Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
129,662
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

"Lisa, nak tengok awak punya matrix card boleh?"

Hari itu mereka dating di kedai makan berhampiran dorm Melissa. Itu sahaja kedai makan yang dibuka pada hujung minggu. Apa boleh buat walaupun dah bosan tahap 'gaban'.

Sebenarnya bukanlah dating pun, Fariz kononnya mahu membalas budi baik Melissa yang sudi membantunya mencari maklumat-maklumat penting di Pusat Komputer KUTKM. Melissa yang sebenarnya perlu menyiapkan tugasan, terus bersetuju dengan permintaannya.

Tak apa, malam nanti Melissa akan bersengkang mata menyiapkan tugasan itu. Yang penting, masa bersama Fariz harus dimanfaatkan sebaiknya. Bukannya selalu dapat menghabiskan masa bersamanya. Saat berada bersebelahan dengan Fariz dalam Pusat Komputer, darah terasa menyerbu ke mukanya tatkala sesekali bahu mereka berlanggaran. Mengingatkan kejadian itu, Melissa senyum sendiri.

"Comel betul awak dalam matrix card ni," komen Fariz.

Namun apabila perasan tiada reaksi dari Melissa, dia mengangkat kepala memandang gadis itu. Entah ke manalah dah terbang perempuan ni," bisiknya sambil menggeleng kepala.

"Cik Nur Melissa. Are you with me?" 

Fariz menggoyang-goyangkan matrix card milik Melissa. Seolah baru tersedar dari lena, Melissa termalu sendiri. Melissa memang gemar berangan semenjak Fariz hadir dalam hidupnya.

"Awak cakap apa tadi Fariz? Sorry ya saya termengelamun sikit," tutur Melissa perlahan. 

Namun perbualan mereka terhenti seketika tatkala pelayan datang mengambil pesanan.

"Nak makan Rojak tak?," tanya Fariz.

"Tak nak lah. Saya tak berapa gemar. Saya nak minum je." 

Memang Melissa kurang menggemari segala jenis Rojak. Entahlah kenapa. Mungkin tak biasa kot.

"Okey..satu Rojak Mee, dua Teh-O-Ais bang." 

Pelayan berlalu dari meja mereka.

"Lisa, thanks tolong saya tadi. Tapi rugilah video tu tak boleh nak download. Kalau tak, mesti meletup presentation saya nanti." 

Fariz masih memegang matrix card Melissa. Entah apalah yang berada dalam fikirannya. Dia tak mahu ke pulangkan harta berhargaku itu, tanya Melissa dalam hati.

"Lisa, saya ni kacak sangat ke?"

"Soalan apakah ini? Perasan lebih kan awak ni..."

"Yelah, dari tadi awak tilik je muka saya ni. Malu tau saya, Lisa!"

Melissa senyum lebar. Memang awak kacak pun sebenarnya!

"Lisa, kita tukar matrix card nak tak? Seminggu je. Lepas tu minggu depan kita tukar semula." 

"Tapi kenapa?" 

Melissa bertanya seperti orang bodoh. Tidak memahami maksud tersirat dalam hati Fariz.

"Tak ada apa. Alah, saja-saja je. Kawan-kawan saya nak kenal awak."

"Aik, kenapa pula mereka nak kenal saya?" 

Hairan dengan Fariz saat ini. Kenapa pula kawan-kawan dia nak kenal aku? Wah, ini mesti ada adegan mengumpat mengata aku kat belakang ni. Ingat lelaki ni tak pandai ke dalam umpat-mengumpat ni? Kadang-kadang mereka lebih pandai dari perempuan. Melissa masih berkira-kira untuk setuju atau tidak.

"Yelaa.. awak kan tengah berkawan dengan saya. Bila saya cakap pada mereka, mereka tak percaya. Kata mereka awak tiada reaksi pun masa mereka usik awak dengan saya," ujar Fariz lagi. 

Pelayan datang membawakan makanan dan minuman mereka. Fariz menadah tangan membaca doa makan. Melissa turut menadah tangan dan mengaminkan doa. Terasa romantiknya Fariz hari ini!

"Pelik betul kawan-kawan awak ni kan. Pasal matrix card tu, saya tak kisah pun. OK je," 

Hati Melissa berbunga-bunga mekar dengan permintaan Fariz itu.

"Tapi camana kalau kita nak masuk tempat-tempat tertentu atau yang perlukan kita untuk scan matrix card tu?"

"Saya rasa dalam minggu ni saya tak ada pergi library, tak pergi Pusat Komputer dan lain-lain. Pergi kelas, balik kelas je." 

Fariz menyuap Rojak Mee ke mulutnya. Melissa menyedut airnya dengan perlahan.

"Hmm..saya pun tak ada juga kot ke tempat-tempat yang awak sebutkan tadi. Okey lah, bagi sini matrix card awak tu," pinta Melissa. 

Fariz menyeluk poket baju berkolar yang dipakainya dan menghulurkan matrix card nya kepada Melissa. Petang itu, bagai berjanji, mereka memakai baju biru muda cuma berlainan warna seluar sahaja. Fariz merenung jam yang tergantung di kedai makan. Sudah pukul 5.30 petang.

"Jom Lisa. Dah lewat ni. Kita belum solat Asar lagi." 



Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee