Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 18

            Aku sedang bermalas-malasan di atas tilam ketika menerima WhatsApp daripada Haris. Sambil tersenyum aku membukanya namun cepat mencebik apabila membaca ayat pertama darinya.

Haris-da-bosz: Don’t plan anything tomorrow. 10.10 pm

Haris-da-bosz: I want you to go out with me.   10.10 pm

Reia: WOW  10.11pm

Reia: Just incase you forgot. I bukan staff you lagi.   10.11 pm

Reia: Secara rasmi sejak 5 jam yang lepas.   10.12 pm

Reia: Can you try to ask again? Nicely this time.   10.12 pm

Haris-da-bosz: What’s the point?   10.13 pm

Haris-da-bosz: I know you want to go out with me.  10.13 pm

Haris-da-bosz: Right?  10.13 pm       

Reia: Of course.  10.14 pm

Reia: But I still want you to ask me.  10.14 pm

Reia: Nicely  10.14 pm       

Reia: What if I ada benda nak buat esok   10.15pm

Reia: What if I don’t feel like going out tomorrow     10.15 pm

Reia: What if…    10.15 pm

Haris-da-bosz: Ok2 I got it   10.15 pm

Haris-da-bosz: My dear Reia, will you go out on a date with me?  10.25 pm

Haris-da-bosz: Tomorrow?    10.25 pm

Reia: Took you long enough  10.25 pm

Reia: of course ,sayang. I would love to go out on a date with you  10.25 pm

Reia: Thank you for asking.   10.26 pm

Haris-da-bosz: You are driving me crazy, baby.   10.26 pm

Reia: I hope in a good way    10.27 pm

Haris-da-bosz: Both way    10.27 pm

Reia: I love driving you crazy   10.28 pm

Haris-da-bosz: I know you enjoy annoying me  10.30 pm

Reia: That I do  10.31 pm

Reia: You don’t know how much fun I have doing so    10.31 pm

Haris-da-bosz: I know you do     10.32 pm

Haris-da-bosz: Don’t enjoy yourself too much   10.33 pm

Haris-da-bosz: I might be better than you in the future    10.33 pm

Reia: No way    10.35 pm

Reia: I was born with it. Annoying people is in my blood    10.35 pm

Haris-da-bosz: Only you will be proud of that trait.    10.36 pm

Reia: It’s a skill not many human can master   10.37 pm

Haris-da-bosz: Alright baby, I believe you.    10.38 pm

Reia: At last.     10.39 pm

Reia: Now that will make me sleep well tonight     10.40 pm

Haris-da-bosz: You dah nak tidur ke?   10.42 pm

Haris-da-bosz: Good night baby.    10.43 pm

Reia: No! You make me fully awake now      10.44 pm

Reia: Don’t stop chatting    10.44 pm

Reia: Where are we going tomorrow?      10.45 pm

Haris-da-bosz: Not going to tell  10.46 pm

Haris-da-bosz: It’s a surprise       10.46 pm

Reia: Give me some clue   10.47 pm

Reia: Please      10.47 pm

Haris-da-bosz: Your favorite place   10.49 pm

Haris-da-bosz: You will love it   10.50 pm

Reia: I have so many favorite place   10.51 pm

Reia: I hope Rich is not your informer    10.52 pm

Reia: he might lie to you, just to annoy me   10.53 pm

Haris-da-bosz: stop asking    10.54 pm

Reia: You’re starting to annoy me    10.55 pm       

Haris-da-bosz: Told you, I’m a fast learner   10.56 pm

Reia:  I’m not impress   10.57 pm

Reia: At least tell me what to wear     10.57 pm

Haris-da-bosz: I would prefer you wearing dress    10.58 pm

Reia: I can do that       10.59 pm

Reia: What will you wear?    11.00 pm

Haris-da-bosz: Something nice    11.09 pm

Haris-da-bosz:???    11.15 pm

Haris-da-bosz: Goodnight baby    11.16 pm

Haris-da-bosz: Guess you’re still sleeping     7.58 am

Haris-da-bosz: Be ready by 12 pm okay     7.59 am

 

                                                                          ****************************

            Cahaya yang mencuri masuk dari celah-celah langsir yang sesekali terbuka saat ditiup angin itu meyedarkan aku bahawa aku bangun lewat dari kebiasaannya hari ini. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Aku menepuk dahi. Keasyikkanku berbalas pesanan WhatsApp bersama Haris malam tadi membuatkan aku terlena sebelum sempat memasang alarm. Pantas aku duduk dan mengapai telefon bimbitku. Pesanan WhatsApp yang belum kubaca itu segeraku buka. Tersenyum sendiri membaca andaian Haris yang sememangnya tepat itu.

Reia: Morning Sayang.     9.32am

Reia: Sorry, just woke up .  9.33am

Reia: Can’t waitf or our first date.   9.33am

 

            Aku menyempurnakan rutin pagiku sebelum seterusnya memasukkan pakaian semalam ke dalam mesin basuh. Membiarkan mesin itu bekerja sendiri sebelum aku segera menuju ke dapur setelah menghidu bau yang sangat enak datang dari arah itu. Pasti Hana sedang menyiapkan sarapan seperti kebiasaannya.

“Dah bangun pun tuan puteri.” Usik Hana setelah menyedari kedatanganku.

“Masak apa? Sedapnya bau.” Tegurku sambil mengintai kualinya.

“Mi hoon goreng je. You tak kisah kan?” Soalnya sambil mematikan api dan mengalihkan mi hoon itu ke dalam pinggan.

“I tak kisah. Semua you masak confirm sedap.” Pujiku membeli hatinya. Tapi memang benar, Hana memang pandai memasak. Jadi pujianku bukan gula-gula semata. “Lagipun I tak boleh makan heavy sangat. I ada date dengan Haris nanti.” Jelasku.

“Amboi, amboi…patutlah ceria semacam.” Komen Hana.“Pukul berapa?” Soalnya ingin tahu.

“12.00.” Jawabku sambil menyuapkan sesudu mi hoon ke dalam mulutku. Menutup mata menikmatinya. “Sedap sangat, ni boleh jual ni.” Pujiku mengajuk ayat kegemaran watak Mail di dalam cerita Upin dan Ipin dan melihat Hana tersengih memandangku.

“12.00 tengah hari?” Soal Hana terkejut.

“Yelah, takkan 12.00 tengah malam pula.” Jawabku membuatkan dia menjelingku.

“Tak adalah, biasa you dah panik dah kalau nak keluar dengan Haris. Ni tinggal sejam lebih je nak pukul 12.00 you masih selamba kat sini. Tu yang I hairan.” Jelas Hana membuatkan aku panik. Pantas aku berlari ke ruang tamu, melihat jam di dinding. Benar seperti kata Hana, jam sudah menunjukkan pukul 10.40 pagi.

“Alamak I tak mandi lagi!” Jeritku sambil berlari laju ke arah bilik. Sayup-sayup aku mendengar tawa Hana mengiringi langkahku.

 

********************

“You look so beautiful, baby.” Puji Haris sebaik kami memulakan perjalanan membuatkan senyumanku melebar. Gembira usahaku berdandan tidak sia-sia.

“Thanks. You pun looks extra handsome yourself.” Balasku dan mendengar Haris ketawa kecil. “Kita nak ke mana?” Soalku. Menukar topik sekaligus menghilangkan rona-rona merah di pipiku.

“Kita lunch dulu. Lepas tu baru kita ke next destination” Jawabnya tersenyum.

“Okay. So will you tell me now, kita nak ke mana?” Soalku sambil menoleh padanya.

“It’s a surprise. But I’m sure you will love it.” Jawabnya membuatkan muncungku menunjukkan dirinya. Haris yang menoleh sebentar, ketawa kecil melihat reaksiku.

“You yakin ke you tahu mana tempat yang I suka?” Soalku menduganya.

“Confirm. I tengok you je, I tahu you mesti suka.” Balasnya yakin.

“Okay. Tapi macam mana kalau I tak suka?” Soalku lagi.

“I akan hantarkan kek kegemaran you setiap hari selama seminggu sebagai ganti rugi.” Jawabnya tanpa berfikir panjang.

“Wow, menarik tu. I setuju.” Jawabku laju.

“Tapi kalau you suka, you kena janji buat sesuatu untuk I.” Balasnya sambil tersenyum. Lama aku merenungnya sebelum mengangguk setuju.

“Okay, deal.” Balasku juga tersenyum. Sudah mula membayangkan beberapa jenis kek yang akan menjadi santapanku sepanjang minggu hadapan.

“You macam yakin sangat I tak tahu tempat favorite you.” Komennya.

“Sebab I tak rasa you tahu banyak tentang I.” Ucapku.

“Okay. Kita tengok nanti macam mana.” Balasnya.


                                                                  **********************************

            Selesai menghabiskan makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Aku mengerutkan dahi apabila melihat Haris memandu ke arah The Spring Shopping Mall. Ingin bertanya namun aku enggan menggangu konsentrasinya mencari tempat parking membuatkan soalanku hanya bermain di minda semata. Setelah membuat beberapa pusingan, barulah Haris berjaya menemui tempat parking yang hampir dengan pintu masuk pusat beli belah itu.

“You patut tengok muka you tadi.” Ucapnya sambil ketawa.

“Kenapa?” Soalku sambil tanganku pantas mencapai telefon bimbit. Menjadikannya cermin untuk menilik wajahku. Bimbang mekapku mencair tanpa kusedari. Tawa Haris makin menjadi membuatkan aku tambah hairan.

“There is nothing wrong with your face, baby.” Ucapnya kemudian. “You still look beautiful as always.” Tambahnya membuatkan aku tersipu lagi.

“So?” Soalku.

“You nampak terkejut dan kecewa I masuk parking kat sini.” Terangnya membuatkan aku tersengih sendiri. Tidak menyangka dia sempat melihat perubahan wajahku tadi.

“Sorry. I cuma tak sangka you nak dating kat shopping mall.” Akuiku. “Tapi I okay je.” Janjiku.

“So I take it you tak suka tempat ni?” Duganya.

“Eh tak adalah. I don’t mind temankan you shopping.” Jawabku pantas. “Plus I akan dapat free cake untuk seminggu.” Tambahku mengingatkan Haris tentang janjinya tadi.

“Apa kata you buat keputusan lepas kita keluar dari sini. Kita baru kat entrance ni, mana tahu you ubah fikiran nanti.” Cadang Haris, belum mahu mengalah.

“I hope so too.” Jawabku sambil mengangguk. Ini janji temu kami yang pertama. Aku tidak mahu ia berakhir sebelum ia sempat bermula. Kami melangkah beriringan menuju ke dalam pusat beli belah itu. Aku membiarkan mindaku terbuka untuk sebarang kemungkinan. Berharap janji temu ini akan menjadi permulaan yang baik untuk janji temu kami yang akan datang. Mungkin kerana langkah kakiku lebih pendek berbanding Haris, sesekali aku tertinggal di belakang. Kesimpulan itu aku buat apabila melihat dia menghulurkan tangannya padaku. Teragak-agak aku menyambutnya. Degupan jantungku terasa semakin laju saat jemari kami bertaut. Ini kali pertama aku berpegangan tangan dengannya. Pipiku terasa panas tiba-tiba. Aku memberanikan diri mengangkat wajah dan memandangnya yang sudahpun merenungku dengan pandangan yang sukar kugambarkan itu.

“Jom.” Ujarnya ringkas sambil memimpinku berjalan ke escalator menuju tingkat bawah. Sekali lagi aku mengerutkan dahi apabila dia membawaku masuk ke showroom bertanda Habib Jewels itu. Kedatangan kami disambut oleh seorang jurujual lelaki yang kemas berkemeja putih dan berseluar slack hitam.

“How can I help you sir?” Soalnya kepada Haris.

“We are looking for wedding rings and simple engagement rings.” Jawab Haris mengejutkanku. Langsung tidak menyangka itulah tujuannya membawaku ke sini. Pantas aku memandangnya. Inginkan kepastian dan aku merasakan gengaman tanggannya semakin erat. Menjawab segala persoalan yang ada di mindaku ketika itu.

            Membeli barang kemas bukanlah kepakaranku. Maklumlah semuanya kelihatan cantik sekaligus  membuatkan aku sukar untuk membuat pilihan. Mujur Haris kelihatan sabar melayan karenahku. Setelah hampir dua jam berada di situ barulah kami menemui cincin yang benar-benar sesuai dengan budget dan citarasa kami. Hasilnya, aku keluar dari showroom itu dengan senyuman sampai ke telinga.

“So what do you think of my performance today?” Soalnya sambil menjingkitkan keningnya saat kami sudah berada di dalam kereta.

“I thought you already know.” Komenku sebelum kembali meneliti cincin tunang di jari manisku itu. Senyuman tidak lekang dari bibirku. Gembira, semuanya kelihatan semakin nyata kini.

“Say it, baby.” Usiknya.

“Okay, I mengaku. You menang.” Ucapku dan melihat senyumannya melebar. “I’m so happy today. Thank you for this ring. I love it and I love you.” Akuiku tanpa ragu.

“I love you too, baby.” Balasnya membuatkan lidahku terkelu. Lama aku merenungnya. Risau aku tersalah dengar? Maklumlah, aku sudah lama berharap dia akan membalas perasaanku itu. Jadi tidak mustahil telingaku memilih untuk mendengar hanya apa yang aku ingin dengar. Mujur selepas membiarkan aku hanyut di dalam dilema untuk beberapa ketika, Haris akhirnya mengangguk. Sekaligus menghilangkan segala ragu dihatiku. “So, memandangkan I menang, I nak hadiah.” Tambahnya sambil tersenyum nakal.

“What do you want?” Soalku. Tiada apa yang aku tidak akan lakukan untuk Haris. Lelaki yang sudah sekian lama merajai hatiku. Apatah lagi selepas mendengar ucapan cinta darinya.

“I want a kiss.” Ucapnya dan sekali lagi aku terkelu.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya