Home Alternatif Seram/Misteri Reunion
Reunion
Zhar Aruzi Hairi
21/11/2016 08:26:22
13,828
Kategori: Alternatif
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab Bab 4 - Akhir

BAB 4


“Bangun!!!!Amook.!!!Bangun!!! Amook!!” Aki Lawi menendang semua bekas-bekas kaca hingga bertaburan. Marahnya sampai ke kemuncak. Tangannya masih memegang pinggang yang sakit berbisa akibat tikaman tadi. Tekadnya kian dalam untuk terus mendapatkan buruannya secepat mungkin.

“Seorang diri tak semestinya tidak berteman!!!” Laungnya lagi. Dia teringatkan pertanyaan mereka kerana menyangka dia hidup sebatang kara.

Tiba-tiba sahaja ada gegaran kecil di sekitar pondok. Gegaran kecil tadi kemudiannya menjadi semakin kuat hingga meruntuhkan pangkin hadapan pondok.

“Yang Laut..Kau cari di laut..Yang hutan..kau cari di hutan, dan yang melata..kau carilah di mana sahaja selagi bumi dipijak....Aku mahu korban itu di depan mata.” Seru Aki Lawi lagi.

“Bunuh!!bunuh!!bunuh!!!... Antara perkataan yang terngiang di telingan Aki Lawi. Bunyi yang hanya kedengaran di telinganya sahaja

“Jangan kamu bunuh korban aku…jumpa sahaja, tunggu aku datang....”

“Darah!!darah!!!..Darah..” suara garau beramai-ramai tadi mendesis lagi di telingannya.

“Darah korban-korban memang habuan kamu..Tapi.. lepas aku hadiahkan mereka pada ratu dulu”


Angin mulai menghembus kasar. Kedengaran bunyi pokok-pokok dirempuh berselerakan dan tapi kaki yang berlari dan berjalan. Seolah-olah ada ribuan kaki yang sedang berlari dan berjalan ke haluan menuruni bukit sebelum berselerak ke serata arah. Namun satu jasad pun tak kelihatan!.

Aki Lawi menyarungkan kulit buaya yang dijadikan baju. Di kepalanya tersarung topi mengkuang yang sering digunakannya untuk berburu. Langkahnya menuju kearah cerun curam yang menghala ke kawasan bandar. Kalau orang yang dicarinya telah dikesan, khadam yang menjumpainya akan menjerit memanggil rakan yang lain. Jeritan itu cuma akan berhenti selepas dia sampai di sana dan meminta makhluk tadi berhenti berbuat begitu.



Amira yang begitu dahaga berlari sebaik nampak paip air di sebatang jalan. Yang lain pun turut sama ke situ. Masing-masing mahukan air untuk melampiaskan dahaga mereka.

“aku macam dah tak larat dah nak berjalan. Apa kata kita cari kenderaan untuk balik ke chalet dulu. Kita makan dan tukar pakaian dulu” Pujuk Hanna.

“Jangan nak memandai. Ikut arahan Nek Lae. Dia kan baru beritahu yang makhluk-makhluk tu sedang memburu kita. Lambat laun nanti kalau terjumpa. Reunionlah kita semula kat akhirat sana.” Bantah Iffah. Hatinya masih belum tenang selagi mereka tidak pulang ke tanah besar.

Kalau diikutkan, mereka yang masih mempunyai telefon, mahu sahaja mereka menelefon ke orang-orang terdekat untuk mengadu dan meminta bantuan. namun dihalang Nek Lae. Bahaya! Katanya. Dia bimbang kalau-kalau suara mereka kalau didengari oleh makhluk-makhluk pemburu akan mengundang bahaya.

“Lekas Hanna. Kau ni nampak macam nak telam paip tu sekali la…dahaga betul tu” Lutfya masih sempat memerli sahabatnya itu. Cepat-cepat dia menarik tangan Hana supaya segera mengekori kawan-kawan yang lain.

“Tunduk!!” Nek Lae memberikan arahan secara tiba-tiba.



Sekumpulan seranggan seperti kelkatu berterbangan diatas kepala mereka. Jumlahnya melebihi ratusan ekor.

“Ibayas ni memang laju dari yang lain. Hati-hati,jangan sampai bertembung. Nanti kamu akan digigitnya” Nek Lae mendongak melihat makhluk itu melepasi mereka dari udara.

“Kenapa Nek?”

Iffah kehairanan.

“Tu salah satu dari khadam yang aku maksudkan. Kalau sekumpulan itu menyerang kamu, boleh kering darah dihisapnya”

“Yang lain macammana rupa Nek?”

“Ada yang macam pacat, ular dan macam-macam. Ikut makhluk apa yang Lawi seru tadi. Tapi semuanya bahaya dan boleh mengancam nyawa kamu”

“Sekarang ni dah boleh teruskan perjalanan ke?, Nek. Tangan saya sakit sangat ni!!” Rayu Hanna. Bisa luka tikaman Aki Lawi tadi sudah mula meresap hingga ke tulang belulangnya. Kalau mengikut kehendak hati, sudah lama dia berbaring untuk merehatkan tangannya.

Nek Lae membuat isyarat senyap. Kesunyian hutan kini dibatasi oleh bunyi-bunyi kecil seakan-akan bunyi kera. Bunyi tapak-tapak kecil yang pantas merentas hutan dan derap belukar dipijak juga jelas kedengaran.

“Dah dekat ni!” Nek Lae menghela nafas berat.

“Macammana Nek, Kami tak nak mati!!” Kata Amira diikuti dengan tangis ketakutan. Iffah memeluknya dari belakang untuk menenangkannya.

“Baca Al Fatihah dan tiga Qul. Allah ada” Bisiknya ke telinga Amira.



Lutfya dan Hanna yang berselubung dengan kain batik masih menggigil, kerana takut disamping menahan sakit.

“Sampai bila kita nak tunduk macam ni?” Bisik Lutfya pada Hanna. Dia sudah lenguh untuk mencangkung begitu lama. Hanna hanya meletakkan jari telunjuk pada bibir supaya dia diam. Bimbang kalau khadam-khadam yang memburu mereka itu tiba-tiba menyerang.

Nek Lae mencapai sebiji batu dan melontarkannya jauh ke dalam hutan. Sebaik mencapai lantai hutan, bunyi pergerakan menuju ke arah batu itu kedengaran.

“Mana kamu nak lari?” seperti dijangka, Aki Lawi tiba sebaik sahaja mendengar panggilan dari khadamnya. Sebaik dia sampai keadaan menjadi sunyi sepi.

“Kita jumpa lagi Lawi?” Nek Lae bangun memperkenalkan diri.

“Kau bersama mereka rupanya. Patut la payah nak jumpa”

“Apa yang kau mahu?”

“Jangan kau tanya soalan yang kau dah tahu jawapannya. Serahkan sahaja mereka pada aku!!!” Marah Aki Lawi. Nada suaranya menekan dan keras.

“Betulkah mereka korban itu?”

“Ya. Aku pasti. Aku terbau darah mereka hingga ke sini”

“Kalau darah ni bau bagaimana?” Nek Lae mengerat lengan dengan pisau yang dibawanya. Darahnya menitis hingga ke tanah. Kembang kempis hidung Aki Lawi menghidu darah yang baru menitis.

“Kau ni siapa Lae?” Jerkahnya sebaik mengesan sesuatu di dalam darah yang dihidunya. Mukanya berubah serta merta.“Mustahil”

“Kau udah keliru kan..antara darah aku dan mereka, hampir sama sahaja kan. Jadi kau harus bunuh aku juga” Nek Lae menjawab sambil membetulkan kain batik yang disarungkan di kepalanya.

“Kalau begitu, aku akan korbankan kau dan mereka sekaligus. Baru puas sang ratu nanti” Sabit yang dibawa aki Lawi diangkat setinggi mungkin. Mukanya menyeringai untuk menyerang sepenuh tenaga. Serangan mulanya dihalakan kearah Nek Lae.

Perempuan tua itu hanya berdiri menanti. Namun kelihatan juga peluh yang merecik di dahinya. Mata sabit itu bila-bila sahaja boleh menujah kepalanya. Mereka yang lainnya memerhati dengan hati yang penuh berdebar.

Klekanggg!!!!!

Sipi sahaja mata sabityang dihayun tadi dari mengenai Nek Lae. Aki Lawi mendengus marah kerana sasarannya tadi sememangnya tepat. Mustahil untuk tersasar kerana kedudukan mereka telalu dekat.

Ah! Seteleh terfikir sebentar. Dia serta merta memberhentika serangan. Khadam-khadam yang diserunya tadi untuk memburu keempat-empat gadis itu kini mengelilinginya. Dia tahu yang menyebabkan sabitnya tersasar tadi adalah perbuatan khadam-khadam yang ada. Tapi apa yang membuatkan mereka mengengkari perintahnya.

“Kenapa kamu semua degil ha!!..Aku suruk kamu amok dan bawa mereka berjumpa aku?” Aki Lawi melaung pada mereka. Suasana sunyi seketika.

“Mereka sudah lama lapar. Kamu sekadar berjanji dan jarang memberi makanan” Nek Lae memberi jawapan. “Subuh makin hampir dan masa makan mereka sudah singkat”

“Kalau kamu semua dibunuh, mereka akan berpesta makanan nanti..sabar anak-anak Papa...”

“Papa?..Bagaimana kau..Ah..lucu pawang yang sorang ni”

“Tak salah kalau gelaran inggeris ini aku guna. Yang mengajar aku mengawet kepala pun oragn putih kan.. Dia yang mulai memanggil semua yang diawetnya papa…Aku mengikut perbuatan guru aku sahaja..”

“Sampai sekarang kau hanya betah mengikut..bukan memerintah kan.” Perli Nek Lae.

“Mulut kau memang kurang ajar Lae…Bunuh semua..Aku perintahkan bunuh…’ Jerit Aki Lawi seakan hilang akal. Sabitnya dipusing-pusing seakan mahu menyerang.

“Mereka tak boleh bunuh kami..” Ujar Nek Lae penuh yakin.

“Sebab apa tak boleh bunuh?”

“Sebab darah kau dan aku sama Lawi. Mereka tak boleh bunuh tuan sendiri”

“Mana mungkin..aku tak punyai waris..”

“Kau lupa Lawi, Kita pernah berkahwin. Dan punya seorang anak perempuan. Sebelum kau menjadi pawang lagi. Lepas terkenal, kau tinggalkan kami..”

“Jadi kau…..”

“Ya.. Kau faham sekarang..kan”

“Tak mungkin..Ah! sumpahan itu!…” Aki Lawi mulai terduduk. Dia kelihatan sangat cemas. Matanya tepat memerhati Nek Kae seakan meminta simpati.

Seluruh urat sarafnya berkembang hingga kemerahan sebelum timbul bintik-bintik kecil. Dari bintik-bintik kecil itu bersemburan darah keluar dari tubuhnya. Kawasan tempat dia berdiri dibasahi darah sehingga tanahnya menjadi lembab.

“Arghhhh!!!!! Jahanam punya khadam” Setiap inci tubuhnya merasakan kesakitan. Khadam-khadam yang terlepas tadi mula menuntut janji. Kalau gagal mendapatkan korban, maka tuan yang menyeru mereka akan menjadi galang ganti.

Iffah, Hanna, Lutfya dan Amira menyaksikan aksi yang paling ngeri dalam hidup mereka. Seorang lelaki menggelepar kerana dilapah hidup-hidup oleh tangan-tangan ghaib. Setiap organ dari tubuhnya dikeluarkan dan terus dibaham di situ.

Khadam-khadam yang tadinya ghaib dari pandangan mata mula menampakkan rupa. Ada yang seakan kera, ular, biawak dan pelbagai haiwan liar. Ada yang masih berupa mayat dan ada yang langsung tidak berupa. Semuanya tidak lagi mengambil peduli mangsa yang diburu tadi. Mereka seakan berpesta membaham Tuan mereka.



Nek Lae mengesat peluh di dahinya. Dia memberi isyarat untuk mereka semua mengikutnya. Tubuh Aki Lawi yang tinggal tulang temulang ditinggalkan sahaja. Mereka berjalan mengikut denai kearah pantai.

“Dah sampai!” ujar Nek Lae sebaik sampai di pintu gua berhampiran pantai.

“Masuk dulu. Nanti aku menyusul” Katanya yang duduk diatas batu bagi melepas lelah.

Nek Lae menarik kain yang menutupi wajah tuanya. Mukanya dibasuh dengan air dari telaga yang tersedia di tepi gua itu. Perlahan-lahan muka tuanya kian kembali menegang. Menyeringai giginya menahan sakit. Kedua-dua tangannya turut kembali memutih dan tegang seperti gadis remaja. Rambutnya yang hampir memutih kembali ikal dengan hitam pekat. Nek Lae berjalan ke arah sebuah lorong yang menghala ke dalam gua. Wajah mudanya tidak jelas kelihatan.



“Kau nampak apa yang jadi tadi?” Iffah betanya. Yang lainnya hanya mengangguk. Dari tadi mereka mengintip perlakuan orang tua itu. Hampir sahaja luruh jantung mereka melihat orang tua itu bertukar menjadi perempuan muda.

“Mustahil. Aku rasa Nek Lae pun pengamal sihir macam Aki Lawi”

“Aku pun rasa macam tu?” sahut Hanna. “Kalau tak, masakan dia boleh jadi muda”

“Aku pun dah bingung ni. banyak perkara nak kena hadap, nak kena hadam. Cramp otak aku nak fikir” Lutfya memegang dan mengurut kiri dan kanan kepalanyanya.

“Aku rasa seram semacam la..tempat ni pulak..aiii…menakutkan. bunyi ombak..angin dari laut..macam-macam. Kita kat mana ni ha?” Luah Amira.

“Dah selamat dari menjadi korban Aki Lawi pun dah cukup baik?” Bela Lutfya. “entah apa lagi yang orang tua tu boleh buat dekat kita pun tak tahu”

“Kemari semua” satu jeritan dari dalam hingga bergema seluruh gua.

Iffah dan kawan-kawannya berjalan kearah suara tersebut.

“Kau!!!” Jerit mereka hampir terkejut. Semua menjerit serentak!!!

“ Ha..kenal pun korang!!”

“Bukan ke Aki Lawi dah pancung kepala kau!”

“ Yang terkorban tu ibu aku sebenarnya” Laila sedikit sebak. “Dia betul-betul mahu selamatkan aku”

“Kemana kau menghilang selama ni?” Tanya Iffah.

“Aku terpaksa menghilangkan diri dari terus diburu. Orang-orang aku mengembara dari pulau ke pulau untuk terus hidup”

“Kau boleh hidup seperti kitaorang apa? Semuanya kau ada. I.C, degree, lessen…kau boleh kerja dengan aku kalau kau nak” Tawar Hanna.

“Aku dah janji pada Ibu untuk jaga kaum aku sampai bila-bila. Ini mungkin kali terakhir aku jumpa korang semua..lepas ni aku akan terus menatap di kampung aku...”

“Kampung kau kat mana?” Tanya Lutfya. Dia semakin ingin tahu.

“Nun atas sana” Laila menunjukkan jarinya ke arah siling gua.

“Gila la kau. Kitaorang serius ni” Marah Iffah.

“Maaf, Aku tak dapat bawa korang ke kampung aku. Bahaya. Sebab orang-orang aku bukan macam yang korang sangka. Aku cuma nak korang tahu aku masih ada dan selamat”

“Kau ni manusia ke apa?” Amira yang tadi diam bersuara.

“Aku manusia laaa”

“Tadi tu…”

“Itu..Solekan plus special effect…doa-doa sikit-sikit..”

“Wei..biar betul. Kami pun tak cam langsung.” Soal Hanna.

“Itu sahaja cara aku untuk terus hidup. Aki Lawi lepaskan aku sebab dia sangka aku dah mati. Rupanya Ibu aku yang serahkan diri untuk dibunuh” Getus Laila, sedikit kesal.

“Aku simpati wei. Macammana dengan kepala Ibu kau tu?”

“Kalau korang terjumpa. Tolong kebumikan sahaja. Aku dah tak boleh ke sana. Tak selamat untuk aku. Doakan dia sekali tau. Dia banyak berkorban untuk aku.” Laila sebak mengenangkan ibunya. Cepat-cepat dia mengesat air mata apabila mengenangkan Hanna dan Lutfya yang masih cedera. Mereka perlu dibawa balik untuk mendapat rawatan segera.

“Kami nak balik macammana?” Tanya Amira.

“Korang ikut sahaja gua ni hingga ke penghujung. Nanti jumpalah kampung kat sana. Diaorang pasti akan tolong!”

“Terima kasih. Sebab tolong kami.”

“Aku yang patut berterima kasih. Sebab korang masih ingatkan aku”

Group hug geng” Iffah memanggil mereka semua membuat satu bulatan dan memeluk antara satu sama lain. Bunyi esak tangis juga kedengaran.

“Jumpa lagi tau..jangan lupa kawan-kawan..Lain kali kira reunion lagi..”

“Insha Allah” Sahut semua.

“Woi, sakit la peluk lama-lama” Jerit Hanna.



TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.