Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 4

           Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan aku ditugaskan di marketing department. Banyak pengalaman baru yang aku perolehi. Aku juga berpeluang berkenalan dan belajar perkara baru daripada kakitangan yang ada di situ. Cuma hubungan kerjaku dengan Linda sahaja yang belum menunjukkan sebarang kemungkinan untuk membaik. Ia sekaligus membuatkan aku merasa tidak sabar untuk dipindahkan ke jabatan lain. Agar tidak perlu lagi berhadapan dengannya.  Mujur ada Sara, dialah yang paling banyak membantuku bertahan di situ. Aku juga sudah tidak mengalami masalah untuk bangun awal untuk ke tempat kerja memandangkan sudah terbiasa dengan jadual baru itu. Terkadang aku bangun awal sebelum sempat alarmku berbunyi. Itu satu pencapaian yang baik bagiku. Iyalah suatu ketika dahulu ia sesuatu yang sukar untukku lakukan kerana aku bukanlah orang yang gemar bangun awal. Aku rela menukar sesi kuliah untuk menyesuaikan masa kuliah dengan jadual tidurku. Tapi kini, ia bukan masalah lagi.

“Reia, I got something to tell you.” Ujar Hana mematikan lamunanku. Kami sedang menikmati makan tengah hari ketika itu. Mendengar suara Hana yang serius, membuatkan aku menumpukan sepenuh perhatian padanya. Isaac yang sedari tadi fokus pada nasi goreng kampungnya juga sudah sedia memasang telinga. “Daddy kenalkan I dengan bakal ibu tiri I semalam. They are getting married next week.” Terangnya dan aku hanya mengangguk faham.

“Okay. So..?” Soalku inginkan kepastian.

“I cakap I okay dorang kahwin asalkan dia bagi I pindah duduk luar. I nak pindah ke rumah Mummy. Rumah tu kan dah lama kosong.” Terang Hana.

“So, uncle setuju?” Soalku turut teruja. Masih teringat Hana pernah menyuarakan keinginannya yang sama dulu ketika kami masih di semester kedua namun ditolak mentah-mentah oleh ayahnya.

“Hampir setuju. Dan I perlukan bantuan you untuk buatkan Daddy setuju sepenuhnya.” Jawabnya membuatkan aku mengerutkan kening. “I bagitahu Daddy yang you akan stay dengan I. Jadi dia tak perlu risau I duduk sorang-sorang kat sana. Jadi, sekarang semuanya bergantung pada you. You have to say yes so that I will get my key to the house.” Tambah Hana. “Please Reia. I know you want this too, right?” Pujuknya lagi..

“Hana, I memang nak. Tapi you tahu kan parents I.” Ucapku. Tahu benar Mama dan Papa takkan semudah itu membenarkan aku tinggal berjauhan dari mereka. “Unless…”  

“Unless what?” Soal Hana pantas.

“Unless you help me convince them.” Sahutku.

“I betul-betul perlu yakinkan Daddy.” Ucapnya sambil terdiam sejenak sebelum tersenyum memandang sesuatu atau seseorang di belakangku. “I think I know how to make this work.” Ucap Hana penuh makna.

“What are you girls planning?” Soal Rich yang tiba-tiba muncul dari arah belakangku. Aku tersengih, akhirnya mengerti rancangan Hana. Terlalu fokus pada perbincangan kami tadi membuatkan aku langsung tidak menyedari kehadiran dia dan Haris di situ.

“Rich, you datang tepat pada masanya. What would you say if we told you that you are part of our big plan?” Soal Hana pada Rich yang kelihatan terpinga-pinga namun cepat menarik kerusi dan duduk di sebelahku.

“Sorry girls, I taknak terlibat dalam plan korang.” Putusnya sambil meneliti menu di atas meja.

“Hey, you tak dengar pun lagi kami bincang tentang apa. Dengar dulu baru you buat keputusan. That is part of communication skill bro. You should know that.” Ucapku. Rich membesarkan matanya tanda tidak berpuas hati dengan pernyataanku itu.

“So you think you’re so smart?” Soalnya geram.

“You said so yourself.” Komenku sambil tersengih padanya.

“She got a good point there, bro.” Komen Haris yang sedari tadi hanya memerhati. Tersengih menyaksikan perbalahan kami yang mungkin sudah menjadi kebiasaan baginya.

“Well, talk then. What is this all about?” Soal Rich setelah menyedari bahawa aku tidak akan membiarkan topik itu berlalu. Aku mengangguk pada Hana, membiarkan dia menceritakan agendanya kepada Rich.

“So you nak I yakinkan Mama dan Papa untuk benarkan you tinggal kat luar dengan Hana?” Aku mengangguk pantas. Tersenyum lebar padanya. “Why would I do that for you?” Soalnya membuatkan senyumanku mati.

“Why wouldn’t you? I’m your sister. You love me right?” Soalku bertalu.

“I do, but not as much as I love myself.” Ucapnya selamba.

“You’re so mean.” Ucapku lirih. Sengaja membuatkan dia serba salah. “I tahu dah kenapa you tak nak orang tahu kita ni adik beradik. You don’t love me anymore. You malu ada adik macam I kan?” Soalku dalam nada pilu. Memandangnya dengan pandangan sayu membuatkan dia terdiam sejenak.

“You know that is not the reason right?” Soal Rich lembut. Aku hanya membatukan diri, enggan membalas. Lama dia berdiam sebelum aku mendengar dia mengeluh kecil. “Okay, I akan cuba cakap dengan Mama dan Papa untuk you. Happy now?” Janjinya kemudian membuatkan senyumanku mekar kembali. Aku dan Hana bertepuk tangan mendengar janjinya itu. Mulutnya terkumat-kamit mengucapkan sesuatu yang gagal ditangkap oleh telingaku, namun aku tahu Haris mendengarnya dengan jelas setelah melihat dia ketawa kecil sambil memandangku dengan pandangan tidak percayanya. Aku hanya membalas dengan senyuman manis. Nampaknya teknik memujukku masih berfungsi dengan baik.

“You know, you’re pretty annoying right?” Komen Haris sambil mengeleng kepala memandangku. Mungkin dia tahu taktik manipulasi yang aku gunakan terhadap teman baiknya itu.

“Well thank you Haris, for calling me pretty.” Balasku sambil tersenyum menampak gigi padanya.

“You salah dengar agaknya. I said you’re pretty annoying.” Ulangnya lagi.

“Oh I hear just fine and I choose to hear only the positive word. So thank you, its mean a lot coming from you.” Jawabku sambil tersengih panjang. Maklumlah jarang-jarang Haris mahu berbicara denganku, jadi mana mungkin aku mahu membiarkan kesempatan seperti itu berlalu pergi. Walaupun aku tahu maksud sebenar kata-katanya itu, namun rasanya tidak salah memutar belitkannya untuk mencari topik bualan dengannya. Dia hanya mengeleng mendengar jawapanku.

“Can I move in as well?” Soal Isaac tiba-tiba mematikan keasyikkanku berbual dengan Haris. Terbeliak mataku mendengar pertanyaannya itu.

“You can try. Once you do, I’ll make sure to move you to the hospital permanently.” Ugut Rich. Merah wajahnya menahan marah.

“I can’t believe you have the gut to even ask that.” Komen Haris pula.

“Sabar-sabar. I cuba nasib je tadi. Tak salah bertanya kan? Kata orang, malu bertanya sesat jalan.” Ucap Isaac sambil tersengih dan mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah. Aku dah Hana saling berpandangan dan mengelengkan kepala melihat tindakan Isaac yang seolah mengali kuburnya sendiri itu. Pantas aku menarik baju Isaac, mengajaknya kembali ke pejabat. Jika berlama di situ, bimbang lain pula jadinya nanti. Namun aku segera melepaskan bajunya selepas melihat wajah Rich dan Haris yang kedua-duanya kelihatan menyinga memandang kami. Enggan mereka memikirkan yang bukan-bukan.

“See you at home tonight.” Ucapku pada Rich yang kelihatan tidak gembira itu. Memastikan dia ingat akan janjinya sebentar tadi. “Bye Haris. See you around.” Ucapku pada Haris pula sambil menghantar senyuman colgate padanya. Peluang bertemunya tidak selalu muncul, jadi kesempatan yang ada haruslah digunakan sebaiknya. Tanpa menunggu jawapan balas daripada mereka berdua, laju aku mengatur langkah kembali ke pejabat bersama Hana dan Isaac.

 

************************

 

“Ma, Pa Reia nak cakap sikit boleh?” Soalku sebaik sahaja semua kami sudah duduk menghadap TV di ruang tamu rumah. Seperti yang dijanjikan Rich pulang untuk makan malam bersama kami tadi. Hana yang tahu betapa kritikalnya permintaan kami kali ini juga datang awal petang tadi untuk membantu Mama di dapur. Pandai dia mengambil hati Mama. Senyum sampai ke telinga Mama, apabila Hana membantunya memasak. Sesuatu yang jarang-jarang berlaku. “Kalau Reia nak ikut Hana pindah duduk rumah dia boleh tak?” Soalku. Memandang keduanya silih berganti cuba melihat reaksi mereka.

“Kenapa tiba-tiba ni?” Soal Mama. “Mama tak izinkan.” Tambahnya tanpa berfikir panjang.

“Mama please. Reia rasa dah sampai masanya Reia belajar berdikari. Lagipun Reia kesiankan Hana. Reia nak temankan Hana. Hana nak pindah masuk rumah Mummy dia tapi Daddy dia tak bagi kalau Hana duduk seorang.” Aku mencuba lagi. Mama memandang Hana meminta kepastian.

“Betul Aunty, Daddy buat majlis kahwin next week. Hana tak berapa ngam dengan Aunty Zarina.  Jadi Hana minta izin Daddy untuk duduk rumah lain. Takut berselisih faham dengan Aunty Zarina nanti. Daddy cakap dia izinkan, dengan syarat Hana ada teman. Sebab tu Hana ajak Reia duduk sekali dengan Hana.” Terang Hana panjang lebar. Aku melihat Mama dan Papa yang saling berpandangan sesama sendiri. Namun belum menunjukkan sebarang reaksi positif.

“Boleh yea Ma, Pa.” Rayuku lagi.

“Uncle dan Aunty tak perlu risau. Kawasan perumahan tu selamat. Rumah tu kat Taman Mawar, jaraknya cuma 30 minit sahaja dari sini. Dekat, kalau Aunty dan Uncle nak datang jenguk Reia.” Tambah Hana lagi.

“Dekat juga dengan apartment Rich.” Tambahku cuba memancing Rich agar menjalankan kewajipannya menyakinkan Mama dan Papa untukku.

“Betul Ma. Tak sampai 10 minit jaraknya dari apartment Rich.” Sokong Rich. “Bagi je Ma, biar dia rasa hidup berdikari. Siapkan semuanya sendiri. Mana tahu hilang sikit manjanya nanti.” Tambah Rich membuatkan aku menjelingnya geram.

“Itulah yang Mama risaukan, Takut tak makan dia nanti. Bukan kamu tak tahu adik kamu ni tak reti masuk dapur.” Ungkit Mama.

“Rich pun dulu tak pandai masak. Tapi lepas duduk dengan kawan-kawan sekolej. Rich belajar sikit-sikit dan sekarang Rich dah boleh dah kalau setakat nak tolong Mama potong bawang.” Tambah Rich lagi memancing tawa kecil dari Papa.

“Kalau tentang makan, aunty jangan risau, Hana kan ada. Hana dah biasa masak kat rumah.” Pancing Hana pula.

“Aunty tahu tu. Tapi..” Ucap Mama sambil memandang Papa meminta bantuannya. Mujur Papa tidak ikut menambah dan sekadar menjadi pemerhati.

“Bagi je Ma.  Mana tahu selepas beberapa bulan duduk dengan Hana nanti Reia tiba-tiba boleh jadi chef. Merasa juga kita air tangan dia.” Usik Rich lagi.

“Kamu yang beria sangat ikut sebelahkan Reia ni kenapa?” Soal Mama pada Rich.

“Rich bukannya apa Ma, Rich rasa dah sampai masanya kita bagi peluang Reia merasa hidup sendiri. Dia pun bukannya budak lagi, dah masuk 22 tahun dah pun. Tapi masih gunakan kuasa air mata untuk dapatkan apa dia nak.” Tambahnya dan spontan bibirku terasa memuncung. “Tengok tu, kan Rich dah cakap. Perangai budak-budak lagi tu. Mana tahu kan, kalau dah duduk sendiri nanti Reia boleh jadi lebih matang. Lagi pun kasihan kat Hana. Tak boleh duduk rumah sendiri kalau Reia tak temankan. Mama dan Papa jangan risau, Rich janji akan selalu datang jenguk dia.” Panjang lebar Rich cuba memujuk Mama dan Papa.  

“Bolehlah Pa, please.” Pujukku lagi. Cuba menggunakan kuasa memujukku yang selalunya berjaya. Mama dan Papa saling berpandangan sebelum kedua-dua mengeluh kecil.

“Okay, tapi ada syaratnya.” Putus Papa. Pantas aku mengangguk dan berlari ke arah mereka. Menghadiahkan ciuman di pipi keduanya sebagai tanda terima kasih. Apa pun syaratnya pasti akan kuturuti.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya