Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bonus 1

Haris Raslan POV

            Melihat keceriaan Reia melayan tetamu kami malam itu memberikan aku suatu kepuasan. Wajah cantiknya tambah berseri dengan senyuman. Aku gembira berjaya memberikan satu lagi kejutan yang berjaya menceriakannya. Menghadiahkan kegembiraan padanya memberikan aku rasa bahagia yang tersendiri. Dia kelihatan resah sejak akhir-akhir ini. Mungkin risau memikirkan tentang kelahiran zuriat pertama kami. Inilah sebab mengapa aku menganjurkan majlis malam ini untuknya. Aku ingin dia kembali tenang dan menikmati harinya tanpa tekanan.

          Namun begitu, aku risau melihat dia ke hulu ke hilir membawa perutnya yang semakin sarat itu. Tapi, aku pasti akan menerima jelingan tajamnya jika terus membuntutinya ke mana sahaja. Jadi buat masa ini, aku harus berpuas hati membiarkan Hana, Ibu dan Mama menjadi pengawal peribadinya buat seketika. Walau bagaimana pun aku tidak dapat mengawal mataku dari terus mengekori setiap langkahnya. Enggan terlepas jika dia mungkin memerlukan aku. Seperti biasa, seolah menyedari renunganku dia berpaling dan kami berbalas pandang sebelum dia menghadiahkan senyuman paling menawan buatku. Bibirnya bergerak mengucapkan ‘I love you’sekaligus membuatkan jantungku berdetak kencang. Aku tidak tahu bila perasaanku menjadi cukup kuat untuknya, namun apa yang pasti, ia bukan sesuatu yang baru.

“Pandai you deko laman ni. Cantik. Tengok tu, adik senyum sampai ke telinga.” Puji Rich sambil menepuk bahuku. “Maybe I boleh guna khidmat you, kalau nak buat majlis suatu hari nanti.” Usiknya.

“Lain macam je. Dah terbuka hati nak kahwin?” Dugaku.

“Maybe. Tapi lambat lagi kot, I masih sayangkan zaman bujang I.” Balasnya.

“Sayangkan zaman bujang ke, sayangkan zaman playboy?” Soalku membuatkan dia tersengih sendiri. “You jangan main-main. Gilrfriend you tu dah macam adik I sendiri, kalau you main-mainkan dia you bukan saja kena jawab dengan Reia,tapi I juga.” Tegasku, biar dia tahu betapa seriusnya aku.

“Don’t worry bro. I tak terfikir pun nak main-mainkan dia. Cuma I tak tahu dia serius tak dengan I. You pun tahu kami tak pernah declare pun hubungan kami ni. Tapi dialah wanita pertama paling lama I pernah bersama. Its feel so new yet so good. It’s weird. I tak pasti apa sebenarnya perasaan ni.” Luahnya. Aku menggeleng. Hampir simpati melihat dia yang masih keliru dengan perasaannya. Padahal semuanya sudah kelihatan nyata pada pandanganku.

“You love her Rich.” Dugaku.

“Maybe I am.” Balasnya selepas berfikir panjang.

“Inilah akibatnya terlalu lama jadi playboy. Perasaan sendiri pun dah tak boleh beza dah.” Ujarku padanya yang hanya tersengih. Mungkin menyedari kebenaran kata-kataku. “Apa pun, I suggest you figure out your feeling soonest. She’s a girl that always know what she want. If you love her, act now. Before she realize you’re not worth her time anymore.” Tambahku sengaja mendesaknya.

“What if she doesn’t feel the same?” Soalnya selepas berdiam agak lama.

“What if she feel the same?” Soalku pula. “Bincang bro. I can’t believe you don’t know that communication is the key.” Usikku sambil tersengih memandangnya wajahnya yang kelihatan keliru itu. Namun senyumanku mati apabila mendengar suara Hana yang kedengaran panik memanggil namaku. Jantungku bagaikan berhenti berdetak apabila melihat wajah pucat Reia yang sedang duduk sambil memegang perutnya, menahan sakit. Laju aku berlari ke arah mereka. Baba dan Papa yang leka bercerita dengan tetamu kami yang lain juga sudah berada di situ.

“Haris cepat! Bawa Reia ke hospital, dia dah nak bersalin ni. Air ketubannya dah pecah!” Jerit Ibu.

“Hah?!” Soalku terkejut namun cepat mendukung isteriku yang pucat itu. “Doktor cakap lagi dua minggu.” Ujarku tidak percaya.

“Baby tu nak keluar awal, tak kan kita nak tahan pula.” Komen Mama membuatkan aku tersipu-sipu sendiri. Masih gagal memikirkan apa yang perlu aku lakukan seterusnya.

“Sayanggggg! Kalau you nak anak you lahir kat hospital, you bawa I sekarang juga!” Ujar Reia geram sambil menjelingku. Mungkin sudah penat melihat aku gagal membuat apa-apa selain daripada melayan panikku.

“Sorry baby. You sabar ya, kita gerak sekarang.” Janjiku dan melihat dia mengangguk kecil. Aku menyeluk poket,mencari kunci kereta namun tiada. “Alamak kunci kereta masih kat dalam. Beg you pun masih bawah katil.” Akuiku dengan rasa bersalah apabila melihat dia menjeling lagi.

“Aaah, sudah.” Komen beberapa suara di belakangku serentak membuatkan aku tersipu-sipu sendiri. Tidak percaya mindaku gagal berfungsi dengan baik ketika ini. Rasanya aku dan Reia sudah cukup berpengalaman dalam hal ini jika dikira berapa banyak kali kami membuat latihan sebagai persediaan. Anehnya, ia bagaikan menghilang dari mindaku hari ini.

“I dah ambilkan.” Ujar Hana sambil menghulurkan kunci serta beg berisi pakaian dan dokumen Reia itu padaku. Aku tersenyum, berterima kasih padanya.

“Jom, I drive. I tak percaya you boleh drive panik macam ni.” Ujar Rich menyelamatkanku. Betapa aku bersyukur keluargaku ada untuk membantuku malam itu. Situasi kami pastinya berbeza tanpa kehadiran dan bantuan mereka. Laju akumendukung Reia masuk ke dalam kereta. Membiarkan dia mencari posisi yang selesa untuk dirinya. Kepalanya bersandar kemas di dadaku. Posisi yang aku tahu menjadi kegemarannya. Walaupun dudukku kurang selesa, namun aku relakan untuk dia, wanita yang sangat aku cintai kini dan selamanya. Siapa sangka, seorang gadis polos dan manja seperti dia mampu memberikan aku kebahagian yang tiada taranya.

“I tahu you tengah rasa sakit.” Bisikku di telinganya. “Tapi I nak you tahu, I akan ada di samping you sepanjang masa. Paling penting sekali, we are going to meet our little Hayden soon. 2 week earlier than expected, baby. Can you believe that?” Tambahku, cuba memberikannya semangat sambil menghadiahkan ciuman di dahinya.

“I know. I love you,sayang.” Balasnya sambil merenungku penuh cinta.

“I love you more, baby. Now, let’s go do this together.” Ujarku apabila melihat Rich sudah pun memasuki ruang tempat letak kereta di hadapan Hospital itu.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya