Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
129,956
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Hubungan Melissa dan Fariz tidak pernah disulami dengan ungkapan cinta. Tiada siapa pernah ucapkan cinta. Namun, cinta datang sendiri dalam hati Melissa. Setiap ketika Melissa mahu memandang wajah Fariz. Setiap detik Melissa merindukan jejaka bernama Fariz itu.

Namun..mengapa Fariz seolah-olah sengaja bermain tarik tali dengannya? Tidak mengertikah Fariz dengan perasaan Melisssa? Butakah Fariz dalam menilai sikap dan perhatian Melissa terhadapnya selama ini? Berhari-hari Fariz tidak dapat dihubungi. Telefon bimbitnya seolah-olah dimatikan. Ke mana Fariz? 

Setiap saat tanpa senda gurau Fariz terasa begitu menyiksakan. Setiap minit tanpa suara Fariz terasa begitu menyakitkan. Setiap jam tanpa wajah Fariz terasa seperti bilah-bilah sembilu menusuk ke hati Melissa. Hebatnya penangan Fariz, cinta pertama Melissa. Tidak pernah seumur hidup Melissa merindui seorang lelaki sebegini kronik selain rindu terhadap Fariz. Ke mana Fariz? Adakah sesuatu yang buruk terjadi kepadanya? Pelbagai persoalan menerjah benak Melissa.

Akhirnya malam Isnin, Fariz dapat dihubungi. Mendengar suara Fariz yang serak dan lemah, Melissa menjadi tak tentu hala. Berhati-hati dia menyusun bicara agar Fariz sudi untuk bercerita.

"Awak okey ke Fariz?"

"Okey..." 

Sayu sahaja kedengaran suara itu. Pertama kali selama mengenali Fariz, suaranya kedengaran begitu hiba.

"Tapi, awak macam tak ceria je. Tak macam yang saya kenal sebelum ni. Kalau awak nak cerita, saya sudi dengar. Mana tahu boleh ringankan tekanan awak," pujuk Melissa.

 Walaupun sedar tidak mempunyai kemahiran memujuk orang, tetapi demi lelaki bernama Fariz, dia akan cuba sedaya upaya.

"Terima kasih kerana prihatin tentang saya. Saya tak nak bebankan awak dengan masalah saya." 

Suara Fariz kedengaran tersekat-sekat. Talian yang kurang jelas atau dia menangis?

"Fariz..awak kawan saya kan. Saya tak sanggup tengok awak tanggung duka seorang. Demi awak, saya sanggup tanggung beban awak tu. Kalau mampu saya tolong, saya akan tolong. Tapi, tolonglah cerita. Saya tak sanggup dan tak sampai hati dengar awak sedih. Saya agak ada perkara yang tak berapa bagus terjadi kan." 

Melissa terus-terusan memujuk Fariz supaya bercerita.

"Sebenarnya, minggu lepas saya balik Kota Tinggi. Kakak sulung saya meninggal, Lisa.."

Melissa berjaya memujuk Fariz agar bercerita namun berita yang disampaikan betul-betul memeranjatkannya. Seketika Melissa terdiam sambil menghadiahkan Al-Fatihah untuk arwah. Patutlah, Fariz sedih. Kalau Melissa pun diuji sedemikian, entahlah bagaimana lah agaknya

"Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman." 

"Arwah kakak saya meninggal sebab heart attack, Lisa." 

Suara Fariz sudah semakin tenang. Melissa mengucapkan syukur di dalam hati.

"Dia masih muda. Baru 34 tahun. Saya sedih sangat tapi saya redha. Saya yang tolong angkat jenazah arwah dan sama-sama turun ke liang lahad untuk mengebumikan arwah. Sebab tu, saya terasa badan lemah sikit. Mungkin kena badi mayat kot," cerita Fariz lagi.

"Mungkin juga. Fariz....awak kena kuat. Saya tahu awak sedih tapi kita yang hidup ni, kena teruskan hidup ni kan. Saya tahu awak boleh.."

Melissa cuba meniupkan kata-kata semangat kepadanya. Kalaulah dia ada didepan mataku kini, mungkin aku akan memeluknya sambil menenangkan hatinya..suara nakal muncul dalam hati Melissa. Sempat lagi..haha..

Weh, gila! Kau ingat ini cerita Korea ke? Sikit-sikit peluk, sikit-sikit peluk. Kau jangan jadi gila Lisa! Suara yang datang dari dalam hati mengingatkan Melissa agar tidak terpengaruh dengan cerita Korea yang selalu ditontonnya.

"Awak dah okey ke Fariz? Kalau tak, saya nak 'peluk' awak ni. Be strong!.

Melissa mengusik dalam usahanya cuba menyuntik semangat Fariz. Kedengaran Fariz ketawa kecil. Hati Melissa lega. Fariz is back!

"Terima kasih kerana 'peluk' saya. Saya rasa dah okey sikit. Thanks, Lisa sudi kongsi kesedihan dengan saya."

"Saya kan penawar hati awak. Buah hati awak. Dan apa-apa jelah yang sewaktu dengannya. Jadi, kalau awak sedih, saya turut sedih. Begitulah sebaliknya. Jika kau senyum ku gembira, jika kau sedih kumenangis..."

Melissa menyanyikan dua baris lagu nyanyian Ezad Exist.

"Awak rindu saya ke Lisa?"

"Siang malam saya rindu awak Fariz. Awak je yang tak rindu saya." 

Melissa pura-pura sedih. Dalam hati, memang sedih pun sebenarnya!

"Saya tahu Lisa. Cuma saya busy dengan hal tersebut dan saya balik tergesa-gesa lepas dapat call dari mak saya. Sorry ya.."

"Tak apa, Fariz. Saya faham. Okey lah, saya ada keje sikit nak buat. Lagipun, saya rasa awak pun nak berehat kan. Jadi, saya stop di sini. Assalamualaikum..jangan lupa..saya sayang awak..selalu.."



Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee