Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Takdir Cinta Kita
Andayu
5/12/2021 16:48:33
34,557
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

"Cantik," kata Datin Sri Aida setelah melihat tudung yang diberi oleh Arra. "Pandai Arra pilih."

"Aunty suka?" 

Datin Sri Aida menganggukkan kepalanya. Dia menanggalkan tudung daripada kepalanya. "Terima kasih, Arra."

Arra tersenyum mendengarnya. "Sama-sama aunty," balas Arra lalu memotong puding roti. "Mari makan."

Datin Sri Aida menyimpan tudung ke dalam plastik semula. Puding yang dihidang oleh Arra dinikmatinya. "Eemm... sedapnya. Pandai Arra buat."

"Terima kasih. Biase aje. Aunty pun boleh cuba buat."

"Nanti share resepi dekat aunty," ujar Datin Sri Aida sambil tersenyum.

"Boleh. Apa salahnya."

"Oh ya. Hari tu keluar dengan Aril pergi mana?"

Jantung Arra berdegup laju apabila mendengar nama Aril disebut. "Aril bawa Arra tengok wayang kat Mesra Mall. Kenapa aunty?"

"Arra cakap nak cari barang dekat bandar? Dah beli ke?"

Arra menggelengkan kepalanya. "Arra nak cari telekung Siti Khatijah untuk ibu. Tapi Aril bawa Arra pergi tempat lain pulak," kata Arra sambil tersenyum pahit. Dia tidak mahu mengingati lagi peristiwa yang berlaku di Mesra Mall lagi.

"Esok kita pergi nak?" soal Aril. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi.

Arra menjuihkan bibirnya. Dia tidak perasan bilakah lelaki itu pulang. "Takpalah. Nanti Arra boleh pergi sendiri next time."

"Esok tak kerja ke?"

"Kerja. Tapi untuk Arra boleh aje keluar sekejap," kata Aril sambil menikmati puding roti. 

"Sedapkan," kata Datin Sri Aida lalu memandang wajah Arra. "Rindulah dekat Arra nanti."

"Sedap. Tapi nak buat sesuatu tu jangan sampai bahayakan diri sendiri."

Arra menjeling ke arah Aril. "Arra pun mestilah rindu dekat aunty," kata Arra sambil tersenyum. 

"Kenapa Aril cakap macam tu?" soal Datin Sri Aida pelik dengan kata-kata Aril. 

Aril mengeluh. "Arra pergi kedai sorang-sorang. Tak ke bahaya tu mama."

"Hurmm... ingat kan apalah tadi. Arra dah bagi tau mamalah," kata Datin Sri Aida lalu meletakkan cawan diatas meja. "Alah bukannya jauh pun kedai tu dari rumah ni. Selang dua tiga buah rumah aje."

Aril memandang wajah Arra. Banyak persoalan yang masih belum terjawab. "Nasib malang tu tak berbau mama. Kalau bahaya nak datang tak tunggu rumah dekat atau tidak. Apa-apa kemungkinan boleh berlaku di luar jangkaan kita."

Mulalah tu nak sambung membebel. Apalah yang nak dirisaukan sangat? Hati Arra berbicara. Dia pelik dengan sikap Aril.

"Aril risaukan Arra sangat kenapa?" soal Datin Sri Aida hairan.

"Arra kan pekerja kat sini. Nanti jadi apa-apa dekat dia, mama yang akan dipersalahkan."

"Kenapa pulak?" soal Arra pelik.

"Awak kerja sini mana ada kwsp? Perkeso pun mama tak carum," jelas Aril sambil tersenyum. "Contoh Arra tengah masak terkena minyak panas or jatuh ke. Semua tu mama kena bertanggungjawab tau."

Datin Sri Aida tersengih mendengarnya. "A'aalah, betul cakap Aril tu. Arra kerja kat sini sekejap aje. Jadi mama lupa nak buat semua tu?"

"So tak salahkan bila Aril risaukan keselamatan Arra?"

"Okey," kata Arra perlahan. Dia melihat jam pada dinding rumah. "Arra minta diri dulu. Nak solat Asar kejap." ujar Arra lalu bangkit dari tempat duduknya. Dia melangkah masuk ke dalam tandas. 

Pili air dibuka. Arra membasuh wajahnya dengan air. Keluhan kecil dilepaskan. Dia terpaksa berbohong agar dapat menghindarkan diri daripada Aril. Soalan semalam masih lagi bermain difikirannya. 


RAFIQ membukakan pintu kereta buat Melysa. "Jomlah makan sekejap," kata Rafiq sambil tersenyum.

Melysa mendengus geram. Dia melangkah keluar dari dalam perut kereta. "You nak makan apa?"

Rafiq meraih tangan Melysa. "You kan minat pasta."

Melysa menarik tangannya. "Jangan pegang boleh tak?"

"Alah tak lama lagi you akan jadi wife I jugak," balas Rafiq lalu menarik tangan Melysa melangkah masuk ke dalam kedai Pizza Hut.

Melysa akur. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Jika bukan kerana ayahnya dia pasti tidak akan mengikuti Rafiq keluar. Hatinya gelisah memikirkan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Setelah memesan makanan Rafiq memandang wajah Melysa. Dagu gadis itu disentuh lalu menganggkat wajah Melysa agar memandangnya. "You okey?"

Melysa mengeluh. "Kita tangguhkan dulu perkahwinan ni boleh tak?"

"Kenapa?"

Pelayan menghantar pesanan mereka. "Selamat menjamu selera," kata pelayan itu lalu meninggalkan mereka.

Melysa menikmati minuman yang dipesan. "I tak ready lagj?"

Rafiq tersenyum sinis sambil mengacau minumannya dengan straw. "Tak ready lagi? Dengan Aril macam mana?"

Melysa melihat wajah Rafiq. "Aril tiada kaitan dalam hal ni?"

"Ada. You tunang I sekarang. Aril bekas tunang you sahaja. So, I takkan tangguhkan wedding kita hanya disebabkan Aril."

"I cintakan Aril."

"I love you, Mel. Tak guna you mengharapkan Aril lagi."

Melysa mengetap bibir. Spageti yang terhidang didepan mata hanya dikuis dengan garfu. Seleranya mati. Hatinya keras menyatakan cintanya hanya milik Aril. Terlalu sukar baginya melupakan Aril.

"Aril tinggalkan I disebabkan you."

Rafiq meraih tangan Melysa lalu menciumnya. "I minta maaf atas apa yang telah berlaku," katanya perlahan. "I akan bertanggungjawab atas apa yang I dah lakukan pada you."

Hurgh. Bertanggungjawab konon. Macamlah baik sangat. Kalau bukan disebabkan daddy jangan harap aku sudi jadi isteri kau, desis hati Melysa.

Melysa tersenyum sinis. Dia mendengus marah. Sudu Garfu dilepaskan. Jika diikutkan hatinya ingin saja dia menyimbah air ke wajah Rafiq. Dia menarik tangan kirinya. 

"Mel, berilah I peluang untuk bahagiakan you," ujar Rafiq lalu mengukirkan senyuman. "I janji akan jadi suami yang terbaik buat you."

"Bisinglah," marah Melysa. "I tak perlukan janji kosong you. Makanlah cepat! I nak balik," kata Melysa lalu menikmati makanannya.

Rafiq diam. Suasana sunyi seketika. Hanya suara  para pelanggan lain yang kedengaran di situ. Wajah Melysa ditenung oleh Rafiq. Keluhan kecil dilepaskan. Hati Melysa begitu sukar untuk dicuit. Walaupun dia sudah memiliki tubuh gadis itu. Namun hidupnya tak berarti tanpa cinta Melysa. 

Kebahagiaan itu milik kita, Mel. I janji akan jadikan you isteri yang paling bahagia di dunia ini, desis hati kecil Rafiq.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu