Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 2

Kring!!! 

Arra terjaga daripada lenanya apabila mendengar bunyi telefon. Tanpa melihat nama pemanggil dia terus menjawabnya. "Hello, Assalamualaikum,".

"Waalaikumussalam. Arra ke ni?"

Arra segera bangkit daripada pembaringan. Mata yang berasa mengantuk terus hilang apabila mendengar suara yang bercakap di hujung talian. Dia melihat nombor telefon yang tertera pada skrin telefon bukan daripada kenalannya tetapi dia mengenali suara itu. "Maaf, awak salah nombor. Saya bukan Arra," ujarnya perlahan.

"Ermm... yeke? Maaflah kalau saya mengganggu. Tapi dengan siapa saya bercakap sekarang ni?" Soal Hairi untuk mendapatkan kepastian.

Arra mengigit jarinya. Tanpa berfikir panjang dia memutuskan talian. Arra bangkit daripada tempat duduknya dan melangkah ke tandas. Dia membasuh wajahnya. Dalam fikirannya bagaimanakah Hairi mendapatkan nombor telefon bimbitnya. Dia tidak pernah memberitahu nombor telefonnya kepada pelajar lelaki yang bukan satu kuliah dengannya. Hairi menuntut dalam bidang perniagaan. Dia dan Ain dalam bidang pereka pembuatan pakaian wanita. 

"Sape bagi nombor phone aku dekat dia ea?" omel Arra perlahan. Dia melihat jam menunjukkan angka 8. 00 malam. Fikirannya teringatkan Ain. Katil Ain masih lagi kosong. 

Ain pergi mana? Selalu dia akan bagi tau ke mana dia hendak pergi, bisik hati kecil Arra.

Arra mengambil telefonnya. Beberapa panggilan tak dijawab. Dia melihat semua daripada Hairi. Baru sahaja dia ingin menghubungi Ain. Telefonnya berbunyi lagi. Arra mengeluh perlahan. "Perlu ke aku jawab?" 

"Jawab ajelah. Mana tau ada hal penting nak bagi tau?" ujar Ain yang baru saja masuk ke dalam bilik.

Arra tersentak. Dia melemparkan senyuman ke arah Ain. "Kau dari mana?"

"Kenapa? Perlu ke aku bagi tau kau ke mana aku nak pergi?" balas Ain lalu merebahkan badannya di atas katil.

Arra bangkit dari tempat duduknya lalu menghampiri Ain. "Apa kau cakap ni?" Soal Arra dengan nada hairan. "Bukan sebelum ni kau selalu bagi tau aku ke mana kau nak pergi," ujar Arra lalu melabuhkan punggung di atas katil Ain. 

Ain hanya mendiamkan diri. "Sejak kes aku usik kau kat taman hari tu depan Hairi. Kau macam dah semakin menjauh dari aku. Tiba-tiba aje kau mcam marahkan sesuatu," Arra mula berbicara perlahan. Dia mencuba mengajak Ain bercakap bagi menyelesaikan masalah. Jika dibiarkan hatinya semakin gelisah. 

"Kalau aku ada buat salah. Kau cakaplah... ermm pasal hantu kak Limah tu, aku minta maaf. Lepas ni aku takkan usik kau macam tu lagi," sambung Arra lagi.

Ain sedikit pun tidak bersuara. Tak tahu mana silapnya Arra. Ain melayannya begitu. Mereka tidak pernah bertengkar sepanjang perkenalan mereka. Walaupun berbeza pendapat dalam sesuatu perkara, hal itu tidak akan berpanjangan kerana mereka menemui jalan penyelesaian dengan mudah. Namun tidak untuk kali ini apabila perkara yang melibatkan soal hati.

Arra mengeluh. Dia bangkit dari tempat duduknya dan berlalu meninggalkan bilik setelah mengambil telefon bimbitnya. Arra berjalan meninggalkan hostel. Dia berjalan sendirian menuju ke kafe. Dalam hati tidak berhenti membaca ayat kursi agar menghilangkan rasa takutnya. Dia tidak pernah keluar pada waktu malam sendirian selalunya Ain akan sentiasa menemaninya. Hatinya tiba-tiba sedih mengenangkan sikap Ain yang dingin.

Arra tiba dihadapan kafe. Dia membeli empat botol air tin daripada mesin Air. Pada waktu malam dia hanya boleh membeli minuman dekat kafe. Kedai lain yang turut menjual pelbagai minuman dan makanan telah tutup pukul 7 petang tadi.

