Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
129,815
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

Semesterakhir tiba jua. Semester yang paling tough  bagi Melissadan juga rakan-rakan yang lain. Mana tidaknya, semester itulah terkumpulnya subjek-subjeksusah dan juga ada Projek Sarjana Muda. Melissa bukanlah kategori pelajar yangpandai. Dia cuma pandai jika subjek tersebut melibatkan pengiraan seperti Mathematicsfor Computer  Science dan juga Statistics.Jika subjek Komputer yang lain seperti Pengaturcaraan, Pengoperasian Sistem,Animasi dan lain-lain, dia akui memang 'hancur'. 

Kebiasaannya subjek-subjekbegini di kuasai oleh pelajar-pelajar Politeknik yang telah ada diploma dalambidang tersebut. Jadi no wonder lah kalau mereka lebihdaripada Melissa yang berasal dari matrikulasi..

"Kau nak ikut takkitaorang nak drop dulu Projek Sarjana Muda, semester depanbaru nak ambil semula."

Kak Awin yang beza umur 2 tahundaripada Melissa bertanya. Ketika itu mereka berada di Cafe kampus. Kak Awinmerupakan housemate Melissa semasa tahun pertama semesterkedua dan juga tahun ketiga.  

"Siapa lagi kak yang drop?"

Melissa bertanya dengan penuhminat. Dia dapat merasakan dia akan memilih untuk drop jugamemandangkan pointer sebelum ini pun tidak bagus mana.

"Anida, Rabiatul, Tijahdan ramai lagi rasanya."

"OK lah saya pun joinjugalah tapi nanti tak ada PTPTN la kan."

"Ha ah, kena usaha sendirilah tapi mungkin boleh kerja sambilan yang simple. Lagipun bukanselalu kena jumpa lecturer. Kadang-kadang je."

"Yelah, saya fikir memangkena kerja juga. Eh kak, jom makan."

"Jom."

                          ************************************

                Selesai berjumpa pensyarah, Melissa membuatkeputusan untuk pulang ke rumah sewanya. Hari itu, dia keseorangan sahaja danhanya berjalan kaki. Jarak kampus dengan rumah sewanya tidaklah jauh sangatiaitu kira-kira 1km sahaja. 

Selepas melintas jalan, Melissamula masuk ke kawasan Taman Tasek Utama. Dia melalui shortcut disebelah rumah-rumah yang masih belum penuh penduduknya kerana jalan yangdilaluinya itu adalah jalan yang baharu dibuat.

Melissa berjalan sambil melayanperasaannya. Tiada siapa yang dia fikirkan. Kosong...sebuah motosikalmelepasinya dan tiba-tiba pemuda itu menoleh. Melissa terkejut. FARIZ! 

Langkah Melissa terhentiseketika. Jalan mana harus dia lencong agar dia tidak terserempak dengan pemudaitu. Sedang dia berfikir, tanpa disangka pemuda itu menghampirinya. Melissakaget. Dia pura-pura meneruskan langkah tanpa mempedulikan pemuda itu.

"Assalamualaikum...Lisa..sombongawak sekarang ek..."

Oh, my God! Suaraitu...suara itu yang pernah membuat Melissa penasaran dan suara itu juga yangpernah membuat Melissa hampir depression  setahun yang lepas.Melissa memejamkan mata..Tuhan, dugaan apakah lagi kali ini...aku inginmelupakan dia, tapi mengapa dia muncul lagi...

"Lisa, awak dari mana dannak ke mana? Jalan kaki seorang diri pulak tu. Bahaya tau anak darasorang-sorang..."

"Jumpa pensyarah."

Sebenarnya Melissa malasmemberi respon tapi mulutnya tidak selari dengan hatinya. Isk, Melissa menamparmulutnya.

"Eh, kenapa tampar mulutsendiri? Oh, yelah nak tampar mulut orang lain tak boleh kan.." usikFariz.

Eh, kau dah kenapadatang-datang je terus bergurau senda bagai...suka hati akulah nak buat apapun, cebik Melissa dalam hati.

"Awak nak balik rumah keLisa? Rumah awak kat mana? Biar saya hantarkan.."

Eh, baik hati pulakkau..tepilah, sibuk je..suara hati Melissa terus mengomel. Melissa menarik mukamasam..

"Lisa..mari sayahantarkan.." pinta Fariz lagi.

"Tak apalah, rumah sayadekat je. Saya dah biasa jalan kaki. Exercise sikit."

Melissa meneruskan langkah.Fariz masih mengikutinya dari belakang dan kemudian bersaing dengannya. Diamemperlahankan motosikalnya. 

"Tak apa, saya tolonghantar awak. Lagipun kita dah lama tak berbual kan.."

Melissa menghentikanlangkahnya. Dia mengeluh perlahan. Waktu itu, dadanya terasa ingin pecah. Diarindu sangat dengan pemuda itu. Sumpah, demi Allah! Dia rasa mahu menangis disitu.

"Marilah, please.."

Fariz terus mengajak. Bukan diatak perasan reaksi dan air muka Melissa yang seolah-olah hampir menangis namundia sukar menduga maksudnya. Malu atau teruja? Atau takut? Atau masih dendamdengannya?

Akhirnya Melissa bersetuju. Diaduduk mengiring dan terpaksa merapatkan dirinya ke tubuh Fariz kerana takutjatuh.

"Awak boleh pegang bahusaya. Saya benarkan Lisa."

"Tak apa, hujung baju awakpun tak apa.."

Sebelah tangan memegang bajuFariz dan sebelah tangan lagi memegang kain baju kurungnya agar tidak masuk kedalam rantai motosikal. Nasib baik jarak rumahnya sudah tidak jauh. 

"Tu rumah saya, dekat jekan."

Fariz menghentikanmotosikalnya. Melissa seolah-olah tidak mahu turun..

"Terima kasih."

"Sama-sama. Lisa...awakmasih marah saya?"

Melissa tunduk, tak termampudia menahan panahan mata Fariz. 

"Awak tumpangkan saya ni,tunang awak tak marah ke?"

Perlahan sahaja pertanyaan dariMelissa. Dia sebenarnya sudah malas mahu bertengkar, eh tapi mana dia pernahbertengkar pun dengan Fariz!

"Lisa... mana saya adatunang.."

"Tapi yang awak cakaptahun lepas tu..."

Melissa tersentak, dia dahkena game dengan Fariz ke?

"Maaf Lisa...saya tipuawak.."

"Tapi kenapa?"

"Sebab..komitmen..sayabelum bersedia.."

Melissa mengeluh panjang. Macamsia-sia sahaja dia frust menonggeng selama setahun lebih ni.Rupanya Fariz hanya berbohong. Sakitnya hati aku ni..Melissa mendengus.

"Maaf Lisa..."

"Tak apalah, apa nakbuat.."

Hanya itu yang terdaya Melissaluahkan kepada Fariz. Walaupun hatinya rasa sakit, rasa mahu menjerit dan kalauboleh dia mahu memukul Fariz ketika itu tapi anehnya dia tak mampu..

"Lisa, saya kena balik dulu.Nanti saya nak ajak awak dinner..tapi saya tak boleh nak janjibila. Awak tunggu saya mesej awak ek.."

Melissa mengangguk..aku sangguptunggu kau sampai bila-bila Fariz. Sampai mati pun aku sanggup tunggu kau!!

 

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee