Home Cerpen Seram/Misteri KISAH SERAM MALAM JUMAAT (SIRI 2) - BABY BLUE
KISAH SERAM MALAM JUMAAT (SIRI 2) - BABY BLUE
Illya Abdullah
27/10/2016 21:07:15
8,562
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

ESHAN menanggalkan kaca mata putihnya. Hasil carian di google mengenai permainan ‘Baby Blue’ di catit pada buku notanya. Eshan menongkat dagu membaca kisah yang dianggap sebagai ‘urban legend’ itu. Kononnya permainan ‘Baby Blue’ ini berkait dengan mitos ‘Bloody Mary’.

Ada kisah di sebaliknya. Kejadian berlaku di Indonesia. Seorang gadis bernama Laura mencuba permainan permainan tersebut. Laura masuk ke kamar mandi, mematikan lampu dan menutup pintu kamar mandi tersebut. Kemudian, Laura menyebut kalimat ‘Baby Blue’ sebanyak 13 kali. Di akhir cerita Laura mati kerana tidak mengikut peraturan permainan itu dengan betul. Bacaan Eshan terganggu apabila ketukan bertalu-talu di luar rumah sewanya itu. Eshan bingkas bangun membuka pintu.

Tiada sesiapa di luar.

“Wargh!” Sergah seorang lelaki dengan topeng muka hantu.

“Jom, lepak kedai mamak. Tengok bola.” Riduan, rakan satu kolejnya itu mengajak.

“Kau ni tak reti bagi salam ke datang rumah.”

Sorry bro, aku lupa.” Riduan tersengih.

Tanpa pamitan Riduan masuk ke rumah Eshan. Matanya melirik pada skrin komputer riba milik Eshan di meja tamu yang sederhana besar itu.

“Kau sedang buat research apa tu?”

“Aku sedang research permainan seram yang orang panggil urban legend. Baby blue. Kau mesti pernah dengar kan? Selain permainan Oujia tu permainan seram ni pun antara yang popular.”

Baby blue. Kelakarlah bunyilah. Aku tak pernah dengar permainan ni. Yang aku tahu spirit of coin tu.” Riduan ketawa kecil.

“Memang kau tak pernah dengar sebab takde orang bodoh yang main permainan ni dekat sini. Kau buka saja di internet. Kau taip ‘permainan menyeru hantu’. Kau akan jumpa banyakk website tentangnya. Baby blue antara permainan menyeru hantu yang popularlah.”

Riduan mengusap dagu.

“Kau dah cuba main ke?”

“Gila kau. Tiada bala nak cari bala. Aku cuma buat research je permainan ni. Tak kuasa aku nak mainlah.”

“Eloklah. Orang sekarang ini benda-benda macam inilah gatal nak cuba..” Riduan jongket kening.

Eshan tersenyum. Kata-kata Riduan itu ada benarnya.

--------------------------------------------------------------

LEKA Eshan menatap buku catatannya di kafe hingga menarik perhatian Shana salah seorang gadis yang satu falkuti dengannya. Shana bingkas duduk di depan Eshan. Khusyak benar Eshan mencatiti di buku catatannya.

Ligat tangannya Shana menarik buku catatan Eshan. Tindakannya itu mengejutkan Eshan yang langsung tidak menyedari kehadiran Shana. Satu-persatu dia menyelak helaian muka surat buku catatan terbabit.

Baby blue?” Shana memandang wajah keruh Eshan.

Shana tertarik dengan catatan Eshan berkaitan permainan seram baby blue itu. Tidak pernah dia dengar permainan menyeru hantu tersebut selain spirit of coin. Shana pernah mencuba permainan ‘spirit of coin’ yang kononnya boleh menyeru hantu itu. Tiada apa-apa yang menarik pada permainan tersebut. Hantu yang diseru tidak muncul. Kelakar pula rasanya. Agak cerita mereka yang terkena dengan hantu permainan tersebut hanya omongan kosong.

“Macam best. Aku nak cuba,”

“Jangan cari nahas.” Eshan menegah.

“Hey… hanya satu permainan saja. Jangan serius sangat. Entah betul. entahkan tidak cerita yang kau baca dalam websiteitu.”

“Aku cakap tak boleh!”

Come on Eshan. Aku pernah mainlah sprit of coin tulah. Takde apa-apa pun. Hantu pun tak keluar. Tipu saja.”

“Nasib kau tak kena. Kau jangan nak seru benda yang tak patut kau seru.”

Ehsan melarang keras Shana berbuat demikian.

“Jaga mulut you!” Ehsan merampas buku nota dari tangan Shana.

Shana mencebik. Eshan bangun meninggalkan segala bukunya di dada meja. Tiba-tiba saja perut memulas. Shana tersenyum. Buku catatan Eshan diambil tanpa keizinan lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya. Shana segera beredar. Dia melintasi Riduan yang baru tiba di kafe tersebut. Riduan melihat Shana mengambil sesuatu milik Eshan.

Apabila Eshan kembali semula, Shana tidak lagi kelihatan. Riduan menggantikan tempat duduk Shana. Eshan merengus apabila mendapati buku catatan hilang. Shana telah mengambilnya.

SHANA tersenyum-senyum membaca isi kandungan buku catatan Eshan itu. Wanda yang baru pulang dari perpustakaan itu hanya menggeleng melihat Shana yang tertiarap di atas katil khusyuk membaca buku. Shana menayang buku catatan tersebut kepada Wanda yang merupakan rakan sebiliknya. Terkebil-kebil rakannya itu.

Baby blue? Apa tu?”

Game seru hantu. Kau nak cuba tak?” Shana sudah teruja untuk mencuba permainan tersebut. Dia sudah menghafal cara permainan itu di dalam kotak fikirannya. Tidak susah mana. Masuk bilik air, kunci, berdiri depan cermin, dan buat tangan seperti sedang menimang bayi. Kemudian seru baby blue 13 kali. Mudah sangat.

“Gila kau ni!” Wanda siap mendengus. Pelik dengan hobi Shana yang mengarut itu. Hantu yang hendak diseru. Macam tiada hobi lain.

Game macam ni tipu je. Aku dah pernahlah main game seru-seru hantu ni. Takde keluar hantu pun. Cerita-cerita dalam internet tu saja nak bikin takut orang.” Shana cakap besar.

“Kau tak kena lagi. Kalau dah main kau tak boleh undur lagi jika apa yang kau seru tu betul-betul keluar depan mata kau.” Wanda memberikan amaran.

“Kau ni sama saja dengan Eshan tu. Serius sangat dengan game acah-acah seru hantu ni. Bosanlah aku.” cebik Shana. Dia bangkit.

Shana membawa buku catatan Eshan keluar dari bilik. Wanda menggeleng-gelengkan kepala. Shana pastinya mencari Umaira. Dua gadis itu memang satu kepala. Apa yang Shana suka, itu juga yang Umaira suka.


-----------------------------------------------------------

SHANA mencari Umaira di perpustakaan. Senang hatinya kerana Umaira berada di situ. Lekas-lekas dia menunjukkan buku catatan Eshan kepada gadis itu. Umaira turut berasa teruja membaca permianan baby blue yang ditunjukkan oleh Shana.

“Aku salin kejap,” ujar Umaira.

“Kau cubalah buat dulu. Jadi ke tak?”

“Malam ini jugak aku cuba. Kau datang bilik aku.” Umaira tersenyum kecil. Shana dan Umaira lebih suka bermain ‘permainan’ sebegini dari menyertai kumpulan paranormal menjejak makhluk-makhluk halus itu. Meletihkan. Hantu belum tentu tunjuk muka.

“Kalau kau ikut rule dalam gametu senang saja kau nak ingat. Tak susah mana. Tak macam spirit of coin nak kena cari geng untuk main. Cuma kita seru perkataan yang sama berulang kali.”

“Mana kau tahu game ni? Kau google ke?”

“Kau tengoklah buku catatan tu atas nama siapa.”

Umaira membelek muka depan buku tersebut.

“Eshan. Kau curi buku catatan Eshan.”

Sengihan melebar pada bibir Shana. Dia mengangguk. Lelaki itu sudah tentu sedang bengang dengannya.

MALAM itu Shana menemani Umaira untuk mencuba permainan tersebut. Umaira sudah berada di dalam bilik air menghadap ke arah cemin. Umaira sudah sedia untuk memulakan permainan.

Baby blue… baby blue…” Umaira mula menyebut perkataan ‘baby blue’ sebanyak 13 kali.

Shana yang di luar pintu bilik itu menanti dengan sabar. Shana menekap telinganya ke pintu. Bunti suara tangisan bayi kedengaran. Jadi permainan itu menjadi.

“Shana…” Umaira berteriak dari dalam. Tangannya menggeletar dalam posisi menimang bayi yang sekejap muncul sekejap menghilang. Umaira menjadi kaget dan takut. Dengupan jantung pantas berombak laju.

“Buang bayi tu dalam mangkuk tandas!” suara Shana di luar pintu.

“Aku tak boleh. Aku tak boleh!” Umaira sudah mula menangis.

“Shana! Shana!”

Shana tidak tahu apa yang berlaku di dalam. Shana mengetuk pintu bilik memanggil nama Umaira. Umaira tidak tidak menyahut. Jeritan Umaira membuatkan Shana kecut perut. Shana bertindak meninggalkan bilik tersebut. Tidak diendah lagi jerit pekik Umaira yang meminta tolong.

“Tolong aku!”

--------------------------------------------------------

KEESOKAN hari kecoh satu kolej musibah yang menimpa Umaira. Umaira bagaikan hsiteria ketika di bawa ke hospital. Itu yang diceritakan oleh rakan sebilik Umaira. Umaira dikatakan jadi begitu kerana menyeru hantu di dalam bilik air. Shana hanya membisu. Tidak menyampuk bila rakan-rakannya bercerita. Tiada sesiapa yang tahu yang dia turut berada bersama Umaira.

Shana ditahan oleh Eshan ketika gadis itu tergesa-gesa mahu beredar dari dewan kuliah. Eshan bertemu dua mata dengan Shana. Tangannya dihulurkan kepada Shana. Wajah Eshan begitu serius.

“Bagi balik buku catatan aku tu?” pinta Eshan.

Shana membuka beg galasnya lalu menyerahkan semula buku catatan milik Eshan.

“Kau tahu apa jadi Umaira kan?” Eshan menyoal. Eshan boleh mengagak yang Umaira mencuba permainan tersebut. Shana sudah tentu bersama dengan Umaira ketika kejadian itu.

“Tiada kaitan dengan aku,” balas Shana.

“Aku tahu kau dengan dia rapat. Kau dengan dia minat perkara yang sama. Taksub dengan benda-benda yang boleh seru hantu. Dia main gamebaby blue’ tu kan?” Eshan menjegilkan matanya.

Shana masih mahu berdolak-dalih lagi.

“Aku tak tahulah!” desis Shana. Dia menolak tubuh Eshan. Shana berlalu dengan rasa bersalah.


WANDA sudah keluar menyertai ‘study group’ di rumah sewarakan sekuliahnya. Mungkin rakannya tidak pulang malam ini dan tidur di sana. Shana mengambil peluang untuk mencuba permainan tersebut. Dia mahu mersainya sendiri. Dia mahu lihat dengan kedua-dua matanya apa yang Umaira nampak hingga rakannya itu menjadi sasau.

Shana masuk ke bilik air, mematikan lampu dan kemudian mengunci pintu bilik air tersebut. Shana mengetap bibir. Dia memandang ke arah cermin di dalam bilik air itu. Dia melakukan posisi tangannya seperti posisi menimang bayi. Bibir Shana mula menyebut ‘baby blue’ berulang-ulang.

Baby blue… baby blue…” Shana mengucapkannya sebanyak 13 kali.

Sebaik sebutan cukup 13 kali, bibir Shana terkatup rapat. Hatinya berdebar menunggu saat itu tiba. Seketika kemudian bagaikan ada angin menderu masuk ke dalam bilik air tersebut. Shana merasakan tangan seperti menimpang seorang bayi. Tidak kelihatan susuk bayi ditangannya itu. Bunyi esakan bayi bergema. Semakin lama bayi itu menjadi semakin berat. Shana harus mencampakkan bayi itu ke dalam lubang tandas namun dia seperti sukar untuk berbuat demikian. Lagnkah seakan berat. Tubuhnya bagaikan disekat untuk berbuat demikian. Shana mula cemas dan gelabah. Fikirannya serabut. Tiada sesiapa yang dapat membantu ketika ini. Seorang perempuan muncul di dalam cermin bilik air dengan mata yang berdarah.

“Aaaa!”

Shana tidak menamatkan permainan itu mengikut peraturan. Dia campakkan bayi yang kelihatan di tangannya itu atas lantai. Shana meluru ke muka pintu. Terketar-ketarnya tangannya memulas tombol pintu bilik air. Sebaik pintu bilik air di muka, wajah Wanda menerpa di depan mata Shana.

Shana terus berlari keluar. Wanda tersentak dengan tingkah Shana. Muka Shana begitu pucat sekali. Dia masuk ke bilik air. Tiada apa-apa yang pelik dilihat. Namun, Wanda tidak sedap hati. Apa yang Shana buat di dalam bilik?

-------------------------------------------------------

SHANA menekup telinga. Tangisan bayi dan seorang perempuan dengan mata berdarah sering menghantuinya. Shana sentiasa berada dalam ketakutan. Pantang ditegur secara mengejut dia mula menjerit dan wajahnya menjadi pucat.

Ketika kuliah sedang berlangsung, Shana tidak mampu menumpukan perhatian sepenuhnya. Liar matanya memerhati sekeliling dewan kuliah itu. Kelibat perempuan mendukung bayi membuatkan Shana tidak keruan. Suara tangisan bayi itu semakin nyaring di telinganya.

“Jangan ganggu aku!” Shana berteriak. Suaranya menarik perhatian pensyarah dan pelajar-pelajar lain di dewan kuliah itu

Shana memungut buku-bukunya lalu melangkah keluar dari dewan kuliah. Dia tidak boleh meneruskan sesi kuliahnya pagi itu. Shana terus balik ke bilik. Shana berbaring di atas katil dan cuba melelapkan matanya. Akahirnya dia terlelap.

Shana terjaga dari tidurnya menjelang maghrib. Wanda tidak kelihatan di dalam bilik. Shana keresahan. Shana menjerit melihat perempuan yang mendukung bayi itu berada di hujung katilnya. Perempuan itu menyeringai dengan wajah yang menakutkan. Dia berlari masuk ke bilik air lalu mengunci pintu dari dalam.

“Aku tak nak mati! Aku tak nak mati! Lepaskan aku! Lepaskan aku!”

Perempuan itu muncul di depan matanya merenung dengan ke riak kemarahan. Bunyi cermin pecah berderai di dalam bilik air tersebut. Wanda yang baru pulang meluru ke pintu bilik air. Dia pasti Shana berada di dalam kerana Shana ponteng kuliah.

“Shana! Shana!”

Senyap. Wanda keluar dan meminta bantuan. Kebetulan dia terserempak dengan Eshan dan Riduan dikoridor. Bergegas mereka mengikuti langkah Wanda.

Darah mengalir keluar dari bawah pintu bilik air. Eshan dan Riduan saling berpandangan.

Eshan tiada cara lain. Pintu kamar mandi itu diteranjang sekuatnya bersama Riduan. Apabila pintu terbuka, Wanda menjerit lantang lalu jatuh pengsan. Keadaan Shana sungguh mengayat hati. Shana sudah kaku dengan kedua belah matanya yang tertusuk dengan kaca cermin. Kulit muka Shana pucat membiru. Air pacuran terus membasahi tubuh Shana yang terdampar di lantai bilik air itu.

Mata Eshan terpaku pada bayangan wanita yang sedang menimang bayi di dalam cermin bilik mandi tersebut. Eshan menelan liur. Dia percaya Riduan juga melihatnya. Apa yang berlaku pada Shana dijadikan satu iktibar. Padah mengundang ‘mereka’ yang tidak sepatutnya diseru. Shana kehilangan nyawa dalam keadaan tragis. Umaira pula mengalami masalah mental dan kini menjadi penghuni rumah sakit jiwa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.