''Sayang
abang buat apa tu?''
Irfan
memeluk isterinya dari belakang.
''Abang ni..buat terkejut Fia je..tak
buat apa pun. Tengok Dhia dengan Mia main je.”
Irfan
mengalihkan pandangannya kearah anak-anaknya yang sedang khusyuk bermain
dilaman rumah mereka. Anak sulungnya Dhia sedang bersungguh-sungguh berlari
mengejar adik kembarnya. Mia pulak menjerit tatkala dikejar kakaknya. Irfan
tersenyum melihat gelagat kedua anak perempuannya itu yang hampir berumur 2
tahun itu.
''Cepat betul mereka besar..Fia rasa macam baru
semalam mereka lahir. kecil sangat..rindulah waktu mereka kecil. Fia rasakan
bang, diorang waktu baby comel sangat tau..''
''Eh..sekarang tak comel ke?''
''Comellah!
Maksud Fia, waktu diorang kecil diorang baik sangat. Tapi bila dah besar ni,
rasa penat melayan kerenah diorang je..tadi Dhia tumpahkan makanan dia..Mia
pula bila tengok makanan kakak dia tumpah, dia pun sibuk nak tumpahkan makanan.
Pagi tadi lagilah..Fia bagi mereka main crayon, Fia pergi ke tandas..bila Fia
balik, Muka Mia dah berconteng dengan krayon..penat betul nak jaga, tak boleh
tinggal mereka langsung..hmmm''
Irfan tersenyum tatkala mendengar ngomelan isterinya
itu. Dicuitnya pipi Sofia,
''La..baru
dua orang sayang abang dah bising penat. Baru ingat nak tambah boboy seorang
tau..''
''Ha? Abang biar betul? Nak tambah boy
seorang? Penatlah Fia macam ni...girls ni pun da buat fia semput tau.''
Sofia
mengerutkan keningnya. Pabila melihat riak wajah isterinya itu berubah, Irfan
lantas mencuit hidung isterinya sambil ketawa.
''Abang
gurau jelah...sayang ni..cepat sangat takut tau.''
Sofia pula lantas mencubit manja tangan suaminya.
''Abang
ni...buat takut Fia jelah!''
Irfan tertawa lagi. Pinggang ramping isterinya itu
dirangkul kemas. Badan isterinya itu juga ditarik rapat kebadannya. Sofia dapat
merasakan bunyi nafas suaminya di tepi telinganya itu.
''Tapi
kalau dapat baby boy pun apa salahnya kan?''
Irfan sengaja membisik perlahan ditepi telinga
isterinya itu sehinggakan wajah isterinya itu bertukar kemerahan menahan malu.
Sofia kemudiannya tersenyum malu. Ditolaknya lembut tubuh badan suaminya itu
namun Irfan masih memeluk tubuhnya dengan erat. Akhirnya dia mengalah lalu
membiarkan tubuhnya berada didalam dakapan suaminya itu. Buat seketika mereka
hanya saling berdakapan sehinggalah tiba-tiba Sofia menyedari anak-anaknya
hilang dari pandangannya.
''Eh..Dhia dengan Mia mana abang?''
Nada suaranya bertukar gara-gara cemas.
''Sayang
jangan risau ye.. abang dah minta Maya ambil diorang tadi.''
''Hah? Buat apa?''
''Sebab
malam ni kan anniversary kita. Abang nak kita berdua-duaan je malam ni..no kids
ok..''
Sofia menepuk dahinya. Tiba-tiba dia teringat akan
anniversarynya dan Irfan. Sudah hampir tiga tahun mereka berkahwin.
''Ya Allah, maaf abang..Fia lupa langsung..abang
nak makan apa malam ni? Fia masakkan yang special untuk abang ye?''
Baru sahaja Sofia mahu melangkah irfan lantas
menarik kembali tubuh badan isterinya itu.
''Abang
tak nak apa-apa..abang nak duduk dengan isteri abang je..''
Perlahan-lahan dia mengelus lembut rambut isterinya
yang menutupi bahagian dahi lalu mencium dahi isterinya itu. Sofia pula
menyandarkan kepalanya didada bidang milik suaminya itu.
''Fia..''
''Ye abang?''
''Terima kasih sebab jadi isteri abang..Fia dah
banyak berkorban untuk abang..banyak salah abang pada Fia..tapi Fia masih setia
dengan abang..abang rasa bertuah dapat isteri macam Fia..abang janji dengan Fia
abang akan bahagiakan Fia dengan anak-anak kita..abang tak kan tinggalkan Fia
lagi..abang nak Fia ada sepanjang masa depan abang..bolehkan sayang?''
Sofia tiba-tiba sahaja menggelengkan kepalanya
tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.
''Fia
tak boleh ada depan abang sepanjang masa....''
Irfan terkejut tatkala mendengar jawapan isterinya
itu.
''Hah? Kenapa? Fia nak kemana?''
''Fia
tak boleh...''
Sofia menundukkan kepalanya. Irfan mula berasa
tidak senang duduk tatkala mendengar jawapan isterinya itu.
''Kenapa?
Fia ada masalah ke? Cuba cerita dekat abang!''
''Fia
tak de masalah..cuma Fia tak boleh ada depan mata abang sepanjang masa..Fia ada
banyak kerja rumah nak buat, nak iron baju, sidai kain, sapu sampah, jaga Dhia
dan Mia lagi..mana boleh duduk depan abang je setiap masa.''
Pabila menyedari isterinya itu mengenakannya, Irfan
lantas menolak isterinya keatas katil.
''Aduh!
Sakit la..''
Sofia mengurut-ngurut pinggulnya.
''Hah!
Rasakan..main-main pulak dia ye?''
''Hehe..mana
ada..betullah pe yang Fia cakap tadi...''
''Saja nak usik abang ye? meh sini abang nak
balas dendam..geletek kang baru tahu!''
''Hah? Tak mahu! Tak mahu! Ampun Fia tak buat
lagi''
Irfan tersenyum melihat gelagat isterinya itu.
Lantas dia merapatkan mukanya kewajah isterinya itu. Pandangan matanya menusuk
tajam ke dalam mata isterinya. Tiba-tiba Sofia mengelus lembut wajah suaminya
itu. Dia kemudiannya merapatkan lagi wajahnya ke wajah suaminya lalu membisik
perlahan ke telinga suaminya.
''Fia
pun sayangkan abang..''
Ttatkala mendengar bisikan isterinya itu..Irfan
perlahan-lahan mencium dahi isterinya sekali lagi sambil merangkul tubuh
isterinya itu lalu dia turut membalas bisikan isterinya itu.
''Terima Kasih sayang.. Fia pelengkap hidup
abang..abang tak kan sia-siakan hidup Fia...abang yakin Fia jodoh sehidup
semati abang..Kita kan satu..''
Sofia tersenyum tatkala mendengar kata-kata
suaminya itu. Dibiarkan tubuhnya dipeluk kemas oleh suaminya. Sungguh dia tidak
menyangka hidupnya akan berubah sebegini rupa sejak mengenali Luth Irfan. Tanpa
kehadiran lelaki itu, pasti dia masih lagi seorang gadis yang tidak kenal erti
kasih sayang.