Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
580,983
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Dari tadi lagi Fahmi kelihatan resah duduk diruang tamu. Puas duduk dia berdiri menuju ke tingkap. Kelibat isterinya belum datang. Takkanlah pergi discussion sampai lewat malam macam ni. Lebih menghairankan kereta Nur Alia terparkir di halaman rumah. Hatinya mula bertanya sendiri. Dengan siapa Lia keluar? Argh... dia baru belajar mengenali Nur Alia. Dia ingin kenal kawan-kawan Nur Alia. Dia ingin tahu samada Nur Alia ada teman lelaki atau tidak. Tidak mungkin gadis zaman sekarang tidak berteman. Apatah lagi semanis Nur Alia. Kalau betul Nur Alia ada teman lelaki, apa yang harus dilakukan? Nur Alia!

“Kenapa ni Fahmi, Ain tengok macam resah aje?”

Fahmi menggelengkan kepala. Wajah Lina dan Sasha yang sedang ayik menonton tv dipandang berkali-kali. Mahu saja bertanya tapi nanti apa pula yang mereka akan katakan. Argh….!

“Lina, Lia ada cakap tak nak pergi mana?”

Lina membalas pandangan Fahmi, kenapa tiba-tiba pula lelaki itu bertanyakan Nur Alia. Berkerut keningnya memikirkan soalan lelaki itu.

“Entahlah Fahmi, dia kata ada discussion. Alah…..dia keluar dengan Ikbal kot. Sebab tadi nampak Ikbal yang jemput. Kenapa pula tiba-tiba tanya pasal Lia? Ada masalah ke?”

Fahmi diam. Wajahnya berubah. Lina dan Sasha saling berpandangan, perubahan wajah Fahmi yang amat ketara membuatkan mereka membuat andaian sendiri. Fahmi bangkit dari duduknya terus menuju ke dapur. Melihat Mak Jah sibuk menyiapkan makan malam, Fahmi kembali keruang tamu. Memandang wajah Lina dan Sasha lalu berlalu menuju ke bilik. Nur Alia, Siapa Ikbal?

“Kenapa dengan Fahmi, macam ayam berak kapur. Dia ada apa-apa ke dengan Lia. Masa aku cakap pasal Ikbal, mukanya macam marah aje”

Lina menyiku rakannya Sasha. Sasha hanya menjungkitkan bahu lalu kembali menonton tv. Bukannya sekali ini Nur Alia keluar dengan Ikbal, kenapa pula baru kali ini nak marah? Bisik hati Sasha. Bahkan sebelum ini Fahmi pernah terserempak dengan Ikbal. Ah, mungkin ada hal kot.... Lina menjawab sendiri soalan yang berlegar di fikirannya tadi.

“Lia ada buat salahlah tu……” Aina pula menyambung.

Lina merenung wajah Ain dengan selamba. Bertuah betul minah ni! main tuduh aje. Salah apa pula? Kalau salah pun kenapa dengan Fahmi? Malas dia mahu melayan Aina.

Fahmi keluar semula dari kamarnya lalu dia menuju ke dapur. Sekilas dia memandang wajah Mak Jah yang sibuk mengemaskan barang-barang yang dia baru bawa dari kampung.

“Mak Jah, Lia ada cakap tak nak ke mana?”

Mak Jah mengeluh kecil. Dia sudah menduga soalan Fahmi. Dari tadi dia melihat Fahmi tidak senang duduk.

“Dia pergi dengan kawan. katanya buat research”

“Dengan Ikbal?”

Mak Jah terkedu. Mahu dianggukkan tak patut rasanya. Mahu ditidakkan, sukar juga. Akhirnya Mak Jah membisu. Sekilas dia memandang Fahmi kemudian dia beredar menuju ke kamarnya. Sebaik saja Mak Jah menghilang, Fahmi bergegas ke biliknya sendiri. Hatinya resah.

Tidak lama kemudian kereta Ikbal muncul di halaman rumah. Nur Alia keluar dari kereta. Aina yang duduk di tepi tingkap cuba mengintai, orang tu dah ada pakwe ada hati nakkan Fahmi!

Fahmi meluru keluar dari kamarnya apabila sedar isterinya baru pulang ke rumah. Sekilas dia memandang jam dibiliknya, lima minit lagi pukul dua belas. Memang melampau! Wajah Nur Alia yang baru saja tiba dimuka pintu dipandangnya dengan pandangan tajam. Nur Alia tergamam, tidak pernah orang memandangnya begitu. Baru dia tersedar, sudah malam……dan dia baru saja keluar dengan seorang lelaki bernama Ikbal. Dia juga baru tersedar, sudah dua hari dia menjadi isteri orang. Bukan kehendaknya, Ikbal yang beria-ia mengajaknya minum di café sebelum pulang. Lagipun itulah rutin yang selalu dilakukannya setiap selepas kelas atau perbincangan kumpulan. Tapi mereka bertiga. Bukan berdua-duaan. 'Tapi itu dulu sebelum aku jadi isteri orang'hatinya berbisik lagi…….Jantung Nur Alia berdegup laju. Takut kalau-kalu marah Fahmi dihamburkan saat itu. Nanti pasti rahsianya akan terbongkar, malulah dia kalau mereka tahu kini dia jadi isteri Fahmi.

Nur Alia menundukkan wajah, berlalu pantas menuju ke kamarnya. Fahmi diam, segala marah yang mahu dilemparkan tadi di simpan semula. Memandang wajah Nur Alia yang sedikit kecut tadi timbul pula rasa kasihan. Tidak patut mahu menghukum Nur Alia. Lagipun mereka masih belum dapat menerima diri masing-masing. Dia seharusnya lebih sabar dan memberi Nur Alia ruang. Lagipun dia sendiri baru mahu mengenali Nur Alia. Tidak patut dia marah tanpa sebab. Tapi jauh disudut hatinya dia takut kalau Nur Alia tidak dapat menerima dia sebagai suami. Dia takut Nur Alia meninggalkannya. Dia takut kalau Nur Alia akan kembali kepada Ikbal. Pasti hati wanita itu pernah menjadi milik Ikbal, kalau tidak takkan Ikbal sanggup menjemput dan menghantar Nur Alia.

Aina yang sedari tadi memerhati gelagat Fahmi mula tidak senang melihat cara Fahmi memandang Nur Alia. Begitu juga melihat Nur Alia, seolah ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Ini tidak mungkin. Pasti Lia ada buat sesuatu yang membangkitkan kemarahan Fahmi. Fahmikan tuan rumah! Memang patut Nur Alia kena marah. Tidak manis anak gadis keluar sampai tengah malam buta. Sudahlah balik dihantar jantan. Lagi tidak manis bila tuan rumah nampak kejadian tersebut. Padan muka! Matanya hanya memerhati Fahmi yang meluru ke kamar utama dan menutup rapat pintu biliknya. Siap kau Lia, Fahmi aku punya!

Lina dan Sasha berpandangan. Aina pula meluru masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan pintu biliknya. Masing-masing menjungkitkan bahu. Lina dan Sasha menutup tv lalu turut masuk ke dalam kamar. Lina mengalihkan pandangannya beralih ke arah Nur Alia yang menikus di hadapan komputer ribanya. Kelihatan gadis itu seperti ada masalah, dari tadi merenung komputer usik pun tidak. Lina memandang Sasha, Sasha memberi isyarat bahawa dia tidak tahu apa-apa.

“Lia, engkau ada masalah ke? Kenapa dari tadi Fahmi cari engkau? Lepas engkau datang senyap pula mamat tu!”

Nur Alia mengeluh, manalah tak marah kalau isterinya keluar dengan orang lain.

“Tadi mamat tu macam ayam berak kapur, kejap kehulu, kejap ke hilir. Tak puas duduk berdiri lagi. Entah berapa kali dia berdiri kat muka pintu. Aku peliklah, tengok Ain pula mencuka aje. Agaknya sebab Fahmi tak layan kot” Sasha pula menyambung.

“Lia!” Lina mepnepuk bahu Nur Alia. Nur Alia terkejut, terpinga-pinga memandang Lina dan Sasha.

“Kau ni aku tanya tak jawab, engkau angau ke? Atau kau dah jatuh cinta ngan mamat tu?” Giliran Sasha pula mencelah.

Nur Alia menutup komputer ribanya. Berat mulutnya untuk meluahkan.

“Tak ada apalah! Manalah aku tahu. Kamu tanyalah dengan Fahmi sendiri kenapa dia cari aku”

Nur Alia bangkit dari duduknya lalu melangkah keluar kamar. Rakannya memandangnya dengan hairan, biarlah!. Tiba-tiba tekaknya terasa haus padahal dia baru saja lepas minum di Old Town Cafe. Nur Alia menuju ke dapur lalu ke sinki. Dia mengambil cawan, teringin nak minum Milo panas. Ketika dia memusingkan badannya, Fahmi sudah ada di hadapannya.

“Fahmi!” Jerit Nur Alia perlahan. Bila pula suaminya itu ke dapur!

Fahmi merenung tajam wajah Nur Alia. Sengaja dia berdiri hanya beberapa inci dari tubuh isterinya. Terpandang saja wajah Nur Alia dia teringat senyuman manis isterinya ketika turun dari perut kereta Ikbal. Darahnya tiba-tiba menyirap. Aku ada hak atas engkau! Fahmi menghadang Nur Alia dengan kedua tangannya kemas menghalang Nur Alia untuk kemana-mana.

“Fahmi, nanti diorang nampaklah………..please……” Nafas Nur Alia tersekat. Kehangatan tubuh Fahmi boleh melemahkan jiwanya. Bau wangian Fahmi membuat jantungnya berdegup laju. “Aku minta maaf……..aku janji tak buat lagi…..janganlah macam ni…aku minta maaf” Terketar-ketar suara Nur Alia. Wajah suaminya dipandang, mata Fahmi tertutup, seperti seorang lelaki yang mahukan sesuatu. Lelaki itu semakin berani mendekatkan bibir ke leher jinjangnya. Bibir lelakinya sengaja bermain dengan rambutnya. Jantungya bagaikan mahu tercabut. Matanya terpejam, tidak sanggup melihat dirinya diperlakukan begitu. Please...... hatinya merintih.

Fahmi membuka matanya, wajah Nur Alia pucat. Dia semakin merapatkan tubuhnya, pinggang Nur Alia dipeluk kasar. Baru kau tau kuasa aku? Wajahnya dijatuhkan ke leher Nur Alia…Mmmm wanginya dia, kalaulah Nur Alia tahu aku mula menyintainya........Ingin saja dia membiarkan wajahnya dibahu Nur Alia.

“Eh!……..apa kamu berdua buat ni ha!”

Pantas Fahmi melepaskan pelukannya. Nur Alia terkesima memandang Ain yang berdiri di muka pintu. Fahmi meraup mukanya, hampeh punya minah! Aku tengah syok kau kacau pula!

“Tak ada apa…..temankan Lia ni ha!, takut nak masuk dapur” Fahmi bersahaja menjawab. Wajah Aina dipandang sekilas sebelum berlalu menuju ke kamarnya.

Nur Alia cuba berlagak tenang, dia meneruskan niatnya untuk membancuh Milo. Masih terasa ciuman yang singgah dilehernya. Nasib baik Aina datang, kalau tidak entah apa yang terjadi tadi. Tapi apa pula yang aku nak cakap dengan Ain….Ish….minah ni masih tercegat kat dapur ke? Nur Alia seolah buat tidak kisah dengan kehadiran Aina. Aina menghalangnya ketika dia mahu keluar dari dapur.

“Eh….kau tu nampak aje baik! Semua lelaki kau nak. Aku nampak apa yang Fahmi cuba buat tadi. Kau ni tak cukup lagi ke, tadi dah keluar dengan Ikbal sekarang kau nak menggoda Fahmi…..kau dengar sini, Fahmi tu aku punya kau jangan cuba nak pikat dia. Aku nampak apa yang kau buat kat dapur tu” Aina beralih, pandangannya tajam menikam wajah Nur Alia. Gadis itu seperti tidak mempedulikan kata-katanya.

“Nampak aje baik, tapi……” Aina tidak meneruskan kata-katanya apabila pandangan Nur Alia tajam kearahnya. Aina mencebik, dia biarkan Nur Alia kembali kekamarnya. Awas kau Lia! Hatinya menjerit geram. Geram melihat Nur Alia didalam pelukan lelaki impiannya. Geram melihat wajah lelaki itu terlentok dibahu Nur Alia. Ish, benci!


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.