“Fia
pergi dulu ye ibu, ayah.”
Kedua ibu bapanya mengangguk.
'' Fia pergi
tu elok- elok, Irfan kata balik dari Pulau Perhentian tu dia nak terus ke Kuala
Kangsar. Nanti bila duduk dekat rumah orang, jangan buat perangai pula ye''
''Fia
tahu la bu''
Tangan kedua
ibu bapanya itu diciumnya .
''Irfan pun,
jaga diri elok elok, jangan drive laju sangat. Tolong tengokkan si Sofia
ni..Lepas tu, nanti bila dah balik ke Kuala Kangsar, kirim salam dekat semua
ye''
Pesan ayahnya
pula.
'’InsyaAllah,nanti
sampai Irfan call''
Dia juga
menyalami kedua ibu bapa mentuanya sebelum masuk kedalam kereta dan beredar
dari rumah itu.
''Kenapa
awak senyap je?''
Irfan menegur
isterinya yang dari tadi mendiamkan diri.
''Kenapa?
Senyap pun salah ke?''
''Eh, yela,
semalam siap terjerit-jerit lagi, habis satu rumah boleh dengar, awak tak nampak
ke ibu ayah tersengih-sengih pandang kita pagi tadi. Mesti diorang ingat yang
bukan-bukan tahu tak?''
Sofia terdiam,
mukanya mula bertukar merah padam. Malu betul dia apabila teringat peristiwa
semalam. Seingatnya dia tertidur diatas sofa, namun apabila dia bangun, dia
mendapati dirinya terbaring diatas katil dan telekungnya juga sudah
ditanggalkan. Malah dia juga terkejut apabila melihat irfan berada sebilik
dengannya. Lantas dia ,menjerit meminta tolong sekuat hatinya.
Dia terlupa
langsung bahawa dia telah berkahwin dengan lelaki itu. Mujur Irfan menutup
mulutnya, kalau tidak pasti seluruh isi rumah akan terjaga dari tidur mereka.
Patutla semua orang didalam rumah itu tersenyum setiap kali terserempak
dengannya. Lagi-lagi abangnya Adam. Tak habis-habis mengusiknya pagi tadi.
“Tahulah dia
tu pengantin baru..tapi agak-agaklah nak menjerit tengah-tengah malam dalam
rumah ni..kot ye pun nak menjerit tengah malam buta, tunggulah waktu honeymoon
nanti!”
Adam menyindir
adiknya itu. Sengaja dia mahu mengusik adiknya itu. Tidak lama lagi Sofia akan
berangkat ke Pulau Perhentian dan kemudiannya akan kekampung Irfan untuk
membuat persiapan kenduri sebelah keluarga pihak lelaki. Kemudian Sofia akan
berpindah masuk kerumahnya sendiri. Pasti dia akan merindui keletah adiknya itu.
“Ish..janganlah cakap
kuat-kuat..nanti orang lain dengar malulah adik..”
Sofia
mencubit lengan abangnya itu.
“Wah-wah..dia menjerit tengah-tengah
malam buta tak malu pula ek!”
“Eeee..abang nikan…”
Sofia lantas
mengejar abangnya. Merah padam mukanya tatkala diusik sebegitu rupa.
''Saya
tak sengajalah..cuba awak jadi saya, mesti terkejut juga kan?''
''Saya lagi
terkejut pagi tadi, semalam pengantin perempuan saya punyalah cantik, tapi
tengok dia bangun subuh tadi, masyaAllah, terkejut saya tengok muka awak tahu
tak?''
Irfan mengusik
Sofia sekali lagi. Dia tahu Sofia menarik muka masamnya lagi. Suka benar dia
melihat muka masam Sofia tiap kali dia mengusik isterinya itu. Mahu sahaja
dicubitnya pipi tembam isterinya itu. Sofia pula malas mahu menyambung perbualan
itu, lantas berpura-pura tidur. Baginya jika bercakap dengan Irfan hanya
membuatkan hatinya bertambah geram. Ada sahaja akal Irfan untuk mengenakannya.
Beberapa jam
kemudian mereka sampai ke chalet penginapan yang telah ditempah oleh bapa
Irfan. Sofia melangkah masuk kedalam chalet itu. Dia berasa kagum melihat
perhiasan dalaman chalet itu.
“Cantiknya tempat ni!”
“Cantik kan?
Sayang betul mak ayah saya dengan awak. Siap tolong sponsor lagi honeymoon ni.
Ikutkan hati saya tak payah honeymoon pun tak apa. Bukan seronok pun datang
sini dengan awak!”
“Huh! Awak
ingat saya nak ke datang sini dengan awak..ikutkan hati saya pun tak sudi.”
“Eleh..padahal
dengar je nak datang sini, bukan main seronok lagi awak kan? Siap beli
baju-baju baru lagi..”
“Malas saya
nak layan awak..pusing-pusing kawasan ni lagi bagus!”
“Pergilah..jangan
sesat sudahlah.”
Irfan lantas
merebahkan dirinya keatas katil. Katil yang empuk itu benar menarik
perhatiannya. Baru sahaja dia mahu melelapkan mata tiba-tiba sahaja Sofia
menggerakkannya.
“Awak! Bangunlah!”
“Ish budak ni..nak apa? Tadi kata
nak keluar jalan-jalan?”
“Kenapa chalet ni ada satu bilik
je?”
“Memanglah…ini chalet
honeymoon..mana ada orang honeymoon bawa family…”
“Habis tu satu katil jelah ni?”
