Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
129,939
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

"Awak tengah buat apa?"

Suatu pagi Melissa menghubungi Fariz. Ketika itu, sudah masuk bulan ketiga dia berada di Johor.

"Tengah masak kat rumah ni."

"Oo..rajin awak masak ek. Mesti dah expert bab-bab memasak ni kan. Semua awak pandai kan. Belajar pun pandai, agama okey, pandai masak pula tu. Untung bakal isteri awak," puji Melissa ikhlas. Kalaulah dia insan yang beruntung itu...

"Awak selalu masak tak kat rumah sewa awak tu?" 

"Setiap hari masak. Tapi saya bersama kakak sayalah. Masak yang ringkas-ringkas je sebab kami datang sini nak cari duit kan. Makan pun berjimatlah," beritahu Melissa jujur.

"Saya bukan apa, kalau saya dah mula belajar masak dari sekarang, kalau dah kahwin nanti, senanglah. Sekarang ni saya baru bertunang, jadi lepas habis belajar nanti saya terus kahwin."

Dupp..apa yang Fariz bebelkan ni? Dia dah bertunang? Bila? Kenapa sekarang dia beritahu? Dada Melissa terasa mahu pecah. Namun mungkin Fariz sedang bergurau.

"Awak bergurau kan. Bila masa pulak awak bertunang? Kenapa saya tak tahu?"

"Baru minggu lepas. Saya tak ajak kawan-kawan pun. Ahli keluarga je. Lepas habis belajar nanti kami kawinlah," ujar Fariz lagi dalam nada riang. 

Cerianya Fariz menuturkan tentang itu tanpa mengetahui betapa remuk dan hancurnya hati Melissa!

Berita itu terasa seperti bom yang telah meranapkan seluruh jiwa dan semangat Melissa. Melissa terus memutuskan talian tanpa sempat mengucapkan apa-apa kepada Fariz. Sesungguhnya hati Melissa ketika itu benar-benar terluka. 

Benarkah? Macam tak percaya. Selama ini bukankah Fariz mengatakan bahawa hanya Melissa satu-satunya perempuan yang rapat dengannya. Alih-alih dia bertunang dengan orang lain.

Mungkin juga perempuan itu pilihan keluarganya, teka Melissa lagi. Walau apa sekalipun, Fariz sudah menjadi milik orang lain dan tiada sebab mengapa Melissa perlu terus menunggunya. 

Mulai hari ini, detik dan saat ini, Melissa akan lepaskan Fariz pergi walau tanpa relanya. Fariz telah mencalarkan hati dan cinta yang disediakan hanya untuk dia. Kejamnya kau, Fariz! Tergamak kau! 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee