Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
129,734
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Cuti Semester...Tahun kedua, Semester 1...


"Assalamualaikum..siapa ni?" 

Suara itu benar-benar membuatkan Melissa jadi sasau. Kalaulah orang di sana tahu, tentu memalukan.

"Cuba teka siapa.." 

Melissa cuba berteka-teki dengannya. Seminggu tanpa suara Fariz bagaikan sebulan terasa.

"Saya tahu ini Lisa. Tetapi kenapa pula nombor yang muncul kat skrin telefon saya ni..07 ek..?"

"Hehe..sebab saya datang cari awak kat negeri awak ni. Percaya tak saya ada kat Johor sekarang?" 

Sengal juga Melissa ni. Tentulah Fariz percaya sebab nombor pangkal 07 muncul di skrin telefonnya.

"Percaya. Tapi kenapa awak datang Johor? Kat area mana ni?"

"Saya datang untuk kerja sementara dekat kilang HP. Saya sewa rumah beramai-ramai dengan kakak saya dan rakan-rakan yang lain. Dekat Taman Tampoi Jaya ni. Awak apa khabar?"

"Ooo..Tampoi. Sihat. Awak? Datang kerja kilang rupanya. Jadi minah kilanglah nampaknya ya."

"Ha ah. Minah kilang sekejab. Dengan kakak saya, dia pun cuti semester juga. Kalau saya seorang, memang tak beranilah. Dari sini ke Kota Tinggi jauh ke Fariz?"

"Baguslah kalau dengan kakak. Saya harap awak akan suka tinggal kat Johor. Dari tempat awak tu nak ke Kota Tinggi, jauh juga," jelas Fariz tenang. 

Dia sebenarnya berasa agak bangga kerana dalam banyak-banyak negeri Melissa memilih untuk datang ke Johor. Gila juga budak ni. Sampai ke sini dia mencari aku, desis hati Fariz.

"Saja je tanya. Manalah tahu saya ada masa lapang nak pergi sana. Saya keje malam, hari Ahad cuti. Mana tahu kalau saya bosan ke nanti, tiba-tiba saya dah sampai ke sana," usik Melissa. Sebenarnya tanpa teman, mustahil dia akan pergi ke mana-mana.

"Lisa, saya tak boleh bercakap lama sebab tengah kerja. Kita berbual lain kali boleh?" Pinta Fariz tiba-tiba. 

Melissa yang merasa bersalah kerana langsung tidak bertanya apa yang sedang dibuatnya, cepat-cepat menjawab.

"Oh, sorry. Saya tak tahu pula awak tengah kerja. Awak kerja apa?"

"Jadi tukang masak kat kantin sekolah. Alah, tolong ibu saya ni. Dapatlah duit poket sikit."

"Owh..okey. Kerja baik-baik. Lain kali saya call awak lagi ya. Assalamualaikum.." 

Melissa meletakkan gagang telefon.

"Dah?" 

Melina bercekak pinggang. Sedikit bengang kerana terpaksa menunggu Melissa berbual-bual di telefon awam bersama Fariz. Mereka sebenarnya baru selesai membeli barang-barang dapar di pasaraya Giant tidak jauh dari rumah sewa mereka.




Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee