Bini Mat Jan
Oleh : Zhar Aruzi Hairi
Tok! tok!
Ikhmal menekupkan atas kepalanya dengan bantal. Mukanya dilekapkan pada tilam,
serapat mungkin. Dengus nafasnya menyedut sekali debu-debu di cadar tilam.
"Siapa pulak yang kejutkan aku pagi-pagi buta ni?" Rungut Ikhmal.
Memang malas dia hendak melayan budak-budak yang mengajak untuk melepak di
kafe, awal-awal pagi macam. Ikhmal lebih rela dicop "skema" dari
bersengkang mata dengan aktiviti yang belum tentu ada manafaatnya.
"Mal...bangun la.Aku Bad ni" jeritan dari luar itu jelas di telinga
Ikhmal. Ketukan jari yang biasa-biasa tadi kini bertukar kasar. Jika dibiarkan,
hentakan tangan yang kuat itu boleh menyebabkan pintu bilik roboh.
Cepat-cepat Ikhmal bangun mencapai tombol pintu.
Sebaik pintu dibuka, Ahmad Solihin bergegas masuk. Mukanya berpeluh dan tangan
menggeletar. Beg sandang yang digalasnya tadi diletakkan di sisi.
"Kau ni dah kenapa?" Soal Ikhmal sambil mengeyeh mata.
Angin sejuk dari luar menerobos masuk ke setiap penjuru bilik. Suhu sejuk mencengkam
hingga ke tulang sum-sum.
Ikhmal mencapai selimut untuk membalut tubuhnya yang tidak berbaju.
Ahmad Solihin menarik nafas panjang. Peluh didahinya dilap dengan tuala yang
tersangkut di birai katil.
"Mat Jan tak bagi aku masuk bilik"
"Kau gaduh dengan dia ke?" Soal Ikhmal sambil menutup mulutnya yang
menguap.
"Mana ada bro. Aku pun baru je balik dari kem motivasi la. Dah dua minggu
aku tak masuk bilik."
"Habis tu, mana kunci bilik kau?"
"Ada ni ha, tapi Mat Jan selak pintu tu dari dalam. Puas aku ketuk, tak
bukak-bukak" Ujar Ahmad Solihin
"Kalau macam tu kau tidur je kat katil Sahak tu. Dia tak balik malam
ni" Cadang Ikhmal.
"Ok jugak." Ahmad Solihin membuka stokin yang masih tersarung. Beg
sandangnya dibiarkan diatas meja.
Ikhmal melunjurkan kaki di atas katil untuk menyambung tidur.
"Satu benda yang aku musykil, masa aku sampai tadi. Aku dengar Mat Jan
bersembang-sembang dalam bilik tu. Macam bersembang dengan awek. Siap
gelak-gelak mengekek."
Ikhmal yang tadinya hampir terlelap, bingkas bangun semula.
"Ada kau dengar suara perempuan tak? Tak baik main-tuduh-tuduh ni"
Sorotnya.
"Tak ada pulak aku dengar suara perempuan. Tapi, cara Mat Jan bercakap tu
memang macam bersembang dengan seseorang"
"Ntah-ntah dia praktis drama kot"
"Gila apa berlatih drama pukul dua pagi!!" Getus Ahmad Solihin.
Ikhmal tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.
"Setahu aku, Mat Jan tu pemalu sikit orangnya....jangan..jangan.."
Ikhmal menggerakkan jari telunjuknya tanda suspen.
"Jangan..jangan apa?" Ahmad Solihin cuba menangkap telahan Ikhmal.
"Jangan-jangan dia ada skandal dengan Makcik tukang cuci"
"Imiginasi kau lebih-lebih sangat la.Mat Jan takla terdesak sangat sampai
macam tu."
Ikhmal ketawa mengekek.
Setelah beberapa minit berbincang tadi, akhirnya satu pasukan pencegah maksiat tidak
rasmi dapat ditubuhkan. Itu pun sekadar untuk menyelesaikan isu Mat Jan. Semuanya bermula atas desakan dan rayuan
Ahmad Solihin.
"Nur Rohan turun ke sini, jangan main-main kat atas tu.
Abang tak suka!" Suara Mat Jan bertegas dapat didengari dengan jelas,
walau telinga tak ditekap pada daun pintu.
Ahmad Solihin hampir terbatuk-batuk mendengar Mat Jan membahasakan dirinya
"Abang". Semenjak dia dan Mat Jan disatukan sebagai
"roomate", belum pernah perkataan itu terbit dari mulutnya. Nak sebut
perkataan "I" pun dia berasa geli.
"Siapa Nur Rohan?" Soalan yang bermain di kepala Ikhmal. Kepala dia
paling atas merapat ke daun pintu. Tak sabar nak mendengar dialong romantik Mat
Jan yang seterusnya.
"Takkan dah merajuk sayang abang ni?"
Kali ni Ahmad Solihin memang terus terbatuk-batuk. Gelinya mendengar luahan
"sayang" dari Mat Jan menggeletek sampai ke tali perut.
Hasyim yang baru turut serta berguling-guling menahan tawa.
"Nak tangkap ke couple kat dalam bilik ni?" Husni berbisik. Kupiah
dikepalanya dibetulkan kemas.
Ikmal menggoyangkan jari telunjuk, tanda "jangan bertindak lagi".
Belum puas dia mendengar dialong romantik Mat Jan.
Rancangan asal dia dan Ahmad Solihin tadi sekadar mahu menyiasat aktiviti Mat Jan.
Nak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada sahabat mereka itu. Hairan juga dia
yang orang di dalam bilik masih tidak ambil kisah walaupun ada bunyi
mencurigakan di luar bilik.
"Sayang cepat tidur sebelah abang. Dah ngantuk ni"
Ahmad Solihin dan Ikhmal saling berpandangan mendengar ayat itu. Kalau sampai
tahap tidur berpelukan tu, dah bukan jenaka bagi mereka.
"Mat, bukak pintu ni!" Jerit Ahmad Solihin. Tangannya mengetuk bilik.
Senyap.
"Kalau tidak, kami pecahkan" Sambung Ikhmal, mengugut.
Senyap.
"Memang bengong la kau buat maksiat dalam bilik sendiri. Dah tak ada
tempat lain ka?"Omel Ahmad Solihin lagi. Kali ini tangannya menampar daun
pintu lebih kuat lagi.Marah betul dia sebab biliknya telah menjadi sarang
maksiat.
Kreek..!!!!!
Daun pintu tiba-tiba terbuka sendiri. Tamparan Ahmad Solihin turut terhenti.
Angin sejuk menyapa wajah mereka dari dalam bilik. Serentak dengan itu, bulu
roma mereka meremang di bakang tengkuk. Husni dan Hasyim cuba menikus.
Cepat-cepat Ahmad Solihin menekan suis lampu. Bilik yang
samar-samar tadi kini terang benderang.
"Mana perempuan tu Mat? Mana kau sorok?"
Mat Jeng menundukkan kepala. Seolah-olah mengelak dari bertentangan mata dengan
semua yang ada. Dia tidak berbaju dan hanya berseluar pendek.
Sebahagian tubuhnya masih bergumpal dalam selimut.
“Habis bersepah bilik aku” komen Ahmad Solihin sebaik
melihat keadaan biliknya. Daun-daun kayu dan tanah berselut memenuhi lantai
bilik. Kesan-kesan tanah turut terpalit pada katil dan almarinya.
Ikhmal dibiarkan bersama Mat Mat Jan. Mereka yang lain terus menyelongkar
segenap sudut bilik itu mencari perempuan yang bersama Mat Jan tadi. Bilik
seluas 10 kaki kali sepuluh kaki itu tidak seluas mana untuk diselongkar.Tak
mungkin dapat menyorok!!!!!
Usaha mereka nampaknya hampa. Kelibat perempuan yang dicari memang tidak ada.
Yang ada hanyalah kertas-kertas assignment yang pernah hilang, kotak-kotak
rokok seludup dan duit-duit syiling yang
tidak bertuan. Kalau makhlud berjasad, mustahil kalau ada yang boleh keluar
melalui tingkap nako di bahagian belakang
bilik. Kucing pun belum tentu lepas untuk keluar masuk.
“Huh! Cepat betul ghaib” getus Hasyim. Yang lain hanya
memandang ke arahnya. Lambat betul pick-up
budak ni. Kalau dah ghaib tiba-tiba, mesti ada sesuatu yang tak kena.
Mat Jan membaringkan badan dan merengkotkan kaki.Bibirnya mengukir senyum
secara tiba-tiba, lantas menyelimutkan badan.
Reaksi Mat Jan mengundang rasa seram secara tiba-tiba. Semua yang ada di bilik
tu mulai meremang bulu roma lagi sekali. Husni pula sampai meramas-ramas bantal yang dicapainya tadi.
Ahmad Solihin, Husni dan Hasyim cepat-cepat melabuh punggung di katil bertentangan.
Tempat tidur Ahmad Solihin sebenarnya.
"So, apa kita nak buat lepas ni?" Tanya Husni. Masing-masing menunggu
kata putus dari lkhmal. Mata-mata mereka tak lepas dari memandang Mat Jan.
“Kita bawa Mat Jan ke surau. Kau panggil Ustaz Jasni, subuh
pun tak lama dah.” Tegas Ikhmal, setelah sejenak berfikir.
Sebaik Husni bangun untuk menggerakkan Mat Jan, deruan angin
yang kuat tiba-tiba menyergah masuk. Daun pintu yang tadinya terbuka luas,
tiba-tiba tertutup. Ahmad Solihin segera mencapai tombol pintu untuk membuka
semula. Ada benda menghalang dari pintu dibuka.
“Ah! Celaka kita” jerit Ahmad Solihin. “Baik aku belasah jer
Mat Jan ni”. Dia berpusing mencari Mat Jan. Matanya memandang dengan marah.
Penumbuknya digenggam padu.
“Berani kamu semua ambik suami aku?” Templak Mat Jan dengan
suara seakan perempuan. Dia bangun berdiri di tengah-tengah bilik. Ahmad
Solihin yang tengah baran hampir-hampir terjatuh kerana terperanjat!
“Dia hak aku. Jangan cuba-cuba nak pisahkan kami” sambung
suara itu.
Hasyim dan Hasni mulai menggeletar lutut. Disebabkan ramai,
mereka masih mampu untuk bertenang.
“Hasyim, kau laungkan azan” Arah Ikhmal. Dicapainya kain
sejadah sebelum dilibas ke badan Mat Jan. Menggelepur sekejap tubuh yang
dirasuk itu sebelum jatuh terdiam.
Sebaik Azan dilaungkan, Mat Jan kembali menggelupur. Kemudiannya bangun dengan lemah-lembut,lagak
santun seorang perempuan.
“Jangan seksa aku macam ni, sakitttt..” rayu Mat Jan dan
posisi sekan menyembah. Riak mukanya menunjukkan ketakutan yang amat sangat.
Alunan azan menjejaskan kekuatan makhluk di dalam tubuh Mat Jan.
“Cukup..cukuplah…aku dah tak tahan”
“Kalau tak tahan, keluar dari tubuh kawan kami ni” Arah
Ikhmal.
“Ni suami aku, aku sayangkan dia”
“Mana boleh manusia menikahi kamu. Langsung tak berjasad.”
“Kami sama-sama suka. Dan waris aku sudah menikahkan kami”
“Kau sengaja mahu merosakkan manusia bukan, siapa nama
kamu?”
“Aku Puteri Nur Rohan, memilih untuk bersama manusia bernama
Ahmad Jailani ini. Dan kalau aku makluk perosak manusia, kamu tak akan jumpa
dia bernyawa lagi”
“ Kalau sekutu iblis, kata ucapnya sahaja sudah membayangkan
penipuan” Bangkang Ikhmal. “Kami akan bawa sahabat kami ini untuk dipulihkan.
Tidak perlu kami meminta izin sesiapa”
“Tolonglah, jangan diambil suamiku. Dialah satu-satunya
makhluk yang aku sayang” Rayu Mat Jan lagi. Kali ini diikuti dengan esak tangis
seorang perempuan.
“Jangan pisahkan kami. Aku janji tak akan ganggu siapa-siapa
lagi selepas ini. Kembalikan suami aku”
Nada kesedihan yang menyelubungi mereka semua. Ada juga yang
mulai bersimpati. Namun bila difikirkan semua ini mainan syaitan, tidak ada
seorang pun yang mahu beralah.
“Sudah!!!!...hentikan lakonan kamu syaitan. Pergi dari tubuh
Mat Jan sebelum kau kami musnahkan” Ugut Ikhmal. Kali ini dia lebih yakin
kerana makhluk yang dihadapannya sudah lemah.
“Aku rela mati dari membiarkan suamiku pergi” esak tangis
dari Mat Jan berpanjangan. IkhmaL terkumat-kamit membaca sesuatu sebelum Mat
Jan tiba-tiba bersuara.
“Sayang pergi sekarang, jangan buat perkara yang
bukan-bukan” Jerit Mat Jan dengan suara sebenarnya. Kali ni susuk tubuh Mat Jan
jatuh terduduk diatas lantai. Dia sudah tidak dirasuk.
Pintu bilik pun sudah boleh dibuka. Mat Jan dibawa ke surau
untuk dipulihkan.
Kes Mat Jan menggemparkan semua penghuni kolej. Budak-budak
yang suka melepak malam-malam pun sudah berkurangan. Setiap hari khamis, malam
jumaat, pasti diadakan majlis bacaan yassin. Ada juga impak positif dari
kejadian itu.
Bilik asrama Mat Jan dan Ahmad Solihin terbiar kosong kerana
tidak ada yang berani masuk. Ahmad Solihin sendiri berpindah ke rumah sewa. Mat
Jan pula telah ditempatkan di kolej yang lain.
Ikhmal memperlahankan langkah. Dia berasa seolah-olah sedang
diekori. Apabila berpaling, tiada sesiapa di belakangnya.
“Jangan main-main macam ni? Kalau berani tunjukkan diri!!!”
jerkah Ikhmal.
Hanya desiran angin yang kedengaran.
“Aku nak jumpa suami aku” satu suara berbisik di cuping
telingan Ikhmal. Bulu romanya terus meremang. Dia yakin siapa yang mengekorinya
sekarang.
“aku tak boleh buat macam tu. Mat Jan tak mahu jumpa kau”
“Kau tipu. Bawa aku jumpa dia dulu”
“Kalau dah aku pun kau boleh cari, takkan suami sendiri tak
dapat cari” Perli Ikhmal. Ayat-ayat pendinding dilafazkan sera merta.
“ada orang sorokkan dia dari pandangan aku. Cakap dekat dia,
aku rindukan sangat dia”
“Kau kembali sahaja ke alam kamu. Urusan kau dengan Mat Jan
sudah tiada” Tegas Ikhmal.
“Aku masih isterinya. Aku mahu hak aku” suara yang didengari
Ikhmal bertegas. “Aku akan tunggu dia selama mana pun”
Angin sejuk menyapa muka Ikhmal sebelum hilang tiba-tiba.
“Kau sembang dengan siapa?” Bahu Ikhmal ditepuk dari
belakang. Kawan-kawannya yang hendak ke kantin menyapa.
“Assalamualaikum roomate” Ahmad Solihin menyapa Mat Jan yang
makan berseorangan di kantin. Dia terus duduk walau tidak dijemput.
“Waalaikum salam” Jawab Mat Jan. “Makan!”
“Kejap lagi. Ada hal sikit aku nak cerita”
“Hal apa?”
“Bini kau jumpa Ikhmal minggu lepas”. Mat Jan berhenti
menyuap.
“Ada dia buat apa-apa tak?” tanya Mat Jan.
“Tak, dia Cuma cakap rindukan kau”
“Hmmmm…”
“Susah jugak berbinikan hantu ni kan” Perli Ahmad Solihin.
“Nasib aku Mat,… sebenarnya aku pun rindukan dia” Mat Jan
tiba-tiba tersenyum.
“Gila apa kau, dengan hantu pun jadi”
“Cinta kan buta. Dia cinta pertama aku.”
“ Baik kau cari mana-mana perempuan kat sini jadi awek. Tak
pun kau pinang ajer mana-mana perempuan yang kau berkenan”
“Ceh..!!!..Kau sendiri tahu kan. Mana ada perempuan sukakan
aku”
“Kau yang memilih sangat. Last-last kawin dengan hantu” Tawa
Ahmad Solihin mengejutkan pelanggan di meja sebelah.
“Aku tak nampak dia macam hantu. Aku nampak dia macam
perempuan yang sempurna” Jujur Mat Jan memberikan ulasan.
“Cantik sangat ke Nur Rohan tu?”
“Dari mata aku dia sesedap mata memandang. Buat aku tenang”
“Itu muka cantik dia, muka hantu dia macam mana pulak?”
“Dia tak ada muka hantu. Susuk dia macam perempuan yang lain
jugak. Cuma dia makhluk yang ghaib. Tak semua orang boleh nampak” Jelas Mat
Jan. “Dan dia makhluk paling jujur pernah aku jumpa”
“Kau ni dah macam orang bercinta. Tak serik ke kena rasuk
hari tu?”
“Kena rasuk dengan bini sendiri, memang kelakar. Tapi aku
dapat rasakan kasih sayang dia”
“Ha..ha…makin poyo rommate aku ni”
“Kalau berpeluang aku nak jumpa dia lagi”
“kau ni memang dah tak betul la. Tak sihat lagi ni”
“ agaknya la…jom makan” sambut Mat Jan.
Mat Jan berdiri menghadap ke arah pintu bilik lamanya. Sudah
beberapa minit dia menantikan Ikhmal. Nostalgia dia bilik itu bermain-main di fikirannya.
“ Kau sihat?” tegur Ikhmal dari belakang.
“Aku ok jer”
“Teringat kat benda tu lagi” Mat Jan mengagguk.
“Biar betul kau ni. Dah fikir masak-masak”
“Dah dua minggu aku berfikir. Sekarang ni aku pun dah buat
keputusan”
“Keputusan apa?”
“Semuanya aku dah catatkan dalam surat ni. Kalau apa-apa
yang jadi kat aku, kau buka surat ni” Ujar Mat Jan.
“Kau ni dah tak betul la Mat. Ingat tuhan, ingat keluarga”
Nasihat Ikhmal. Mat Jan di hadapannya kini sudah berubah. Jelas kemurungan yang
melanda dirinya.
“ Aku tahu apa yang aku buat. Cuma itu sahaja yang aku nak
minta kau buat” Surat bersampul itu diserahkan kepada Ikhmal. “ Aku minta maaf
kepada semua. Kau tolong sampaikan bagi pihak aku”
“aku boleh tolong. Cuma kau sekarang ni macam orang nak
pergi jauh jer.” Mat Jan tersenyum.
“Kirim salam jugak kat abang-abang dan kakak kakak aku. Pesan
kat diaorang untuk tengok-tengokkan kubur mak dan ayah kami. Mungkin aku tak
dapat nak buat semua tu dah”
“Kau duduk dulu Mat” Ikhmal tidak sedap mendengar
pesanan-pesanan Mat Jan. Mereka duduk di bangku berdekatan.
“Apa yang kau nak buat sebenarnya ni Mat?”
“Aku nak kembali pada bini aku. Aku sayangkan dia lagi”
“Ni kerja gila Mat. Aku bawa kau jumpa ustaz Jasni”
“ Ni pilihan aku bro, masa depan aku. Kau doakan yang
baik-baik sahaja untuk aku. Walapun aku mungkin tak dapat jumpa korang semua,
Isnya Allah aku tak lupakan semua”
“Kau nak bunuh diri ke?” Ikhmal menyoal.
“Aku tak sebodoh tu. Cuma aku nak kejar cinta aku.”
“Macammana cita-cita kau nak jadi engineeer tu?” Mat Jan
tersenyum.
“Cita-cita tu dah aku lupakan. Aku dah ada hajat lain ni”
Telefon Ikhmal tiba-tiba berbunyi. Nombor telefon tidak
kelihatan. Dia bangun dari kerusi untuk menjawab.
“Terima kasih kerana pulangkan suami aku” Suara perempuan
yang dikenalinya di hujung talian. Talian tiba-tiba dihentikan.
Mat Jan yang duduk di bangku tadi tidak kelihatan. Hanya
surat yang diberikan tadi ditinggalkan diatas meja.
Ikhmal segera mendail telefonnya.
“Mat Jan dah hilang” Jeritnya.
“kenapa abang tinggalkan sayang?”
“abang perlukan masa untuk fikirkan semua ni”
“Abang dah fikir masak-masak?”
“Dah. Semua yang abang patut buat, abang dah tunaikan. Abang
nak temankan sayang sampai bila-bila”
“Abang tak menyesal?”
“Tak. Takkan abang nak menyesal hidup dengan orang yang
abang sayang”…
“Janji Abang takkan tinggalkan Sayang lagi..selama-lamanya”..
“Abang janji sayang…”