“Yelah..cukuplah tu..awak nak berapa
katil?”
“Mana boleh! Kalau macam ni baik
awak turun. Katil ni saya punya!”
“Eh kenapa pula? Saya suami
awak..apa masalahnya?”
“Tak boleh! Tak boleh! Saya tak nak
tidur sekatil dengan awak!”
“Lah…apa
susah..kalau tak nak..tu..beranda tu ada..awak tidurlah luar…awak ingat saya
pun nak ke berkongsi katil dengan awak?”
“Saya
perempuanlah! Mana boleh tidur luar!”
“Kalau tak
nak..kita kongsi ok..dah saya malas nak layan awak..saya nak tidur kejap.”
“Awak!
Bangunlah!”
Irfan
berpura-pura tidak dengar. Malas dia mahu bertekak dengan isterinya itu.
Melihat suaminya itu menyambung tidurnya, Sofia mengeluh. Mahu atau tidak dia
terpaksa berkongsi katil dengan suaminya itu. Lantas dia menyusun bantal
membahagikan kawasan katil itu kepada dua bahagian. Belah kanan untuknya,
manakala belah kiri katil untuk suaminya.
Irfan menunggu
Sofia di luar chalet. Perutnya sudah berkeroncong gara-gara lapar. Dilihatnya
jam ditangannya. Sudah hampir pukul 8.30 malam namun isterinya itu masih belum
selesai bersiap. Lantas dijenguknya kedalam bilik mereka.
“Awak ni nak
pergi makan ke tak nak? Dah 15 minit saya tunggu kat luar.kalau lewat, nanti
makanan habis macam mana?”
“Sekejap..saya
cari baju saya..dari tadi tak jumpa..awak ada nampak tak luggage baju saya yang
warna purple? Baju untuk saya berjalan semua dalam luggage tu…”
“Ha? Err…tak
nampak..pakai jelah baju saya dulu..Ambil je dalam beg saya tu.”
“Baju awak?
Mana boleh! Dahla besar…Eh sekejap…seingat saya, awak yang angkat luggage tu
turun waktu dekat rumah tadi kan?”
Irfan mula
gelisah tatkala mendengar pertanyaan isterinya itu. Sebenarnya dia baru sahaja
teringat yang dia telah meninggalkan luggage dimuka pintu dan terlupa
mengangkatnya masuk kedalam kereta.
“Awak?”
Irfan
berpura-pura tidak dengar.
“Awak! Saya cakap dengan awak ni”
“Ye saya dengar..kalau tak jumpa
pakai jelah baju saya dulu…”
Sofia mula
mengsyaki suaminya itu terlupa membawa beg bajunya.
“Awak terlupa
angkat beg saya kan? Eeeee…Awak tahu tak semua baju saya ada dalam tu! Sekarang
saya nak pakai baju apa?”
Melihat wajah
isterinya yang hampir menangis itu membuatkannya berasa serba salah.
“Err…saya tertinggal..bukan
sengaja..pakai jelah baju saya dulu…”
“Awak memang
sengaja nak sakitkan hati saya kan…tak apalah..pergilah makan sendiri..saya
lagi rela tak keluar bilik dari pakai baju awak!”
“Betul ni? Kalau tak nak..tak
apalah..saya pun dah lapar ni..dengar kata menu malam ni sedap-sedap. Ada udang
galah..ikan bakar..awak jangan menyesal pula nanti..ok lah..saya pergi dulu ye.
Bye!”
Sofia menelan
air liurnya tatkala mendengar Irfan menyebut mengenai makanan. Ternyata perutnya
juga mulai lapar. Diperhatikannya Irfan dari jauh. Suaminya itu sudah berjalan
agak jauh dari chalet mereka. Sofia mula terbayangkan aroma ikan bakar yang
menyelerakan. Akhirnya dia cepat-cepat
masuk kebilik dan menukar bajunya.
Irfan
tersenyum melihat isterinya itu menuju kearahnya. Dia tahu isterinya itu pasti
mengalah tatkala dia mendengar Irfan
menyebut mengenai ikan bakar. Walaupun baru berkahwin, Irfan sudah lama tahu
mengenai kesukaan isterinya itu.
Sofia pula
dari jauh dapat melihat suaminya itu menahan ketawa melihat dirinya. Lantas dia
pergi kearah meja dimana suaminya itu sedang duduk.
“Awak jangan nak sengih-sengih macam
tu..awak hutang saya satu luggage baju tahu tak?”
“Yela-yela..salah saya..saya minta
maaf..nanti awak pilih je baju yang diorang jual kat kedai tu. Saya
bayar..nanti sebelum balik kampung kita balik KL dulu ambil luggage
awak..Boleh?”
Sofia
menggelengkan kepalanya.
“La..marah lagi?’
“Mestilah..sebab awak saya terpaksa
pakai baju besar gedabak ni! So awak kena belanja saya makan udang galah yang
besar-besar!’
Irfan tergelak lagi tatkala
mendengar jawapan isterinya itu. Dia juga kasihan melihat isterinya itu memakai
pakaiannya. Memandangkan tubuhnya agak besar, pakaiannya benar-benar terlalu besar untuk dipakai oleh isterinya itu.
“Ok lah tuan puteri…malam ni awak
pilih je nak makan apa..saya belanja..Puas?’
Sofia tersenyum tatkala mendengar
kata-kata suaminya itu.
“Ok..awak
yang cakap nak belanja..jangan menyesal!”