Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
129,989
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Melissa kembali ke kampus. Kesakitan yang dialami sudah mula sembuh. Kini Melissa dapat menjalani kehidupan seperti biasawalaupun kemurungan masih menyelubungi hidupnya. 

Melissa hidup bersama rakan-rakan di rumah sewa itu namun kemurungan yang dihadapi menyebabkan dia selalu menyendiri. Mood untuk duduk bersembang dan bergelak ketawa sudah lama hilang. Dia seolah-olah tenggelam dalam dunianya sendiri.

Sesekali ada juga Melissa terserempak dengan Fariz. Walaupun Fariz pernah cuba melambai tangan dari jauh untuk menegurnya, Melissa hanya buat tak tahu. Baginya kenapa Fariz perlu berbaik lagi dengannya sedangkan Fariz sudah berpunya. Melissa tidak mahu perempuan itu salah faham pula nanti. 

Jadi Melissa mengambil pendekatan dengan buat tak tahu sahaja walaupun hatinya sangat sakit! Kenyataannya, bukan mudah melupakan. Bukan senang untuk Melissa lalui semua itu. Setiap kali ternampak wajah Fariz, hati dan jiwa Melissa terasa pedih. Namun begitu, tidak dinafikan Melissa sangat merindui lelaki itu. Apakan daya, Fariz sudah jadi milik orang lain.

Rakan-rakan Fariz mungkin tidak tahu apa yang telah berlaku antara Fariz dan Melissa. Mereka masih mengusik Melissa dengan gelaran Lisa Si Burung Hantu atau ULAT - panggilan untuk Farizyang ulat buku, ulat study dan lain-lain. 

Kepada mereka, Melissa buat muka serius. Beberapa kali memberi reaksi sedemikian, akhirnya mereka tidak lagi mengusiknya. Mungkin mereka sudah memahami sengketa yang wujud antara Melissa dan Fariz.

Hidup Melissa terasa kosong.Walau diisi dengan rutin harian yang agak padat, ternyata tidak memberi kesan kepadanya. Sesiapa yang memandang wajahnya pasti akan mengatakan Melissa sombong atau tidak suka berkawan dengan orang. Melissa tidak berdaya menangkis anggapan orang. Biarlah orang mahu kata apa sekalipun. Mereka tidak memahami pedih yang dialaminya.

Suatu hari Melissa mendapat panggilan telefon dari seseorang.

"Assalamualaikum. Ni Melissa ke?"

Suara itu tidak dapat dikenalpasti.

"Ya, ni siapa?"

"Dah lupa saya ek.Fakri!"

"Ya Allah! Awak ke? Eh,camana awak dapat nombor telefon saya? Ni nombor baru saya, saya lupa nak beritahu saya dah tukar nombor. Sorry!"

"Sampai hati awakkan." 

Suara Fakri kedengaran sepertimerajuk.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya tukar, lepas tu lupa nak salin semua contact number yang ada dalam tu."

"Tak apalah kalau awak tak sengaja. Awak tinggal kat mana sekarang? Masih dekat rumah kedai ke?"

"Saya tak tinggal kat situ lagi. Dah pindah duduk dengan kawan-kawan kat Taman Tasek Utama. Eh, buka nawak last semester ke ni?" 

Setia juga rupanya budak ni.Masih sudi untuk bersusah-payah mencarinya walaupun Melissa sudah melupainya.

"Ha ah. Last semester. Lepas habis Diploma ni, tengoklah camana, kalau result bagus,mungkin akan sambung Degree. Kalau tak, saya keje jelah."Ujar Fakri.

"Oo..okey."

"Lisa, boleh kita jumpa?Dah lama saya tak jumpa awak, rindu sangat," pintanya tiba-tiba.

"Hmm. Boleh, tapi awak datang sinilah. Kita sembang-sembang depan rumah saya je. Malas nak pergi jauh-jauh." 

Melissa memberi cadangan yang paling 'selamat' untuknya. Sebetulnya Melissa cuba menghindari dari membonceng motorsikal bersama Fakri. 

"Kalau macam tu, malam esok saya pegi sana. Kita borak-borak depan rumah awak je. Pukul 8.30 malam.Nanti awak SMS saya alamat awak ya."

"Insyaallah.."

Melissa memutuskan talian selepas memberi salam kepadanya. Fakri masih ingin meneruskan persahabatan dengannya. Tak jemu-jemu lelaki cuba mengetuk hati Melissa. Kalau lah Fariz seperti dia, kan bagus, fikir Melissa.

 

 

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee