Home Novel Cinta SETULUS CINTAMU MELISSA
Bab 53

Ramai berkumpul di rumah Fariz petang itu. Kebanyakannya adalah adik beradik dan juga rakan-rakan terdekat Fariz. 

"Alhamdulillah Riz kau dah sembuh. Akak bersyukur sangat-sangat. Kesian Lisa dan anak-anak masa kau sakit."

"Alhamdulillah kak, ini berkat doa semua. Terima kasih ya."

"Bila cadang nak masuk kerja semula?"

Abang ipar Fariz pula mengajukan soalan. Masing-masing teruja melihat Fariz sudah mampu tersenyum dan bergurau senda dengan anak-anaknya, Firash dan Farah. 

"Dalam 2 hari lagi. Malam ni nak mula belek buku semula. Risau kalau-kalau otak ni dah berkarat je," ujar Fariz sambil ketawa kecil.

"Insyaallah, banyakkan berdoa. Solat jangan tinggal dah. Mohon pertolongan daripada Allah."

Rizal jiran sebelah rumah pula menyampuk. Rizal dan isterinya juga banyak membantu Melissa semasa Fariz sakit. 

"Tak sabar nak tunggu kau masuk kerja semula." 

Hadi pula bersuara. Fariz senyum manis. Dia ingat lagi, Hadi dan Arif adalah rakan baiknya di tempat kerja. Rakan yang selalu makan bersama atau sesekali bersukan bersama di sebelah petang.

"Kau ingat lagi Syed?"

Melissa yang sedang menghidangkan air kepada tetamu tidak jauh dari situ tergamam seketika mendengar nama yang disebut Arif.

"Kenapa dengan dia?" 

Fariz bertanya. Seingatnya lelaki yang bernama Syed itu tidaklah rapat mana dengannya. Kadang-kala suka pula mencari pasal dengannya. 

"Aku ajak dia datang. Dia kata tak dapat datang, ada hal mustahak nak settle kan. Dia kirim salam pada kau."

"Ooo..waalaikumussalam..dia ada melawat aku ke masa aku sakit?"

"Ada sekali tu ramai-ramai dengan kami. Selebihnya kami tak tahu lah kalau dia ada datang. Mungkin isteri kau lebih tahu."

Fariz mengangguk kepalanya. Matanya menjeling Melissa yang berada tidak jauh darinya. Melissa buat-buat tidak tahu sahaja. 

           *************************************

"Sayang, masa abang sakit, Syed Fazli selalu datang rumah melawat abang ke?"

Melissa terdiam seketika. Tidak tahu jawapan yang harus diberikan. Haruskah dia jujur dengan suaminya itu?

"Tak adalah selalu sangat bang..kenapa ya?"

"Abang rasa macam...macam selalu nampak wajah dia masa abang sakit tu. Sayang tolong berterus-terang dengan abang boleh? Tak baik menipu suami sendiri.."

Melissa meneguk liur. Tekaknya terasa perit. Kalau suaminya tahu bahawa disebabkan Syed Fazli lah dahi dan kepalanya benjol dan masih berbalut, apakah reaksi suaminya nanti?

"Tak selalu pun bang. Tapi betul abang tak ingat apa yang terjadi masa abang hilang ingatan tu?"

"Bukanlah tak ingat langsung. Ada juga yang abang ingat. Tapi abang macam tak sure realiti ke fantasi."

"Tak apalah bang, sayang rasa, abang lupakan lah yang dah terjadi tu. Kita fokus kepada yang sekarang dan yang akan datang. Boleh bang?"

Melissa mengusap lembut tangan suaminya. Dia berasa lega apabila suaminya membalas dengan mengusap tangannya kembali.

"Mesti teruk layanan abang pada sayang kan. Yelah mereka tadi kata abang tak kenal sayang dan anak-anak..."

"Mula-mula je teruk. Lama-lama abang makin okey."

"Oh, ya! Kenapa dengan kepala abang ni sayang? Ni berbalut sebab kemalangan ke? Tapi katanya dah 5 bulan kemalangan tu berlaku."

"Oh, ni! Ni...abang..abang terhantuk dekat pintu bilik air..lepas tu abang pengsan, sayang bawaklah abang ke hospital.."

"Maaf abang, sayang terpaksa menipu untuk kebaikan semua pihak."

Hati Melissa berkata-kata. Kalau boleh, Melissa tidak mahu suaminya itu membenci rakannya sendiri hanya kerana dirinya. Macam tak layak pula dirinya direbutkan, bukannya lawa pun, fikir Melissa lagi. 



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.