Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
229,162
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 7

Kerana kau penipu, dengan aku sekali-sekali pun menipu jugak. Menipu nie berdosa lah. Tahu, tetapi nak buat apa lagi? Keadaan tidak mengizinkan untuk aku mengecap bahagia. Sepatutnya aku balik ke sini, dan beritahu semua orang bahawa aku dan Ezzat Iskandar sudah berkahwin, tetapi lain pula jadinya. Tak sangka Ezzat Iskandar berpakat dengan Badrol. Dua kali jatuh cinta, dua-dua kena tipu dengan lelaki yang ada hubungan saudara pula. Malu ada, menyesal pun ada, tetapi bukan kehendak aku pun. Ezzat Iskandar baik-baik saja selama ini, sampai aku tak sedar dia hanya menipu aku. Sekarang bila sampai tahap ini, macam tak boleh nak patah balik saja.

“Tekanan darah ayah awak meningkat lah. Suruh ayah awak berehat, jangan banyak berfikir!” kata doktor. Jantung ayah pun masih lemah lagi. Hari ini ayah demam lah pulak. Tetapi ayah keberatan nak tinggal di hospital. Mungkin kah ayah nampak aku tidak bahagia, dan ini semakin merunsingkan fikiran ayah. Kerana aku kah ayah jadi begini.

“Mak minta Iman berkorban untuk ayah, boleh tak?” pinta mak sewaktu masih di hospital. Ezzat Iskandar menemani ayah di dalam hospital.

“Mak, jangan lah cakap macam tu..

“Mak tahu Iman seorang anak yang tabah dan cekal, ayah nak sangat tengok Iman ada anak, nak tengok cucu katanya..,” sambung mak. Mak pun seperti menyuruh Iman menerima saja perkahwinan yang penuh dengan penipuan ini. Air liur Iman Amani tersekat di kerongkong. Kenapa lah itu yang ayah mintakan.

“Mak nak suruh Iman teruskan perkahwinan dengan Ezzat???”

“Iman ada pilihan ke? Kita nie perempuan, boleh ke kahwin dengan orang lain kalau tak suka, kalau tak cinta, kalau dah jemu. Ezzat mahu lepaskan Iman?” soalan mak bertubi-tubi keluar dari mulut mak membuatkan otak Iman Amani beku saja.

“Iman dah tak ada apa-apa perasaan lagi kat Ezzat, mak. Begitu juga dengan Ezzat..,” luah Iman Amani. Macam nak menangis saja waktu ini, tetapi kalau Iman menangis tentulah mak menangis juga.

“Hari itu mak sokong Iman, kenapa hari ini mak cakap macam tu pulak?” Sebulan yang lalu mak sokong sepenuhnya dengan keputusan Iman Amani, tetapi hari ini dah terbalik.

“Ezzat, selang dua atau tiga hari balik kampung jengguk ayah kamu. Dia banyak membantu ayah, membantu mak. Geran tanah yang ayah cagar pun, dia dah tebus balik. Ayah kamu tu dah rapat dengan Ezzat sebab Ezzat ambil berat sangat dengan ayah. Iman bolehkan, korban perasaan Iman??

Betul ke ni? Ezzat Iskandar ni siapa sebenarnya? Kenapa dia layan aku teruk sekali, tetapi dengan mak dan ayah okey lah pulak.

“Jom balik, abang dah ambik ubat ayah!” celah Ezzat Iskandar yang datang ke arah mereka berdua.

“Terima kasih, Ezzat!” ucap mak. Patutlah tengok mak dah baik sangat dengan Ezzat, menantu tak cukup sekupang ini. Dia tak baik dengan aku saja kut?? Aku pelik sangat nih.

Betulkah aku perlu berkorban untuk orang yang telah menipu aku kerana ayah? Kenapa lah hidup aku sulit sangat sekarang? Dulu tenang saja, sekarang banyaknya masalah. Kalau suka tak ada masalah lah ayah, ini ayah tak tahu dah jadi macam-macam dalam hidup Iman.

“Kenapa baik dengan mak dan ayah saya?” tanya Iman Amani ketika mereka berdua berada di dalam bilik. Semalam pun tidur sebilik juga. Sekatil. Tetapi sampai siang dia tidak lelapkan mata.

“Saya bukan anak kurang ajar lah, dengan awak saja yang saya tak suka, dengan mak dan ayah awak, saya tak ada masalah lah!” jelas Ezzat Iskandar. Aku kenal sikap dia yang macam ini sebelum aku tahu komplot dia dengan Badrol.

“Tak payah tunjuk baik lah, saya dah tak percayakan awak lagi!” ucapnya. Aku dah serik dengan orang yang bernama lelaki. Bukan sekali terkena, tetapi dua kali lah.

