Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
23,855
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 39

Bab 39 Part 1


"Semua pelajar dah hantar buku latihan?" Soal Haura sambil menyusun buku latihan para pelajar.

"Sudah cikgu!" 

"Okey," balas Haura lalu bangkit dari temoat duduknya.

"Bangun!" Arah Azri selaku ketua pelajar 1 Arif. "Terima kasih cikgu."

"Terima kasih cikgu!" Ujar para pelajar 1 Arif.

"Sama-sama," balas Haura lalu melangkah meninggalkan kelas 1 Arif. Dia meniti anak tangga menuju ke bilik guru. 

Buku latihan diletakkan diatas meja. Kerusi ditarik perlahan lalu duduk. Dia mencapai botol air yang lalu diteguknya dengan rakus. Terasa dahaga pula setelah selesai mengajar. Entah mengapa dia mula berasa terlalu penat. Perutnya diusap perlahan.

"Baby lapar ke?" Soal Haura sambil mengusap perutnya yang semakin membesar. Usia Kandungannya sudah berusia empat bulan. 

"Mama tak makan lagi ke?" Soal Nita lalu meletakkan satu plastik kecil di atas meja Haura.

Haura senyum. "Sebelum masuk kelas tadi dah makan. Rasanya baru satu jam."

"Ibu mengandung ni tak kira sejam atau sesaat. Perasaan lapar tu sentiasa ada."

"Terima kasih Nita," ucap Haura setelah melihat makanan yang diberikan.

"Kebetulan singgah kedai tadi selepas hantar dokumen pertukaran anak sekolah. Teringin nak makan beli lebih sikit."

"Sedap kuih keria ni. Dulu selalu jugak buat masa dekat rumah sewa."

"Sekarang?" Soal Zara pula.

Haura tersengih. "Sekarang semua resepi dah lupa. Kerja meminta aje. Maklumlah dekat dengan ibu. Teringin itu ini. Ibu kan ada," balasnya.

"Untunglah," balas Zara lalu melabuhkan punggung diatas kerusi.

"Dah habis kelas ke?" Soal Nita.

"Baru aje. Penatnya layan budak-budak main," balas Nita sambil mengeliatkan badannya. Zara adalah guru pendidikan jasmani. Dia baru sahaja menghabiskan masa membawa para pelajarnya bermain di padang.

"Biasalah. Kerja mana tak penat," balas Nita.

"Iya."

"Zara nak ke kuih keria?" Soal Haura sambil menghulurkan plastik makanan kepada Zara.

"Satu cukuplah," ujar Zara lalu mengambil sebiji buah keria.

"Banyak lagi ni takkan satu aje."

"Tengah diet."

Nita ketawa mendengarnya. "Dietlah sangat."

Kring! Kring! Kring!

"Buah hati call ke?" Soal Zara.

Haura mengelap tangannya dengan tisu. "Kawan," balasnya lalu menjawab panggilan. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Amboi lama tak dengar khabar?"

"Sebab orang di sana pun mendiamkan diri. Orang di sini pun diamlah," balas Haura sambil ketawa kecil.

"Bukan orang disana yang melupakan orang disini ke? Maklumlah dah bersuami katakan. Sampai kawan pun dilupakan," usik Della.

"Maaflah busy dengan kerja sejak akhir-akhir ni. Ada apa call?"

"Takkan nak call kawan sendiri pun tak boleh?"

"Boleh. Tapi macam ada sesuatu nak share aje. Ada good news ke?" Teka Haura.

"Kau memang bijak kan? Tak cakap lagi pun dah tahu."

"Haura kan, serba serbi tahu. Ibarat macam ahli nujum negara," kata Haura sambil diselangi ketawa kecil. Suasana di dalam bilik guru kembali sepi. Rakan-rakannya telah meninggalkan kawasan bilik guru.

"I nak buat majlis makan-makan sabtu nanti. You boleh datang tak?"

"Majlis makan-makan? Majlis apa?"

"Cubalah teka."

"Takkan kau nak kahwin?"

"Pandainya cikgu Haura."

Haura terkejut mendengarnya. "Seriuslah?!"

"Majlis kahwin bulan depan. Sabtu nanti majkis bertunang. Kau jadi pengapit aku boleh?"

"Alhamdulillah. InsyaAllah."

"Boleh tak?"

"Aku tak berani nak janji."

"Tanya lah Fateh. Mesti dia izinkan."

"Semestinya."

"Janji tau."

"InsyaAllah. Apa-apa pun aku kena tanya Fateh dulu."

"Okey. Tapi sebolehnya aku nak kau ada masa majlis nanti," balas Della dengan nada sedih.

"Aku call semula lain kali okey. Sekarang aku ada kelas ni. Next time aku call lagi."

"Okey. Aku nak kau cakap 'boleh'."

"InsyaAllah," balas Haura lalu mematikan talian telefon. Dia tersenyum mendengarnya. Akhirnya Della akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Dia tumpang gembira dengan berita yang baru diketahuinya.

Part 2 Bab 39


KRING! KRING! KRING!

senyuman mula terukir pada wajah Nazrul melihat nama pemanggil dihujung talian. Tanpa membuang masa dia segera menjawab panggilan itu. "Assalamualaikum, sayang."

"Waalaikumussalam. Abang buat apa tu?" Soal Syaza dihujung talian.

"Baru sampai rumah."

"Dah pukul berapa baru sampai rumah?" Soal Syaza hairan.

"Singgah makan tadi. Lepas balik sekolah pergi gym sekajap. Itu yang baru sampai rumah."

"Ooo... Ingatkan pergi melepak dengan perempuan lain tadi," balas Syaza dengan nada cemburu.

"Eh taklah. Abang ada sayang sorang aje."

"Betullah tu."

"Iya."

"Ermm... Ex abang tu?" Soal Syaza cuba menguji ketulusan cinta Nazrul buatnya.

"Siapa?"

"Hauralah,"ujar Syaza perlahan. 

Nazrul mengeluh kecil mendengarnya. "Dia bukan sesiapa lagi dalam hidup abang. Sayang adalah insan yang paling istimewa dalam hati abang sekarang dan selamanya."

"Betul ke?"

"Iya sayang."

"Mudahnya abang lupakan dia?"

"Ermm... Suka atau tidak. Abang perlu terima yang kami tiada jodoh," jelas Nazrul dengan hati yang terbuka. Dia sudah ikhlas menerima takdirnya bukanlah bersama Haura Fathonah. "Sudahlah sayang. Kisah lama jangan diungkit lagi. Apa yang penting kita mulakan hidup baru."

"Okey abang. Sayang cuma nak pastikan abang betul-betul ikhlas terima sayang dalam hidup abang buat selamanya. InsyaAllah sampai akhirat."

"Amin."

"Abang bila nak datang sini?"

"InsyaAllah dua, tiga minggu lagi abang pergi sana."

"Kenapa tak datang esok?"

"Abang ada kerja. Abang tunggu sayang sihat sepenuhnya nanti abang jemput sayang."

"Okey abang."

"Dah lewat malam ni. Sayang tidurlah dulu. Abang pun dah mula rasa mengantuk dah ni."

"Okey abang. I love you. Assalamualaikum," balas Syaza dengan suara yang ceria dihujung talian.

"Love you too sayang. Waalaikumussalam," jawab Nazrul lalu mematikan talian telefon. 

Telefon diletakkan diatas meja. Dia merenung syiling. Wajah Haura mula terbayang pada ruang matanya. Betullah apa dikatakan Syaza. Tidak mudah baginya melupakan Haura. Namun setelah melihat kebahagiaan Haura bersama suaminya. Dia akur dengan ketentuan ilahi. Masih segar dalam ingatannya melihat kemesraan Haura dan suaminya ketika bertemu di KTCC Mall beberapa hari yang lalu.

Part 3 Bab 39


"APA khabar?" Soal Nazrul memulakan bicaranya setelah hampir lima minit berlalu.

"Alhamdulillah sihat," jawab Haura perlahan. Dia memandang Fateh yang berada tidak jauh dari tempatnya duduk bersama Nazrul. 

"Semakin cantik Fat sekarang," tegur Nazrul sambil tersenyum. Jelas kelihatan wajah Haura semakin berseri-seri.

"Biasa aje. Fat masih sama macam yang Naz kenal sebelum ni," dalih Haura tidak selesa dengan teguran Nazrul. "Naz nak cakap apa dengan Fat?" Soalnya. Dia risau akan suaminya. Dia tidak mahu Fateh menunggunya terlalu lama.

"Tak sudi ke bercakap dengan Naz?"

"Bukan tak sudi. Walaupun kita tak berjodoh tak semestinya kita perlu putuskan silaturahim sesama umat islam."

"Terima kasih."

"Terima kasih untuk apa?"

"Terima kasih sebab luangkan masa untuk Naz."

"Cakaplah. Fat sedang mengejar masa," gesa Haura agar Nazrul tidak mengambil masa yang lama untuk berbicara dengannya.

"Naz pun tak tahu nak cakap apa?"

Haura mendengus marah. "Fat harap Naz dapat terima takdir kita bukan untuk bersama. Fat harap Naz lupakan kisah cinta kita. Jangan pernah salahkan takdir atas apa yang berlaku," jelasnya dengan nada lembut dan tegas.

"Naz...,"

"Mungkin Syaza adalah yang terbaik untuk Naz dan bukannya Fat. Semoga Naz dan Syaza berbahagia hingga ke syurga," ujar Haura lagi. Dia tersenyum ke arah Fateh. "Fat dah bahagia dengan suami Fat sekarang dan kami akan menimang cahaya mata tidak lama lagi," jelas Haura agar Nazrul berhenti mengharapkan dirinya. 

Nazrul hanya diam.

"Syaza macam mana? Dah berapa bulan? Bukan dia mengandung ke?"

Nazrul memandang wajah Haura. Jauh di dalam hatinya masih ada rindu dan sayang buat gadis yang pernah bertahkta dihatinya. "Syaza keguguran."

Haura terkejut mendengarnya. "Mesti Naz gagal jaga dia dengan baik," katanya lalu berdiri. "Fat minta diri dulu. Jika satu hari nanti kita berjumpa lagi. Naz jangan panggil Fat dengan nama itu."

"Habis nak Naz panggil apa?"

"Haura," balas Haura sambil tersenyum. "Saya minta diri dulu. Assalamualaikum," balasnya llau meninggalkan Nazrul.

"Waalaikumussalam," jawab Nazrul perlahan. Tanpa disedari ada mutiara jernih mengalir membasahi pipinya.

Wajah Haura jelas kelihatan ceria dan bahagia. Walaupun dia sudah nekad ingin melupakan Haura Fathonah seperti yang dijanjikan kepada Syaza. Namun pertemuan ini amat bermakna buatnya. Dia mampu melepaskan Haura dengan hati yang terbuka. Dia yakin insan yang pernah disayangi telah bahagia bersama orang lain. 

Entah mengapa langkah kakinya mengekori langkah Haura dan suaminya dari jauh. Dia sendiri tidak sedar akan perbuatannya. Dia hanya memerhati tingkah laku mereka yang kelihatan gembira ketika memilih beberapa keperluan bayi. Kini dia mula sedar bahwa Haura Fathonah bukanlah ditakdirkan untuknya. Dia berlalu pergi dengan harapan Haura berbahagia disamping suami tersayang.

Dum!!!

"Allah."

Nazrul terkejut daripada lamunannya yang panjang apabila mendengar guruh berdentum di langit. Dia mengucap panjang. Telefon bimbitnya dicapai. Tanpa membuang masa dia bingkas bangun daripada pembaringan lalu masuk ke dalam bilik. Dia merebahkan badannya diatas tilam. Tidak sampai seminit dia telah terlena.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu