Aku
Melolong
pada langit
Meminta
turunnya hujan
Supaya
dia bernyanyi
Pagi
ini,
Semuanya
sunyi
Dan
aku hayati
Degup
jantung sendiri.
Biar
berkaca
Walau
tanpa sinarnya
Melihat
tanpa mata
Hati
ini goyang lagi..
Hadi menutup buku
catatannya. Pena yang dipegang tadi masih dijari. Dihalakan bahagian yang
bertudung ke bibir dan digigit lembut..
"Alhamdullillah, walau hanya tiga bait yang mampu terungkap pagi ini"
hatinya terdetik bersekali senyuman. Hasil bermenung selama satu jam dengan
merenung jam di dinding. Dituliskan tajuk di bahagian atas : Gundah
Tangannya mencapai handphone dan menaip pada aplikasi whatapps.
"Otw balik tapau aku nasi lemak tepi bus stop.
Teringin"
Selang beberapa saat handphonenya bergegar dengan bunyi muzik.
"Ok. Kau blaje. Hujung bulan. Poket
koyak" Dia faham sangat jawapan dengan singkatan perkataan itu.
"Ok. Aku redho. Nasi lebih tau..Balik
nanti ambik duit" Dia membalas dengan perkataan singkat sambil
tersenyum.
Handphonenya berbunyi
dengan emotikon tanda bagus di skrin.
Tangan Hadi mencengkam bulatan tengah di tayar kerusi rodanya. Dipusingkan
haluan kerusi rodanya ke dapur. Berkeriut bunyi kerusi rodanya bergerak
melintasi ruang tamu rumah.
Dia terlihat tubuh lelaki yang terbungkam di sofa ruang tamu.
“Ya, Allah.. Kutu embun
ni tak balik rumah malam tadi rupanya” fikirnya. Dia mencapai handphone dan
menaip semula.
“Nasi tambah lagi satu. Mirul tido sini” taipnya.
Tangannya menggoyang
roda hingga ke dapur.
“Ada yang baru. Aku nak
letak kat meja dia pagi esok” Damian bersuara. Hadi hanya tersenyum.
“Kau ni. Penat-penat
cari idea, lepas tu tulis. Pastu bagi free jerk at mamat buta seni ni. Awek tu
mati-mati percaya dia yang tulis” Amirul membantah. Mulutnya kembali menyuap
nasi lemak.
“Ish tak pe. Aku tulis
pun suka-suka je. Kalau orang suka tu dah kira bonus.” Hadi merendah diri.
“Aku cuma respek stu
kat kau la Adi. Susah-susah kau yang tak sempurna macam kami ni. tak pernah
pulak kau mengeluh. Syurga tempat kau nanti” Puji Amirul lagi.
“Nampak tak Adi. Game
budak ni. Kau belanja di nasik ni, memanjang dia puji kau. Silap-silap nanti
kalau dia solat dhuha nanti pun dia doa banyak-banyak untuk kau” Tingkah
Damian.
“Over sangat kau ni.
Dia ikhlas cakap tu” Bela Hadi sambil tersenyum. Dua sahabat inilah yang selalu
menceriakan harinya. Sudah dua tahun dia menyewa bersama Damian. Amirul dan
beberapa rakan yang lain cuma menumpang tidur atau menonton bola. Selalunya
tidur dan makan sekali.
Hadi pun tak kisah
sangat. Sekurang-kurangnya dia tidak kesunyian. Ada teman bergurau dan boleh
diajak berbual.
Ziha tersenyum girang.
Paginya disambut dengan sekuntum ros dan sebuah puisi lagi. Dia yakin secret
admirer yang menghantarnya adalah kawan-kawan sepejabat atau tingkat atas dan
bawah sahaja. Sebab itu sahaja bangunan yang disewa majikannya.
“Dapat lagi!!” Zura
dari meja bersebelahan bertanya. “Patut la senyum sampai ke telinga.Meh aku
baca. Sampai ke tidak punch line dia”
“No way. Biar aku sorang jer yang hadam” Ziha menyengih sambil
memasukkan kertas ya g diterimanya ke dalam laci.
“Kedekut…Aku doakan secret admirer kau tu pak guard yang
kerja shift malam!!!”
“Hoi..mulut jangan
cabul. Karang langsung tak syer apa-apa” Ugut Ziha.
Zura hanya tersenyum.
Tangannya diangkat seakan membaca doa. Mulutnya tak bersuara tapi seakan-akan menyebut
perkataan Amin! Amin!. Ziha membaling pembaris plastik melepasi kubikelnya dan
jatuh ke lantai.
Zura mengangkat kaki ke
arah pantry sambil ketawa mengekek.
“Dah kenapa awak ni?”
Hampir sahaja Zura melanggar En. Nawab yang baru sampai di muka pintu. Mujur
dia sempat berhenti. Kalau tidak pasti dia menyembam muka ke perut Bosnya yang
boroi itu.
“Banyak main ni?” Tegur
En. Nawab. Mujur dia jenis bos yang tak suka bising-bising.
“Maaf Bos” Itu sahaja
ayat yang terfikir di kepala Zura.
“Hmm..” Hanya itu
respon ringkas dari bosnya itu.
“Padan muka!!” Ziha
pula membuat tangan tanda bagus.
“Nak ikut tak Adi?”
Damian menghulurkan helmet cat ayam berwarna merah kepada Hadi.
“Naik moto dengan kau
aku dah serik. Tak tau nak brek langsung. Tak nak lah!” Bentak Hadi.
“Minggu ni langsung kau
tak ke mana-mana kan?. Ikut aku gi ronda-ronda, pastu singgah mamak pu jadi la.
Ambik la sikit udara luar” Damian belum berputus asa.
“Segan la aku. Orang
tengok kau dukung aku ke sana sini. Kau pun malu jugak nanti”
“Baru hari ni kau nak
malu. Dari sekolah rendah lagi apa aku dukung kau”
“Kau keluar la dengan
awek yang kau ayat hari tu. Aku ni kau jangan risau. Tak keluar pun aku tahu
apa yang jadi kat luar sana”
Damian mengambil helmet
merah tadi dan diletakkan pada raga motosikalnya.
“Ada nak kirim apa-apa
tak?”. Hadi menggeleng. Damian berlalu keluar sambil bersiul-siul.
Hadi mencapai buku nota
dan pen pada beg di sisi kerusi rodanya dan mula menulis.
Api-api
bernyala lagi
Mengajak
aku keluar kepompong
Terbang
dengan percikan mercun
Mungkin
aku terbakar nanti.
Api-api
dan gandar besi
Cair
tanpa menumpah seni
Disempuh
semberani
Arang
itu kini berwarna warni
“Terima kasih Ian.
Keluar juga idea aku ni layan kau” Ujar Hadi di dalam hati. Bukunya dimasukan
semula ke dalam poket di kerusi rodanya.
“Awak!” Perkataan
pertama yang terpancul dari mulut Ziha. Secret Admirer yang selama ini
diimpikannya sebagai putera idaman cuma budak pejabat di tempat kerjanya.
Hancur luluh hatinya untuk bertemankan jejaka kacak berkemeja di pejabatnya.
Kalau orang pejabat tahu dengan siapa secret
admirernya itu, pasti kecoh satu pejabat nanti!. Dia kenal sangat rupa mamat yang selalu ambil dan hantar barang di kaunter depan ni.
Damian tersengih-sengih
dan malu-malu untuk duduk. Maklumlah dia hanya berseluar jeans dan bert-shirt
kolar bulat berwarna hitam sahaja. Melihatkan reaksi Ziha tadi, dia sudah tahu
ke mana arah perbualan mereka selepas ini.
Damian masih tercegat
sebelum Ziha memberi isyarat supaya duduk.
Muka Ziha masih mencuka
semasa mereka memesan makanan. Ziha hanya memesan kek dan Damian memesan
burger. Damian serba salah untuk berbicara dengan gadis idamannya itu. Dia tahu
peluang untuk mereka bersama sangat tipis.
“Sajak-sajak tu awak
yang buat ke?” Ziha memulakan perbualan setelah sekian lama berdiam diri.
Damian teragak-agak untuk menjawab.
“Saya tanya ni. Takkan
tak ada mulut nak jawab” Tegas Ziha. Kali ini dia mula berasa sakit hati.
Jawapan yang bakal diterima sudah dapat dibaca.
“Awak tiru dari buku
siapa?”
“Tak. Kawan saya yang
karang”
“Awak ni posmen sahaja
ke, Awak yang betul-betul ada hati kat saya!”
“Posmen sahaja” Ayat
itu cukup membuatkan Ziha berasa tenang semula. Ada sedikit senyuman di hujung
bibirnya. Sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk dia berkawan dengan orang
yang lebih baik jawatannya.
“Kenapa kawan awak tak
datang?” Soal Ziha.
“Dia sibuk. Tiba-tiba
pulak dia ada mesyuarat tergempar” Helah Damian bersambung. Dia lega melihat
reaksi Ziha yang lebih baik dari mula-mula mereka berjumpa tadi.
“Ada tak gambar dia?”
soal Ziha lagi yang tidak sabar-sabar untuk melihat rupa secret admirernya.
Damian gugup memikirkan helah untuk meyakinkan Ziha.
Terketar-ketar dia
menyerahkan handphonenya dengan gambar Hadi tertera di skrin.
“Boleh tahan. Dia kerja
apa?” Tanya Ziha sambil menatap wajah “secret admirer”nya itu.
“Programmer di Zihad
Holding” Jawapan yang betul-betul melegakan Ziha. Sekurang-kurangnya lelaki itu
kukuh dalam kerjaya.
Burger yang dikunyah
Damian terasa berpasir. Rasa bersalah mengusai dirinya kerana berbohong dengan
Ziha. Secara teknikalnya, memang Hadi yang menulis. Hadi juga memang berkerjaya
seperti yang diceritakannya. Cuma dia bukan orangnya.
“Kirim salam kat dia.
Cakap kat dia saya ni peminat no 1 dia. Minta kalau dia sudi, terus bagi
sajak-sajak tu dekat saya”
Damian mengangguk faham.
Dia berniat untuk meminta nombor telefon tapi setelah teringatkan pasal
Hadi, niat tersebut dilupakan. Belum masanya, tegas Damian.
“Apa?” Cerita Damian sebentar
tadi benar-benar mengejutkan Hadi. Kerusi rodanya ditarik ke belakang sedikit
untuk dia membetulkan duduk. “ Ko gila ke apa? Petik nama aku tiba-tiba kat
awek tu”
“Aku gabra la bro. Tak
sempat apa-apa lagi dia dah tanya macam-macam”
“So, sekarang
macammana?”
“Sekarang ni kau kena
ambil alih tugas aku. Aku rasa dia ada hati kat kau”
“Macammana kau tahu?”
“Dia kata gambar kau hensem?”
“Gambar?”
“Gambar kau yang dalam
phone aku tu. Aku tunjuk kat dia.”
“Dia tahu tak aku ni
tak sempurna macam lelaki lain”
“He..he ..tak. Aku tak
berani nak cerita. Takut spoil mood
dia”
“Bro..kan aku dah
cakap. Apa-apa pun kau kena cerita yaNg sebenar. Nanti tak pasal-pasal pulak
dia kecewa.”
“Releks la bro. Ini pun
belum apa-apa lagi. baru cerita-cerita jer. Sampai masa nanti aku terus terang
la”
“Apa-apa nanti, kau
yang tanggungjawab tau. Aku tak nak campur”
“Ye la. Aku janji akan
tanggung apa yang jadi”
Ziha melangkah keluar
dari kereta. Dari tadi hatinya tidak berapa tenteram. Bukan apa, banyak perkara
yang berlaku di rumahnya tadi yang membuatkannya hilang fokus. Lampu di ruang
tamu tiba-tiba tidak bernyala. Air tiba-tiba tidak ada, malahan cermin yang
digantung di biliknya pula jatuh dan pecah.
“Bad luck ni!” Ujar
Alia, teman serumahnya. Dia diam sahaja kerana tidak mahu percaya sangat dengan
pendapat sebegitu.
Hatinya masih
berdebar-debar.
Sebuah kereta tiba-tiba
melencong dari arah jalan raya menuju kearahnya.
BRAMM !!!!
Ziha terperosok hingga ke
dalam longkang.
“Kau dengar cerita tak”
Damian memasang telinga semasa menghantar envelope ke kaunter hadapan.
“Ziha accident semalam!”
Kerani di kaunter bercerita kepada staff yang kebetulan lalu di situ.
“Teruk ke?”
“Entahlah, tapi dia dah
masuk ke ICU”
“kalau ke ICU tu
maksudnya kritikal la tu”
“kesian dia, baru pagi
semalam kami borak-borak kat sini”
“Dia kat hospital mana?”
Sampuk Damian.
“HKL. Kita tak boleh
pergi tengok. Ahli keluarga sahaja yang dibenarkan” Damian mengagguk faham.
Hadi keluar dari bilik
untuk ke dapur sebelum perasankan Damian yang menyandar di sofa dengan lengan
melintang di dahi.
“Termenung jauh bro,
dah sampai mana?” Tegurnya dengan niat melawak. Damian buat-buat pejam mata.
“Awek dah terlepas la
tu..tu la lain kali fikir sebelum cakap”
“Awek tu dah eksiden
semalam. Kat ICU sekarang!” tegas Damian.
“Ye ke. Ada kaitan
dengan kau ke?”
“Kalau dia meninggal,
aku rasa bersalah sangat sebab tak cerita hal yang sebenar masa jumpa hari tu”
Kalau
tuhan
Sentuh
aku
Sebelum
datangnya ajal
Dengan
luka-luka dan kesakitan
Dan
padamkan aku dengan pitam
Supaya
aku faham
Bila-bila
sahaja
Aku
mungkin dipanggil pulang
Damian sempat menatap
puisi nukilan Hadi tangannya. Ros merah sekumtum juga tersisip di poket
kemejanya. Dia melangkah masuk ke wad yang menempatkan Ziha.
“Encik ni siapa?”
seorang perempuan setengah baya menegurnya sebelum dia sampai ke katil Ziha.
“kawan Ziha”
“Minta maaf, Ziha dah
pesan kat Makcik, buat masa ni dia taknak jumpa sapa-sapa”
“Kalau macam tu, Makcik
tolong bagi ni kat dia” Damian menyerahkan envelope yang berisi puisi tadi dah
ros merah kepada Makcik tersebut. Makcik tersebut menyerahkannya kepada Ziha
yang berada di sebalik tabir hijau. Damian melangkah untuk pulang.
“Anak!” suara Makcik
tadi menjerit dari belakang.
“Kenapa Makcik?”
“Ziha ucap terima kasih”
Balas perempuan tua itu sambil tersenyum.
Damian membetulkan tali
lehernya. Itu pun tali leher yang dipinjamkan Hadi.
“Kalau nak pergi
interview. Kena pakai tie. Baru orang respek” Terngiang-ngaing lagi kata Hadi.
Hari ini dia menyahut
cabaran bosnya untuk turut sama mengikuti sessi temuduga untuk jawatan kosong di
pejabat. Encik Wahab yang menyarankan kepadanya untuk berpindah jawatan kalau
mahu terus maju dalam kerjaya.Majikannya itu juga yakin dia mampu untuk
menggalas tugas sebagai kerani.
“Excuse me” suara
seorang gadis bersuara dari belakang, meminta laluan. Damian berpaling dan
melihat seorang gadis berkerusi roda sedang menuju kearah lif.
“Bukan ke tu?” dia
seakan mengecam wajah perempuan yang menggunakan kerusi roda tersebut. Cepat-cepat
dia berlari mengejar dari belakang.
Ziha memberhentikan
kerusi rodanya sebaik berasa ada tangan menyentuh kerusinya itu dari belakang.
“Ziha kan?” Ziha
malu-malu untuk menjawab. Sebolehnya dia tidak mahu bertembung dengan sesiapa
yang dikenalinya di situ. Kedatangannya pun sekadar untuk mengambil barang-barang
di mejanya dan menyelesaikan urusan-urusan berkaitan permohonannya untuk
berhenti kerja.
“Ya..Ian. Sorry sebab
awak terpaksa lihat saya macam ni” Ziha menjawab dengan perasaan serba salah.
“Tak apa. Awak datang
dengan siapa?”
“Saya seorang sahaja.
Mak ada hal. Kawan saya pun ada emergency”
“Biar Ian tolong tolak”
“Tak payah Ian. Ziha
dah biasa. Nanti Ian malu kat kawan-kawan pulak.”
“Tak ada yang nak
dimalukan. Ziha pun kawan Ian kan” Balas Damian sambil menyorong Ziha masuk ke
dalam Lif.
“Ziha nak ke mana?”
“Ke Office. Ambik barang-barang
yang masih ada. Kemudian jumpa H.R.” Jawab Ziha acuh tak acuh. Malu jugak dia dilihat oleh rakan-rakan sepejabat lamanya.
“Tak kerja dah ke?”
“Dah lama berhenti.
Lepas eksiden tu”
“Sekarang buat apa?”
“Duduk rumah jer. Belum
decide lagi apa nak buat. Makan duit insurans jer” Jawab Ziha yang masih serba-salah.
“Ada satu perkara yang
saya tak beritahu kat Ziha…dan saya serba salah kalau tak bagi tahu?
“Bagitahu apa?”
“Ingat tak orang yang
tulis puisi untuk awak tu..secret admire awak?”
“Ya..”
“Dia pun berkerusi roda
macam ni”. Ziha memberhentikan kerusi rodanya sebentar.
“betul ker?” Katanya
bersungguh-sungguh.
“Ya. Kalau awak nak
jumpa dia. Saya boleh uruskan. Dia arif sangat hal-hal orang berkerusi roda ni”
Ziha mengagguk bersetuju. Zura yang nampak dari jauh datang menghampiri mereka. Damian kemudiannya meminta diri.
Zura pula mengambil alih menyorong sahabatnya.
"Nak datang tak cakap!" Bebelnya panjang.
Damian memandang kearah
jamnya sebelum berlari kea rah lif.
“Ah! Lambat lagi aku!”
Hadi mengangkat tangan
tanda bagus kepada Damian. Itu sebagai tanda yang dia akan bergerak sendiri
dengan kerusi rodanya. Damian pula akan mencari tempat lepak atau ke mana
sahaja yang dia suka.
“Assalamualaikum” Hadi
memberi salam kepada dua gadis yang berada di hadapannya. Kerusi yang ada
dialihkan supaya dia dapat rapat ke meja dengan kerusi rodanya.
“Lama tunggu”
“Lama jugak. Mana Ian?”
Ziha menjawab. Hadi teringat janji sepatutnya sejam lebih awal.
“Maaf lambat. Ian tak ikut. Tolong hantar
je. Ada hal katanya”
“Adik saya Ifa “ Ziha
memperkenalkan gadis di sebelahnya. “Akhirnya jumpa jugak kita”
Budak perempuan itu
tersenyum sebelum kembali menghabiskan airkrimnya.
Hadi memesan minuman
dan burger sebagai hidangan makan malam.
Selepas diam seketika,
Hadi memulakan pertanyaan. “Awak suka sajak?”
“Dulu tak..sekarang dah
boleh hadam?” Jawab Ziha bersahaja.
“Kalau saya tanya
kenapa suka?”
“Sebab sajak tu buatkan
benda yang besar jadi kecil. Cerita yang besar-besar boleh dirungkai dalam dua
tiga rangkap sahaja. Minda kita pula perlu membaca dan meneka apa yang
diungkapkan. Macam eksesais minda jugak. Kalau nak seronok, masukkan muzik dan
nyanyikan dengan nada yang indah. Mesti orang suka sebab dah jadi lagu..” Jelas
Ziha. Bibirnya mencicip fresh orange.
“Dah macam pakar awak
ni?”
“Ni la akibat banyak
duduk rumah. So banyaklah yang boleh dibaca
dan difikirkan..Hmmm. Sebab apa Adi suka tulis sajak?”
“Sebab apa yang
terlintas dalam fikiran tu rezeki…tulis ajela… Tuhan nak bagi. Rezeki kalau
dikongsi pun ada keberkatannnya”
Ziha memahami apa yang
dimaksudkan Hadi.
Hadi mengeluarkan
sekeping kertas dan diserahkan kepada Ziha.
Terima
kasih bulan
Kerana
meminjam sinar mentari
Untuk
menerangi aku
Yang
kadang-kadang buta ini.
Terima
kasih bulan..
Kerana
memberi ilham
Tanpa
dipaksa-paksa
Akal
ini serasi dengan hadirmu.
Kau
datang dan pergi
Tapi
sentiasa memerhati.
“Sajak pertama saya”
Terang Hadi.
“Tajuknya?”
“Puisi untuk bulan”
“kenapa
bulan ?”
“Sebab
saya berterima kasih kepadanya kerana dia menyokong saya selama ini”
“Bulan
?”
“Qamar
Damian, sahabat saya”
“Ian
maksud awak?”
“Ya.
Orang menyokong saya sampai sekarang. Dari sekolah rendah lagi kami bersama.
Nakal bersama, seronok pun selalu bersama. Walaupun dia tak secerdik saya, tapi
dia jujur dan lurus untuk bantu saya berjaya. Dia buat saya rasa ada kaki..”
“Kenapa
tak bagi sajak ni dekat dia?”
“Nanti
dia ketawa terbahak-bahak. Dia akan cakap saya poyo” Jelas Hadi sambil
tersenyum.
“Kenapa
tunjukkan dekat saya?”
“Sebab
saya nak beritahu dekat awak..Bulan tu adalah orang yang suka awak sebelum ni
dan sampai sekarang dia masih sukakan awak. Semua sajak-sajak tu dia yang minta
dari saya untuk serahkan pada awak……. Kalau awak nak seseorang yang boleh jaga
awak. Yang boleh hidup susah senang dengan awak..yang boleh terima keadaan kita
yang macam ni... Dialah orangnya. Dia boleh jadi kaki saya…dan boleh jadi kaki
awak.”
“Sekarang
saya faham…” Ziha terdiam seketika.
“Dia
ingat yang awak akan sukakan saya sebab keadaan saya sama dengan awak. Lagipun kerjaya
saya lebih baik dari dia..dia cemburu sebenarnya. Tapi hakikatnya dialah yang boleh tolong awak
untuk bangkit semula..bukan saya. Kalau sama-sama berkerusi roda pun mungkin
masaalah jugak kan..”
“Kalau
saya ambil dia..awak?” Ziha mengerling sambil tersenyum.
“Saya
dah boleh berdiri dan berlari atas kerusi ni. Jangan risaukan saya sebab saya
dah boleh berdikari. Saya pun dah jumpa orang lain yang sanggup tolong saya”
“Awek?”
“Taklah…kawan.
Orang di pusat jagaan orang cacat. Dia pun tak normal, tapi upaya dia lebih
dari saya”
“Ian
tahu” Hadi menggeleng. “kalau dia tahu..mesti dia guna point tu untuk kenakan saya”
Hadi
menujukkan telefonnya yang sedang berdering.
“Dia
dah risaukan saya ni”
Hadi
menjawab panggilan itu.
“Boleh
tolong saya satu perkara?” Pinta Ziha.
“Tolong
apa?”
“Bagi
saya no. phone bulan tu”
Hadi
tersenyum.