Arra melihat jam sudah pukul 9.00 malam. Dia duduk di atas kerusi bagi menghilangkan penat berjalan tadi. Dia membuka telefon bimbitnya lalu mencari beberapa kerja kosong yang ada berdekatan dengan kawasan kampus. 

"Assalamualaikum," sapa Hairi dari belakang Arra.

"Waalaikumussalam," jawab Arra lalu berpaling ke belakang. "Hairi?"

"Boleh saya duduk?"

"Duduklah, kerusi tu bukan milik saya pun," ujar Arra perlahan. 

"Sorang aje?"

"Taklah berdua," ujar Arra sengaja mengusik Hairi. Sebenarnya Arra tidak selesa berduaan begitu dengan Hairi. Walaupun masih ada pelajar lain di tempat itu. Namun dia tidak pernah duduk berdua dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

Hairi tersengih mendengarnya. Dia mengaggap Arra sekadar bergurau. "Mana Ain? Bukan selalu awak dengan dia ke?"

"Ain ada kat bilik," jawab Arra. Dia sedikit pun tidak melihat Hairi di hadapannya. Matanya tertumpu kepada skrin telefon. 

"Arra buat apa kat sini malam-malam?"

"Saja ambil angin jap. Alang-alang datang beli air ni. Wak stok. Dah lama tak keluar kampus beli barang."

"Owh,"balas Hairi sepatah. Dia mula rasa kekok dengan suasana itu. Arra melayannya dengan acuh tak acuh aje. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Arra. 

Kring!!! 

Telefon Arra berbunyi. Arra menoleh ke arah Hairi. "Awak nak apa?" Soal Arra sambil menunjukkan skrin telefon yang tertera nombor panggilan itu sebenarnya daripada dia.

Hairi tersenyum. Dia yakin Amir tidak akan membohonginya. Dia mematikan talian. Dia hanya ingin memastikan nombor telefon itu benar milik Arra. 

Arra mengerutkan dahinya. Dia hairan dengan sikap Hairi tetiba menelefonnya sedangkan dia sudah berada di hadapannya ketika ini. Dia memandang sekeliling. Tak begitu ramai pelajar di kafe ketika ini. Mungkin hari sudah semakin lewat malam. Namun, jam baru sahaja menunjukkan angka 10.00 malam. 'Eh dah pukul sepuluh,' bisik hati kecilnya. Arra bingkas bangun dari tempat duduknya.

"Eh, Arra nak pergi mana tu?"

"Sudah pukul 10 malam lah.. dah lewat nanti pagi nk bangun awal!" jerit Arra dari jauh.

Hairi hanya mampu melihat susuk tubuh Arra yang semakin hilang dari pandangan matanya. Dia mengeluh kecil. Niatnya ingin berbicara dengan Arra sekaligus ingin mengenali gadis itu dengan lebih rapat lagi. Matanya terpandangkan 4 botol tin air di atas meja. Tanpa membuang masa dia mengambil air itu lalu berlari mengejar Arra. Dia berharap gadis itu masih belum sampai ke hostel lagi.


ARRA menarik nafas lega apabila selesai sahaja kelas jahitan. Selepas ini, dia hanya perlu fokus tentang peperiksaan akhir semester tiga yang akan didudukinya dua minggu lagi. Namun, dia masih lagi pening memikirkan soal kerja yang ingin dia lakukan sepanjang cuti semester kali ini. Arra memotong beberapa nombor telefon yang dicatatnya. Semua kerja kosong yang ingin dia mohon itu sudah dipenuhi. 

Ain melihat Arra sendirian di taman lalu menghampirinya. Di menghulurkan sebuah kotak yang agak besar ke arah Arra. "Ambillah," ujar Ain setelah melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Apa ni?" Soal Arra lalu membukanya. Walaupun di dalam hati masih tertanya-tanya dengan perubahan sikap Ain pada hari ini.

"Mama bagi tadi."  ujar Ain perlahan.

Arra tersenyum melihatnya. "Terima kasih. Wah cantiknya baju ni," ujar Arra dengan rasa gembira melihat sehelai blouse yang sangat cantik. "Nanti sampaikan salam aku dekat mama kau".

"InsyaAllah," balas Ain. Dia gembira melihat Arra tersenyum. Perasaan bersalah mula menyelubungi hatinya. Dia tidak patut menjauhkan diri daripada Arra hanya disebabkan seorang lelaki yang belum tentu menyukai dirinya.

 "Ermm... Aku nak minta maaf kalau sikap aku dua tiga hari ni buat kau susah hati," ucap Ain dengan perlahan.

Arra bangkit dari tempat duduknya lalu memeluk tubuh Ain dari belakang. "Aku tak pernah simpan apa-apa perasaan marah pun dalam hati aku," ujar Arra sambil memeluk erat tubuh sahabatnya itu.

Ain menggosok lengan Arra. Hatinya kembali lega setelah hubungannya dengan Arra kembali pulih. Di kampus ini, Arra lah satu-satunya kawan dan sahabat yang paling rapat dengannya. Mereka berkongsi suka duka bersama. Sepanjang perkenalan mereka inilah kali pertama mereka bermasam muka. Ain sudah menganggap Arra seperti adiknya sendiri. Walaupun usia mereka sebaya dan hanya bebeza bulan kelahiran sahaja.

Arra meleraikan pelukannya. "Jom makan. Aku laparlah," kata Arra sambil menggosok perutnya.

"Boleh. Tapi kita balik hostel dulu,"

"Nak buat apa?"

Ain menunjukkan beberapa beg kertas dan plastik yang berisi pelbagai barang keperluan mereka. "Semalam aku pergi beli dengan mama. Tapi masa balik sini terlupa nak ambil. Jadi mama hantar dekat guard sebelum dia balik KL pagi tadi," jelas Ain.

"Semalam kau tetiba menghilang lepas kuliah tu, jumpa mamalah," 

Ain menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan menuju ke hostel perempuan. "Maaflah aku tak sempat bagi tau kau, sebab...,"

"Sebab apa?" Arra segera potong percakapan Ain sebelum gadis itu menyatakan alasannya.

Ain tersenyum sinis. "Aku memang nak call kau masa tu. Tapi mamat poyo tu boleh pulak dia call aku minta nombor phone kau," ujar Ain dengan nada geram.

"Mamat poyo mana pulak kau maksudkan ni?" Soal Arra tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Ain.

"Hairi lah. Kita yang dah lama minat kat dia. Hurghhh... langsung tak dihiraukan. Kau juga yang dicari," omel Ain dengan penuh perasaan hampa.

Arra terkejut mendengarnya. "A'aalah, aku pun hairan macam mana dia boleh dapat nombor telefon aku. So, kau lah yang bagi kat dia?"

"Tak," balas Ain lalu menaiki tangga perlahan-lahan.

Arra kebingungan. "If bukan kau yang bagi. Habis tu siapa?"

"Amir," jawab Ain sepatah.

Arra menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Sejak bila Amir ada nombor phone aku ea?"

"Kau yang bagi masa minta Amir belikan prepaip hari tu," jelas Ain. Dia melangkah masuk ke dalam bilik lalu meletakkan barang-barang diatas meja.

Arra tersengih melihat Ain sambil mengigit jarinya. "Betullah. Aku lupa," ujar Arra lalu menyimpan baju yang dibelikan mama Ain di dalam almari. 

Ain mengeluh perlahan. "Kau, semua benda lupa," balas Ain.

"Amir mana ada pernah call aku lepas tu. Tapi kau tahu dari mana Amir yang bagi nombor aku kat Hairi?" Soal Arra menginginkan kepastian. Dia tidak suka jika ada seseorang mengambil nombor telefonnya sekadar ingin berkenalan dan bukannya atas urusan penting.

"Amir yang bagi tau. Dia takut kau marah," ujar Ain lalu bangkit dari tempat duduknya.  "Eh, dahlah cakap pasal tu. Aku pergi toilet kejap. Nanti kita pergi makan," tanpa menunggu jawapan daripada Arra, Ain berlalu ke tandas.

Arra hanya melihat susuk tubuh Ain berlalu pergi. Fikirannya serabut. Hairi banyak kali menghubunginya sekadar ingin berkenalan dengannya. Namun, Arra tidak menghiraukan panggilan lelaki itu. Baginya cinta hanya akan jadi satu penghalang untuk dia berjaya dalam pelajaran. Buat masa ini, Arra tidak mahu memikirkan soal cinta. Walaupun Hairi tidak meluahkan apa-apa perasaan kepadanya lagi. Namun, dia dapat merasakan lelaki itu mula menaruh perasaan kepadanya. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu