Home Cerpen Cinta Hijrah Kasih
Hijrah Kasih
Zhar Aruzi Hairi
7/4/2016 14:08:37
3,352
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

HIJRAH KASIH

Fikri menolah sedikit cermin keretanya ke bawah. Sebentar tadi dia menutup penghawa dingin keretanya. Kepanasan mula memijar dari dalam kereta. Dia membuka penutup dashboard dan mengeluarkan sekotak rokok. Selepas mengeluarkan sebatang rokok, kotaknya dicampak ke tempat duduk sebelah. Api dihidupkan dan dia mula menghembus asap. Cuaca panas dan kenderaan yang bersesak-sesak jem menunggu lampu isyarat langsung tidak dihiraukannya. Radio kereta dikuatkan sedikit bagi melawan bunyi kenderaan di luar. Apa yang belaku dua hari lepas benar-benar mengubah pendirian hidupnya. Dia harus berterus terang dengan budak perempuan tu!.

******************************************************************************

“Permohonan kenaikan pangkat kamu yang boss kamu bagi minggu lepas terpaksa kami tangguhkan” jelas kedenganran di telinga Fikri penjelasan dari pengurus sumber manusia syarikatnya. Bukannya niatnya untuk mendapatkan penjelasan, Cuma kebetulan dia lalu berhadapan dengan pejabat pengurus tersebut. Dia ke situ hanya untuk berjumpa dengan Khalif yang bekerja di jabatan itu untuk bersama-sama makan tengahhari.

“Kalau tak keberatan, boleh saya tahu sebabnya puan.” Tanya Fikri berlembut. Dia pun bukan baru bekerja di kilang tersebut. Lebih dari sedekad dia menyumbang idea dan tenaga memajukan perniagaan syarikat. Kenaikan pangkat yang diharapkannya sebagai imbuhan atas penat lelahnya itu.

“Saya pun mendapat tahu dari En. Ramli, Pengarah kita. Belum ada hitam putih lagi. Mungkin sebab jualan syarikat yang tidak begitu baik sekarang ini, Tak ada budget agaknya. Kita sama-sama tunggu surat dari pengarah ya” balas perempuan tersebut. Fikri malas untuk bertegang leher walaupun hatinya masih belum puas. Dia segera menggamit Fikri untuk keluar mencari hidangan tengahari mereka.

******************************************************************************

“Jauh kau termenung Fik, Apa cerita Kak Norma panggil kau tadi.” Tanya Khalif sebaik melabuh punggung di tempat duduk penumpang.

“Kenaikan pangkat aku tak lulus.” Balas Fikri sambil memandu.

“Kalau kau naik pangkat, makan free le aku hari ni” Khalif berseloroh.Khalif masih serius memandu. Khalif tidak mahu membaca apa yang bermain di fikiran sahabatnya itu.

Fikri menekan punat radio di dashboard, menguatkan lagi bunyi radio yang terpasang. Lagu Mewangi yang dinyanyikan oleh Akim and The Magistrate di nyanyikan serentak dengan lagunya. Khalif yang ada di sebelah turut menyahut sesekali pada lirik yang diingatinya, terutama pada korusnya. Suasana riuh seketik sebelum dia membelok secara tiba-tiba dan bergesel dengan motosikal yang ada bersebelahan.

“ We’re no promoting you because we have another plan for you” Mr Chan bercakap sambil memegang surat resign Fikri ditangannya sambil tersenyum. Pertama kali Fikri melihat bossnya itu menguntum senyuman. Selalunya berwatak serius sepanjang hari. Mungkin itu perangai boss agaknya, Fikir fikri di dalam hati. “We’ll send you for another three years course at London. So, surat ni you boleh simpanlah” sambung Mr Chan lagi. Tangannya menghulurkan surat resignyang dipegangnya.

Be cool Fikri. Takkan company nak lepaskan orang macam you. Banyak you punya jasa and experience di sini. So you balik nanti you fikir baik-baik aa” jelas Mr. Chan sambil tersenyum lagi.

“ Wow..sampai ke U.K aku nak dihantarnya. Baik buruknya belum aku kaji lagi” Fikirnya dengan tawaran yang diterimanya tadi. Kalau diikutkan hatinya sudah pasti tawaran itu akan diterima bulat-bulat. Siapa yang tak mahu ke negeri atas angin, bermain salji dan melawat tempat-tempat yang menarik di sana. Peluang macam ni bukan senang nak dapat!. Namun dia perlu sebab yang kukuh lagi untuk ke sana.

“ Terima kasih Boss. Give me time to think about. Nanti I’ll let you know.”sambungnya. Dia tersenyum keluar dari bilik Mr. Chan.

******************************************************************************

Fikri segera menekan brek dan keretanya melanggar bahu jalan. Khalif yang berada di sebelah sempat berpaut pada pemegang tangan di atas pintu. Mukanya berpeluh dan sempat melihat Fikri berlari pantas kearah belakang kereta. Dia juga melihat beberapa penunggang motosikal memberhentikan kenderaan mereka. Seorang gadis berhelmet pink terbaring di pangkuan Fikri.

“Jom kita bawa budak ni ke Hospital” Jerit fikri kepada Zahim. Digagahkan dirinya mengangkat budak perempuan itu menuju ke kereta. “ Kau cabut kunci motor budak ni. Tolak motor tu ke tepi. Jangan bagi orang alih” arahnya lagi. Khalif bergegas mengikut arahan.

“Tak tunggu polis datang ke Bro.” tanya seorang penunggang motosikal yang dari tadi menunggu di situ. Tangannyaa memegang telefon bimbit, sesekali mengambil bonet kereta Fikri. Mungkin berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya di laman sosial

“Kita selesaikan kemudian. Yang penting sekarang adalah nyawa orang ni”Jawab Fikri sambil menutup pintu belakang. Dia segera ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin. Khalif menyusul dengan kunci yang dipegang di tangan. Mereka segera menuju ke Hospital awam yang berhampiran.

******************************************************************************

Khalif memberikan sebungkus roti kepada Fikri. Dia tahu rakannya belum menjamah sebarang makanan sejak tengahhari tadi. Pihak pejabat juga sudah diberitahu tentang insiden yang menimpa mereka. Cuma Fikri yang kelihatan sunggul kerana kecuaiannya telah menyebabkan satu nyawa hampir melayang.

“Kau dah telefon waris budak ni.” Soalnya sebaik melabuhkan punggung di sebelah Fikri. Dia hanya mengangguk. Air tin ditangannya dihirup. “ Mak dan ayah dia dalam perjalanan ke sini”

******************************************************************************

Aina membetulkan kain selimut yang dijadikan tudung. Dia tidak menyangka ayahnya akan membenarkan seorang lelaki yang bukan mahramnya masuk melawat.

“ Saya Fikri, orang yang melanggar awak” ucap lelaki tersebut, antara dengar dan tidak. Matanya yang lolos memandang tepat ke wajah Aina dan kemudiannya silih berganti memandang ayah dan ibunya yang berada di sisi.

“Saya nak minta maaf” Sambung Fikri lagi.

“Saya maafkan” Aini membalas. Suaranya kedengaran parau setelah menjamah makanan sebentar tadi. Ayahnya yang berada di sini hanya tersenyum.

“Kalau ada apa-apa masalah nanti hubungi saya. Nombor telefon saya sudah serahkan kepada Ayah awak.” Sambung Fikri lagi.

“Ayah dan Mama nak kena balik sekarang. Dah dekat pukul 5.00 petang. Nanti adik-adik kamu tetunggu-tunggu pulakdi sekolah.Kamu berdua berborak-boraklah dahulu” Ayah Aina mencelah tiba-tiba sebaik melihat jam tangannya. Mamanya turut mengangguk bersetuju.

“Takkan Mama dan Ayah nak tinggalkan Aina macam ni” Aina mula mencebikkan bibir. Kakinya yang tadinya kebas mula berasa sakit.

“Doktor dan Misi kan ada. Kami balik sekejap sahaja. Malam nanti Mama dan Ayah datang semula dengan adik-adik kamu.” Mamanya membalas dengan senyuman.

“Kamu berdua bersembanglah dulu” ucapnya kepada Fikri sebaik mereka berpandangan. Fikri hanya mengangguk.

“kenapa mamat ni masih tercegat kat sini. Bukan ke aku dah maafkan dia tadi” Aina bersuara di dalam hati. Tidak berani memandang Fikri yang masih tercegat di birai katil. “Tak Nampak ke Mama dan Ayah aku dah balik. Nak cari bala ke memang dah spesis tak tahu malu”

“Sakit lagi ke?”Fikri cuba menyambung perbualan. Dia sudah hilang kata-kata seketika.

“Hmm..rasa juga kat kaki ni” Jawab Aina. “ Kaki berbalut macam ni. Takkan tak sakit” ucapnya di dalam hati.

Kakinya segera ditarik sebaik melihat Fikri cuba untuk mengangkat kain yang menutup kakinya. “Hai pakcik..jangan nak mengada-ngada jadi doktor. Awak bukan mahram saya” Jeritnya. Makcik di katil sebelah berpaling sambil tersenyum.

“saya minta maaf. Ingatkan boleh tengok tadi.” Fikri menahan mukanya yang bertukar kemerahan. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.

“ Bila nak balik ni. Aku dah lembik menunggu kat sini” suara Khalif kedengaran di hujung talian.

“Sekejap lagi Bro. Aku ada hal nak settle dengan budak perempuan ni.”

Fikri mengeluarkan kad namanya dan diserahkan kepada Aina.

“Saya kena pergi sekarang. Ada apa-apa boleh call”

******************************************************************************

“Apa yang doktor cakap?” soal Fikri sebaik meletakkan bungkusan roti dan air tin dimeja. Aina terpinga-pinga dengan kehadiran lelaki tersebut. Tuala yang ada disebelahnya pula dijadikan tudung. Dia tidak menyangka Fikri begitu awal datang. Setahu dia waktu melawat di hospital bermula pukul 12.30 tengahhari. Adiknya Aisya yang dijadikan peneman entah ke mana.

X-ray result confirmed, kaki sebelah kanan ni patah, ada tulang yang hancur. Nanti doktor decide apa nak buat. Yang lain tu luka-luka dan lebam lebam biasa. Encik Fikri ni tak ke pejabat ke?”

“On the way ke pejabatlah ni. Saya singgah sekejap sebab petang nanti tak dapat datang. Ada urgent meeting sampai ke malam”

“Encik tak datang pun tak apa. Kalau ada hal ni saya minta Ayah beritahu. Buat susah encik saja nak datang” balas Aina. Matanya melilau mencari kelibat adiknya. Sengaja dia meminta Aisya menemankan dia untuk beberapa hari. Hal persekolahan adiknya itu diuruskan oleh ibunya. Oleh kerana tiada peperiksaan dalam masa terdekat, maka Aisya bersetuju untuk menemani kakaknya itu.

“Saya datang sebab tanggungjawab saya kerana buat awak jadi macam tu. Insyaallah, kerja-kerja saya tak terganggu pun”

“Family Encik macam mana pulak?. Tak Marah ke diaorang encik datang ke sini?”Soal Aina lagi.

“Diaorang tak marah rasanya. Dari Muar nak ke sini jumpa saya pun dah setengah hari”Balas Fikri sambil tersenyum. Jururawat yang ada bersebelahan sempat mengerling mata kearahnya.

“Mungkin Encik nak berkenalan dengan Misi-misi di sini ke?” sambung Aina lagi sebaik perasan akan reaksi jururawat yang ada bersebelahan.

“Walaupun saya bujang, tak terlintas pun benda macam tu. Saya kena pastikan awak tak apa-apa. Takut jugak awak jadi mereng sebab jatuh semalam” Fikri memerli sambil tersenyum.

“Encik sendiri nampakkan. Tak ada satu plaster pun kat kepala ni. Saya Ok jer. Cuma encik jer yang concern sangat. Anyway terima kasih sebab tolong saya. Hanya Allah yang mampu balas”

Perbualan mereka terhenti setelah doktor datang untuk membuat rawatan susulan. Fikri meminta diri untuk pergi ke pejabat.

*****************************************************************************

Fikri menarik kerusi dan duduk berhampiran Haji Osman. Segera dia menghulurkan tangan dan bersalaman. Haji Osman tersenyum seraya menepuk belakang bahunya.

“Hari ni pun awak datang melawat. Ahad pun tak cuti ke”

“Saya dalam perjalanan nak ke rumah kawan. So lalu kat sini, saya singgah dahulu.”

“Si Aina tu tak apa-apa. Cuma kakinya sahaja, mungkin nak kena potong. Itu juga yang buat dia risau” Cerita Haji Osman. Dahinya berkerut namun masih tersenyum.

“Teruk ke keadaan dia?”

“Teruk jugak, tapi Aina tu kuat semangat. Dia dah mula terima qada dan qadar ni. Cuma ada perkara lain yang dirisaukannya”

“Apa yang dia risaukan Pakcik?”

“ Pasal study dia dekat U.K nanti. Aina sudah setuju untuk belajar di London University, Jurusan undang-undang. Dua bulan lagi dah nak kena fly ke sana. Takut tak dapat nak join interview untuk scholarship nanti”

“Hebat anak pakcik ni. Sampai ke oversea dia dapat tawaran. Habis tu macammana dia nak ke sana”

“Kami pun belum rancang apa-apa. Pakcik dan Mama dia memang tak dapat nak ke sana. Hal-hal kerja dan adik-adik Aina yang lima lagi tu nak kena diuruskan juga. Saudara mara pun tak ada di sana. Kawan-kawan yang dia kenal pun tak ada yang dapat tawaran ke sana.”

“Entahlah pakcik. Saya pun tak ada kenalan di sana. Kalau ada apa-apa yang saya boleh bantu,saya beritahu nanti”.

Perbualan mereka berterusan sehingga Haji Osman menerima panggilan dari isterinya meminta dia masuk semula ke dalam wad.

******************************************************************************

“ Boleh saya bersembang sikit dengan kakak awak” Tanya Fikri kepada Aisya sebaik sampai di tepi katil.

“Nah, ambil duit sepuluh ringgit ni. Pergi beli apa yang Aisya nak di kantin”. Aisya bingkas bangun, mengambil duit itu dan hilang dicelah orang yang lalu lalang.

“Aaadik” jerit Aina sebaik melihat adiknya berlalu pergi. Mulutnya dimuncungkan sedikit memandang kearah Fikri. Nyata dia tidak suka melihat adiknya dirasuahkan sebegitu.

“Bagi adik awak rehat. Saya pun boleh jaga awak apa” jelas Fikri. Aina masih memuncungkan bibirnya. Sengaja dia mendiamkan diri sebagai protes terhadap tindakan Fikri tadi.

“Boleh saya cakap sikit dengan awak”

“Do I have a choice” Balas Aina memerli. Sengaja di berkata demikian. Bibit-bibit kemesraan hadir tanpa mereka berdua sedari. Matanya yang membengkak bertentangan dengan mata Fikri.

“Saya minta maaf untuk semua yang berlaku pada awak” Suara Fikri serius. Dia menelan air liur sebelum menyambung bicara.

“Dan maafkan saya juga kerana buat awak tak kering air mata”

“Encik Fikri..saya terima semua ini dengan hati terbuka. Kaki saya ni hak Dia. Kalau dia nak ambil balik, tak ada siapa yang mampu halang. Termasuk awak” ulas Aina sambil menggosok pangkal lutut yang berbalut kemas.

“Saya bersyukur sebab nyawa ni masih dipanjangkan. Dan dari hari tu lagi saya dah maafkan awak.”

Suasana sunyi seketika. Macam malaikat lalu, fikir Aina. Dia tidak tahu apa lagi yang mampu diucapkan. Mata mereka tertumpu kepada sebuah keluarga yang berkumpul di katil tidak jauh dari situ. Riak wajah kegembiraan terpacar dengan gelak tawa walaupun tangan kanan si anak telah dipotong. Si ibu yang kelihatan banyak bercakap sempat menyuapkan makanan ke mulut anaknya sambil tersenyum.

“Macammana dengan rancangan awak nak ke U.K. Dah sedia ke belum?” Fikri mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Aina bergenang air mata lagi mengenangkan nasibnya selepas ini.

So, you heard everything. Belum tahu lagi my next plan. Maybe nak kena cancel and travel balik whenever saya dah betul-betul ready” Jawab Aina bercampur. Fikri pula hanya mengangguk.

“I’ve a proposition for you.” . Fikri diam seketika sebelum menyambung “Why don’t we go together”

“Haa.. dah gila ke Encik ni. Bila masa Mama dan Ayah saya nak benarkan. Mintak simpang malaikat 44”

“And we get married before we go there”

“wait the minute…apa Encik cakap tadi. Kita kahwin..what... boleh ulang tak?” Aina menyingga merapatkan mukanya kea rah Fikri.

Yes..I do propose you..Unintentionally. saya nak jadikan awak isteri saya” Fikri separuh pelat berbahasa. Dadanya masih berdebar selepas mengucapkan apa yang terbuku diharinya tadi.

“Bab munakahat ni bukan main-main Encik Fikri. Bab hilang kaki satu hal. Bab surprise proposal pulak dah jadi satu hal lagi.” Wajah Aina kemerahan menahan amarah. Keluarga yang berada berdekatan memandang mereka. Mungkin terdengar apa yang diucapkan oleh Aina tadi.

“Boleh tak Encik simpan sikit simpati tu. Jangan semuanya nak dilaburkan pada saya. Macamlah saya dah tak ada masa depan. Saya boleh lalui semua ni, insyaAllah. Encik kembali sahaja ke dunia lama Encik. Saya maafkan segala silap salah encik, dan halalkan apa yang patut.”

“ Cik Aina, saya bukannya mencurahkan simpati. Ini adalah niat ikhlas saya. Sejujurnya saya rasa saya dah jatuh sayang pada awak….. Mungkin Tuhan ambil kaki awak, dia gantikan dengan hati saya”

“Amboi bahasa” Aina hanya menjawab di dalam hati.

Aina menarik nafas. Terdiam seketika. Matanya ditundukkan ke lantai.

“selesai ke masalah saya kalau kita berkahwin.Atau tambah lagi masalah” sambungnya perlahan. Kali ini dia beralah. Matanya kembali berair dengan suara bergetar.

“saya tak tahu dan saya tak berani nak ramal apa-apa. Yang pastinya saya yakin dengan janji Allah. Setiap niat yang baik pasti akan mendapat balasan yang baik”

“Encik Fikri…Awak dah lari jauh dari landasan ni. Datang sini ajak si capek ni kawin. Tak pernah kenal pun. Complete Alien for me and you’re truly risk taker. Saya tak tahu apa nak jawab sekarang.Even kalau saya google pun, tak akan jumpa jawapan yang saya nak.” Aina memandang wajah Fikri dengan senyum kelat. Banyak perkara yang bermain difikirannya.

I have to tell you this. Saya tak mungkin tak dapat kahwin dengan cinta saya. Tapi saya pasti akan kahwin dengan jodoh saya.” Ujar Fikri. Dia membiarkan Aina mengelap air mata.

“Please don’t tell Mama dengan Abah saya,apa yang awak cakap tadi. Bagi saya masa untuk berfikir” sambut Aina. Adiknya Aisya kembali ke katil dengan semangkuk aiskrim dan dua bilah sudu.

Fikri mengangguk sebelum berlalu pergi.

Fikri terkedu melihat katil yang ditinggalkan kosong. Tiada siapa yang memaklumkan kepadanya yang Aina sudah dibenarkan pulang. Misi yang bertugas hanya menunjukkan dokumen discharge yang ditandatangani oleh Haji Osman.

“Ada nombor telefon tak?” Tanya Fikri sebaik menyerahkan kembali borang discharge kepada Jururawat bertugas.

“Maaf Encik, dia tak tulis pun kat sini”

Fikri melangkah longlai sebelum dipanggil oleh seorang Jururawat lain yang berbadan agak gempal.

“Encik yang nama Fikri kan?” tanya jururawat tersebut.

“Ya”

“Ada surat yang perempuan di katil 103 itu tinggalkan” katanya sebaik menyerahkan sekeping surat kepadanya.

Assalamualaikum..

Maaf sebab terpaksa menulis. Handphone saya masih tak dapat digunakan. Sepanjang malam saya berfikir tentang lamaran awak. Sempat juga saya bersolat hajat dan isthikarah. Dalam fizikal yang macam ni, saya gagahkan juga buat.

Terima kasih sebab selalu berada di sisi saya sekalipun awak langsung tak kenal siapa saya, ambil berat tentang keadaan saya. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Setelah puas berfikir, saya masih tak jumpa jawapan yang kukuh. Perasaan sebenar saya bercampur baur dengan persoalan tentang kehidupan saya selepas ini. Separuh daripada kebebasan dan kelebihan saya telah diambil kembali oleh Yang Maha Esa. Tapi saya bersyukur kerana masih diberikan nyawa.

Jawapan terhadap lamaran awak itu saya serahkan kepada kedua orang tua saya. Bawa Ibu dan Ayah awak mengikut adat Melayu kita untuk melaksanakan apa yang sepatutnya.

Kalau semuanya berjalan macam yang saya impikan. Saya rasa macam kaki saya dah bercantum semula.

P/S : Ni alamat Rumah dan no. H/P saya …………………

Fikri tersenyum dan menarik nafas lega. Hatinya kembali berbunga. Dan dia sudah tahu jawapan untuk diberikan kepada bossnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.