Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 17

            Minggu terakhir bertugas sebagai PA Haris tidaklah sesibuk minggu-minggu sebelum ini. Memandangkan jawatan itu akan kosong bermula minggu hadapan, maka Haris meminta aku untuk menyediakan fail penyerahan tugas yang akan digunakan sebagai rujukan oleh PA barunya nanti. Itu telah berjaya aku selesaikan dua hari yang lepas. Realiti bahawa aku akan kembali menjadi seorang pelajar terasa semakin nyata apabila aku terpaksa mula melengkapkan laporan praktikumku. Jika aku bukan seorang yang suka bertangguh, tugasan membuat laporan ini tidaklah sesukar mana. Namun tabiat menyiapkan tugasan di saat akhir memang sudah sebati dalam diri. Maka, terpaksalah aku bermula di muka surat pertama pada minggu terakhir ini.

           Mujur dalam kemalasanku menulis laporan setiap hari seperti yang sepatutnya, masih terselit juga keinginanku untuk menulis nota sampingan sebagai rujukan. Jadi tidaklah aku terkial-kial mencari idea. Pihak syarikat juga turut memberikan kelonggaran kepada kami di minggu akhir ini. Hasilnya aku dan Hana boleh duduk semeja menyiapkan laporan kami bersama-sama.

“You dah sampai mana?” Soal Hana. “Mata I dah penat ni, dari pagi menghadap laptop.” Rengeknya.

“Sikit je lagi. Esok last day, dah boleh relax dah.” Balasku, gembira dengan pencapaianku. “Kalau you dah penat, tutuplah dulu balik rumah nanti sambung lagi.” Cadangku padanya.

“Tak naklah. Ni kan office work, so kena siapkan kat office. Kalau homework barulah buat kat rumah.” Ujar Hana menyuarakan logiknya. “Kenapa you punya boleh tinggal sikit je? I punya banyak lagi.” Soalnya tidak puas hati.

Trylah dating dengan bos. Haris banyak bagi I input untuk siapkan report ni tau.” Usikku membuatkan dia menghadiahkan jelingannya. Tidak gembira dengan cadanganku itu. Mana mungkin dia mahu menjalin hubungan istimewa dengan bosnya, Encik Malik yang sebaya daddynya itu.

“You ni kan, saja je nak buat I cemburu. I taulah you tengah bahagia sekarang ni.” Ujar Hana tidak gembira.

“Sorry, not my intention. Apa kata you cuba siapkan dulu, nanti I punya dah settle I tolong check report you. Okay?” Janjiku dan melihat dia tersenyum.

“So how thing with Haris?” Soal Hana.

“Good.” Jawabku sambil tersenyum dan pada masa yang sama aku melihat namanya tertera pada telefon bimbit yang aku setkan dalam mode silent itu. “Panjang umur dia. Kejap yea.” Ujarku pada Hana dan menekan punat jawab.

“Where are you? You lupa tinggalkan fail projek Diamond yang I minta pagi tadi.” Soalnya serius.

“Hello to you too.” Balasku sinis. Tidak gembira mendengar nadanya yang tidak mesra itu. “I dah letak semua yang you perlukan dekat meja I. Apa kata you check sekarang.” Arahku, sambil cuba bersabar.

“Yes, I dah jumpa.” Lapornya selepas beberapa ketika. Aku membulatkan mataku mendengarnya. “Thanks baby. I hope you did not roll your eyes just now.” Tambahnya membuatkan aku membulatkan mataku sekali lagi. “You did”, didn’t you?” Soalnya apabila tidak mendengar jawapanku sambil ketawa kecil. “Anyway, thanks baby. I tak tahu apa I buat kalau tak ada you.” Ucapnya mengembalikan senyumku.

“Do you want to find out?” Dugaku namun tidak mendengar jawapannya.

“Will you be here anytime soon, I miss you already?” Akuinya membuahkan senyumku.

“I miss you too. Nanti tengok macam mana okay. Talk to you later, sayang. Love you. Bye.” Ucapku dan terus mematikan panggilan itu.

“So sweet. Korang buat I rasa tak sabar nak ada boyfriend.” Ucap Hana sebaik sahaja aku meletakkan telefon bimbitku kembali di atas meja. “So Haris dah balas ucapan cinta you?” Soal Hana ingin tahu.

“Tak. Mungkin bukan dalam masa terdekat ni. Tapi I yakin dia memang nak bersama dengan I. Bagi I, itu pun dah cukup. Lagipun ucapkan pada dia, sebab itu apa yang rasa. Sebab tu I cepat putuskan talian. I tak nak dia rasa yang dia kena respond. I harap suatu hari nanti bila dia dah yakin dengan perasaannya, dia takkan rasa terpaksa untuk membalas.” Jelasku dan melihat Hana mengangguk.

Kuat betul cinta you pada dia kan.” Komen Hana. Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk kecil. Berharap Haris tidak akan mengambil masa yang lama untuk membalas cintaku. Aku ingat lagi malam aku meluahkan kata cintaku padanya. Dia hanya berdiam dan tidak membalas seolah ayat itu terlalu asing. Mujurlah kami tiba di rumah keluargaku beberapa minit kemudian. Jadi aku tidak berada dalam situasi yang kekok untuk tempoh yang terlalu lama. Jujur, memang aku rasa sedih dan terkilan. Namun bila mengenangkan kembali segala tindakan baik dan romantiknya terhadapku selama ini, semangatku kembali muncul. Pesanannya yang berbunyi ‘Thinking of you baby. Sweet dream’ sebelum aku melelapkan mata malam itu turut menyakinkan aku yang hubungan kami masih okay. Disebabkan itu aku membuat misi baru untuk sentiasa mengucapkan kata-kata itu agar dia tahu perasaanku tulus padanya.

            Seperti yang diharapkan, laporan praktikum kami selesai juga sebelum habis waktu kerja. Bahkan laporan Hana turut sempat aku semak seperti yang telah aku janjikan. Membuat tugasan last minute memang cukup mencabar namun untungnya idea sering datang mencurah ketika itu. Mungkin kerana walau apapun alasannya, tugasan itu perlu disiapkan. Maka otak akan bekerja lebih keras untuk memastikan itu berlaku. Aku pasti itulah antara sebab kebanyakkan pelajar tidak kisah menyiapkan tugasan mereka di saat akhir.

 

*******************************

           Keesokkan harinya, aku, Hana dan Isaac sekali lagi berkumpul di bilik mesyuarat. Kami masing-masing dijadualkan mengikuti sesi persidangan video menerusi google meet bersama pensyarah program masing-masing untuk membincangkan tentang sesi praktikum dan hal-hal berkaitan. Sekitar pukul 2.00 petang barulah kami kembali ke pejabat masing-masing untuk menghabiskan jam kerja. Setibanya di pejabat, aku disambut oleh wajah-wajah ceria kakitangan disitu. Rupanya tanpa pengetahuanku, Haris dan anak-anak buahnya telah menyediakan jamuan perpisahan untukku. Mendengar ucapan daripada setiap rakan sekerjaku, benar-benar membuatkanku terharu. Mujur makanan yang terhidang cukup menyelerakan maka ia sekaligus membataskan naluriku untuk menitiskan air mata seperti kebiasaannya. Lagi pun aku tahu aku masih berpeluang bertemu dengan mereka lagi nanti.

“Sekejap je masa berlalu kan? Next week you tak ada kat sini dah.” Ucap Azlan setelah berhenti mengunyah satay ayam di dalam mulutnya.

“Kan. I’m going to miss your face.” Akuiku membuatkan Azlan tersengih.

“I’m going to miss you too. Awaklah pendengar gosip saya yang paling setia. Tapi saya tahu siapa akan lebih rindukan awak.” Ujarnya membuatkan aku mengerutkan dahi.

“Siapa?” Soalku.

“Bos.” Jawabnya pantas. “Tengok tu, I baru cakap dengan you sekejap dia dah jeling semacam.” Ujar Azlan membuatkan aku mengalihkan pandanganku pada Haris. Benar seperti kata Azlan, Haris sedang menghalakan pandangannya pada kami. Segera aku menghadiahkan senyuman colgateku padanya dan melihat dia tersenyum kecil dan kembali menikmati makanan di pinggannya. “Korang ada apa-apa ke?” Soalnya lagi.

“Maybe.” Jawabku sengaja membuatkan dia tertanya-tanya.

“Maybe? Itu bukan jawapan, Reia.” Komen Azlan geram. Aku ketawa kecil melihat tingkahnya itu. “Apa yang saya nampak, awak sesuai dengan bos. Selepas kehadiran awak, bos lebih mudah didekati. Mungkin bos berubah sebab awak.” Tambahnya membuatkan aku tersenyum nipis.

“You think so?” Soalku tidak menyangka dia perasan perubahan Haris itu. “Apapun, saya tengah bagi awak ruang untuk buat spekulasi ni. Tapi awak speculate sorang-sorang tau. Jangan bergosip pula.” Pesanku sambil tersengih padanya.

“Tak seronoklah awak ni.” Putusnya tidak gembira, membuatkan aku ketawa. “Saya sebenarnya ada hadiah untuk awak, tapi tak jadilah.” Ucapnya buat-buat merajuk.

“You are so funny Azlan. I’m going to miss you. Tapi siapa tahu kan, maybe I datang melawat you sekali sekala nanti.” Ucapku cuba memberikan hint padanya.

“I like that. Tak jadilah nak merajuk. Tunggu kejap ok, saya ambilkan hadiah awak.” Ucapnya sebelum beredar dan kembali bersama hadiahnya. “For you.” Ujarnya sambil menghulurkan bungkusan itu kepadaku.

“Apa ni?” Soalku sambil mengoncang-goncangkan bungkusan kecil itu.

“Bukalah.” Gesanya. Pantas aku mengoyak bahagian atas balutan hadiah itu dan melihat pek pen jenama Faber Castell di dalamnya. “I hadiahkan you pen pelbagai warna. I takut you tak tahu ada pen warna lain dalam Negara ni.” Terangnya membuatkan aku ketawa besar.

“Thank you Azlan.” Ucapku terharu dengan ingatannya.

“Sama-sama. Sekarang pergi main jauh-jauh. I belum bersedia untuk dipecat.” Selorohnya atau mungkin juga tidak tahan lagi melihat jelingan Haris padanya.

“Saya rasa awak ada hubungan ‘love hate’ dengan bos. Apa kata saya cadangkan awak jadi PA baru bos. Awak nak tak?” Soalku serius.

“Apa salahnya.” Jawabnya sambil tersengih. Mungkin beranggapan aku main-main. Selepas Azlan beredar, aku mengambil peluang beramah mesra dengan kakitangan lain. Sekitar pukul 4.30 petang barulah jamuan perpisahan itu berakhir. Haris memberikan kebenaran kepada semua kakitangannya untuk pulang awal hari itu selepas aktiviti mengemas semula pejabat berakhir. Aku duduk di kerusi kerjaku, memerhatikan pejabat yang menjadi ruang kerjaku selama hampir lima bulan itu. Menyimpannya ke dalam memori.

“You tahu yang you masih boleh datang sini ni bila-bila you nak, kan?” Soal Haris tiba-tiba, mematikan lamunanku.

“I know, tapi bukan sebagai PA you.” Balasku sambil memuncungkan bibir. Membayangkan PA baru Haris yang cantik bergaya, cuba menggodanya.

“I rasa I tahu apa you fikir.” Ulas Haris sambil tersengih.

“What?” Soalku.

“You fikir akan terpikat dengan PA baru I.” Duganya mengejutkanku.

“How did you know that?” Soalku tidak percaya.

“I boleh baca fikiran you.” Usiknya sambil ketawa. “Nothing like that will happen, baby. Trust me.” Janjinya.

“Kenapa tak? You lamar I, PA you ni.” Ucapku cuba mengingatkannya.

“You lain. You are special. You are the first and only PA I’m going to fall for. Lagipun you akan jadi PA I untuk selamanya. You tak rasa ke itu lebih baik?” Pujuknya lagi membuatkan aku tersenyum.

“I suka bila you cakap macam tu.” Akuiku sambil tersenyum padanya.

“Lagipun minta Rich buka jawatan tu untuk lelaki dan wanita. Siapa tahu mungkin PA baru I nanti seorang lelaki.” Ceritanya membuatkan aku tersenyum. Sedikit lega. “I tak nak you serabutkan fikiran you tentang ni, okay.” Tambahnya lagi.

“Betul ke?” Soalku dan melihat dia mengangguk. “Apa kata you minta Azlan jadi PA you. Dia ada potensi tau.” Cadangku.

“Azlan lagi. You ada apa-apa ke dengan dia ni?” Soalnya serius.

“Oh God, sayang. I suka Azlan sebagai kawan. Dia tu lucu tau. You nak tahu tak apa dia hadiahkan I tadi?” Soalku dan melihat Haris mengangguk. Cepat aku mengeluarkan bungkusan hadiah itu dari beg dan kusuakan padanya. “Dia hadiahkan I pen pelbagai warna sebab nak I tahu ada pen warna lain selain pink. He’s so funny. Just like you.” Komenku.

“I’m not funny, okay.” Balasnya.

“Tapi you selalu buat I ketawa.” Aku mengingatkannya.

“That’s because you ingat ketegasan I ni sesuatu yang lucu.” Jawabnya.

“Whatever. I still think you are funny.” Ucapku dan melihat dia mengeleng-gelengkan kepalanya.

“You want me to send you home?” Soalnya sambil memandang jam tangannya membuatkan aku turut melakukan yang sama.

“Alamak dah pukul 5 lebih. Mesti Hana dah lama tunggu.” Ucapku dan segera mengangkat beg sandangku. “Kalau dia marah I, I akan jual nama you.” Ugutku.

“You are so childish.” Komennya dan mendapat senyuman colgate dariku.

“Yet, you propose to me.” Balasku sambil tersengih padanya. “Got to go. Bye sayang. Love you.” Ucapku sebelum berlalu pergi secepatnya. Tidak mahu Hana merajuk jika dibiarkan menunggu terlalu lama. Mujur sesampainya aku ke kereta, kelibat Hana masih belum juga kelihatan. Hampir sepuluh minit aku menunggunya barulah dia muncul bersama kotak barang peribadinya. Jadi akulah yang berpeluang untuk membebel padanya tentang pentingnya menepati masa. Sekali sekala bertukar tugasan itu dengannya, seronok juga.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya