Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,259
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 20

''Abang nampak nota Fia tak? Fia dah lewat sangat ni! Nanti lewat masuk dewan pula.''

''Tengok tu, lupa lah tu, Fia juga yang minta tolong abang masukkan dalam kereta Fia tadi, lupa ke?''

''Alamak, lupa pula, kalau macam tu Fia pergi dululah. Assalammualaikum!''

Melihat isterinya itu bergegas keluar, Irfan lantas menegur.

“Eh..kejap..abang rasa abang tak Nampak pun Fia mandi tadi?”

Sofia tersengih mendengar pertanyaan suaminya itu.

“Ya Allah ya tuhanku..budak ni! Ni mesti tak mandi lagi ni!”

“Hehehe…mana sempat..abang tak kejut Fia bangun awal..kan dah tak sempat mandi…exam pun dah nak start sekejap lagi…”

“Eh..salahkan abang pula..abang kejut…Fia yang tak nak bangun..”

“Alah..bolehlah tu..Fia pun sebenarnya dah mandi pe..’

Irfan mengerutkan keningnya tanda tidak percaya.

“Bila Fia mandi?”

“Hehehe..malam tadi..”

“Ya Allah..sabar jelah…pengsan orang dalam dewan nanti!”

Sofia tersengih malu.

“Eh..Fia dah lambat ni..Fia pergi dulu ye!”

''Kalau ye pun nak cepat ,takkan lupa nak salam suami dulu!''

''Oh..sorry sorry..lupa pula ada suami..Fia pergi dulu ye abang, tolong doakan Fia ye''

''Eh! Boleh pula dia lupa…Ok…jawab elok-elok..jangan gopoh-gopoh..Abang sentiasa doakan yang terbaik untuk isteri abang..bawa kereta tu hati-hati ye..jangan langgar tembok pak guard kolej lagi ye, penat abang kena bayar ganti rugi sebelum ini!''

Irfan sempat mengucup lembut dahi isterinya itu tanda restunya. Sofia tersengih malu sekali lagi apabila Irfan mengungkit mengenai kecuaiannya ketika memandu. Gara-gara mahu cepat pulang Sofia dengan tidak sengajanya telah terlanggar tembok di kolejnya. Kecoh jadinya tatkala dia bertengkar dengan pengawal kolej yang berbangsa asing itu. Mujur suaminya datang membantu menyelesaikan masalah itu.

Selesai menyalami suaminya itu, lantas dia bergegas ke keretanya. Ketika kereta Sofia keluar dari kawasan rumah, tiba-tiba telefon Irfan berbunyi. Tertera nama Maya di skrin iphonenya itu. Irfan mengerut keningnya. Setahunya Maya dan Adam kini sedang berada di Beijing untuk bulan madu mereka. Lantas dia menjawab panggilan itu. Kedengaran suara Maya memberi salam.

''Waalaikumsalam, jauh kau telefon? Takkan dah balik dari honeymoon kot?''

''Luth, aku baru je sampai Malaysia, aku nak jumpa kau petang ni pukul 5,tempat biasa, kalau boleh jangan bawa Sofia sekali ye.''

Irfan terkejut mendengar nada serius Maya. Seperti ada hal penting untuk dibincangkan dengannya.

''Ok,but why? Sekurang-kurangnya beritahu aku kenapa?''

''Luth, nanti aku cerita ok, see you later.''

Usai sahaja dia bercakap, lantas talian diputuskan. Irfan menjadi tertanya-tanya kenapa Maya menghubunginya setibanya dia dari Beijing. Dia dapat merasakan seperti ada perkara yang tidak kena.

''Maya, sorry lambat, aku baru balik dari office, lama dah kau tunggu?”

“Tak pun..duduklah dulu…”

“Kenapa kau nak jumpa aku ni? Kau ada problem dengan Adam ke?''

Riak wajah Maya yang agak serius membuatkan Irfan berasa tidak senang duduk.Seperti ada masalah yang akan berlaku. Maya menggelengkan kepalanya.

''Luth, aku nak jumpa kau ni sebenarnya nak cakap mengenai jasmine...''

Irfan terkejut apabila nama arwah isterinya itu disebut.

''Kenapa dengan arwah?''

Maya terdiam sebentar seakan-akan berat hati untuk bercerita.

''Jasmine...emmm....aku rasa dia belum meninggal, dia masih hidup!''

Irfan tersentak apabila mendengar kata-kata rakannya itu.

''Jasmine dah lama tak ada dekat dunia ni Maya..kau jangan nak reka cerita..Aku tak ada masa nak dengar kau mengarut!''

Entah mengapa perasaan marahnya membuak-buak. Lantas dia bangun dari kerusinya dan mahu beredar. Namun niatnya terhenti apabila Maya menahannya dari beredar.

''Kau pernah tengok kubur dia? Pernah kau tengok dokumen mengenai kematian Jasmine? Luth..aku tak tipu! aku nampak Jasmine depan mata aku sendiri. Mula-mula aku ingat pelanduk dua serupa..tapi waktu dalam flight balik Malaysia tadi baru aku teringat parents Jasmine berasal dari Beijing dan sekarang aku yakin, yang aku nampak tu memang Jasmine!''

Irfan terduduk apabila mendengar kata-kata Maya. Hatinya tiba-tiba sebak apabila teringatkan Jasmine. Kenangan lama mula datang kedalam fikirannya. Ketika dia sedar dari koma, dia telah mencari Jasmine merata-rata. Namun tidak pernah sekalipun dia terfikir yang isterinya itu mungkin telah dibawa pulang ke Beijing. Tempat asal kedua ibu bapa Jasmine.

''Luth, I tahu yang our parents maybe tak restu kita kahwin, but honestly, I betul-betul ready nak jadi wife you..and I dont care what my family will say as long as I am with you!''

'' Are you sure Jasmine? Ini hal serius, I boleh pujuk my parents slowly and I believe one day they will accept you. How about your parents? Do you think they will allow you to marry me?''

'' I don’t care if they want to say anything Luth..the only thing that I want is to be with you!''

Irfan memandang gadis berketurunan Cina di depannya itu.Dia benar-benar menyayangi gadis itu. Mereka telah berkenalan sejak beberapa tahun dulu.Dia masih ingat apabila pertama kali bertemu dengan Jasmine, kefasihannya bertutur bahasa Melayu menarik minatnya untuk berkawan dengan gadis itu.

Pada mulanya dia menyangka Jasmine berasal dari Malaysia juga. Namun apabila gadis itu mengatakan dia membesar di US dan manakala ibu bapanya berasal dari Beijing, dia benar-benar tertaril untuk berkenalan dengan gadis cina itu. Dari sahabat biasa, lama-lama perasaan sayang mula timbul dan akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun niat mereka dihalang oleh ibu bapa masing-masing. Lebih-lebih lagi ibu bapa Jasmine. Isu agama yang amat dipertikaikan oleh mereka. Irfan memandang wajah gadis kesayangannya itu.

''Ok...if you think that you really can handle this problem, I think we can get married and I janji, I will protect our marriage selama mana I masih hidup!''

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.