Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 18

Maznah menghampiri Arra yang masih lena dibuai mimpi diatas sofa. Wajah Arra kelihatan pucat. Perasaan bersalah mula timbul di dalam hatinya apabila ingin mengejutkan Arra daripada lenanya yang panjang. Namun keadaan memaksa. Bahu Arra disentuh.

"Arra," panggil Maznah perlahan sambil menepuk bahu Arra.

Arra terjaga daripada lenanya. Dia bangkit daripada pembaringan. "Kenapa Cik Nah?" soalnya sambil mengenyeh matanya yang masih berasa mengantuk.

"Arra okey?"

Arra menganggukkan kepalanya. "Okey, cuma selsema sedikit aje," balas Arra sambil mengosok hidungnya dengan jari telunjuk. Wajah Maznah dipandang. "Ada apa Cik Nah? Nampak cemas aje?" soal Arra apabila melihat Maznah gelisah.

"Anak Cik Nah kemalangan."

"Allahuakhbar. Teruk ke?" ujar Arra terkejut mendengarnya.

"Tak tahulah. Cik Nah nak ke hospital sekarang. Tapi Cik Nah tak sempat masak lagi."

"Cik Nah baliklah. Nanti Arra tolong masakkan," ujar Arra sambil mengusap bahu Maznah dengan perlahan.

"Cik Nah dah siapkan bahan nak masam asam pedas. Nanti Arra masak aje, semua bahan Cik Nah dah basuh tadi."

"Okey. Nanti Arra masak."

"Arra, okey ke duduk sorang ni?"

"Okey aje. Cik Nah janganlah risau."

"Cik Nah pergi dulu tau. Arra hati-hati ya kat rumah."

Arra berdiri. "Arra okey. Cik Nah jangan risau. Sekejap lagi aunty dengan uncle balik lah."

"Cik Nah ni, kalau tak ada hal memang takkan tinggalkan Arra sorang-sorang tau."

Arra mengukirkan senyuman walaupun kepalanya berasa pening. Dia mahu kelihatan sohat dihadapan Maznah ketika ini. "Arra faham.  Ni Cik Nah pergi hospital naik apa?"

"Cik Nah dah call teksi dah. Rasanya dah sampai," ujar Maznah lalu melihat telefon bimbitnya. 

"Okey, Cik Nah. Pergilah, nanti lambat pulak sampai."

"Assalamualaikum. Arra jaga diri tau," pesan Maznah sebelum melangkah keluar.

"Waalaikumussalam. InsyaAllah," jawab Arra sambil tersenyum. Setelah bayangan Maznah hilang disebalik pagar rumah, Arra melangkah ke dapur. 


RYAN melihat jam pada pergelangan tangannya. Jarum menunjukkan angka dua. Sudah dua hari dia memerhati rumah kediaman Tan Sri Zainuddin. Setiap kali dia berusaha mendekati rumah itu, ada saja halangan yang mendatang. Hari ini dia hanya menunggu peluang untuk masuk ke dalam rumah mewah itu di dalam kereta. 

Dari jauh dia melihat seorang wanita berusia keluar dari rumah mewah itu. Senyuman mula terukir diwajahnya. Tanpa membuang masa dia segera menghubungi melysa. Selang beberapa saat kedengaran suara Melysa dihujung talian.

"Hello, ada apa call I ni?"

"Mestilah tentang plan kau tu?" ujar Ryan dengan ceria.

"So, kau nak I buat apa?"

"Plan ni akan berjalan seperti yang dirancang. Tapi, you pun kenalah turut membantu."

"Apa yang I boleh bantu?" soal Melysa hairan. Rancangan asalnya ingin memisahkan Arra jauh dari Aril. Kini rancangan apa yang ingin dilaksanakan oleh Ryan dia sendiri tidak tahu.

"Jumpa Aril."

Kedengaran keluhan kecil dilepaskan oleh Melysa. "Untuk apa?"

"I nak you lengah masa selama mana yang boleh. Kau tahu tak Aril tu selalu jadi penghalang untuk I laksanakan rancangan ini."

"Aril tak nak jumpa I."

"I tak kisah apa pun alasan yang you nak bagi. Tapi I nak you jumpa Aril sekarang kalau nak plan ni berjaya," kata Ryan dengan tegas lalu mematikan talian telefon.

Enjin kereta dimatikan. Dia melangkah keluar daripada kereta. Dia memerhati disekeliling kawasan. Suasana pada petang itu amat sunyi. Jarak rumah mewah milik Tan Sri Zainuddin agak jauh dari tempat dia memakirkan kereta. Dia berjalan perlahan-lahan menghampiri rumah mewah itu. Sesekali dia berlari anak agar tiba dihadapan rumah mewah itu dengan cepat.

Setelah memastikan tiada mata yang memandang. Dia memanjat pagar apabila pintu pagar dikunci. Tanpa berlengah dia terus berlari ke belakang rumah. Setiba dihadapan kolam renang dia berhenti seketika lalu menghubungi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Senyuman jahat mula terukir diwajahnya.

Setelah melepasi kolam renang dia akhirnya tiba dihadapan pintu dapur. Pintu dapur terbuka luas. Matanya meliar mencari bayangan Arra yabg tidak kelihatan. Dia melangkah masuk ke dalam dapur dan menyorok di sebalik dinding antara ruang makan dan dapur. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Susuk tubuh Arra kelihatan melangkah keluar dari dalam bilik air. Dia terkejut melihat tubuh Arra yang mengiurkan itu. Tubuh Arra yang hanya dibaluti dengan kain batik. Tuala pula membalut rambutnya. Nafsu jahatnya tetiba muncul. Melihat mangsa didepan mata. 

Tanpa melengahkan masa dia mengeluarkan sapu tangan kecil yang telah diletakkan ubat bagi menidurkan mangsanya. Dia melangkah perlahan menghampiri Arra dari arah belakang tanpa disedari gadis itu. Dia menekup mulut Arra.

Namun sasarannya tidak mengenai. Sapu tangan terjatuh sebelum sempat dia menekup mulut Arra. Akhirnya pergelutan berlaku. Arra menjerit dan berusaha melarikan diri. Ryan tidak berputus asa, mangsa kini didepan matanya. Dia takkan melepaskan peluang yang ada.


SETELAH membeli sebuah telefon bimbit baru, Aril segera melangkah meninggalkan kedai telefon. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Telefon yang baru dibeli diletakkkan di sebelah tempat duduk pemandu. Senyuman terukir pada wajah Aril apabila melihat sebuah telefon bimbit baru dan juga sepasang Telekung Siti Khatijah yang baru dibelinya. 

Fikirannya mula teringat akan Arra dirumah. Dia melihat jam menunjukkan angka dua petang. Tanpa membuang masa, dia menghidupkan enjin kereta. Terasa begitu cepat masa berlalu tinggal beberapa hari saja lagi Arra akan meninggalkan rumahnya. Tempoh dua bulan hampir berlalu.

"Harap Arra suka dengan hadiah ni?" ujar Aril perlahan.

Enjin kereta dihidupkan. Tanpa membuang masa dia memandu kereta ingin pulang ke rumah. Jika diikutkan kerjanya terlalu banyak di pejabat. Namun dia risau Arra sukar untuk menghubungi ibu bapanya kerana telefonnya rosak dek terjatuh ke dalam kolam mandi. Lagipun dia sudah berjanji mahu memberikan Telekung Siti Khatijah sebagai hadiah buat Arra.

Setelah beberapa minit memandu kereta. Dia melihat sebuah kedai kek. Fikirannya tidak berhenti memikirkan tentang Arra. Dia memberhentikan kereta lalu melangkah masuk ke dalam kedai kek. Sejak mengenali Arra dia juga telah menjadi penggemar kek setelah kes termakan kek Arra dulu.

Aril tidak mengambil masa yang lama bagi memilih kek pada kali ini. Dia sudah mengetahui perisa apa yang disukai oleh Arra. Sebaik sahaja menghampiri kaunter pembayaran ad seseorang menengurnya dari arah belakang.

"Sejak bila you minat makan kek?" 

Aril menoleh ke belakang. Satu keluhan kecil dilepaskan. Dia tidak menyangka akan bertemu lagi dengan gadis itu. "I belikan untuk wife i," ujar Aril masih lagi berbohong dengan mengatakan Arra adalah isterinya.

"You still nak menipu kan. Padahal Arra tu bukan wife you pun," balas Melysa dengan

"Terpulang pada you nak percaya atau tak?"

"Aril, I masih sayangkan you," ujar Melysa dengan nada sedih.

"Sekarang bukan masanya nak bercakap tentang hubungan kita yang dah lama putus, Mel," balas Aril lalu menyimpan wang baki ke dalam dompet. Tanpa menghiraukan Melysa dia melangkah keluar daripada kedai kek.

"Aril tunggu!" panggil Melysa lalu memaut lengan Aril.

"Apa lagi, Mel?!"

"I nak bercakap dengan you sekejap," ujar Melysa perlahan walaupun perasaan malu mula bertandang dihatinya apabila orang ramai melihat ke arahnya setelah dimarahi oleh Aril.

Aril menarik tangannya kembali. "Tiada apa yang nak dibicarakan lagi."

"Please, Aril? Kali ni aje," rayu Melysa lagi.

Keluhan berat dilepaskan. "Apa? Cakaplah?" gesa Aril. 

"Kita duduklah dulu," ujar Melysa lalu menunding jari ke arah bangku di hadapan kedai kek.

Aril mengeluh lagi. Dia duduk. Baginya Melysa bukan lagi gadis yang disukainya dulu. Selama perkenalan mereka dia tidak pernah merasa bahagia. Melysa terlalu cemburu. Ada saja pergaduhan yang berlaku hanya kerana hal kecil. Suasana sunyi seketika.

"Apa yang you nak cakap? Kenapa diam aje?"

"Betul ke I dah takda dalam hati you, Aril?"

Aril menganggukkan kepalanya. "I dah lama lupakan you, Mel. Dalam hati I hanya ada Arra aje. Takkan ada perempuan lain lagi yang boleh mengisi kekosongan hati I," kata Aril dengan ceria. Sebuah pengakuan yang benar dari sudut hatinya. Dia akui kehadiran Arra membuat hatinya bahagia. 

Pengakuan yang mengejutkan Melysa. "I masih lagi sayangkan you. I masih cintakan you, Aril," ujar Melysa perlahan sambil menahan sebak di dadanya. 

"Tapi I dah lama lupakan kisah cinta kita."

Pedihnya hati Melysa mendengarnya. "Sampai hati you lupakan I sekelip mata aje. Tujuh tahun perkenalan kita tak bermakna sedikit ke untuk you?"

Aril tersenyum sinis. "Bukan I yang sia-siakan perkenalan kita," ujar Aril lalu memandang wajah Melysa. "Tapi you, Mel," sambung Aril. Wajah Melysa dipenuhi dengan make up tebal. Wajah yang sentiasa menghiasi majalah. Wajah inilah yang sering disukainya dulu. Kini tidak lagi. Dia mula membenci wajah gadis itu setelah dicurangi.

"You masih nak salahkan I?"

Aril angguk. "Yes! You yang tak bersedia. You cakap nak jadi model terkenal. You nak kerja dulu puas-puas. Last sekali you curang dengan I. So siapa yang tak hargai siapa sekarang ni?"

"I tak pernah curang dengan you. I diperangkap. Percayalah Aril?"

"I takkan percaya perkara yang berlaku dua kali. Ini soal maruah Mel," ujar Aril perlahan. Melysa pernah ditangkap khalwat kali pertama dengan suami orang. Dia masih lagi boleh memaafkan. Tapi untuk kali kedua tidak lagi. Hatinya tawar dengan Melysa.

"I pun tak pernah minta perkara ni berlaku."

"I tak nak dengar apa-apa alasan lagi. You pun akan berlahwin dengan Rafiq. So terimalah takdir kita memang tiada jodoh."

"Tapi I tak sayangkan dia. I masih lagi sayangkan you, Aril!"

"Berapa kali I nak cakap....?" 

Kring! Kring! Kring!

Telefon bimbit Aril berbunyi. Tanpa membuang masa panggilan daripada Maznah dijawab. Hatinya tiba-tiba berdebar apabila mendapat panggilan itu. Pembantu rumahnya tidak akan menghubunginya jika tidak ada perkara yang penting ingin diberitahu.

"Assalamualaikum, Aril."

"Waalaikumussalam, ada apa Cik Nah call?" soal Aril hairan.

"Cik Nah ada kat hospital sekarang ni."

"Hospital?" soal Aril terkejut mendengarnya. Dia bangkit dari tempat duduknya. "Kenapa? Arra sakit ke?" soal Aril cemas.

"Eh, tak lah. Cik Nah datang hospital tengok anak kemalangan."

Aril menarik nafas lega mendengarnya. "Owh. Arra?"

"Cik Nah lupa nak telefon Aril tadi. Cik Nah telefon ni nak minta Aril tengokkan Arra. Cik Nah risau dia seorang kat rumah."

Aril menganggukkan kepalanya. "Aril on the way nak balik dah ni. Arra okey ke Cik Nah?"

"Itulah yang Cik Nah bimbangkan. Arra nampak tak berapa sihat. Muka dia pucat aje. Kalau takde hal memang Cik Nah takkan tinggalkan dia tadi," jelas Maznah dihujung talian.

"Okey, Cik Nah. Nanti Aril tengokkan Arra. Terima kasih Cik Nah. Assalamualaikum," ujar Aril lalu mematikan talian telefon. 

Aril mengambil kek yang dibelinya diatas kerusi lalu menghampiri keretanya. Melysa tidak dipedulikan. Fikirannya hanya memikirkan Arra di rumah. Pintu kereta dibuka.

Melysa mengejar Aril. "Aril, I belum habis bercakap lagi."

"Tiada apa lagi yang perlu kita bincangkan Mel. Terimalah Rafiq sebagai suami you. Anggaplah antara kita tiada jodoh," kata Aril lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

Melysa memegang tangan Aril. "Berilah peluang kedua untuk I perbetulkan balik hubungan kita," rayu Melysa. 

"Peluang yang you minta dah terlalu banyak. I rasa berpisah adalah jalan terbaik buat kita," kata Aril lalu menarik tangannya. "I doakan you bahagia dengan Rafiq."

"I memang dah tiada dalam hati you, Aril?" soal Melysa menginginkan kepastian.

Aril menganggukkan kepalanya. "Hati I hanya milik Arra. Dia yang telah memenuhi ruang di dalam hati I untuk selamanya. Takkan ada ruang untuk wanita lain bertakhta hati I selain insan yang bernama Arra Safiyya. Asssalamualaikum," ujar Aril lalu menolak tubuh Melysa menjauhinya. Pintu kereta ditutup.

Enjin kereta dihidupkan. Kereta dipandu perlahan. Telefon bimbit dicapai lalu mendail nombor telefon Arra. Namun gagal dihubungi. Dia menepuk dahinya. Dia terlalu cemas memikirkan Arra sehingga terlupa telefon bimbit milik Arra telah rosak akibat terjatuh ke dalam kolam semalam. Tanpa membuang masa dia cuba menghubungi telefon rumahnya. Namun, panggilannya tidak dijawab walau berkali-kali telah dihubungi. Hatinya mula berdebar-debar memikirkan Arra saat ini. Kereta dipandu laju pulang ke rumah.


USAI memasak Arra mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan setelah menghidang lauk di atas meja. Kepalanya tiba-tiba berasa pening. Dia memicit kepalanya yang mula terasa sakit. Arra berhenti mencuci seketika. Dia mengambil panadol lalu memakannya bagi menghilangkan rasa sakit pada kepalanya. 

Ya Allah kenapalah sakit sangat kepala aku ni? Detik hati kecil Arra. Tanpa melengahkan masa dia masuk ke dalam bilik lalu mengambil tuala dan kain batik. Dia segera melangkah masuk ke dalam kamar mandi. 

"Harap lepas ni okeylah," ujar Arra perlahan.

Arra melangkah keluar daripada bilik air. Tubuhnya berasa sedikit segar setelah mandi. Arra menyanyi riang lagi Didi perlahan. Arra mencapai segelas mug lalu mengacau air coklat panas. Senyuman terukir diwajahnya. Dia masih mengingati saat pertama kali berjumpa Aril ketika berada di rumah ini.

Arra melangkah menuju ke biliknya. Saat dia baru sahaja ingin membuka pintu biliknya. Terasa sepasang tangan menekup mulutnya dari arah belakang. 'Allah! jerit Arra di dalam hati. 

Arra meronta untuk melepaskan diri. Sapu tangan kecil yang hampir melemaskannya jatuh. Dia panik lalu mengigit tangan seseorang yang menekup mulutnya dari belakang. 

"Arrgghhh," Ryan menjerit kesakitan. 

Arra ketakutan melihat seorang lelaki bertopeng dihadapannya. Dia segera melangkah masuk ke dalam bilik lalu menolak daun pintu dengan kuat. Namun sebelum sempat dia menguncinya. Berasa pintu ditolak dengan kuat dari arah luar sehingga tubuhnya terjatuh diatas lantai. Kain sarung yang menutupi badan Arra terselak menampakkan paha Arra yang putih gebu semakin menaikkan nafsu Ryan. 

Ryan ketawa perlahan. Melihat Arra terjatuh membuatnya tersenyum. Dia menutup pintu lalu menghampiri Arra. "Adik manis nak lari mana?" ujar Ryan perlahan sambil ketawa.

Suara Ryan ketawa menakutkan Arra. Tubuhnya terasa sakit akibat jatuh dengan kuat. Dia berusaha bangkit dari tempatnya jatuh. Lelaki bertopeng itu tiba-tiba menindih tubuhnya. 

Ya Allah, selamatkanlah hambamu daripada lelaki ini, doa Arra di dalam hati. 

Ryan mula bertindak mengomol lehernya. Arra berusaha menolak tubuh lelaki itu menjauhi wajahnya. Dia berasa geli dan amat takut ketika ini. Nafasnya turun naik ketika melawan Ryan agar tidak melakukan sesuatu yang buruk ke atas dirinya. Dia berusaha meronta sehabis daya. Arra cuba mencapai sesuatu untuk memukul lelaki asing ini yang mula mengganas. Akhirnya dia terpegangkan tabung kaca miliknya. Tanpa berfikir panjang Arra terus memukul kepala lelaki itu dengan kuat.

"Aarghhhh!!!" Ryan mengadu kesakitan. 

Arra menolak tubuh Ryan menjauhinya. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu berlari ke ruang tamu. Telefon rumah berbunyi. Arra segera berlari ubtuk menjawab telefon. 

"Aril!" panggil Arra perlahan. Hanya nama lelaki itu yang muncul dibenaknya ketika ini. Air mata sudah merembes keluar. Dia betul-betul berada dalam ketakutan ketika ini. 

"Kau nak lari mana?!" marah Ryan lalu mengejar Arra.

Arra bergegas ke arah telefon yang terletak di ruang tamu. Sepasang tangan memeluknya dari arah belakang. Arra kecewa telefon berhenti berbunyi. Arra berusaha melepaskan diri. Dia tidak mahu mengalah dengan mudah. Walau sesukar mana dia harus mempertahankan dirinya. 

Arra cuba meleraikan pelukan Ryan. Tangan Ryan digigit lagi. Akhirnya tubuhnya tertolak lalu melanggar dinding rumah. Kepalanya terhantuk. Dia jatuh tergolek diatas lantai. Pandangan matanya mula berpinar. Kepalanya yang pening kembali sakit. Dia menyentuh kepalanya terasa ada cecair merah mengalir pada dahinya. Dalam kesakitan dia berusaha bangkit untuk menjawab telefon yang berbunyi buat kali kedua.  Namun, kudratnya tidak kuat lagi. Kepalanya yang luka berasa amat sakit. Akhirnya dia hilang kesedaran diri. 

Ryan merentap tangannya yang digigit oleh Arra.  Berbekas gigi Arra pada lengannya. Dia tersenyum puas melihat Arra pengsan. Dia mengukirkan senyuman penuh dengan makna yang tersirat. Tanpa melengahkan masa dia mengangkat tubuh Arra lalu diletakkan di atas sofa. Darah yang mengalir keluar daripada kepalanya akibat pukulan Arra tidak dihiraukan. Makanan didepan mata harus dinikmati. Topeng yang menutup wajahnya dibuka lalu diletakkan diatas lantai. Rambut yang menutupi wajah Arra diselak. Wajah Arra kelihatan cantik, putih bersih tanpa dicemadi jerawat.

Ryan ketawa gembira. Dia melihat jam pada pergelangan tanggannya. Dia menanti pihak pejabat agama islam datang. Sementara itu dia ingin melampiaskan nafsunya terlebih dahulu. Dia mula mencium wajah Arra sehingga leher dan dada. Haruman mandian yang dipakai Arra menusuk ke dalam hidungnya menambahkan lagi keghairahan Ryan. Kain batik yang menutupi dada Arra dibuka sedikit. Kini jelas kelihatan dua buah gunung yang sangat cantik. Pintu rumah tiba-tiba terbuka. Ryan mengeluh keran tidak sempat merasa tubuh Arra.

"Cepat betul JHEAT datang?"


ARIL memakir kereta diluar pagar. Kek yang dibeli diambil. Dia melangkah keluar dari dalam perut kereta. Kunci pintu pagar dibuka. Dia melangkah dengan pantas lalu membuka pintu rumah. 

"Eh tak kunci ke?" ujar Aril sebaik saja membuka pintu utama rumahnya.

Ryan sekadar mampu mencium wajah Arra. "It's okay tak dapat sekarang. Dah kahwin nanti kita bermadu asmara ya sayang," bisik Ryan perlahan sambil mengomol leher Arra. Dia berbuat begitu menyangka pihak pejabat agama yang datang bagi menangkap mereka berkhalwat.

"Hoi, kau buat apa tu?" jerkah Aril apabila melihat seorang lelaki asing berada di dalam rumahnya.

Ryan terkejut dengan jerkahan Aril. Dia segera mengeluarkan pisau kecil lalu diacukan kepada Aril. "Kau siapa? Aku kekasih Arra," ujar Ryan sambil ketawa.

"What?" Aril terkejut. Dia sedikit pun tidak mempercayai kata-kata lelaki yang tidak dikenalinya.

Aril cuba menghampiri Arra yang kelihatan tidak sedarkan diri. Ryan mula bertindak ganas dengan mengacukan pisau ke arah Aril. Mereka mula berlawan satu sama lain. Pisau yang dipegang oleh Ryan terjatuh. Satu tumbukan mengenai tepat pada muka Ryan. 

Ryan ketakutan lalu berlari keluar. "Aku akan kembali!" kata Ryan sebelum melarikan diri. 

Aril ingin mengejar, namun keadaan Arra memaksa membiarkan lelaki itu berlalu pergi. 

Dia segera mendapatkan Arra. Kain batik diikat kembali bagi menutupi bahagian badan yang terdedah. Aril sedih melihat keadaan Arra ketika ini. Dia yakin lelaki itu berniat buruk terhadap Arra. Pipi Arra ditepuk perlahan.

"Arra bangun," panggil Aril sambil menepuk pipi gadis itu dengan perlahan. Namun tiada respon. Dahi Arra kelihatan luka. Aril bergegas ke dapur lalu mengambil segelas air. Dia duduk ditepi Arra lalu merenjis sedikit air pada wajah Arra. Kemudian menyapunya apabila Arra masih tidak sedarkan diri.

Arra terkejut. "Pergi!!!" jerit Arra ketakutan. "Jangan apa-apakan saya!" ujar Arra sedih.

"Arra ini Aril," ujar Aril sambil mengoncang bahu Arra.

"Aril!" panggil Arra masih lagi dalam keadaan binggung. 

"Ya Arra. Ini saya Aril," ujar Aril perlahan cuba menenangkan Arra.

"Aril," panggil Arra lalu memeluk tubuh Aril. "Arra takut," ujar Arra dengan nada sedih. Akhirnya dia melepaskan tangisan di dalam pelukan lelaki itu.

Aril pada mulanya agak kekok apabila dipeluk begitu. Namun bagi menenangkab hati Arra, dia membalas pelukan gadis itu sambil mengosok belakang Arra dengan perlahan.

"Assalamualaikum." satu suara memberi salam secara tiba-tiba.

Kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah berada dihadapan rumahnya. Aril meleraikan pelukan. Kot pada badannya ditanggalkan lalu dipakai pada tubuh Arra bagi menutupi badannya yang terdedah.

"Waalaikumussalam," jawab Aril.

"Kami dari jabatan agama islam Terengganu. Boleh tunjukkan kad nikah?"

Aril dan Arra saling berpandangan sesama sendiri. 

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu