Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 14

          Aku dan Hana jalan beriringan memasuki restoran yang dinamakan ‘Lepau’ itu. Restoran yang menyajikan makanan etnik Orang Ulu dan Dayak itu meriah dengan pengunjung seperti kebiasaannya. Aku memerhatikan sekeliling. Cuba mencari kelibat Haris dan Rich, namun gagal. Aku menerima pesanan daripada Haris menerusi WhatsApp ketika kami masih dalam perjalanan tadi. Menurutnya mereka sudah berada di dalam restoran dan sedang menunggu kedatangan kami ketika itu.

“Jom. Abang you dan Haris kat sana.” Ucap Hana sambil menarik tanganku menuju ke arah mereka. Aku melihat senyuman kecil muncul di bibir Haris saat mata kami bertentang, membuatkan jantungku berdetak kencang. Langkahku juga terasa semakin pantas. Seolah berjalan di atas awan. Haris bangun dan menarik kerusi di sebelahnya untukku. Aku tersenyum menghargai tindakannya itu. Aku memandang Rich dan Hana silih berganti. Cuba membaca reaksi mereka. Rich mengangkat kening, namun tidak mengatakan apa-apa. Namun cubitan kecil dari Hana pada lenganku bersama kerutan di dahinya menyakinkan bahawa aku perlu menerangkan semua padanya nanti.

“Lambatnya korang.” Komen Rich. “Oh let me guess. Reia bersiap lama sangat.” Usiknya. Aku menjelingnya geram. Ingin membalas namun aku terpaksa bersabar apabila melihat Haris meletakkan sebelah tangan di dadanya seolah mengurutnya sambil memandangku. Aku beranggapan itu isyaratnya agar aku menahan diri dari membuka mulut. Perlahan-lahan aku melihat dia tersenyum setelah tidak mendengar aku membalas usikan Rich.

“We are just fashionably late, right Reia?” Balas Hana menyelamatkanku. Aku mengangguk pantas sambil tersenyum lebar pada Rich dengan wajah tidak bersalah.

“Fashionably late konon. I dah kebulur tunggu korang tau.” Ucap Rich dengan wajah mencukanya. Aku dan Hana saling berpandangan dan menghadiahkan senyuman lebar untuk membeli hatinya. Rich mencebik namun akhirnya tersenyum. “So nak makan apa malam ni?” Soalnya sambil membuka menu.

“Whatever you want, bro.” Jawab Haris pantas.

“Whatever I want? Well, that’s new.” Komen Rich. “Maksudnya I boleh order tempoyak goreng?” Rich bertanya lagi seolah tidak percaya.

“Yes bro, whatever.” Rich mengerutkan dahi mendengar jawapan Haris. Dia cukup tahu sahabat baiknya itu tidak gemarkan bau durian. Jadi mendengar dia tidak membantah niatnya untuk menjamah tempoyak malam itu adalah sesuatu yang baru baginya. “Korang nak makan apa? Order je.” Soalnya pada aku dan Hana pula.

“I tak tahu kenapa. Tapi I rasa macam you tengah rancang sesuatu ni. You nak rasuah I ke?” Soal Rich sambil mengerutkan dahi. Berfikir sendiri. Apa pun, I takkan cakap tak pada tempoyak.” Tambahnya lagi sebelum mengangkat tangan, memanggil pelayan ke meja kami.

              Aku tidak tahu kenapa Haris memilih restoran ini sebagai tempat untuk menyampaikan berita itu kepada Rich dan Hana. Namun aku tahu ia pasti ada kena mengena dengan Rich. Menurut pemerhatianku Haris kelihatan berusaha mengambil hati Rich dengan membawanya ke restoran kegemarannya. Namun aku tidak mempunyai masalah dengan pilihannya memandangkan aku sendiri juga gemar dengan masakan tradisi masyarakat Dayak. Penuh meja kami dengan pelbagai jenis sajian termasuklah daun ubi tumbuk, ayam pansuh, pucuk midin goreng belacan, siakap 3 rasa, sup terung asam termasuklah tempoyak goreng permintaan Rich. Semuanya cukup menyelerakan ditambah lagi bila dimakan bersama nasi beras perang yang dibalut dalam daun kelupis.

“Bro, thanks for dinner. Rasanya dah lama I tak makan sekenyang ni.” Ucap Rich sambil membelai perutnya. Aku dan Hana mengangguk setuju.

“My pleasure. Glad you guys enjoy it.” Balas Haris sambil tersenyum. “Sebenarnya I ada benda nak discuss dengan you.” Tambahnya selepas beberapa ketika. Nampaknya dia sudah bersedia menyentuh topik utama kami malam ini. Aku membetulkan duduk. Menyediakan diri untuk menghadapi reaksi Hana dan Rich.

“What is it bro? I’m all ears.” Ucap Rich sambil menghirup kopi pekatnya.

“I propose to your sister this morning.” Ucap Haris terus terang. Serentak itu Rich terbatuk kecil seolah tersedak. Hana yang kelihatan tenang tadi turut terlopong memandangku, meminta jawapan. Namun aku terus mendiamkan diri, membiarkan Haris menerangkan semuanya.

“You cakap apa tadi? I tak berapa dengar.” Soal Rich setelah berjaya melepasi rasa terkejutnya.

“I propose to Reia.” Jawab Haris lancar. “I lamar Reia untuk jadi isteri I and she said yes.” Tambahnya lagi. Spontan aku melihat riak terkejut di wajah Hana dan Rich. Mereka saling berpandangan.

“You dengar tak apa I dengar tadi?” Soalnya pada Hana. Aku dah Haris pula saling berbalas pandangan. Bimbang Rich tidak bersetuju seperti yang kami harapkan.

“You can’t be serious bro.” Ucap Rich sambil menghantar pandangan tidak percayanya. “I tahu Reia have a little crush on you. Tapi I tak pernah tahu you ada perasaan yang sama. I never see this coming.” Tambahnya.

“I’m serious man. You juga yang selalu nasihat I untuk cari girlfriend. Now I finally want to do that. Jadi I harap you takkan membantah.” Jelas Haris. Matanya tidak lepas dari memandang Rich, menunjukkan kesungguhannya.

“I tahu, tapi I tak maksudkan dengan adik I.” Balas Rich. “Banyak wanita kat luar sana yang berebut nakkan you. I cuma tak faham kenapa you pilih Reia? You tahu kan kahwin ni bukan benda main-main. Reia ni masih terlalu muda untuk tanggungjawab sebesar itu.” Tambahnya cuba menyampaikan logiknya.

“Kenapa bukan Reia?” Soal Haris pula. “Selepas beberapa tahun, dialah wanita pertama berjaya buat I rasa nak kembali menjadi diri I yang yang dulu. I thought you will understand me bro, nampaknya I salah.” Ucap Haris. Aku merasakan debaran di dadaku mendengar pengakuannya itu. Tidak menyangka rupanya aku sudah berjaya menembusi pintu hatinya.

“Both of you are very important to me, bro. I tak nak hilang salah seorang daripada you bila keadaan tak seindah yang korang bayangkan suatu hari nanti.” Rich cuba menyampaikan nasihatnya.

“I promise you, nothing like that will happen. You know me right?” Janji Haris. Hana menyiku lenganku sambil tersenyum.

“You tak rasa terlalu awal untuk berkahwin ke? Reia tak habis belajar pun lagi. Korang pun baru kenal rapat.” Soal Rich, menduganya.

“So you okay ke kalau I sekadar bercinta dengan adik you. You know how I treat my girl right? You tak rasa lebih baik ke kalau halalkan hubungan kami dulu?” Soal Haris pula membuatkan Rich terdiam. “I have only good intention towards her, bro. Trust me.” Tegasnya lagi.

“She is annoying, manja, tak matang, mudah merajuk, tak pandai masak…” Ucap Rich menyenaraikan sifat-sifatku yang tidak membanggakan membuahkan muncungku. Spontan aku mendengar tawa kecil Hana yang nampaknya seronok mendengar ayat yang keluar dari mulut Rich.

“I know what you’re trying to do. Tapi I bersedia menerima Reia seadanya. I’ve set my eyes on her. Deep inside, I know she’s the one for me.” Tambah Haris membeli hatiku.

“Is this what you want Reia?” Soal Rich sambil matanya redup memandangku.

“More than anything.” Jawabku jujur sambil menghadiahkan renungan yang sering membuatkan dia terpaksa beralah. Dia merenungku lama sebelum perlahan-lahan menganguk kecil sambil tersenyum lembut.

“Then, welcome to the family bro.” Ucap Rich sambil menghulurkan tangannya kepada Haris yang tersenyum menyambutnya. “Maaf kalau I buat you hampir terkencing dalam seluar tadi. I cuma jalankan tanggungjawab I sebagai abang. I nak pastikan niat sebenar you. Kalau you nak tahu, I sebenarnya gembira adik I akan dijaga oleh lelaki yang baik dan bertanggungjawab seperti you. I’m glad you saw something in her.” Tambah Rich membuatkan aku tersenyum. Gembira dia tidak membantah sebaliknya bersetuju dengan pilihanku. “Tapi I nak ingatkan you, adik I ni banyak perangai pelik-pelik. So you kena banyak bersabar.” Sambungnya dan disambut tawa kecil Haris dan Hana.

“Richhhhhh…” Celahku geram. Tahu benar dia sengaja mengusikku. Namun perasaan geramku perlahan-lahan menghilang apabila aku merasakan Haris mengelus lembut telapak tanganku. Membuatkan aku hanyut seketika.

“Thanks bro.” Ucap Haris.

“No problem. But our parent is another story.” Rich mengingatkan.

“I harap you dan Hana boleh tolong yakinkan mereka bagi pihak I.” Pinta Haris sambil memandang kedua mereka silih berganti.

“Boleh je. I can be a little persuasive sometime.” Komen Hana.

“I bet. Sebab you dengan Reia almost have the same trait.” Usik Rich.

“That is a compliment I guess.” Celahku sambil menjelir lidah padanya.

“Hey, you’re supposed to be nice with me. Jangan lupa you perlukan I untuk yakinkan Mama dan Papa.” Ugut Rich. Aku mendengus mendengarnya.

“Be nice, baby.” Bisik Haris perlahan. Jantungku bagaikan hendak gugur mendengar ayatnya itu. Ini rasanya kali pertama dia menggucapkan perkataan ‘baby’ dengan gaya bahasa yang menggambarkan ianya adalah panggilan istimewanya untukku. Bukannya mengusik perangaiku yang dianggapnya kebudak-budakkan seperti kebiasaannya. Dan aku tidak mahu berbohong, aku amat menyukainya.

“Oh god, I think you’re good for her.” Komen Rich dan aku mengandaikan dia berkata begitu setelah melihat interaksi ringkas aku dan Haris sebentar tadi. “Whatever you do just now, keep doing it. I boleh nampak adik I dah mula ada ciri-ciri kewanitaan. Biasanya dia dah buat muka dah kalau I tegur.” Usik Rich lagi belum puas menyakatku dan secara automatik aku menjegilkan biji mata padanya. “I komen terlalu awal nampaknya.” Tambahnya lagi disambut tawa kecil Haris dan Hana. Aku tidak membalas memandangkan hatiku sedang gembira ketika itu.

 

*************************

            Selesai menyempurnakan rutin malamku, aku memulas tombol pintu bilik air. Bersedia kembali ke bilik dan membawa semua rasa gembira yang kurasai sepanjang hari ini menemaniku ke alam mimpi. Namun kelibat Hana yang sedang leka menyusun bantalnya di atas tilam menyedarkan aku bahawa itu tidak akan berlaku seawal yang kujangkakan. Aku bercekak pinggang melihat dia sedang mencari posisi yang selesa untuk menempatkan dirinya..

“Don’t act surprise. You have a lot of explaining to do.” Ucapnya. “Luckily we have all night.” Tambahnya.

“What do you want to know?” Soalku sambil berbaring di sisinya. Memandang siling bilikku yang berwarna pink lembut itu. Tersenyum sendiri.

“Everything. Every single details.” Tegas Hana. Dan aku tidak membuang masa, menceritakan kembali bagaimana perbualan santai aku dan Haris bermula sehinggalah membawa kepada lamaran mengejutnya. Mengingat kembali detik-detik itu menyemarakkan lagi rasa bahagia yang kurasai ketika ini.

“That’s so… not romantic.” Komen Hana sambil ketawa setelah aku menghabiskan ceritaku.

“It’s far from romantic. Tapi I tak kisah, yang penting Haris akan jadi milik I akhirnya.” Tegasku.

“I’m happy for you Reia. Tapi you tak rasa, you masih terlalu muda untuk kahwin ke? Don’t get me wrong, I cuma risau. Korang tak bercinta pun, tup-tup dah nak kahwin.” Soal Hana lagi.

“Kata orang, bercinta selepas kahwin lebih manis. I hope it’s true. Lagipun, you tahu kan I tak pernah buka hati I untuk sesiapa selain Haris. Dia sentiasa menjadi pilihan pertama I. I sebenarnya dah berputus asa dan mula terima hakikat yang Haris tak pernah nampak I lebih daripada adik kepada sahabat baiknya. Tapi pada hari yang sama terfikir untuk berhenti berharap padanya, dia lamar I. He propose to me. He want me to be his wife. I will never say no to that. I’m beyond happy.” Panjang lebar aku menyampaikan isi hatiku.

“I trust you know what you getting yourself into. Jadiakan sokong you.” Ucap Hana dan aku mengangguk. Bunyi notifikasi pesanan ringkas di telefonku mematikan perbualan kami. Pantas aku mengapai dan membacanya.

Haris-da-bosz: Sweet dream, baby. 11.35pm

“Wow, ‘baby’.. so sweet.” Usik Hana yang turut membaca pesanan itu bersamaku. Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirku aku membalas.

Reia: Good night my future husband. 11.36pm

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya