''Awak..saya
laparlah...''
Sofia memandang wajah suaminya itu yang sedang leka
membaca surat khabar. Seperti biasa suaminya itu tidak mengendahkan
kata-katanya.
“Awak!!!
Saya laparlah!”
''Lapar?”
“Haa…”
“So? Awak nak saya buat apa? Suap makanan dekat
awak? Eh kalau lapar, makanlah sendiri..takkan itu pun nak saya suapkan..''
''Mana ada makanan dalam rumah ni!
Jomlah makan diluar..''
''Tak ada?
Awak biar betul? Yang kat dapur banyak-banyak tu apa dia? Makanan kucing ke? Eh
setahu saya la kan…kita tak ada bela kucing pun dalam rumah ni…lipas belaan
awak banyak la dalam bilik tu..''
Eeeee mamat ni…main-main pula dia!
''Itu semua makanan mentahlah...kena
masak dulu baru boleh makan...''
''Ha..apa masalahnya? Masak
jelah..dapur ada, gas ada..barang-barang lain semua lengkap..''
Sofia mengetap bibirnya menahan marah. Bukan dia
tidak mahu memasak. Persoalannya sekarang ialah dia langsung tidak tahu
memasak. Selama ini semua makanan dirumah nya disediakan oleh Mak Pah. Yang dia
tahu cumalah memotong bawang.
''Saya
tak tahu masaklah!''
Irfan yang sedang khusyuk membaca surat khabar
lantas mengalihkan wajahnya menghadap Sofia.
''Awak
tak tahu memasak?''
''Haa...''
''Betul-betul
tak tahu masak?''
''Ish..berapa kali nak ulang!''
''Hahahaha...hahahahaha…”
“Awak
ni kenapa? Nak gelak-gelakkan saya?”
“Hahahahaha…cik Iris Sofia yang serba boleh,serba
tahu ni tak kanlah tak tahu memasak langsung? Biar betul?''
Sofia mencekak tangannya di pinggang. Mendidih
perasaannya tatkala melihat suaminya itu mengetawakannya.
''So what?
Ramai lagi perempuan tak tahu masak...wanita moden macam saya ni tak semestinya
kena pandai masak..apa masalahnya?''
''Hahahaha...wanita moden konon…saya tak ada
masalah..kalau saya lapar, saya boleh pergi mamak je..tapi awak tu
perempuan..bak kata orang tua, belajar tinggi-tinggi akhirnya end-up kat
dapur..malulah sikit kalau langsung tak tahu masak!''
''Awak ni kan, kalau tak usik saya tak boleh ke?''
''Eh..bila
masa saya usik awak?''
''Selalu!''
''Bila? Cuba
cerita sikit..saya nak dengar..''
''Waktu
dalam kelas ganti semalam..kenapa awak sengaja marahkan saya depan budak-budak
lain? Awak tahu tak diorang semua gelakkan saya!''
''Eh..betullah..awak buat salah..saya marahlah..''
''Saya ni
isteri awak tahu tak?''
''So? Apa masalahnya?''
''Mana ada suami marah isteri depan orang ramai
macam yang awak buat!''
''Eh..eh cik
Sofia, siapa suruh awak tertidur waktu dalam kelas saya? Banyak-banyak kelas,
dalam kelas saya juga awak tidur!''
''Saya bukan
sengajalah..saya penat..lagipun saya tidur lewat semalam...banyak kerja...''
''Yelah
tu..awak ingat saya tak tahu apa yang awak buat waktu malam selama ni? Orang
lain tidur, awak sibuk berchattinglah, tengok videolah, main twitter lah..lepas
tu sibuk tidur dalam kelas..''
Sofia mula bengang tatkala Irfan menyalahkan
dirinya. Lantas dia meninggalkan Irfan yang sedang meleterinya itu.
''Eh, nak kemana pula tu?''
''Huh! Nak
masak telur goreng. Harapkan awak bawa saya keluar makan, entah mati kebulur
saya nanti.''
Sofia lantas meninggalkan suaminya itu. Jika tidak
kerana kereta dihantar untuk diservis, pasti dia tidak meminta pertolongan
suaminya itu. Irfan pula tersengih melihat gelagat isterinya itu.. Sengaja dia
mahu isterinya itu belajar memasak. Selama ini hidup Sofia agak senang
memandangkan terdapat pembantu rumah. Tetapi jika boleh Irfan nekad mahu
mengajar Sofia berdikari tanpa memerlukan bantuan dari orang lain.
''Boleh
ke tu? Jangan selerakkan dapur sudahlah... ''
''Mestilah! Jangan harap awak dapat tumpang
makan sekali!''
''Eleh, ingat kita teringin sangat ke nak makan
makanan yang dia masak. Silap haribulan cirit birit saya nanti! Awak bagilah
lipas dengan tikus dekat dalam bilik awak tu makan…''
''Huh!
Dahlah..malas nak layan awak! Menyakitkan hati je!''
Sofia membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sebiji
telur. Api dapur juga turut dipasangnya. Irfan pula menyambung membaca surat
khabarnya. Tiba-tiba dia terdengar Sofia menjerit didapur. Lantas dia bergegas
menjenguk isterinya didapur. Dilihatnya dapurnya sudah mula berasap-asap.
Bau yang
kurang menyenangkan turut mula memenuhi seluruh rumah itu. Irfan lantas
memadamkan api dapur itu yang sedang marak itu. Dipandangnya wajah isterinya
yang sedang dalam keadaan terkejut itu. tangannya juga sedang menggigil-gigil.
Baru sahaja dia mahu memarahi isterinya, tiba-tiba
matanya tertumpu pada kesan merah ditangan Sofia. Ternyata tangan isterinya itu
telah melecur tatkala cuba memadam api sebentar tadi. Lantas dia memegang
tangan isterinya itu. Namun sempat dielak oleh Sofia yang terus menyembunyikan
tangannya kebelakang tubuhnya. '
'Bagi
saya tengok tangan awak tu..''
''Tak payah..bukan teruk pun...''
''Awak ni degil kan? Cepatlah bagi saya
tengok..''
''Tak nak..bukan sakit pun...''
''Kalau tak
sakit kenapa menjerit kuat tadi? kalau awak biar lama-lama, nanti berparut tahu
tak?''
''Hmmmm....''
''Apa
hmmmm...hmmm? Awak ni degil tahu tak?''
''Saya degil
ke tak, apa awak kisah, tak payah tolong saya! Saya boleh buat sendiri!''
''Tengok tu, itulah namanya degil! Awak ni memang
macam budak-budak tahu tak?''
Sofia
mendiamkan dirinya. Dia begitu geram hinggakan tidak sedar yang air matanya
mula digenangi air.
''Mana
ada...awak yang mula dulu....''
Melihat gelagat isterinya yang hampir sahaja
menangis, Irfan mula berasa bersalah kerana memarahi Sofia.
''Dah-dah..jangan
menangis! Dahlah memang buruk...makin buruk bila awak menangis...''
Sofia yang menahan tangisannya terus menangis
tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.
''Laaaa...makin teruk pula dia
menangis...ok..ok...jangan menangis...saya masakkan untuk awak.''
Sofia mengelap air matanya tatkala mendengar
kata-kata suaminya itu.
''Betul?''
''Ye...betullah...''
''Ok...saya nak spageti...''
''Amboi? Western tu?''
''kenapa? kalau tak tahu masak..janganlah
offer!''
''Ye..ye...saya masak..sekarang ni awak
keluarkan daging dalam peti ais tu. Tolong defrost daging tu dulu.''
''Defrost?''
''Haah..baru boleh masak.''
Sofia menggaru-garu kepalanya. Dipandangnya wajah
suaminya itu namun suaminya sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak.
Macam mana nak defrost ni...kalau tanya, mati aku kena kutuk dengan mamat ni!
Sofia tiba-tiba mendapat satu idea. Diambilnya kuali
lalu terus dipanaskannya kuali itu. Setelah yakin kuali itu telah panas,
dicampaknya daging cincang yang masih beku. Sofia tersengih bangga dengan
ideanya itu.
''Hoi!''
''Opocot
mak kau! Awak ni gila ke jerkah-jerkah saya macam tu? Kalau saya terlepas kuali
tadi macam mana?''
''Memang
patut saya jerkah awak! Ini nak goreng terus, bukan defrost!''
''Alah!
Betullah tu..bila kena panas, nanti dia tak bekulah...''
''Hah!
Habis cerdiklah tu...dah tepi-tepi...keluar dari dapur ni..STRESS aku layan kau
ni!''
''Huh!
Kalau terrer sangat..buat apa minta orang tolong tadi? Orang pun tak hingin nak
tolong dia!''
Sofia lantas meninggalkan suaminya itu didapur.
Geram benar dengar suaminya itu.
''Tunggulah!
Satu hari nanti aku masak sedap-sedap untuk kau..biar kau tahu aku ni pun terrer!''
Tidak lama kemudian Irfan muncul dari dapur dan
meletakkan spageti yang telah dimasaknya keatas meja.
''awak..jom makan..''
Sofia menjeling kearah suaminya itu.
''Huh..tak payahlah..tak ada selera dah!''
''Betul tak nak?''
''Ye lah...betul lah...ingat saya teringin
sangat ke nak makan makanan yang awak masak?''
''kalau tak nak,
sudah...saya habiskan jelah bahagian awak...nanti jangan bising-bising dekat
saya pula...''
''Huh! Saya tengok
pun tak ada selera.''
Irfan malas bertekak dengan Sofia. Perutnya juga sebenarnya
telah berkeroncong gara-gara kelaparan. Diambilnya sudu dan garfu lalu terus
menjamah makanannya setelah membaca Bismillah. Sofia pula hanya menjeling dari
jauh.
Sebenarnya perutnya teramatlah lapar. Bau spageti
yang disediakan oleh suaminya itu teramatlah menyelerakan. Hampir meleleh air
liurnya gara-gara tergoda dengan bau itu. Namun gara-gara egonya yang tinggi,
Sofia sedaya upaya menahan laparnya. Baginya biarlah dia kelaparan daripada
beralah dengan suaminya itu.
Malam itu perutnya mula terasa sakit. Malah dia
turut kerap berulang alik ke tandas untuk muntah. Akhirnya dia terbaring diatas
katil gara-gara gastrik. Irfan yang duduk menonton televisyen mula mengesyaki
sesuatu pabila isterinya itu langsung tidak keluar dari biliknya sejak pergaduhan
mereka petang itu.
Risaukan keadaan isterinya, lantas dia pergi
mengetuk pintu isterinya itu sambil memanggil namanya. Senyap. Langsung tiada
jawapan dari Sofia. Berkali-kali dia mengetuk pintu itu namun responnya masih
sama. Selama ini walaupun Sofia tidur, gadis itu pasti akan terjaga dan
menyahut sekiranya dia memanggilnya. Irfan akhirnya terus menolak pintu bilik
Sofia kerana risaukan gadis itu. Sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka,
dilihatnya Sofia sedang terbaring diatas katil sambil mengerang kesakitan.
melihat keadaan Sofia, Irfan Dapat mengangak isterinya itu sedang mengalami
gastrik. Lantas dia ,mendekati isterinya itu.
''awak, awak ok tak ni?''
''Siapa suruh awak
masuk....''
''tak adalah..dah awak senyap je...kalau awak
sakit, saya boleh bawa pergi jumpa doktor..''
''Tak payah...saya tahu lah jaga diri!''
''eh, saya nak
tolong awak tahu tak? Yang awak marah-marah ni kenapa? Tak nak sudah...tahanlah
sendiri sakit tu...tak payah nak minta tolong saya nanti!''
'' keluar
jelah! Tak payah nak sibuk!''
Irfan terus melangkah keluar dari bilik isterinya
itu. Tahu benar dia akan perangai panas baran Sofia itu. Sofia menahan sakit.
Perutnya teras seakan dihakis oleh angin-angin didalam perutnya. Pedihnya bukan
kepalang. Irfan yang sebenarnya masih berada diluar bilik Sofia tidak sampai
hati membiarkan isterinya itu menahan sakit akhirnya masuk kembali kedalam
bilik Sofia lalu terus mengangkat tubuh isterinya itu. Sofia yang terkejut
kerana tiba-tiba diangkat oleh suaminya itu terus meronta-meronta untuk
melepaskan diri.
''Awak nak buat
apa ni hah? Turunkan saya!''
''Saya nak bawa
awak jumpa doktor.''
''Saya kata tak
nak!tak nak lah! Turunkan saya! Saya jerit nanti!''
''Jeritlah..saya
kisah apa? Satu apartment tahu awak tu isteri saya. Tak ada orang nak hairanlah
kalau saya dukung awak sampai ke kereta. Jeritlah lagi, saya humban awak terus
baru tahu!''
Mendengar ugutan suaminya itu membuatkan dia
terdiam. Akhirnya dia mengalah. Dengan kesakitan yang sedang dirasainya itu
mana mungkin dia mampu melawan kudrat suaminya itu.
''Saya boleh
jalan sendiri...''
''tak
payah...saya tahu awak sakit...''
''tapi saya
malulah...''
''tak
perlu nak malu...awak isteri saya...saya bukan buat benda yang
bukan-bukan...saya cuma nak bawa isteri saya jumpa ke klinik...''
