Fateh menghulurkan tangan kepada Haura setelah selesai membaca doa selepas menunaikan solat subuh. Dia mencium ubun-ubun isterinya sebaik sahaja Haura menyalami tangannya. Dia tersenyum apabila Haura cuba menarik tangannya kembali. Fateh memegang erat tangan isterinya. Dia membetulkan kedudukan lalu mencium tangan Haura perlahan.
"Kenapa abang?" Soal Haura hairan apabila Fateh tidak melepaskan tangannya.
"Ada apa-apa yang sayang perlu bagi tau ke?"
Haura gelengkan kepalanya. "Tak."
"Betul?"
Haura sengih. "Abah ada beritahu apa-apa ke?"
"Beritahu apa?" Soal Fateh sambil mengerutkan dahinya.
"Tak ada apalah. Lepaslah. Sayang nak bersiap ke sekolah nanti," ujar Haura sambil cuba menarik tangannya dari genggaman tangan Fateh.
Fateh menarik tangan Haura dengan kuat sehingga tubuh Haura terjatuh di atas riba Fateh. "Abang nak apa pagi-pagi ni?" Soal Haura lalu membetulkan kedudukannya.
Fateh memeluk tubuh Haura dengan erat. Dahi Haura dicium. "Sayang cutilah hari ni."
"Tak boleh?"
"Kenapa?"
"Sayang baru kerja. Mana boleh cuti sesuka hati."
"Abah cakap sayang pengsan semalam. Betul ke?"
"Tadi sayang tanya kata tak ada?"
"Saja nak sayang jujur dengan abang. Tapi sayang nak berahsia pulak."
"Sayang okey aje. Semalam pening sikit aje."
Fateh memeriksa nadi Haura. "Pening sikit sampai pengsan. Jom abang temankan sayang ke klinik."
"Tak perlulah. Sayang rasa dah sihat hari ni."
Telinga Haura digigit. "Jangan degil. Abang rasa sayang mengandung lah," teka Fateh.
"Janganlah gigit telinga sayang. Nanti basahlah telekung ni," ujar Haura lalu menanggalkan telekung.
"Sayang."
"Iya abang."
"Dengar tak apa abang cakap tadi?"
"Petang nanti balik kerja sayang pergi hospital."
"Nak buat apa pergi hospital?" Soal Fateh cemas
"Apa kata abang yang periksa sayang? Kalau betullah sayang mengandung biarlah abang orang pertama yang tahu."
"Tapi abang bukan doktor kandungan sayang," balas Fateh lalu mencuit hidung Haura.
Haura ingin mengigit jari Fateh. "Tapi boleh temankan sayang buat pemeriksaan dengan doktor lain kan?"
"Hmm... Abang ingat nak ajak sayang pergi pagi ni. Petang nanti abang kerja. Abang bimbang kena on call lagi sampai malam."
"Sayang tahulah urus diri sendiri," balas Haura lalu bangkit dari tempat duduknya. Dia menyangkut telekung pada dinding.
Fateh melipat sejadah. Tubuh Haura dipeluk dari arah belakang. "Hati-hati kerja. Kalau rasa tak sihat balik rumah tau."
"Okey abang," balas Haura sambil mengusap pipi Fateh.
SYAZA hanya mampu memandang Nazrul berlalu meninggalkan rumah tanpa disapa. Roti keping diambil lalu disapu mentega kacang. Sejak pergaduhannya beberapa hari yang lalu dia tidak pernah masak lagi. Lagipun Nazrul tidak pernah menjamah makanan yang telah dimasaknya. Perkara itu membuatkan dirinya kecewa kerana tidak berjaya memikat hati suami sendiri dengan air tangannya.
Bib! Bib! Bib!
Telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas telah masuk. Dia menghabiskan makanan dan minumannya terlebih dahulu sebelum membaca mesej yang baru diterimanya.
Sk Bukit Wan
Syaza sengih setelah membaca mesej itu. Tanpa membuang masa dia mengemas dapur. Usai mencuci pinggan dan cawan yang telah digunakan dia mencapai kunci kereta. Hari ini dia mengambil cuti kerana ingin menemui Haura. Dia yakin Nazrul masih berhubungan dengan perempuan itu.
Enjin kereta dihidupkan. Syaza memandu kereta membelah jalan raya menuju ke Sekolah Kebangsaan Bukit Wan. Tujuannya hanya satu iaitu ingin menemui Haura. Dia tidak mahu gadis itu menghantui hidup suaminya lagi.
HAURA berhenti menulis. Dia mengambil pembaris panjang lalu mengetuk meja. Dia melemparkan senyuman kepada para pelajar tahun satu. "Okey anak-anak hari ini cikgu nak ajar huruf vokal," jelasnya sambil menunjukkan huruf yang telah ditulisnya pada papan putih.
"Cuba sebut huruf dekat depan ni!" Pinta Haura.
"A, e, i, o, u," kata para pelajar.
"Bagus. Lagi sekali. Sebut dengan kuat!"
"A, e, i, o, u!!!"
"Pandai," kata Haura sambil menepuk tangan. "Okey sekarang cikgu nak anak-anak bangun. Berdiri tegak ditempat masing-masing!" Arah Haura.
Semua pelajar tahun satu mengikut arahan yang diberikan. Mereka berdiri ditempat duduk masing-masing.
"Cikgu akan ajar satu lagu untuk hafal huruf vokal," jelas Haura sambil menunjuk pada papan putih dihadapan para pelajar.
"Anak-anak tengok cikgu tunjuk dan ikut bila cikgu sebut."
"Okey cikgu," jawab para pelajar.
A E I O U
A E I O U
A Bunyi Ayam
Kok kok kok
E pangil Emak
Emak
I ikan
Ikan berenang di dalam kolam
O otak yang bijak
U ular membelit
A E I O U
A E I O U
"Lagi sekali!"
A E I O U
A E I O U
A Bunyi Ayam
Kok kok kok
E pangil Emak
Emak
I ikan
Ikan berenang di dalam kolam
O otak yang bijak
U ulat membelit
A E I O U
A E I O U
"Bagus anak-anak," puji Haura. "Anak-anak boleh duduk."
Tuk! Tuk! Tuk!
Haura menoleh ke arah pintu kelas apabila mendengar ketukan pada pintu. "Ya, cikgu Faris ada apa?" Soalnya.
"Ada orang nak jumpa."
"Nak jumpa saya?" Soal Haura menginginkan kepastian. Dia melangkah mendekati Faris. "Siapa?"
"Entahlah. Dia tak bagi tau nama pulak dia cakap nak jumpa cikgu Haura."
"Kenapa erk nak jumpa saya?" Soal Haura hairan apabila memikirkan siapakah insan yang ingin menemuinya itu. Tidak ramai orang yang mengetahui dia berpindah mengajar di sini.
"Dia tunggu dekat pokok buluh. Mungkin kawan kot. Pergilah tengok."
"Okey. Terima kasih cikgu."
"Sama-sama," balas Faris lalu beredar dari situ.
Haura memandang wajah para pelajarnya. "Anak-anak boleh salin apa yang cikgu tulis dekat depan dalam buku nota," Arahnya sebelum melangkah keluar dari kelas 1 Arif.
Kelihatan seorang perempuan sedang berpeluk tubuh berada tidak jauh dari pokok buluh. Haura melihat dari atas bukit. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri perempuan itu. Dia seakan mengenali insan yang ingin menemuinya.
Syaza, detik hati kecilnya.
Satu keluhan kecil dilepaskan. Dia hairan melihat Syaza berada di tempat kerjanya. Setahunya hanya Maisarah dan Suraya sahaja yang mengetahui dia berpindah ke sini. "Syaza," sapa Haura.
Syaza memusingkan badannya. Sudah hampir setengah jam dia menunggu kedatangan Haura. Perasaan marah dan cemburu mula mengusai dirinya ketika itu. Dia melihat wajah Haura yang putih berseri. Dia menyentuh pipinya yang mula ditumbui jerawat sejak berbadan dua.
Nak kata cantik sangat tak jugak. Tapi apalah yang Naz pandang dengan kau, Haura. Hati kecil Syaza berbicara.
