadi tanggungjawab abang untuk menjaga isteri, abang!” ikhlas juga ucapan itu. Susah nak ketuk pintu hati Iman Amani semula. Kerasnya macam besi.

“He he he..,” ketawa Iman Amani. Ini kali pertama Iman Amani tersenyum kepada suaminya. Kali pertama selama tiga bulan ini, Ezzat Iskandar dapat melihat senyuman manis itu.

“Beri abang peluang sekali lagi, boleh tak sayang? Kalau abang mengecewakan hati Iman juga, Iman boleh tumbuk muka abang!” ujar Ezzat Iskandar sambil membawa tangan kanan Iman Amani ke pipinya.

“Tumbuk sekarang boleh?” kalau aku nak tumbuk muka kau, dah lama aku tumbuk lah. Tak payah tunggu peluang yang kedua.

“Nak tumbuk sekarang??? Tengah sakit pun nak tumbuk juga ke?”

“Sebab sakit hati sangat kat awak!” ujar Iman Amani sambil tersenyum lagi.

Kita sebenarnya tidak nampak apa yang akan berlaku pada diri kita di masa yang akan datang. Itu yang sebenarnya. Kita tidak boleh meramalkan masa depan kita sendiri, sebab ALLAH yang maha mengetahui.

“Untuk membina masa hadapan kita tidak boleh menoleh ke belakang kembali untuk mengutip luka-luka lama yang kita tinggalkan,” bisik Iman Amani di dalam hatinya sendiri. Aku mahu memberi peluang kepada diri ku sendiri, itu yang sebenarnya. Aku tak nak seksa hidupku. Kalau benarlah ini jodoh ku, semuga kami bahagia, andainya bukan jodohku, aku menerimanya dengan senang hati.

Seminggu tinggal di hospital, Ezzat Iskandar yang menjaganya. Setia di sisinya. Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah tidak tahu Iman Amani berada di hospital, kerana atas permintaan Iman Amani yang tidak mahu menyusahkan keluarga mentuanya. Nanti mereka bimbang pula dengan keadaannya sekarang.

“Kita balik rumah kita nak? Tak selesa lah!” ajak Iman Amani. Tinggal di rumah sendiri senang sikit dari tinggal rumah mentua. Kebetulan dengar kata abang-abang ipar dan isteri masing-masing ada di rumah mentuanya.

“Kita singgah sekejap, nanti kita balik rumah kita!” cadang Ezzat Iskandar. Mama kalau lama tak berjumpa dengan Iman Amani, tak boleh nak hidup, asyik menyoal tentang keadaan menantunya saja. Bising dan berleter tu sampai naik pekak telinga dah.

“Okey lah, tetapi tak nak bermalam di rumah mama, keadaan sakit macam ni, tak selesa lah nak tinggal di rumah mentua!” kekok rasanya nak berhadapan dengan mama dalam keadaan berjalan tak sempurna ini.

Kan dah cakap, mama bising sebaik saja melihat Iman Amani yang berjalan terhenjut-henjut biarpun dipimpin oleh Ezzat Iskandar semasa masuk ke dalam rumah.

“Kenapa pula ni?” soal Puan Sri Nazimah.

“Kena patuk ular lah, mama!” jawab Ezzat Iskandar. Puan Sri Nazimah berjalan di sebelah kanan menantunya. Turut memegang tangan Iman Amani.

“Dah okey lah mama!” ujar Iman Amani. Mama terlalu ambil berat kat Iman lah.

“Bila kena ni? Semalam??” Soal Tan Sri Hisham pula. Kononnya balik bercuti di kampung, rupa ada cerita di sebaliknya.

“Dah seminggu lah papa..,” jawab Ezzat Iskandar. Sah-sah kena marah, sebab muka mama merah sangat ketika ini.

“Seminggu??? Baru kau berdua balik cari mama dan papa? Bertuah punya anak..,” leter mama pula.

“Sikit saja, mama. Iman yang tak nak abang beritahu mama dan papa,tak nak mama bimbang!” jawab Iman Amani.

“Hmm, angkat isteri kau masuk ke dalam bilik, biar dia berjalan tu kenapa?” tengking Puan Sri Nazimah lagi. Mereka berdua saling berpandangan.

“Iman boleh jalan lah, mama!” balas Iman Amani. Nak masuk bilik apa? Kami nak balik lah, singgah sekejap saja nih.

Pukul dua belas malam mereka masih lagi berbual. Sedangkan Iman Amani keresahan. Sudah banyak kali dia membuat isyarat kepada suaminya mengajak pulang, tetapi Ezzat Iskandar keberatan. Mama lah masalah. Mesti tak benarkan kami balik. Ini susahnya, kalau tak ikut, isteri pula yang merajuk.

“Mama..,” panggil Ezzat Iskandar.

“Kenapa?” soal Puan Sri Nazimah.

“Iman ajak balik rumah, nak berbulan madu di rumah katanya!” itu saja alasan yang ada kan? Iman Amani mencebikkan bibirnya.

“Bulan madu apa kaki tengah sakit macam tu?” balas Puan Sri Nazimah.

“sakit kat kaki, kat tempat lain tak sakit lah, kan sayang kan?” ujar Ezzat Iskandar membuatkan Tan Sri Hisham tersenyum saja. Terus Tan Sri Hisham bangun dari sofanya. Tinggal mereka bertiga saja, yang lain sudah lama masuk ke dalam bilik masing-masing.

“Mama tak percaya kan kau, mesti idea kau nih. Bawa Iman ke bilik, tidur di sini saja!” tegas Puan Sri Nazimah kepada mereka berdua. Dua-dua tak berani melawan, malah patuh saja.

Terpaksa lah tidur berasingan sebab mama mahu menemani Iman Amani malam ini.

“Mama ni, saya boleh jaga isteri saya lah!”

“kau tidur bilik sebelah, kau sakitkan hati dia, buli dia ada lah. Macam lah mama tak tau!” Iman Amani ketawa saja. Aku bertuahkan dapat mak mentua yang baik sangat. Ada ke mak mentua sebaik dia? Kalau aku jadi menantu orang lain, mahukah mereka menyayangi aku seperti anak sendiri? Tambahan selepas bergelar janda? Tak ada kan?

Habis apa masalah aku sekarang?

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.