Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,260
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 24

''Abang, boleh tak berhenti dekat kedai makan tepi simpang nanti? Fia nak beli bubur nasi. Kawan-kawan Fia cakap dekat bubur kedai tu sedap..Fia teringin nak rasa..''

''Lain kali lah..abang dah lambat ni..ada meeting....''

Sofia mendiamkan dirinya. Dia tahu sebenarnya Irfan tidak mempunyai mesyuarat tetapi sebaliknya ingin pergi ke hospital untuk menjaga madunya itu.

''Sekejap je bang..bukan lama sangat pun''

“Abang ada hal pentinglah..esok jelah beli..bukannya kedai tu tak jual dah esok..''

''Kalau macam tu, abang tinggalkan je Fia kat tepi kedai..nanti Fia boleh balik naik teksi.''

''Eh kau ni tak faham bahasa ke? Kalau aku kata esok, esok lah aku bawa..kau tengok kat atas tu! Dah macam nak hujan lebat..takkan aku nak tinggal kau tepi jalan time hujan!''

Sofia sekali terdiam mendengar Irfan meninggikan suaranya. Dia agak berkecil hati apabila Irfan memarahinya sebegitu rupa. Hatinya bertambah terguris kerana Irfan semakin kerap meninggikan suaranya sejak pulang dari Beijing. Jauh berbeza dengan Irfan yang dikenalinya dahulu.

Keesokkan paginya Sofia pergi ke dapur. Alangkah terperanjatnya apabila melihat diatas meja terdapat sebekas makanan yang mengandungi bubur ayam. Sofia tersenyum gembira, lantas dia mengambil sudu dan terus menjamah bubur itu.

Tiba-tiba irfan muncul di hadapannya. Akibat terkejut dengan kehadiran suaminya itu, bekas makanan berisi bubur yang dipegangnya itu terus jatuh ke atas lantai. Wajah Irfan bertukar merah padam akibat menahan marah. Bubur nasi itu sengaja disediakannya pada awal pagi itu untuk Jasmine.

Baru-baru ini kesihatan Jasmine agak terganggu dan selera makannya turut berkurang. Oleh kerana itu dia memasak bubur itu untuk diberikan pada Jasmine supaya mudah untuk dimakan oleh isterinya itu.. Namun usahanya sia-sia kerana habis semua bubur yang disediakannya sejak awal pagi itu telah ditumpahkan oleh Sofia.

'' Abang..maaf, Sofia tak sengaja nak tumpahkan bubur ni....Fia masakkan yang baru untuk abang ye?''

Irfan merenung wajah isterinya itu...oleh kerana tidak dapat mengawal perasaan marahnya, dia terus menampar wajah Sofia. Sofia pula tergamam tatkala pipinya ditampar oleh suaminya.

''Kau ni, kalau tak menyusahkan orang boleh tak? Penat aku bangun pagi-pagi nak masak bubur ni untuk Jas...''

Irfan berhenti bercakap. Nyaris dia menyebut nama Jasmine didepan Sofia. Risau hal mengenai Jasmine diketahui oleh Sofia, dia lantas meninggalkan dapur itu dalam keadaan marah. Sofia pula tersandar ditepi peti ais. Dia merenung bubur nasi yang berselerak di lantai. Air matanya mula mengalir lebat. Perasan kecewa menyelubungi hatinya.

Pada mulanya dia menyangka irfan menyediakan bubur itu khas untuknya namun dia tidak menyangka bahawa bubur itu disediakan oleh irfan untuk madunya. Hatinya terasa sedih apatah lagi selama ini irfan tidak pernah menamparnya. Sofia mengelap air matanya sambil mencapai kain buruk untuk membersihkan kesan tumpahan itu.

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.