“Silap awak cuma satu saja, awak tahu permainan saya selepas kita kahwin. Nasib awak memang tak baik!” sindir Ezzat Iskandar.

Dengan suara batuk ayah di luar. Terus dia bangun untuk dapatkan ayah.

“Ayah dah makan ubat?”

“Dah, Ezzat yang berikan tadi!” diurut dada ayah dengan perlahan.

“ayah teringin nak tengok cucu ayah lah, Iman. Hanya kamu saja harapan ayah. Adik-adik kamu tak kahwin lagi!” kata ayah sambil tersenyum. Tinggi sangat lah permintaan ayah.

“Hmm, belum rezeki lagi lah ayah!”

“Dah hampir dua bulan kamu kahwin, along. Cepat-cepat lah dapat anak. Ayah ni siang dan malam, berdoa supaya kamu dan Ezzat cepat menimang cahaya mata!” macam nak pengsan dengar permintaan ayah.

“Dia orang belum ada rezeki lagi tu, nanti-nanti lah!” sokong mak pula. Hajah Murni memandang tepat ke anak mata Iman Amani. Nasib aku memang tak baik rupanya. Sudah lah kena berlakon, tak kan anak pun nak kena berlakon juga.

Tak ada tempat nak mengadu malam ini. Hanya kepada Angah saja dicurahkan segala perasaan.

“Ikut saja lah, Along. Berkorban untuk ayah. Kemudian hari kita tak tahu lagi macam mana kan?”

“Tak tergamak lah, Angah. Nak tidur dengan orang penipu macam tu..”

“Along cuba selidik tengok, entah-entah Abang Ezzat tu dipengaruhi oleh Si Badrol jahanam tu kut!”

“kalau betul lah dia terpengaruh, dia sepatutnya percayakan along lah!”

“Nasib along memang malang!”

“Ha, ah!”

Kali ini lakonan kami memang menjadi. Boleh lah dapat anugerah pelakon lelaki dan pelakon wanita terbaik. Sampaikan ayah memang tak nampak kepincangan kami berdua. Senang hati ayah dan tengok kesihatan ayah semakin pulih. Doktor pun hairan dengan perkembangan ayah. Rupanya sakit ini datang dari hati, kalau hati bahagia dan gembira, penyakit pun segera hilang dan sembuh.

Ezzat Iskandar yang menghantar ayah dan mak pulang ke kampung. Dia terpaksa ikut sekali. Balik dari situ terus ke rumah Tan Sri Hisham.

“Kenapa bawa saya ke sini?” soal Iman Amani.

“Mama saya demam lah, rindu kat awak!” jawab Ezzat Iskandar.

“Aduiii.. penat lah macam ni..,” keluh Iman Amani.

“Saya sayangkan mama saya...,”

“Apa kena mengena sayang awak dengan saya nih?? cakaplah saya dah balik kampung, jaga ayah saya!”

“Masalahnya, papa saya suruh saya jemput awak di kampung, untuk datang melawat mama saya!” Apa lagi yang dia orang nak dari aku ni? Beri lah aku udara untuk bernafas sikit. Dengan permintaan ayah aku lagi.

“Ada apa lagi?” sengsara dah aku dibuatnya.

“Mana saya tahu..,”

Tan Sri Hisham sudah lama menunggu di dalam rumah apabila ternampak kereta anaknya sekejap tadi.

“Pergilah tengok mak cik kamu tu, asyik sangat sebut nama kamu!” suruh Tan Sri Hisham sebaik saja kaki Iman Amani melangkah masuk ke dalam rumah. Dia patuh arahan itu.

“Assalamualaikum, mak cik!” sapa Iman Amani apabila melihat Puan Sri Nazimah sedang terbaring lesu.

“Iman, mak cik rindu lah kepada kamu!” katanya, terus menghulurkan tangannya kepada Iman Amani. Iman Amani menyambutnya. Terus Puan Sri Nazimah memeluknya dengan erat.

“Iman pun rindukan mak cik juga!”

“Iman tidur lah di sini yer malam ini, temankan mak cik!”

“Tapi, mak cik..,”

“Mak cik dah anggap Iman macam anak mak cik sendiri, tak salah kan kalau Iman tidur di sini malam ini kan?” pinta Puan Sri Nazimah lagi. Semua perangkap aku. Anak, mama dia, ayah aku, semua beri tekanan kat aku. Stress lah kalau macam ini.

Kali pertama bermalam di rumah mak mentua. Siapalah yang agaknya akan jadi menantu yang bertuah di rumah ini. Sebab rasanya susah lah nak cari orang kaya yang baik hati dan rendah hati macam Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.