Sofia
terdiam sekali lagi. Akhirnya dia hanya memdiamkan diri tatkala Irfan
mendukungnya turun kebawah.
*********************************************
''Arrrggggghhhhh!
Boringnya!!!!''
Sofia menjeling kearah suaminya yang sedang begitu
nyenyak tidur dengan harapan suaminya itu akan bangun dari tidurnya. Sudah
beberapa hari mereka berpindah masuk kedalam apartment itu. Sofia mengeluh
kebosanan.
Selalunya jika bosan pasti dia akan melayari
internet. Namun oleh kerana mereka baru berpindah, mereka terpaksa menunggu
selama beberapa hari sebelum talian internet mereka disambung. Sofia
membelek-belek folder di dalam komputer ribanya.
''Bosannya!!!
Kan seronok kalau ada movie baru..boleh tengok...ini tak, internet pun tak
ada...macam mana nak download...''
Dia mengomel sendirian. Tiba-tiba matanya
terpandang Macbook milik suaminya. Dijelingnya kearah Irfan yang begitu nyenyak
tidur di atas sofa. Sofia tersenyum sendirian. Lantas dia bangun menuju kearah
Macbook suaminya itu.
''Agak-agak
ada movie tak mamat ni simpan?''
Dia membelek beberapa folder didalam komputer milik
suaminya itu sebelum menjumpai apa yang dicarinya. Lantas Sofia cuba
memindahkan folder-folder itu kedalam pendrivenya. Sambil itu dia sempat
membelek folder-folder lain.
''Eh!
Nota unttuk kelas Marketinglah...nak copylah...''
Baru sahaja dia mahu menyalin folder itu kedalam
pendrivenya, tiba-tiba sahaja skrin komputer itu menjadi gelap.Sofia mula
gelabah. beberapa kali dia menepuk dahinya.
''Kau salah ambil pendrivelah Sofia! Yang ni
ada virus!''
Baru sahaja dia mahu membelek komputer itu,
tiba-tiba dia terdengar Irfan sedang terjaga dari tidurnya. Lantas dia
membatalkan hasratnya lalu berlari masuk kedalam biliknya.
''Matilah
aku ! Matilah aku kalau dia tahu!!''
Irfan pelik dengan gelagat Sofia. Selalunya pada
waktu-waktu petang begini pasti dia sudah membebel kerana kebosanan berada di
rumah tanpa talian internet. Namun petang itu Sofia langsung tidak bising
seperti biasa.
''Buang
tabiat agaknya budak ni? Selalu dah bising cari internet?''
Lantas di
ketuknya pintu bilik isterinya itu. Baru sekali diketuknya pintu bilik itu,
Sofia terus membuka pintu. Terperanjat Irfan melihat gelagat isterinya itu.
Selalunya bagai nak roboh pintu itu diketuknya dan belum tentu gadis itu mahu
membukanya.
''Ye? Awak nak apa?''
''Hah?...errrr...saja je nak tanya kalau-kalau awak
lapar...Kalau lapar saya nak keluar belikan makanan...''
''Lapar? tak
pun...awak lapar ke? Kalau lapar saya buatkan sandwich..''
''Sandwich?”
“Haa…”
“Awak nak buatkan?''
''Yela...siapa
lagi nak buat?''
''Err..boleh
juga...''
''Ok..''
Irfan memerhatikan langkah isterinya yang sedang
menuju ke dapur.
''Budak
ni demam agaknya!''
Sofia membuka tin tuna lalu disapunya keatas roti.
Hatinya sebenarnya berdebar-debar memikirkan apa yang telah dia lakukan
sebentar tadi. Pasti lelaki itu akan mengamuk pabila menyedari folder-folder
kerjanya yang baru sahaja disiapkannya hilang begitu sahaja.
Selesai sahaja dia membuat sandwich, diserahkannya
kepada suaminya yang sedang khusyuk menonton televisyen.
''Terima
kasih...''
Budak ni memang tak betul aku rasa...Mungkin sebab
dah berapa hari rumah tak ada internet, terus jadi gila...
''Awak
nak buat apa petang-petang macam ni?''
''Hah? Emmm...entah...duduk rumah jelah..nak
buat apa lagi...''
''Oh..ok...saya pun ingat nak duduk rumah..nak
siapkan presentation untuk kelas esok...proposal untuk client pun banyak nak
disiapkan..''
''Hah? presentation? Esok?''
''Yelah..esok kan dah start kuliah...lupa lah
tu.''
Alamak! Matilah aku kalau dia tahu aku dah rosakkan
laptop dia!
''Errr...tiba-tiba
saya rasa nak pergi jogginglah petang ni...''
''Ha..pergilah..dari awak terperap je dekat
rumah ni...''
''Errr..tapi…”
“Apa?”
“Saya
tak berani pergi seorang...awak temankan ye?''
''Teman?
Hai..dah besar macam ni pun takut?''
''Eh..mestilah...saya
dengar banyak kes culik tau..bahaya...lagi-lagi untuk perempuan cantik macam
saya ni!''
''Perasan....cakap jelah takut...kalau nak jogging,
cepatlah siap...kalau boleh saya nak balik awal...ada kerja nak disiapkan...''
Sofia mengangguk. Fikirannya runsing memikirkan
bagaimana mahu menghalang suaminya itu dari membuka komputer ribanya itu. Jika
Irfan tahu bahawa segala kerja-kerjanya yang selama ini bertungkus-lumus
disiapkannya hilang begitu sahaja, pasti suaminya itu mengamuk.
''Dah
lewatlah..jomlah kita balik...''
''Hah? Balik? Awal lagi ni...''
''Dah
nak gelap ni...bahaya tau kalau jogging gelap-gelap macam ni.''
''Hmmm..yelah..tapi…”
“Ish
awak ni…tapi apa lagi?”
“Saya laparlah...''
''Lapar pula?”
“Haa…”
“Hmmm…yela…nak
makan apa?''
''Emmm....apa-apa
jelah..''
''Baru
je lepas jogging..sekarang nak makan pula..tak fahamlah saya dengan awak
ni..Kalau macam tu kita makan di restoran bawah rumah tu jela…''
“Ha?
Bawah rumah? Eh tak nak! Tak nak! Saya nak makan mi rebus yang dekatt dengan
kolej tu!”
“Laa…tadi
kata tak kisah makan apa? Jauh tu nak ke kedai tu…kita makan dekat dengan rumah
jelah ye?”
“Tak
mahu! Saya nak makan dekat sana juga!”
“Kedai
bawah rumah tu kan ada jual mi rebus juga?”
“Tak
mahu! Tak sedap…nak makan dekat kedai dekat kolej tu juga!”
“Hmmm…mengada-ngada
betullah awak ni…jom lah..tak bawa nanti bising pula!”
Sofia tersengih tatkala mendengar Irfan bersetuju
untuk membawanya ke restoran yang diingininya itu. Lega bila dia memikirkannya.
Sekurang-kurangnya dia dapat melengah-lengahkan masa suaminya itu. Jika Irfan
tahu apa yang terjadi terhadap Macbooknya itu, pasti suaminya itu akan mengamuk.
Usai makan, mereka berdua akhirnya pulang kerumah.
Sofia semakin gelisah memikirkan perihal komputer Irfan. Jika Irfan tahu
Macbooknya terkena virus, pasti dia akan mengamuk.
''Awak tunggu apa lagi? Takkan nak tercegat depan
pintu tu sampai esok? Tak nak mandi ke?''
''Ha??
Oh...nak masuklah ni...''
''Ok..saya
nak siapkan kerja sikit...dah selesai nanti panggil saya...''
Belum sempat Sofia menahan suaminya itu, Irfan
lantas berjalan menuju kearah komputer ribanya yang berada diatas meja. Melihat
sahaja suaminya itu menuju kearah meja, Sofia lantas bergegas masuk kedalam
biliknya lalu mengunci pintu biliknya. Tidak lama kemudian, seperti yang dia
jangkakan, kedengaran suara suaminya menjerit memanggil namanya.
''Iris
Sofia!!!!!!''
''Aduh...dia dah tahu...matilah aku macam
ni!''
Berkali-kali Irfan memanggilnya dalam keadaan
marah. Namun dia masih tidak memberi respon dan sebaliknya menyorok dibelakang
pintu biliknya. Irfan yang ternyata teramat marah tatkala mendapati habis
segala dokumen yang telah disediakannya dengan bertungkus lumus telah hilang
begitu sahaja terus menerus mengetuk pintu bilik isterinya. Sofia semakin kelam
kabut dibuatnya. Bagai nak pecah pintu biliknya itu tatkala diketuk oleh Irfan.
“Fia!
Oi Sofia! Kau nak pergi mana tu?”
Misya
mengejar Sofia dari belakang. Baru sahaja dia mahu mendekati untuk meminjam
nota rakannya itu, tetapi belum sempat ditanyanya, Sofia begitu kelam kabut
meninggalkan kelas itu. Tatkala mendengar namanya dipanggil, Sofia lantas
berpaling. Dilihatnya Misya termengah-mengah mengejarnya.
''Kau
panggil aku ke?''
''Yelah! Ada lagi ke orang nama Sofia dalam
kelas kita ni?''
''Oh...sorry..sorry...aku tak dengar..asal?''
''Tak de lah..aku baru ingat nak ajak kau
minum-minum dulu.''
''Ala...yang..aku tak boleh la..aku banyak
benda nak dibuat ni.''
''Benda apanya? baru buka sem, takkan kau dah
ada assignment kot?''
''Ish...banyak
la...next time ok..next time kita lepak. Aku balik dulu tau..bye!''
“Eh
Fia! Tunggulah sekejap..aku tak habis cakap lagi ni..”
“Hah!
Apa lagi? Cepat sikit? Aku ada benda urgent nak dibuat ni?”
“Nota
kelas tadi..kau sempat salin tak? Hehehehe…aku nak pinjam boleh?”
“Ish kau ni…waktu lecture, sibuk ber sms…nah, ambil
ni…jangan lupa pulangkan tau..aku balik dulu..bye!!”
Sofia menghulurkan notepadnya kepada rakannya itu. Misya
mengambil notepad yang dihulurkan oleh Sofia sebelum gadis itu berlari pergi.
Misya menggelengkan kepalanya tatkala melihat gelagat rakannya itu. Entah apa
yang mahu dilakukan oleh rakannya itu, dia sendiri tidak tahu.
''Dah
siap ke belum?''
''Belumlah! Awak ni tahu sabar ke tak? Banyak
tau benda saya nak buat!''
''Hah! Tahu
pun? Ingatkan tak tahu...sepanjang cuti saya buatkan nota tu..awak padam
senang-senang je!''
''Ish! bukan saya sengaja pun...awak pun..kalau nak
cepat sangat..tolonglah saya sikit..kan cepat sikit siap nanti?''
''Saya
sibuk..banyak lagi benda saya nak kena buat…awak yang hilangkan benda tu..awak
siapkan seoranglah..ok lah..saya nak keluar..saya nak awak siapkan sebelum saya
balik. Faham?''
''Awak nak
kemana?''
''Adalah..awak duduk rumah, siapkan nota-nota saya
tu!''
''Hmmmm...dia keluar boleh..kita nak keluar dia
marah! Tak adil langsung!''
Irfan yang
sedang melangkah keluar dari rumah tersengih seorangan tatkala mendengar
rungutan isterinya. Sengaja dia memaksa Sofia menaip semula nota-nota yang
telah dipadamkan oleh isterinya itu tanpa sengaja sedangkan dia sudah
menyediakan salinan nota-nota itu sebelum ini.
Baginya dengan cara itu sahaja Sofia akan dapat membaca nota yang
disediakan untuk kelasnya terlebih dahulu. Irfan tahu benar akan perangai
isterinya itu. Sofia selalunya hanya akan membuka buku sehari sebelum ujian
dijalankan. Isterinya itu lebih sanggup berjaga semalamam membaca buku daripada
terpaksa mengulangkaji beberapa hari sebelum itu. Jadi pabila dia menipu Sofia,
sekurang-kurangnya isterinya itu dapat memahami sedikit sebanyak isi
pembelajaran sebelum kelas bermula.
''So,
ada apa-apa soalan lagi yang nak ditanya?''
Irfan memandang wajah anak-anak muridnya setelah
selesai memberi syarahan didalam kelasnya itu. Lantas beberapa orang anak
muridnya mengangkat tangan.
''Yes?''
“Err...encik
Irfan..kami tak fahamlah certain benda yang encik cakap tadi...boleh tak encik
explain lebih?''
Irfan
mengerutkan keningnya sambil melihat jam tangannya. Dijelingnya kearah pintu
bilik itu. Kelihatan beberapa pelajar kelas lain sedang beratur menunggu
giliran untuk masuk ke bilik itu.
''Boleh tak encik Irfan?''
''Emmm...boleh...tapi next class lah saya
explain lebih..boleh?''
''Ala...mana
boleh encik...ujian dah nak dekat ni...please...''
Beberapa pelajar perempuan lain turut mengangguk
mengiakan kata-kata rakan mereka itu.
''Ok..ok...macam nilah..kita ke kafe...saya explain
dekat sana. Kelas ni kejap lagi Puan Suzy nak guna...so saya explain dekat cafe
boleh?''
''Yeay!!''
Kedengaran suara-suara anak muridnya bersorak.
Irfan tersenyum melihat ragam pelajar-pelajar perempuannya itu.
Sofia tersengih seorangan. Fikirannya asyik
teringat akan peristiwa beberapa hari lepas dimana dia telah diserang penyakit
gastrik. Entah mengapa hatinya berbunga-bunga tatkala memikirkan layanan
suaminya itu terhadapnya. Semakin lama hidup serumah bersama Irfan, dia mula
menyedari Irfan tidaklah seteruk yang disangkanya. Baginya suaminya itu benar-benar
mengambil berat terhadapnya walaupun mereka kerap bergaduh. Sedang termenung,
tiba-tiba rakannya Misya menghampirinya.
''Eh..kau
buat apa dekat sini? Panas kot?''
''Oh...aku
tunggu mamat tua tu lah.. Kereta aku rosak..so aku pergi balik kolej dengan
dialah...lagipun dia cakap kelas dia habis pukul 2. Aku tunggulah dekat sini.''
''Pukul dua?''
Misya mengerutkan keningnya.
''Kenapa
kau buat muka macam tu?''
''Tak adalah...cuba kau tengok sekarang pukul
berapa sekarang?''
Sofia yang
pelik dengan kata-kata rakannya itu lantas melihat jam ditangannya. Tatkala itu
barulah dia menyedari jarum jam sudah menunujukkan pukul 3.45 petang. Itu
bermakna dia telah menunggu suaminya itu hampir sejam lebih.
''Ya
Allah...dah nak pukul 4!''
''Hah!
Itulah kenapa aku pelik...kau punya beria keluar kelas awal, tapi dari tadi aku
tengok kau tercegat dekat sini...lepas tu aku tengok husband kau ada dekat cafe
dari tadi.''
''Cafe?
Dia buat apa dekat sana?''
''Entahlah...macam
discussion..tapi aku tengok ramai senior-senior perempuan kita kerumun
dia..macam-macam perangai aku tengok..gedik betul!''
''Gedik?''
''Haa...''
Sofia mula resah. Entah kenapa perasaan cemburu
timbul dihatinya.
''Eh
sya..tak apalah..aku pergi dululah..jumpa esok!''
Sofia lantas bergegas menuju ke arah cafe tanpa
sempat Misya berkata apa-apa. Setibanya dia di cafe, perasaan cemburunya
semakin membara tatkala melihat Irfan benar-benar dikelilingi oleh
senior-seniornya. Lantas dia mendekati Irfan. Lalu dicuitnya bahu suaminya itu.
Irfan yang begitu khusyuk menerangkan subjek yang diajarnya sebentar tadi
lantas menoleh.
'’Awak...''
''Hah..kenapa?
Awak nak apa?''
Tatkala Irfan bertanya padanya, Sofia dapat melihat
seniornya yang sedang mengerumi suaminya itu memandangnya dengan perasaan marah
seakan-akan Sofia sedang menganggu perbincangan mereka.
''Hah?
Kenapa senyap?''
''Err..tak...awak cakap tunggu dekat kereta
pukul 2 tadi..sekarang dah pukul berapa...''
''Alah...kejap je..tunggulah dulu! Saya ada
discussionlah!''
''Tapi...''
''Saya
tengah discuss somethinglah..bukannya lama pun!''
''Ok....''
Sofia terus beredar dari situ tatkala melihat
suaminya itu terus menyambung perbincangan itu. Entah mengapa hatinya terasa
sakit memikirkan sikap Irfan terhadapnya sebentar tadi. Terus dia mengeluarkan
telefon bimbit dari begnya lalu menghantar sms kepada suaminya.
''Saya
balik dulu...sambunglah discuss dengan budak-budak gedik tu. Bye!''
Disimpannya kembali telefon itu kedalam begnya.
Sebenarnya dia juga agak was-was sama ada dia patut berjalan sendiri ke pondok
menunggu bas memandangkan pondok itu agak jauh. Malah dengan kasut tumit
tingginya yang setinggi 3 inci itu pasti akan menyakitkan kakinya. Namun
memikirkan hatinya yang sakit gara-gara tidak diendahkan oleh suaminya,
akhirnya dia meneruskan niatnya untuk berjalan turun ke pondok itu. Beberapa
minit kemudian sedang dia berjalan ke arah pondok itu tiba-tiba dia terdengar
bunyi hon kereta. Dari bunyi hon itu sahaja dia dapat mengagak yang bunyi itu
datang daripada kereta suaminya. Irfan yang sedang memandu keretanya
memerlahankan kelajuan keretanya supaya dapat mendekati isterinya. Berkali-kali
dia membunyikan honnya supaya Sofia berhenti berjalan dan menaiki kereta. Namun
ternyata gadis itu masih berdegil.
''Marah
ke?''
Senyap, masih tiada jawapan dari isterinya itu.
yang kelihatan hanyalah mulut muncung isterinya itu.
''Alah...sorrylah...janganlah marah...meh naik
kereta meh...kasihan dia kena jalan jauh pakai kasut tumit tinggi..''
''Hah! Memang! Memang saya marah dekat awak...discussion
apa dengan perempuan-perempuan gedik macam tu!''
''Alololo...cemburu ke sayang?
Hehe...janganlah marah...dah diorang suruh saya ajar...saya ajarlah...''
''Masalahnya kolej ni bayar awak waktu dalam kelas
je! Bukan dapat gaji pun ajar extra hour!''
''Janganlah marah...saya kan guru yang berhati
mulia...niat saya nak turunkan ilmu dekat diorang...''
''Huh! Ilmu konon...suka sangat layan budak-budak
gedik macam tu...''
''Amboi…marahnya…diorangkan
senior awak jugak? Dahlah..janganlah marah...meh naik kereta meh..nanti rosak
pula tumit kasut awak tu...hah, muka tu..kang cair pula mekap tebal awak kena
panas.''
''Eeeeee! Awak ni kan...memang nak
ke...aaarrgghhhhh''
Tiba-tiba
tanpa Sofia sedari dihadapannya terdapat sebuah lubang. Walaupun tidak begitu
besar, namun cukup menyebabkan dirinya tersembam ke jalan. Irfan yang melihat
isterinya itu tiba-tiba terjatuh lantas memberhentikan keretanya lalu bergegas
keluar menuju kearah isterinya itu.
''Ini
semua salah awak!''
''Laaaa...salah saya pula? Kan awak yang
terpijak lubang...''
''Kalau tak sebab awak, mesti saya tak jadi
macam ni sekarang!''
Irfan tersengih sambil menggaru-garukan kepalanya
yang tidak gatal. Diperhatikan kaki Sofia yang berbalut gara-gara terseliuh
selepas terjatuh. Mujur kakinya hanya terseliuh. Irfan bermati-matian terfikir
yang kaki isterinya itu mungkin patah gara-gara terjatuh ketika memakai kasut
tumit tinggi. Tiba-tiba air mata Sofia mula mengalir dan akhirnya dia mula
menangis teresak-esak. Irfan sudah mati akal tatkala melihat gelagat isterinya
itu.
''Eh,
eh..janganlah menangis..awak ingat comel ke awak menangis? Buruk tahu tak?''
Tangisan Sofia semakin bertambah kuat pabila
mendengar kata-kata dari suaminya itu.
''Mestilah nak nangis....muka saya dah
buruk!''
Irfan
memerhatikan pula wajah isterinya itu. Terdapat kesan luka di dagu isterinya
itu gara-gara tersembam di atas tanah ketika jatuh. Mujur tidak terlalu dalam,
jika tidak pasti luka di dagu isterinya itu terpaksa dijahit. Air mata Sofia
kian lebat mengalir.
''Muka
saya dah buruk....lepas ni tak ada orang nak dekat saya...''
Mendengar kata-kata isterinya itu, Irfan lantas
perlahan-lahan merapati isterinya itu. Di sentuhnya dagu isterinya itu dengan
lembut dan penuh kasih sayang.
''Awak...janganlah sedih....Saya kan ada....saya
kan suami awak...mestilah saya sayangkan awak...tak kiralah macam mana pun rupa
awak..saya tetap akan sayangkan awak....''
Kata-kata yang keluar dari mulut Irfan
membuatkannya terdiam dan berhenti dari menangis.
''Sayang?''
''Haah...takkan
saya tak sayang isteri sendiri....lain lah awak...mana pernah sayangkan
saya....yang awak tahu, marahkan saya je...''
Sofia mendiamkan dirinya. Entah mengapa dia merasa
pipinya seakan-akan menjadi merah gara-gara malu mendengar pengakuan dari
suaminya itu.
''Saya
pun...''
''Awak
apa?''
''Saya
pun...sayangkan awak....''
''Hah! Betul ni?''
Sofia menganggukkan
kepalanya. Perasaan malunya semakin bertambah.
''Betullah...''
“Tipulah...''
''Buat apa nak tipu awak....''
Irfan tersengih tatkala mendengar kata-kata yang
keluar dari mulut Sofia.
''Keenapa tersengih sampai macam tu sekali?''
''tak
ada apa...seronok sangat!''
''Saya pun....''
''Alhamdulillah....abang ingat Fia bencikan
abang selama ni...''
''Mana ada...tak pernah benci...marah tu
adalah....''
Irfan tersenyum mendengar kata-kata yang keluar
dari mulut isterinya itu.
''Tapi...muka
Fia memang dah buruk...abang still nak Fia lagi ke....''
''Sayang...perasaan sayang abang dekat Fia
bukannya sebab rupa paras...''
''Betul
ni?''
''Haa..betul...''
Sofia tersenyum tatkala mendengar jawapan dari
suaminya itu. Melihat senyuman terukir diwajah isterinya itu, perlaha-lahan dia
mengucup lembut dahi isterinya itu. Rambut Sofia yang ikal dan panjang itu
dibelainya dengan sepenuh hati. Sofia merebahkan kepalanya di dada sasa milik
suaminya itu. Hatinya terasa begitu tenang tatkala berada begitu dekat dengan
suaminya. Akhirnya dia faham yang pasti ada hikmahnya atas segala kejadian yang
berlaku kepada mereka berdua selama ini.
“Kiranya….malam
ni bolehlah abang..”
Irfan berhenti bercakap buat seketika. Sofia
mengerutkan keningnya sambil menunggu suaminya menyambung kata-katanya.
“Boleh
apa?”
“Bolehlah
abang tidur atas katil dengan Fia?”
Muka Sofia merah padam tatkala mendengar pertanyaan
suaminya itu. Dengan perasaan malu menyelubunginya, perlahan-lahan dia
mengangguk kepala tanda setuju.
**************************************
Irfan
mendekati isterinya yang begitu tekun menaip assignmentnya. Kemudian dia
memeluk sofia dari belakang.
''Sayang,
abang laparlah, jom keluar makan.''
''Lapar? Fia masakkanlah ye?''
''Tak
naklah, sayang macam busy dengan assignment je, abang malas nak kacau.''
Sofia
tersenyum.
''Ok..abang
pergi start enjin kereta dulu, Fia pakai tudung kejap.''
Sampai sahaja
di hadapan restoran, Sofia lantas melintas jalan tanpa melihat kekiri dan kanan
dahulu. Fikirannya asyik memikirkan thesis yang perlu dia siapkan. Jika boleh
dia mahu cepat-cepat pulang kerumah untuk menyambung kerjanya itu. Tiba-tiba
sebuah kereta meluncur laju menuju kearahnya. Sofia seakan-akan terpaku buat
seketika. Di telinganya kedengaran suara Irfan menjerit memanggil namanya.
Mujur tubuhnya sempat ditarik oleh suaminya itu. Jika tidak pasti dia akan
dilanggar oleh kereta itu.
“Sofia buat
apa ni hah! Kenapa lintas jalan tak tengok dulu kiri kanan! Kalau kena langgar
tadi macam mana?”
Sofia terkejut
tatkala Irfan menengking kearahnya. Tangan Irfan yang masih memegang tangannya
terasa seakan-akan mengeletar. Dipandangnya wajah suaminya itu. Merah padam
seakan-akan dia yang terkejut kerana hampir dilanggar oleh kereta sebentar
tadi.Melihat reaksi suaminya itu, Sofia mula sedar silapnya yang melintas jalan
secara tiba-tiba.
“Fia minta
maaf abang…Fia tak sengaja..Fia fikirkan assignment sangat tadi…Fia minta
maaf..abang janganlah marah Fia sampai macam tu sekali..”
Irfan mengeluh
tatkala mendengar Sofia meminta maaf.
“Sorry…abang
tak marah Fia pun..abang cuma terkejut…kalau abang tak tarik Fia tadi, mesti
Fia dah kena langgar…lain kali jangan buat macam tu lagi tau! Tengok jalan dulu
sebelum melintas…Macam nilah..kita balik rumah jelah..tak jadilah abang nak
makan..”
“Janganlah
macam tu bang…kita dah sampai depan kedai dah pun..takkan kita nak balik…abang
pun lapar kan? Fia janji..next time Fia tak kan buat dah ye?”
“Hmmm…yelah…next
time jangan buat lagi..Kalau jadi apa-apa dekat Fia…macam mana abang nak hidup….”
Sofia
tersenyum tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.
“Kalau
jadi apa-apa dekat Fia..abang carilah isteri baru…peminat abang kan ramai..”
“Sofia!
Apa cakap macam tu!”
“Hehehehe…just
jokinglah sayang…don’t be too serious..nanti bertambah wrinkle kat muka tu..jom
makan sayang..Fia pun dah lapar la…”
Sofia menarik
tangan suaminya menuju kearah restoran itu. Irfan pula hanya akur mengikuti
isterinya itu.
Tangannya
mencapai tisu yang telah disediakan diatas meja lalu mengelap mulutnya sambil
menunggu suaminya kembali dari tandas. Tiba-tiba dia terpandang telefon bimbit
milik suaminya, diambilnya lalu dibelek-beleknya folder gambar yang ada didalam
telefon itu.Dibukanya folder gambar semasa mereka berkahwin. Melihat sahaja gambar
kahwin mereka membuatkannya tertawa sendirian.
Ini kerana boleh dikatakan semua aksi di dalam
gambar itu hanyalah lakonan semata mata. Pening jurugambar mereka gara- gara
ketidaksefahaman antara mereka. Dalam gambar sahaja mereka seakan-akan mesra,
padahal masing-masing bertengkar sebelum menangkap gambar itu.
“Dik..dik..cuba rapat sikit dengan
suami tu..susahlah abang nak shoot gambar macam ni..”
“Tak cukup rapat ke ni bang? Macam
terlebih rapat je ni?’’
“Ush..pengantin
lain yang pernah abang shoot, bukan setakat rapat! Macam melekat terus abang
tengok.Cuba adik duduk dekat dengan suami tu..buat posing ala-ala manja ke..kan
senang abang nak shoot.”
Tiba-tiba
mereka dihampiri oleh salah seorang wedding planner mereka yang agak lembut
perwatakannya.
“Kenapa bang?”
“Ini ha..pengantin
tak nak tangkap gambar berdua..pening kepala aku nak ajar diorang berposing!”
“Ish kau ni
dik!! Kalau aku dapat lelaki handsome macam ni, hah! Segala jenis posing aku
buat tau tak? Boleh peluk-peluk, cium-cium! Apa kau nak takut? Dah halal dah
pun!”
“Entah kau ni
Fia..cuba rapat sikit..pengantin mestilah tangkap gambar manja-manja!
Ish..susah betullah kau ni..meh sini aku ajarkan!”
Irfan
tersengih tatkala mendengar kata-kata jurugambar dan perancang perkahwinan mereka
dan rakan-rakan isterinya itu. Sofia pula mengerutkan keningnya. Ish..tak nak
lah aku! Nak berpeluk sakan dengan mamat ni! Aku lebih sanggup peluk cium tiang
elektrik huh!
“Ha..dengar
tak? Tangkap gambar kena lagi rapat, kena posing manja-manja barulah namanya pengantin
baru!”
Dibisiknya
ditelinga Sofia hinggalah wajah isterinya itu menjadi merah padam. Lantas
ditariknya tubuh langsing Sofia merapati tubuh sasanya.
“Awak tarik saya rapat lagi..siap
awak! Jangan suka-suka je nak sentuh saya..faham tak?”
Sofia membalas
bisikan suaminya itu. Irfan pula tatkala melihat Sofia sudah mula mendidih,
lantas dia mencium pipi isterinya itu.
Saat itu para photographer yang ada lantas menangkap gambar candid tersebut.
Sofia pula terbeliak matanya tatkala Irfan mencium pipinya tanpa kebenaran.
“Eeeeee….awak nak mati ke!”
“Ssshhh…parents
kita tengah tengok tu..baik awak cepat posing, lagi cepat awak buat, lagi cepat
kita selesai..”
Melihat ibu
bapa dan keluarga mentuanya sedang memandang kearah mereka, Sofia membatalkan
hasratnya untuk memarahi Irfan. Namun dia sempat memijak kaki Irfan dengan
kasut tumit tingginya. Nah! Rasakan…suka hati kau je cium aku! Irfan menjerit kesakitan. Sakit benar kakinya
tatkala dipijak oleh kasut tumit tinggi Sofia.
“Aduh…sakitlah!”
“Eh..sakit ke?
Padan muka awak..itu kira balasan awak sebab cium pipi saya tak minta izin ye!
Sekarang cepat senyum…parents kita tengah tengok tu..”
Sekali lagi
dia tersenyum keseorangan tatkala mengingati peristiwa lama. Dia membelek
folder gambar yang lain pula, banyak gambar Irfan ketika diluar negara. Tiba-tiba
dia terlihat beberapa keping gambar mesra milik Irfan dengan seorang wanita.
Raut wajahnya cantik, matanya yang sepet dan kulitnya yang cerah menyakinkan Sofia
yang wanita itu bukan keturunan Melayu. Malahan dari cara wanita itu berpakaian
juga seakan-akan bukan beragama Islam. Sofia membelek lagi, banyak gambar irfan
dan wanita itu berpelukan.
Timbul rasa cemburu dihatinya. Kalau benar itu
gambar milik suaminya dan bekas teman wanitanya, mengapa Irfan masih menyimpan
gambar-gambar tersebut sedangkan dia telah berkahwin. Ketika asyik membelek
gambar itu, kelibat Irfan kelihatan menuju kearahnya.
''Sayang
belek apa tu?''
Sofia terdiam
apabila memandang wajah suaminya.
''Tak ada apa pun..gambar kahwin kita je''
''Ye?
Ok jom balik..abang dah bayar dah makanan kita.''
Sofia
mengangguk dan mengikuti Irfan dari belakang. Ketika di dalam kereta pun dia
banyak mendiamkan diri. Ketika berada dirumah, fikirannya masih teringat akan
gambar gambar sebentar tadi. Sofia tahu gambar itu mungkin ditangkap sebelum
mereka bertemu, namun dia masih tertanya-tanya jika Irfan sudah mempunyai teman
wanita, mengapa dia bersetuju untuk berkahwin dengan Sofia dan yang paling
membuatkan dia tidak berpuas hati ialah mengapa Irfan masih menyimpan
gambar-gambar itu sedangkan mereka telah lama berkahwin. Sedang dia mengelamun,
tiba tiba Irfan yang sedang tidur ditepinya terjaga.
''Kenapa
sayang abang tak tidur lagi?''
''Fia
tak boleh tidur, abang tidurlah dulu ye.''
“Sayang…kenapa
ni? Dari tadi abang tengok Fia macam runsing je? Cuba beritahu abang.”
Sofia
menggelengkan kepalanya.
“Tak
ada apalah…Fia fikirkan pasal assignment Fia je..”
“Kenapa
dengan assignment Fia? Nak abang tolong ke?”
“Tak..tak
ada apa..abang tidurlah”
“Betul
ni sayang?”
“Haa..sayang
tidur ye..”
Irfan
mengangguk sambil memeluk tubuh isterinya itu. Tidak lama kemudian dia terlelap
kembali.
Keesokannya gara-gara terlalu sibuk dengan assignmentnya,
Sofia terlupa akan mengenai gambar didalam
telefon milik Irfan. Pagi-pagi lagi dia telah bergegas ke kolejnya
hinggalah kepetang barulah dia pulang kerumahnya.
''Assalammualaikum...''
Diberinya salam sebelum melangkah masuk kerumahnya
itu. Tiba-tiba salamnya dijawab.
''Waalaikumussalam... Awal sayang abang balik? Presentation
tadi macam mana? Ok tak?''
''Eh..Fia tak tahu pun abang ada dirumah? Abang tak
pergi kerja ke?''
''Alah..office
abang punya..bila-bila masa pun abang boleh keluar masuk..''
''Lah..macam
tu pula.. Bos kenalah tunjuk contoh yang baik dekat pekerja..patutlah pekerja
selalu malas, bos sendiri pun asyik ponteng je!''
''Hehehe..abang tahulah..tadi tak banyak benda nak
dibuat..abang baliklah rumah awal..so presentation tadi ok tak?''
''Ok la...Miss Tasya macam suka je. Lagi-lagi idea
yang abang bagi dekat Fia tu.''
''Hahaha...abang dah agak dah..Miss Tasya tu memang
apa je yang abang come out, mesti dia suka..memang ada chemistrylah!''
''Ewah..suka
ye abang bila Fia cakap pasal Miss Tasya tu?''
''Eh!
mestilah..skandal abang dulu tu..kalau bukan sebab Fia, memang dah lama abang
ada ehem-ehem dengan dia hehehe...''
''Amboi suka ek? Abang buat apa kat rumah hari
ni?''
''Abang tak
buat apa pun...kemas rumah sikit.. Pastu tengok televisyen..tu jelah..''
''Yeke...cerita
apa yang abang tengok?''
''Entahlah..abang pun tak tahu..alah yang Fahrin
Ahmad tu berlakon tu...''
''Eh? Sejak
bila abang rajin tengok cerita Melayu ni?''
''Tak
adalah...ni ha, ramai sangat orang kata muka abang macam Fahrin Ahmad, abang
tengoklah..ish..tak adalah handsome mana pun dia tu..handsome lagi abang dari
dia!''
Sofia tertawa tatkala mendengar kata-kata Irfan.
Buang tebiat agaknya suami aku ni!
''Sudahlah tu abang...tak payah nak perasan
sangat..Fia lapar lah..abang ada masak apa-apa tak?''
''Eh? Dia tanya kita pula...sekarang ni siapa
isteri, siapa suami?''
''Hehehe..Fia
penatlah..abangkan suami mithali...tak kan tak boleh masak untuk isteri?''
Sofia memeluk manja suaminya itu. Melihat wajah
isterinya yang tersengih itu, Irfan terus menarik hidung mancung milik
isterinya itu.
''Abang dah agak dah Fia mesti balik cari
makanan..abang kenal lah isteri abang ni! Abang tak masak pun...''
''Ala....ingatkan
ada...hmmm...''
Sofia terasa kecewa. Perutnya benar-benar lapar
tatkala itu.
''Tapi....''
''Huh? Tapi apa sayang?''
''Tapi
abang dah belikan Fia ikan Pari dan Keli bakar untuk sayang abang ni...''
Sofia tersenyum tatkala mendengar kata-kata suaminya
itu.
''Ish...saja
je tau abang ni! Suka buat Fia macam tu..''
''Hehehe....biarlah..abang suka tengok muncung
itik Fia tu...''
''Eeeee...suka hati abang je cakap mulut Fia
mulut Itik...hmmm...''
''La...sayang
abang ni marah ke? Ok lah..abang tak panggil mulut itik dah..abang panggil
mulut platypus..ok tak!''
''Eeee..malas Fia nak layan tau..mana ikannya?
Cepatlah..Fia dah lapar ni..''
“Ish….gelojoh betul…bini sapalah ni!”
“Bini Luth Irfan lah! Cepatlah sayang…huhuhu..Fia
lapar sangat ni…”
'’Ada dekat
dapur tu...jom..''
Sofia tersengih lagi tatkala mendengar jawapan
suaminya itu. Lantas ditariknya suaminya itu menuju ke dapur.
''Alright! Jom!''
Setelah usai menjamu selera, Sofia pergi mencuci
pinggan di sinki. Tiba-tiba dia menyedari terdapat kebocoran paip lalu dia
terus memanggil suaminya.
''Abang..paip
bocorlah!''
''Ye?
Dekat mana tu?''
''Emmm...Fia rasa dekat bawah sinki kot...''
''Ok..kalau
macam tu abang rasa abang boleh repairkan..''
''Eh pandai ke? Fia tak naklah rumah kita
banjir nanti!''
''Ish..Fia tak tahu ke Fia kahwin dengan orang
serba boleh. Macam-macam abang tahu buat tau..setakat sinki ni..kacang je!''
''Yela
tu..tunggu kejap, Fia ambilkan toolbox.''
Tidak lama kemudian Sofia muncul didapur
bersama-sama toolboxnya. Irfan pula sedang sibuk memeriksa sinki itu. Tatkala
menjumpai punca sebenar kebocoran sinki itu, Irfan lantas menghulurkan
tangannya kepada Sofia tanpa memandang wajah isterinya itu.
''Jasmine,
tolong bagi I spanar tu.''
Sofia tersentak tatkala mendengar Irfan menyebut
nama wanita lain tanpa menyedarinya.
“Abang
sebut nama Fia ke tadi?”
“Ha?
Yelah…abang sebut nama Fia tadi…takkan ada orang lain dalam rumah ni?”
Sofia terkedu buat seketika. Jelas ditelinga Irfan menyebut
nama wanita lain sebentar tadi. Tangannya menghulurkan spanar yang diminta oleh
suaminya itu dengan keadaan mengeletar. Tiba-tiba spanar itu terjatuh keatas
lantai. Irfan lantas berpaling memandang wajah isterinya itu tatkala terdengar
bunyi spanar itu jatuh.
''Kenapa
Fia? Fia ok ke tak ni?''
Sofia memandang wajah suaminya itu. Langsung tidak
menunjukkan riak seakan-akan rasa bersalah pabila tersalah menyebut namanya.
''Fia? Sofia? Kenapa ni? Penat sangat ke? Kalau
penat sangat, Fia masuk bilik rehatlah..sinki ni biar abang uruskankan
sendiri.''
Sofia yang masih terperanjat itu mengangguk lalu
berlalu pergi menuju ke biliknya. Difikirannya asyik teringatkan peristiwa
sebentar tadi. Tidak pernah Irfan tersalah panggil namanya selama mereka berkahwin.
Mula muncul perasaan ragu-ragu dihatinya