Pagi-pagi lagi Nur Alia bangun lalu bergegas
menyiapkan sarapan. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Kejadian semalam
masih menghantuinya. Pelukan semalam masih berbekas di pinggannya. Kalau
diingat semula, mahu saja dia menampar Fahmi. Tapi, lelaki itu suaminya.
Memang halal pun kalau Fahmi lakukan
itu, malah lebih dari itu pun boleh. Nur Alia menumpukan perhatian dengan
kerja-kerjanya. Setelah hampir siap muncul Mak Jah di muka pintu.
“Awal
bangun?”
Nur
Alia tersenyum. Lalu meletakkan mee goreng yang sudah siap diatas meja.
“Nak
pergi office Mak Jah, takut lambat. Baju Fahmi nak di gosok ke?”Nur Alia
teringat baju Fahmi yang selalu di gosok oleh Mak Jah. Tidak manis rasanya dia
membiarkan Mak Jah buat semua itu. Dia begitu menghormati Mak Jah. Walaupun dia
benci melakukan tugas-tugas tersebut untuk Fahmi.
“Mak
Jah dah gosok semalam, yang itu tak apalah biar Mak Jah Bantu. Lagipun nanti
kamu tak sempat buat. Nak kekelas lagi…..Nak kerja lagi. Mana yang Mak Jah
boleh tolong Mak Jah akan tolong” Mak Jah memandang Nur Alia sekilas.
“semalam…..” Mak Jah mematikan kata-katanya.
Nur
Alia seolah faham, gadis itu tunduk merenung lantai.
“Mak
Jah bukan nak masuk campur, tapi kalau boleh Lia elakkan Ikbal jemput depan
rumah. Tak sedap hati Mak Jah tengok. Tapi Mak Jah Faham, bukan senang nak ubah
sekelip mata. Tapi, cubalah dulu. Beri ruang hubungan Lia dan Fahmi. Kalau kamu
berdua rasa sesuai, teruskanlah. Tapi kalau tak, nak buat macam mana. Mak Jah
hanya mampu berdoa saja.”
Nur
Alia mengangguk, faham akan nasihat Mak Jah.
“Lia
cakaplah dengan mereka semua Fahmi tu suami Lia, Mak Jah tak suka tengok Ain
terhegeh-hegeh kat Fahmi”
“Nantilah
Mak Jah, nanti Lia cuba. Lia tak bersedia lagi…….””
Mak
Jah mengangguk faham. Lalu dia mengusap lembut bahu Nur Alia. Nur Alia masuk
semula ke biliknya untuk bersiap. Ketika dia keluar, temannya yang lain sudah
duduk di meja makan. Hanya tinggal Aina yang belum datang. Baru saja Nur Alia
melabuhkan punggungnya di sebelah Fahmi, Aina menolak kasar. Entah bila gadis
itu keluar dari biliknya. Aina menjeling kasar, menjadikan suasana pagi itu lebih
muram dari sebelum ini. Nur Alia beralih perlahan ke sisi Lina lalu duduk. Lina
dan Sasha berpandangan, apa yang mereka tak tahu? Fahmi bangkit, lalu berdiri
di sisi isterinya.
“Saya
nak cepat, Lia tolong isi mee tu dalam bekas. Saya nak bawa ke office”
Lina
dan Sasha memandang Nur Alia yang begitu patuh. Berdiri lalu mencari bekas
mengisi mee. Aina yang memandang sepi ke arah Fahmi tidak diendahkan. Nur Alia
membiarkan saja wajah Aina yang seperti ingin menghamburkan marahnya. Pasti
rakannya itu cemburu. Aina pun kawannya juga, silap dia sebab tak beritahu
Fahmi suaminya. Aina takkan cari peluang dengan suami orang, itu prinsip
rakannya seorang itu. Nur Alia bergegas keluar apabila dengar enjin kereta
dihidupkan. Mahu saja Lina dan Sasha bertanya tapi Nur Alia lebih pantas keluar
dari dapur.
“Hari
ini ada kelas ke?” Fahmi merenung wajah Nur Alia. Tudung biru yang dipakainya
sepadan dengan baju kurungnya. Wajahnya disolek nipis tapi tetap cantik. Baru
kali ini dia melihat wajah Nur Alia sebelum ke pejabat. Nur Alia rajin juga
bersolek, tapi ringkas saja. Mahu saja dia menekapkan bibirnya ke pipi Nur Alia
yang kemerahan.
“Ada,
tapi tak pasti lagi nak pergi ke tak. Tak penting sangat. Lagipun saya tak suka
ada orang yang suka salah faham akan situasi sekarang”
“Pergilah,
bulan depan kan exam……nanti lagi susah kalau nak repeat paper.Saya
akan cuba belajar memahami rutin awak. Saya nak minta maaf pasal semalam. Tak
sepatutnya saya marah. Saya sepatutnya bagi awak ruang untuk membuat penilaian
sendiri.”
Nur
Alia sekadar mengangguk. Fahmi melambaikan tangannya, dalam hatinya amat
berharap isterinya akan mencium tangannya sebelum ke tempat kerja. Tapi
biarlah, kalau Nur Alia sudah dapat menerimanya lebih dari itu dia boleh dapat.
Semenjak menjadi suami, wajah Sofia sudah dilupakan.
Nur
Alia kembali ke dapur, rasanya tidak sempat untuk menghabiskan mee di pinggan
tadi. Jam sudah menunjukkan pukul tujuh suku. Mak Jah yang baru masuk kedapur
selepas menyidai kain bergegas mengisi mee ke dalam bekas kecil.
“Bawa
ke pejabat, nanti lapar pula kamu”
Nur
Alia tersenyum. Lalu mengucapkan terima kasih. Selepas menjadi isteri Fahmi,
Mak Jah seolah melayaninya seperti tuan rumah. Pagi tadi, bajunya Mak Jah sudah
basuh.
“Bawa
kereta elok-elok Lia”
Nur
Alia mengangguk. Mak Jah menghantarnya sampai ke muka pintu. Wanita tua itu
hanya masuk kedalam rumah apabila kereta Nur Alia hilang dari pandangan. Ya
Allah, berikanlah petunjuk kepadanya.
Petang ketika Nur Alia sampai dirumah, suaminya
belum pulang dari kerja. Baru saja dia masuk ke bilik, telefon bimbitnya
berbunyi. Ada SMS masuk. Fahmi! Fahmi mengatakan dia akan ke Subang Jaya dan
mungkin balik lewat. Selama mereka berkahwin, hanya Fahmi yang rajin menghantar
SMS setiap kali pulang lewat atau bila ada kerja-kerja di luar. Ada ketika
lelaki itu siap SMS dengan siapa dan fasal apa. Selalunya juga, dia sekadar
membaca. Tidak pernah membalas SMS tersebut. Dia pula lebih gemar memberitahu
Mak Jah kemana dia pergi.
Nur
Alia bergegas mandi lalu. Selepas menunaikan sembahyang Mahgrib dia keluar. Dia
harus kembali menumpukan perhatiannya dengan kelasnya. Sia-sia saja kalau dia
tidak berjaya.
“Lia,
ada kelas ke? Ikbal jemput?” Lina memandangnya.
“Tak,
aku bawa kereta. Nak ikut ke?”
“Aku
nak tumpang ke Giant. Nak beli barang. Tunggu aku siap, Sasha pun nak ikut
sama”
Nur
Alia mengangguk. Dia sudah berpesan dengan Mak Jah untuk tidak menyediakan
makan malam. Selepas sepuluh minit menunggu, Lina dan Sasha muncul dari bilik.
Masing-masing sudah siap untuk keluar.
“Kalau
nak aku jemput, tunggu aku balik kelas. Hari ni habis pukul sepuluh”
“Boleh
juga, jimat sikit duit teksi. Sambil tu boleh jalan-jalan. Kau nak kirim tak?”
Nur
Alia menggelengkan kepala.
“Eh,
aku tengok dua hari ni engkau ngan Fahmi tu lain macam aje? Ada apa-apa yang
kami tak tau ke?” Lina yang duduk di sebelah Nur Alia memandang Nur Alia yang
sedang memandu.
“Dia
buat kau macam isterinya, tengoklah pagi tadi…….dia suruh kau letak mee dalam
bekas. Cepat engkau pergi, dulu bukan main lagi kau menyampah dengan dia.
Pandang pun tak nak. Sekarang ni jarang pula aku dengar kau kutuk mamat tu.
Kalau dulu, bukan main lagi mulut kau. Macam tak ada insurans. Nasib baik mamat
tu tak dengar, kalau dengar rasanya kita dah dihalau dari rumah” Sasha pula
mencelah dengan nada bergurau.
“Aku
tengok kau dengan dia tu sepadan, kalau aku tak betunang lagi aku dah kebas
mamat tu. Nasib baiklah aku sayang kat tunang aku…….Ain tu tak malu betul. Pagi
tadi dia boleh tolak kau macam tu. Yang engkau pun tau Aina tu syok kat Fahmi,
buat apalah engkau nak duduk kat tepi dia. Ke kau pun nak Fahmi juga. Habis tu
Encik Ikbal yang sentiasa kau kepit tu nak letak kat mana?” Lina menyambung
lagi.
Nur
Alia memberhentikan keretanya. Sasha dan Lina terkejut. Aik marah ke? Bergurau
pun tak boleh ke?
“Dah,
kalau korang cakap lagi aku turunkan korang kat sini. pergi jalan kaki!”
“Marah
ke? Kami gurau ajelah. Yerlah aku suka tengok mamat tu handsome kau! Badan
ketul-ketul macam Salman Khan” Lina memandang Sasha yang duduk di belakang
sambil mengekek ketawa.
“Aik
sambung lagi ke? Aku buat betul-betul, kuruslah korang berdua jalan kaki. Tak
sudah-sudah. Fahmi, Fahmi, Fahmi! Tak ada jantan lain ke nak disebut. Ish kamu
berdua ni tak padan dah bertunang, masih nak tengok jantan lain.”
Sasha
menjungkitkan bahunya. Kali ini Nur Alia betul-betul marah.
“Sorry....
kami tak sebut lagi... kan Sha” Sasha mengikut gaya Lina meletakkan jari
telunjuk dibibir. Sambil terkulum-kulum menahan ketawa. Melihat reaksi wajah
Nur Alia tidak berubah, masing-masing senyap sehinggalah tiba di bangunan
Warta. Takut bersuara bila melihat wajah Nur Alia yang mencuka.
“Nanti
tunggu kat sini tau!”
Nur
Alia berlalu meninggalkan Lina dan Sasha. Hanya tinggal beberapa minit saja
untuk ke UKM. Pasti dia lambat kali ini. Sangkaanya tepat, ketika dia masuk
Profesor Amid tengah memberi syarahan. Nur Alia duduk di sebelah Ikbal. Hanya
itu kerusi yang kosong. Agaknya Ikbal sudah sediakan untuk dia. Sepanjang kelas
berjalan, sedikit pun Nur Alia tidak menghiraukan Ikbal. Hanya adakalanya dia
membalas senyuman Ikbal.
Usai
kelas, Nur Alia pantar berjalan menuju ke keretanya. Kalau boleh, dia tidak
mahu terserempak dengan Ikbal ataupun bercerita dengan jejaka itu.
“Lia,
tunggu!”
Nur
Alia terus berjalan. Buat tidak mendengar panggilan Ikbal.
“Marah
ke?”
Nur
Alia berhenti, tangan Ikbal memegang kuat lengannya. Nur Alia memadang ke kiri
lalu ke kanan sebelum memandang Ikbal yang sudah berdiri di hadapannya. Tangan
Nur Alia dilepaskan.
“Sorry,
aku nak cepat. Tadi dah janji dengan Lina nak ambil di Warta. Nanti mereka
tunggu pula”
“Kenapa
dengan kau ni, semalam tak jawab panggilan aku. Ni buat tak layan. Kau marah
dengan aku ke? Rasanya semalam kita ok aje?”
Nur
Alia mengeluh panjang, bagaimana harus diterangkan dengan lelaki itu. “Tak lah,
aku tak marah. Tapi aku nak cepat. Lina dan Sasha dah miss call”
“Selama
ini aku serius dengan kau, aku sebenarnya nak lebih dari kawan. Puas aku
tunggu…”
“Ikbal,
aku rasa mulai sekarang kau jauhkan diri dari aku. Lagipun aku nak tumpukan perhatian dengan
belajar. Dari awal lagi aku dah cakap. Aku nak kau faham. Kan kita dah janji
nak berkawan dulu. Lagipun jalan hidup kita panjang lagi. Manalah tahu, kau
jumpa jodoh kau nanti.”
Nur
Alia meninggalkan Ikbal. Jelas wajah kecewa Ikbal dimata Nur Alia.
“Lia,
aku akan tunggu kau tak kira walau apapun……aku tak nak orang lain.”
Nur
Alia meneruskan juga langkahnya. Kenapa lelaki itu masih mengejarnya. Bukan
sekali ini Ikbal meluahkan perasaan, tapi sudah berkali-kali walaupun Nur Alia
menolaknya. Ikbal hanya boleh dijadikan kawan….perasaannya terhadap Ikbal
biasa….seperti yang lain. Cuma dia juga yang selalu melayan Ikbal lebih dari
kawan biasa. Dia biarkan Ikbal menjemputnya bahkan sentiasa setuju bila Ikbal
mahu menemaninya mengulangkaji di perpustakaan. Ikbal lelaki bijak, banyak
membantu meningkatkan prestasinya. Tapi, dia tidak menganggap Ikbal lebih dari
kawan. Tidak lebih dari teman tapi mesra. Perasaannya biasa saja. Tapi
Fahmi……apa perasaan aku kepadanya, suamiku sendiri? Puas dia bertanya dalam
hati. Walaupun kawan-kawannya selalu memuji ketampanan wajah Fahmi. Atau selaly
juga dia dengar lihat lelaki itu ke surau untuk solat berjemaah bila hujung
minggu. Juga melihat Aina yang tergila-gilakan Fahmi. Tapi dia tidak begitu,
cuma ada satu rasa yang sukar dimengerti bila dia memandang wajah tampan Fahmi.
Hmmm....memang tampan.