"Mana kau tahu aku kerja dekat sini?" Soal Haura lalu melabuhkan punggungnya di atas bangku dihadapan pokok buluh.
Syaza menghampiri Haura. Pertanyaan Haura dibiarkan berlalu dibawa angin. Tangannya berasa ringan lalu dilayangkan pada pipi Haura.
Pang!
Terpempam Haura apabila satu tamparan yang agak kuat singgah pada pipinya. Mujurlah dia duduk ketika ini. Sekiranya dia sedang berdiri pasti akan jatuh akibat tamparan Syaza. "Kenapa Syaza?" Soalnya hairan.
"Berhenti ganggu Nazrul!"
"Aku dah lama tak berhubungan dengan dia," jelas Haura sambil mengusap pipinya yang berasa pedih. "Lagipun dia dah jadi suami kau!"
"Ya memang dia dah jadi suami aku. Tapi hati dia masih milik kau!" Marah Syaza sambil menolak bahu Haura.
"Soal itu bukan masalah aku," ujar Haura lalu menepis tangan Syaza yang menolak bahunya. Dia berdiri. "Kenapa kau tak cuba pikat dan goda dia seperti mana kau rampas dia daripada aku dulu," tempelak Haura. Panas hatinya apabila ditampar oleh Syaza tanpa sebab.
"Kau..." Syaza cuba untuk menampar Haura lagi.
Haura memegang tangan Syaza lalu menolak tubuhnya ke belakang. Tangannya dilayangkan pada pipi Syaza. Pada mulanya dia tidak ingin membalas tamparan Syaza. Namun sikap perempuan itu membuatkan hatinya berasa marah.
Pang!
Syaza menyentuh pipinya yang berasa pedih. Dia tidak menduga Haura akan membalas tamparannya. Dia mendengus marah.
"Aku baru saja nak maafkan kau atas apa yang berlaku antara kita. Tapi bukan untuk kali ni!"
"Aku tak perlu kemaafan daripada kau!"
Haura cuba menahan tangis. "Aku dah lupakan segala kisah pahit tu. Kenapa kau nak rosakkan lagi kebahagian aku!"
"Sebab aku tak suka bila Nazrul asyik pangil nama kau dalam mimpi dia. Aku isteri dia bukan kayu!"
Haura ketawa. "Habis tu kau nk salahkan aku ke?"
"Ya! Memang salah kau pun?"
Haura mengelengkan kepalanya sambil diselangi ketawa kecil. "Bodoh lah kau, syaza," katanya lalu mendekati Syaza. "Nama aje cikgu tapi otak kosong," kata Haura sambil menunjal dahi Syaza.
"Kurang ajar!" Kata Syaza lalu ingin menampar pipi Haura lagi.
Haura memegang tangan Syaza. "Kau yang kurang ajar dengan aku dulu!" Ujarnya lalu menolak tubuh Syaza ke belakang. Jika dikutkan hatinya ingin saja dia menolak tubuh Syaza dengan sekuat hati hingga jatuh. Tapi dia masih berfikir tentang bayi dalam kandungan Syaza.
"Aku nasihatkan kau jangan jumpa Naz lagi?"
Haura mencebik. "Aku tak ada masa nak jumpa dia. Aku dah bersuami," ujanya dengan perasaan gembira. Dia jarang mempamerkan rasa bahagianya. Tetapi tidak dengan Syaza. "Mungkin dulu aku pernah sayang Naz. Tapi sekarang cinta, kasih dan sayang aku hanya untuk suami aku," sambungnya sambil tersengih.
"Kau yang takut dengan bayang-bayang sendiri tapi nak salahkan orang lain," kata Haura sebelum melangkah meninggalkan Syaza.
Tanpa disedarinya air mata mengalir laju membasahi pipinya. Hatinya sedih bukan sakit kerana ditampar oleh Syaza. Dia malu dengan orang sekeliling. Walaupun hanya ada beberapa pasang mata yang melihat pertengkarannya dengan Syaza. Dia tetap berasa malu kerana itu adalah tempat dia bekerja. Tempat dia mencari rezeki bukan tempat untuk dia bergaduh.