Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA IRIS, DIA IRFAN!
SAYA IRIS, DIA IRFAN!
Dzliyana
28/1/2015 13:52:46
168,234
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 19

Irfan menggosok matanya. jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Mujur hari itu hari sabtu, jadi tidak jadi masalah buatnya untuk bangun lewat.

“Sayang….”

Suasana bilik itu agak sunyi. Manakala tempat tidur Sofia pula kelihatan sudah dikemaskan. Pasti isterinya telah lama bangun dari tidur. Lantas dia turun dari katil mereka dan menuju kedapur. Dilihatnya isterinya itu sedang begitu khusyuk memasak didapur dan lalu terus dipeluk isterinya itu.

''Abang dah bangun? Terkejut Fia, Fia ingatkan abang tidur lagi?''

Irfan hanya mendiamkan diri. Leher isterinya itu dikucup lembut.

''Abang lapar ke? Fia sediakan makanan abang ye.''

Sofia cuba mencapai pinggan yang berada diatas kabinet namun oleh kerana Irfan sedang memeluk erat tubuhnya menyebabkan pergerakannya agak terbatas.

“Sayang…susahlah Fia nak masak kalau sayang peluk macam ni?”

''Abang tak lapar lagi..tak payahlah masak sayang, kita naik katil sambung tidur ye sayang?''

''La, kan dah pagi ni, kalau Fia tak masak, nanti abang lapar macam mana?''

''Tak mahu…tak lapar pun…abang nak baring-baring dengan isteri abang ni puas-puas!''

Sofia mencubit pipi suaminya itu.

''Manjanya dia..malam ni lah ye sayang. Sekarang abang pergilah mandi, dah masam dah ni. Lagipun abang dah lupa ye? kita kan dah janji nak pergi jumpa ayah dan ibu. Nanti lama pula diorang tunggu.''

“Pergi rumah ayah dan ibu? Ada apa kat sana?”

“Haaa…lupalah tu..kan hari ini ibu buat makan-makan…Abang Adam bawa balik tunang dia..Kak Maya..Kak Syasya pun nak bawa teman lelaki baru dia…”

“Syasya ada teman lelaki baru?”

“Iyelah…kenapa?”

“Tak adalah..dulu dia yang tergila-gilakan abang..tapi Fia yang dapat..Sofia untung tau dapat suami macam abang.”

“Eh..yeke untung?’

“Yelah…ramai tau peminat abang…waktu abang belajar dulu lagilah…awek keliling pinggang tau..cantik-cantik pula tu..Sofia juga yang untung dapat abang!”

“Hahaha..yelah tu..Fia kahwin dengan abang pun sebab ayah suruh tahu tak? Ikutkan hati nak enjoy dulu..sayang betul Fia kahwin awal..dulu ramai nakkan Fia tau? abang angkat je dah berapa orang.Abang yang untung dapat Fia ni..”

Irfan mencubit manja isterinya.

“Kita nak bragging..dia pun sibuk nak bragging ek? Dah kahwin ni jangan nak gatal-gatal nak berabang angkat semua tu..abang tak suka!”

Sofia tersengih tatkala mendengar nada cemburu suaminya itu.

“Cemburu ke?”

“Mestilah…siapa tak cemburu kalau dengar isteri ada abang angkat ramai..”

“Hehehe..yela tu..cepatlah siap sayang..nanti kita lewat pula.”

Irfan melepaskan pelukannya. Ikutkan hatinya, dia lebih suka menghabiskan masa berdua-duaan dengan isterinya lagi-lagi setelah penat berkerja keras minggu itu. namun apabila teringat janji mereka untuk pulang kerumah kedua ibu bapa mentuanya, Irfan akhirnya mengalah.

''Yelah..tapi malam ni promise ye, Fia janji nak date dengan abang!''

''Yelah sayang, tak lupa lah..kalau sempat kita pergi tengok wayang ye..sayang pilihkan cerita apa sayang nak tengok..tapi sekarang ni abang mandi dulu ye..dah bau masam sangat ni!''

“Alah..Fia lagi masamlah!”

Irfan lantas melangkah ke bilik air untuk mandi. Ikutkan hati mahu sahaja dia naik semula keatas katil untuk menyambung tidurnya.

Tengahari itu mereka berangkat kerumah ibu dan bapa Sofia untuk membantu ibunya menyediakan makanan.

''Kak maya! Rindunya dekat akak!''

Sofia berpelukan dengan tunang abangnya itu. Sudah lama benar mereka tidak berjumpa. Hampir dua tahun tidak berjumpa kerana tunang abangnya sibuk menyambung pelajarannya ke di luar negara.

''Akak pun rindu dekat Sofia! Dah lama tak jumpa, dah besar pun..siap dah kahwin pulak tu! Langkah bendul ni…Bukan nak jemput akak! Dah berisi ke belum ni?''

Maya sempat menyentuh perut Sofia.

“Hehehe.. belum ada rezeki lagi…eh Sofia jemputlah akak hari tu… akak tu je yang jauh sangat masa tu, balik Malaysia pun dah jarang-jarang. Sibuk sangat dengan PHD tu..mujur abang selalu outstation ke tempat akak..kalau tak memang senyap macam tu je..kan Fia dah terlangkah bendul..nak tunggu akak dan abang Adam lambat sangat hehehe… ''

''Akak melawak jelah..Dah habis study ni akak terus balik Malaysia..bising abang awak tu cakap Fia dah langkah bendul dulu..dia kata nanti anak kami lagi muda dari anak Sofia …hehehe…eh! mana dia suami Sofia? Akak tak pernah jumpa lagi..nama pun akak tak tahu?''

''Irfan nama dia.. Fia minta dia keluar beli barang sikit, kejap lagi baliklah tu, jom masuk, ibu dah masak macam-macam untuk bakal-bakal menantu dia.”

Adam yang tiba-tiba mendekati mereka mula menyampuk.

“Hai, ibu seorang je ke yang masak? Mak dara yang seorang ni confirm tukang makan je!''

''Amboi, suka hati dia je nak tuduh orang, Fia masak jugak tahu?''

''Haha yelah tu..abang dah tinggal serumah dengan Fia 20 tahun dah..semua jenis masakan hangit abang dah rasa..malang betul Irfan kahwin dengan kamu ni!''

''Eee...cepatlah masuk, kasihan kak Maya, mesti dah lapar.''

Adam tersengih sambil menarik tangan tunangnya.

''Jom kedapur, ibu dah lama tunggu awak.''

“Haa..masuklah kak..Kak Syasya pun ada kat dapur tu.”

“Ok..akak masuk dulu ye..’’

Ketika mereka sekeluarga sedang bersiap sedia untuk menjamah makanan, kedengaran suara Irfan memberi salam dan disahut oleh mereka. Sofia lantas mendekati suaminya itu.

''Lamanya abang beli buah? Semua orang tengah tunggu abang''

''Kedai buah tutuplah sayang, so abang terpaksa pergi cari dekat kedai lain.”

“eh..kan ada kedai buah yang dekat area tu juga?”

“Ada..abang yang malas pergi situ..”
“Kenapa pula?”

“Yela..Indon jaga keda tu suka ngorat abang tau! Abang dah kata dah abang dah kahwin..nak juga ngorat abang..penatlah jadi orang handsome ni…”
“Hah…mula la nak merepek tu..dah..cepat masuk..”

“Hehehe..betul lah..mana ada abang merepek.. Tunang Adam dah sampai ke?''

''Haah..jom masuk, makanan dah lama terhidang..tunggu abang je tak sampai-sampai lagi..lama sangat..Indon yang mengorat abang ke..abang yang mengorat indon ni?”

“Eh? Salah ek? Abang ingatkan tak pe…hehehe..”

“Eeee..sempat lagi tu! Dah..jomlah masuk.”

Irfan melangkah masuk kedalam rumah itu.

''Maya?''

Maya yang sibuk bercakap dengan bakal ibu mentuanya terkejut apabila melihat kelibat Irfan yang berdiri di hadapannya.

''Eh..Luth? Luth Irfan ke ni? Ya Allah, you ke suami Sofia?''

Irfan mengangguk mengiyakan pertanyaan Maya.

''Eh? macam mana kamu berdua boleh kenal?''

Ibu Sofia menyampuk. Bukan dia seorang sahaja yang tertanya-tanya, malah semua yang berada di meja makan itu juga agak terkejut. Maya tersenyum sambil menjawab pertanyaan bakal ibu mentuanya itu. Sofia juga hairan bagaimana tunang abangnya itu mengenali suaminya.

''Siapa yang tak kenal Luth Irfan ni aunty? Satu universiti tempat kami belajar tahu siapa dia!''

Irfan tersenyum tatkala mendengar jawapan rakan lamanya itu.

Irfan memerhatikan isterinya yang menuju ke bilik diatas. Baru sebentar tadi isterinya itu meminta diri untuk menunaikan solat sebentar. Manakala Adam telah membawa kedua ibu dan ayah mentuanya pergi ke rumah sahabat mereka untuk menghadiri majlis tahlil. Apabila dia mengalihkan pandangannya kearah Maya, barulah dia perasan gadis itu sedang memandang wajahnya.

''Kenapa? aku tahulah kau dah lama tak jumpa aku, kalau rindu pun janganlah pandang aku macam tu sekali!''

Irfan berseloroh.

''Hahaha..nothing.. aku cuma terkejut bila tengok kau dah berubah, dekat 3 tahun kita tak jumpa, tiba-tiba dapat tahu kau bakal biras aku pula tu!''

''Kenapa? kau tak sangka aku kahwin dengan Sofia?''

''Yes, definitely! Luth Irfan yang suka perempuan free hair, pakai seksi tiba-tiba kahwin dengan perempuan bertudung, mestilah aku terperanjat. aku tahu lah taste kau, dah lama sangat kita kenal...tapi itu bukan point aku, aku maksudkan, kali terakhir aku tengok kau, kau macam zombie tahu? Macam kau hidup, tapi jiwa kau kosong and then kau hilang macam tu je! Kawan-kawan kita risaukan kau tahu tak?''

''Well..manusia kan boleh berubah..''

''Ke kau berubah sebab kenal dengan Sofia?''

Irfan tersenyum sambil mengangguk. Dia tidak menafikan bahawa sejak dia bertemu Sofia, hidupnya mula kembali berubah. Jika selepas peristiwa tragis itu dirinya berubah menjadi seorang yang tidak tentu arah tuju, dia kembali ceria dengan kehadiran isterinya itu.

''Kalau bukan sebab dia, maybe aku still macam dulu. Hilang arah tujuan..''

''Dia tahu pasal Jasmine?''

'’Tak, aku tak pernah ceritakan dekat dia..lagipun aku dah mulakan hidup baru..aku tak nak buat dia sedih kalau tahu perkara silam aku..so, kalau boleh aku nak kau jangan cerita apa-apa dekat dia..boleh?''

''Mestilah boleh...dia dah macam adik kandung aku sendiri..so kau kena janji dengan aku, jaga dia elok-elok ok?''

Irfan tersenyum sambil mengangguk.

“Kau pula? Macam mana boleh kenal Adam?”

“Adam? Aku kenal sebelum aku buat Master…lama juga lah..5 tahun rasanya..tak sangka pula kau dah lama kenal Adam..Sofia pun aku tak expect dia kahwin dengan kau..last time aku jumpa dia, baru lepas SPM kot..budak lagi..manja pula tu..hehehe..tak sangka betul dia kahwin dulu..”

“Hehehe..itulah..kebetulan pula…dah jodoh..So apa rancangan kau bila dah habis belajar ni?''

''Emm..actually aku ingat nak buka butik aku sendiri. Yela aku tengok market kat Malaysia ni boleh tahan juga. Bukan apa..malas lah nak makan gaji dengan orang..belum tentu cepat kaya ye tak?''

''Hahaha...macam tu pula.. Kau dah cari ke tempat semua tu?''

''Haa..aku dah review kedai untuk disewa. Price ok juga lah..hah..aku baru teringat something..Sofia dah nak habis study kan? Dia ada intention nak further study tak?''

''Tak sure lagi. Dia kata tengok keadaan dulu.Kenapa? Kau ada nak offer kerja dekat dia ke?''

''Hehehe..lebih kurang juga la..actually aku nak minta dia uruskan online business aku.Itu pun kalau kau izinkanlah''

''Online business?''

''Haa..aku ada online business.. Tapi since butik pun dah nak buka, tak ada orang nak handle business ni. Kerja dia tak susah pun..Sofia boleh buat dekat rumah. If dia nak further study pun still boleh. Income pun boleh tahan banyak juga la..apa pendapat kau?''

''Eh..ok sangatlah tu..aku pun suka kalau dia buat kerja dari rumah..tak adalah aku risau sangat.''

''Great! Since kau pun setuju, so aku boleh terus offer dekat dialah.''

''Aku ok je..''

''Alhamdulillah..settle satu masalah..nanti aku discuss dengan Sofia.''

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.